Wednesday, February 1, 2012

YANG DITUNGGU DAH TIBA

Sejak kelmarin ada la dua tiga kali sehari aku masuk website space...

Tadi bukak lagi untuk ke sekian kalinya untuk hari ni. Oh, result dah keluar.

Sem ni amik maksimum kredit. Sem ni pointer paling bagus.

Alhamdulillah. Gumbira bangat!

*senyum sampai telinga*

Tuesday, January 31, 2012

AKTIVITI CUTI


Cuti panjang yang bosan sebab tak ke mana-mana kecuali ke Selatan menyelesaikan 'acara tahunan terakhir'. Cuma lega la dapat tinggalkan sekejap opis yang 'serabut'... serabut dengan perangai orang. So cuti banyak dihabiskan dengan mengulangbaca novel, blook dan majalah lama... main masak-masak lepas masak-masak kita menternak lemak pulak... huhu...

Ni antara yang dimasak masa cuti... errr masa ni tukar selera tak nak makan nasi kunun... 

~ pai epal...

 ~ piza roti pita...

 ~ lazatnyaaaa... eh, lasagna...

 ~keratan rentas lasagna...

Hari khamis baru bertolak ke Skudai, gi menghantar report... punya la sengal ada seminggu tu aku langsung tak check emel. Rupanya penyelia aku ada hantar emel bagitau dia nak datang KL, suh pass je report tu ke dia. Tapi dah tak check emel, hari yang dia kat KL baru aku baca emel tu. Report dah lama siap cuma belum bind je. Nak tak nak kena la gi Skudai gak.

Nak bind tu satu hal, kejap nak bind kat KL... kejap nak bind kat Skudai. Tapi akhirnya gi bind kat Skudai gak sebab takut salah kod warna. Sampai-sampai sana je terus cari kedai bind. Punya la ramai. Seb baik la dapat gak menyelit dan sempat siap hari Jumaat tu [29hb due date... tapi fakulti mana la bukak weekend kan, so Jumaat tu la last day... giler punya last minute]. Dah la nak burn CD pun sengal. Mula-mula burn dah ok... pastu aku nak check apa ntah, bukak la kat laptop kak R file tu takde. Bila bukak kat laptop kak M, ada. Felik sungguh! Abis 10 CD-R kitorang kerjakan. Sudahnya esok beli CD-RW, baru ok. Apakah?

~ni warna apa adik-adik? adakah kelihatan seperti warna kuning? haih!

 ~ dah setel mari minum bancau...

Lepas bagi penyelia sign semua, hantar la kat fakulti. Tetiba diorang mintak 2 copies CD plak. Terpaksa buruk siku mintak balik kat penyelia. Dah la yang collect report tu kerek. Haih!

Setel semua, rasa lega sangat. Apa-apa kita bergambau dulu. Ekeke...

 ~tiap2 tahun datang, ni je la sekali amik gambar kat sini... ;p



Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. 

Monday, January 23, 2012

HAPPY CNY


Kampeni tutup seminggu... merasa la cuti panjang 9 hari. Tapi ni baru nak masuk hari ketiga dah sangap giler. Bosan weh cuti panjang tak ke mana. Errr lusa atau tulat baru ada agenda. Tapi bukan cuti-cuti pun.

Nak kuar la jap lagi. Mesti best jenjalan mall hari ni. Aku syak mesti lengang. ;p 

Thursday, January 19, 2012

INGATKAN TAK DAPAT

Tak boleh biarkan entri negatif berlama-lamaan kat atas. Kena tulis entri baru.

Hari tu tengok si ayaq masak duk borong sakan novel. Dapat voucher buku katakan. Jeles dowh!

Hari yang sama, saja la bukak website space nak check kot-kot result dah keluar. Sekali nampak kat bahagian pengumuman tu pasal voucher buku tu. Yeay, dapat jugek! Errr tapi belum amik lagi.

Skang ni tengah berkira-kira nak beli novel apa. Tengah takde kelas ni asyik la duk ulang baca novel-novel lama. Ai kan kedek skit nak beli novel. Tu yang tak sabar nak amik voucher... ;p

Wednesday, January 18, 2012

LEPAS GERAM

Kadang-kadang kan bila kita tak nak berkira sangat bila buat keje, orang lain ni melebih-lebih mua pulak.

Ada sorang ni patutnya kena bawak semua fail kat dalam satu bilik ni. Sementara nak tunggu dia, aku pun baik hati la pegi amik sendiri fail-fail tu. Aku dah tolong amik satu batch. Ada lagi satu batch. Patutnya yang second batch tu dia kena la amik pulak kan. Ni boleh plak expect aku nak kena amik sendiri jugak yang tu. Haih!

Skang ni tengah buat satu tender. Patutnya aku ngan sorang ni kena buat sama-sama. Tapi since dia 'busy' dengan benda lain, ok la aku buat mana yang dulu cam arrange semua tender document untuk distribute pada subcon, dah call diorang... malah dah start key in BQ. Tadi aku bagitau la dia yang aku nak mintak tolong dia passkan tender document tu bila subcon datang sebab aku nak buat benda lain kat level 2. Boleh plak dia kata, suh la reception tu call aku kat tempat M kat level 2. Aku cakap la, takkan la aku nak turun naik turun naik je? Haih. Setakat nak pass document pun berkira? Yang aku dah buat dari awal tu ko tak nak kira? Belum lagi benda-benda lain yang aku tolong... tak nak kira?

Kang kalau aku dah start berkira kang baru tau. Haih!

Sunday, January 15, 2012

NOT A GOOD START BUT HOPE IT WILL BE A GOOD END

Baru je rasanya baca pasal Wardina kena rompak. Tetiba Jumaat malam Sabtu benda yang sama berlaku kat adik aku masa dia keje malam.

Lepas dia dah gi keje, duk la borak-borak ngan emak & Along. Baru-baru ni dia dapat duit insentif dari kampeni dia. Dia ni pantang dapat duit lebih je mesti nak perabiskan. Mula la beli benda tak perlu. Macam hujung bulan lepas dah dapat duit bonus, dah abis beli hp baru padahal hp yg sediada tak sampai setahun guna. Pastu mak cite yang duit insentif tu pun dia keluarkan sekelepuk nak beli 'barang'. Nak belinya lambat lagi tapi dah keluar awal-awal. Terkeluar dari mulut aku 'ish, dia ni tak serik-serik.. dah la selalu je ditimpa malang... kang tak pasal-pasal je'.

Sekali bangun je pagi semalam dapat tahu tempat keje dia kena rompak. Banyak la benda kena amik. Barang dia sendiri je habis la laptop sebiji, hp 3, duit cash @k. Seb baik la ada sorang member dia tido dalam kete dia, pastu tetiba ada orang datang... so perompak-perompak tu lari. Kalau tak, mungkin dengan kete-kete sekali lesap. Isk!  

Tak tau la keceluparan mulut atau 'gerak hati' yang buat benda tu terkeluar... tapi agak kesal la. Sian sungguh adik aku tu. Dah la Jumaat tu besday dia. What a start. Haih!

Takpe la, harta benda hilang boleh ganti. Yang penting dia selamat. Tu la kan, rezeki ni sekejap je kalau Tuhan nak bagi banyak, dan dengan sekejap gak Dia boleh tarik balik. 

Aku plak, hari tu 'eksen' dengan adik aku kunun bonus aku lagi banyak dari dia. Tapi tetiba dengar ura-ura yang bakal jadi kenyataan yang bonus tahun ni tak semasyuk yang lepas-lepas. Selama 3 tahun ni dah terbiasa dapat sekian-sekian RM, terasa la gak kan. Tapi bila fikir-fikir balik, better something than nothing kan. Bersyukur la seadanya. Macam adik aku, dapat banyak tapi hilang sekelip mata. Sikit ke banyak, bersyukur! Oh2 dah bila dapat banyak, sila jangan 'eksen' yea. Huhuhu.

Ye mungkin tahun ni tak bermula dengan baik tapi ni baru 15 hari di tahun baru. Ada 351 hari lagi untuk make it better. Insya-Allah!

Saturday, January 7, 2012

ENTRI PERTAMA 2012

Fuh, dah seminggu di 2012. Giler pantas!

Tahun baru dimulakan dengan 'bercuti' selama seminggu sebab hari Rabu & Khamis ada exam. Maka hari Selasa tu 'cuti ulangkaji' kununnya. Dah alang-alang, terus je sambung sampai Jumaat. Bagus betul mulakan tahun baru dengan bercuti. Haih. Ni la akibatnya bila jadual akademik dianjakkan. Takpe la, tahun ni tahun akhir. Tinggal 7 kredit je lagi. Woot woot! 

Tahun lepas tahun yang agak busy. Banyak sangat benda yang nak dibuat tapi tak terbuat. Benda-benda dalam '62 ways to make 2011 your best year yet' pun banyakkkkkk sangat tak terbuat. Paling teruk, nak baca sekurang-kurangnya sebuah buku sebulan pun tak terbuat. Isk! Err aku rasa aku jenis tak boleh bagitau apa yang aku nak buat. Kalau tak mesti tak jadi. Kena buat list senyap-senyap... tau-tau dah buat. Ni duk pung-pang beriya-iya pastu habuk pun takde. Harapnya tahun ni banyak la benda-benda yang tak terbuat tu dapat dibuat. Insya-Allah.


Oh, tahun ni bakal masuk fasa baru. 3 series beb! *lap peluh*