Friday, 29 January 2010

BZ MODE

Bz bz bz bz bz bz bz bz...
.
Mungkin kena datang keje esok atau ahad...
Tapi ahad tak boleh, ada test...
Adeh, tak study lagi...
.
.
.
.
.
ps: bz bz pun sempat je lawat kejap kawasan jajahan... rehatkan minda jap... ;p

Thursday, 28 January 2010

MENGAPAKAH?

Stressnya la minggu ni tak boleh on YM... walaupun aku bukan la memanjang duk berYM [slalu duk letak invisible mode je pun], tapi tetap la geram bila tak boleh. Memang la masih boleh berYM melalui email tu tapi tak best... huk huk huk...
.
Adakah sudah kena block???? Oh tidakkkkkk!!!!
.
.
.
ps: busy sebenarnya ni... curi masa nak lepas geram jap... ;p

Tuesday, 26 January 2010

BANYAK CAKAP TAPI TAK BERSUARA

Hari ni dah kurang busy skit. Tapi tak tau nak merapu apa. Errr tapi slalunya dari tak tau nak merapu, kang tiba-tiba je entri boleh jadi panjang berjela. Merapu entah apa-apa. Macam tak biasa plak kan. Nak ikutkan ada 2-3 entri dah draf sekerat jalan. Asyik taip-taip tak jadi je. Biarlah terperam buat sementara waktu, agak-agak dah lama nanti baru la delete. Saat-saat camni yang rasa macam 'kalau tutup terus blog hari tu tak yah gatal-gatal buat blog baru kan bagus'. Tapi, masih nak merapu lagi. Sebab kat sini aku boleh berubah jadi 'banyak cakap' skit.
.
Dari dulu aku memang slalu 'banyak cakap melalui tulisan'.
.
Masa form 4, kat asrama aku baik ngan Wiwi & Asz. Slalu la ke mana-mana together2. Diorang ni dua-dua sekolah Sri Aman. Aku plak sekolah Assunta. Kalau tak silap aku, diorang sekelas kat sekolah. Jadi diorang ni slalu la duk cite pasal kat asrama kat kawan diorang kat sekolah. So nama aku [dah la nama glemer masa tu memang lain dari yang lain kan] pun terselit sama la dalam cite tu.
.
Ada sekali tu kat asrama nak buat majlis perpisahan untuk form 5. Kitorang ada la buat tag nama sebagai organizer. Yang in-charge buat tag tu Lily [yang juga sekolah Sri Aman]. So masa buat tu, ada sorang kawan diorang ni tertengok tag aku. Pastu dia kata, "la ni ke Balanya? ingatkan dia gelap orangnya". Hahahampeh...
.
Dan lepas tu kawan diorang tu pun berkawan dengan aku. Cop, sebelum buat spekulasi, Sri Aman ni sekolah perempuan. Budak ni budak asrama Felda. Dua-dua duk asrama, so kitorang jadi cam kawan pena la. Duk balas-balas tulis surat. Wiwi & Asz la jadi posmennya. Memanjang je ada je cite nak ditulis. Tapi tu la, takat kawan melalui tulisan je. Tak penah bercakap hatta melalui phone. Skang? Dah lost contact. Tak tau la dia ingat aku lagi ke tak.
.
Ada lagi satu, masa form 4 gak [mentang-mentang la honeymoon year], aku baik dengan sorang form 5 ni, Shahida. Satu sekolah ngan aku tapi dia bukan budak asrama. Kitorang baik tapi jarang bercakap. Boleh tak camtu? So camne kitorang berkomunikasi? Melalui tulisan gak. Kadang-kadang tulis surat, tapi pastu tulis kat buku latihan [untuk elakkan kena rampas]. Tukar-tukar tulis la. Pastu bila dia last day kat sekolah, kelam kabut koyakkan buku tu. Dia amik yang aku tulis, aku amik bahagian yang dia tulis. Lawak giler. Kalau ingat balik, boleh kira bape patah ayat je aku penah berborak face to face ngan dia. Kalau face to face berat mulut tapi kalau melalui tulisan panjang berjela aku boleh merapu. Tapi ngan dia masih boleh borak panjang kat phone. Skang ni dah lost contact gak. Huhuhu.
..
.
Ha, kan dah kata tadi. Dari tak tau nak apdet apa, tetiba je dah panjang aku merapu.
.
ps: semalam tak sempat layan monday blues... ;p

Monday, 25 January 2010

KEBIZIAN MELANDA

Nanti-nanti je la aku merapu.
.
ps: selamat hari isnin... :)
.
.
------
updated: tengah kusyuk2 buat keje boleh la plak buat fire drill... haih!

Thursday, 21 January 2010

CEGAH SEBELUM PARAH

Dari sekolah lagi badan aku ni senang sangat virus nak lekat. Ni betul-betul genap sebulan lepas demam, dah kena balik. Tapi tu la orang degil dan suka menangguh, nak tunggu parah baru nak berubat. Dah lebih seminggu virus selsema dan batuk menyerang, tak reti-reti lagi nak pegi klinik. Nak tunggu dah kronik, baru la terhegeh-hegeh nak pegi. Bukan kata pegi klinik, satu ubat apa pun aku tak makan. Konon nak suh sembuh sendiri. Tak nak sakit skit je dah nak makan ubat.
.
Nak pegi klinik gigi lagi la... dah bape bulan duk tangguh. Dari sakit tu datang pastu dah baik, datang balik, sakit balik [ulang sampai jemu], tak terpegi-pegi lagi. Haih!
.
Mak aku suka nyanyi lagu ni kalau kitorang sakit gigi,
.
Sedari dulu mak bilang apa, gosok la gigi jangan dilupa,
Aduh mak sakitnya... aduh mak sakitnya.
.
Kalau tengah sakit tu, sabor je la mendengarnya... ;p
.
Apa la kan, nak berubat pun suka benor menangguh. Penyakit procastinate ni yang nak kena ubat dulu ni. Heh!
.
.
ps: tak boleh tahan dah, petang ni nak kena gi klinik gak... *hidung melecet*

Wednesday, 20 January 2010

SUARA KEKASIH

Dari keje opis lama sampai la opis skang ni, aku banyak berurusan melalui telefon je. Dulu aku slalu duk chase quotation dari supplier. Skang ni subcon plak yang duk chase aku pasal payment.
.
Ada sesetengah orang, boleh tune intonasi suara dia bila bercakap dengan orang yang berbeza. Bila bercakap dengan kawan, suara lain, bila cakap dengan lelaki orang lain, otometik jadi lembut. Dan ada jugak yang memang semulajadi mengada lemah gemalai je suara tak kira bercakap dengan siapa.
.
Aku? Aku cakap macam biasa je tak kira dengan siapa, tak kira face to face atau on-the phone. Takdenya tiba-tiba aku nak tune jadi lembut ke apa. Aku tak tau la camne suara aku kedengaran pada orang lain. Rasanya biasa je, tak kasar tak lembut.
.
Tapi. Pelik bila ada sorang subcon ni bila call aku asyik tersasul panggil aku 'AYU'. Bila aku tanya, 'Ayu?'. Dia kata sebab suara aku suit dengan nama tu, tu yang asyik tersasul. Boleh plak camtu ek? Aku adalah sangat tidak ayu la... aku macho orangnya!
.
Oh2 teringat masa form 2 dulu. Aku ngan crime partners masa tu [nik, jiah & husna], duk main rakam2 suara kitorang menyanyi. Masa tu suara belum pecah budak-budak lagi, bila dengar balik, suara aku macam kartun... ekeke... [nik, ko ingat tak?]
.
.
.
ps: blogger yg penah cakap face to face atau on-phone ngan aku, kak luna, suri, kak ungku, kak wan & kak wear... err tu je la rasanya... ;)

Monday, 18 January 2010

TERUJA

Aku jarang purposely gugel semata-mata nak menjejak 'seseorang'. Jadi bila aku jumpa secara kebetulan, rasa teruja!
.
------
.
Bermula dari blog kak masy, yang tengah promot blook LAGEJ. Dari situ, aku masuk plak blog Encik Naga [yang aku slalu baca sebagai pembaca senyap]. Baca entri terbaru beliau yang 'comel' tu, ternampak pulak satu komen ni [ada kena mengena dengan blook LAGEJ tu tadi]. Dah masuk blog dia, ternampak la pulak satu nama ni.
.
AYOUR.
.
------
.
Dulu, lepas berenti baca majalah Ujang, aku beralih arah baca Gempak plak. Memang suka betul karya Ayour ni kat Gempak. Err biasa la, cite-cite cintan. Hahaha.
.
Antara quote2 dia yang aku suka dan masih ingat [dan rasanya penah letak kat blog lama pun]...
.

"Bila kita sukakan seseorang, kita sukakan dia tanpa kekurangan. Bila kita
cintakan seseorang, kita cintakan dia tanpa kekurangan"

.
"Sungguhpun cemburu itu peracun jiwa, ia juga pengukur cinta"
.
"Mengapa kita sering memuja si punca duka? Adakah kita buta
atau si dia yang tak punya rasa?"
.
..
Ni yang rasa nak belek balik majalah-majalah Gempak yang lama. Layan jiwang jap. Hahaha!
.
.
.
ps: biasa la aku ni suka je nak teruja benda2 kecik... ;p

Sunday, 17 January 2010

MLM

Hari tu aku baca status sorang kawan aku kat FB. Dia nak berhenti keje untuk buat full time bisnes MLM. Wah, mesti pulangannya dah berbaloi2 sampai dia buat keputusan camtu. Ada gak 2-3 orang blogger [yang aku baca blog diorang diam2] yang buat keputusan yang sama. Bukan senang tu nak berjaya. Kena ada ilmu dan skil untuk yakinkan orang lain. Saspek betul!
.
Aku rasa aku takde bakat nak berjaya dengan bisnes MLM. Tapi tak tau la kot-kot bakat terpendam belum berjaya digilap lagi, kan kak wear kan. Mana la tau akan datang. Hehehe.
.
-----
.
Sape kata MLM untuk jual produk je. Skang ni nak jana trafik pun boleh buat secara 'MLM'. Nak ikutkan aku tak kisah langsung pasal trafik. Blog ni untuk saja aku suka-suka merapu. Tapi saja je join bila pa'chik ajak. Tak rugi apa-apa pun kan.
..
So, jom la join SINI... yang ni konfem takde modal permulaan... ekeke... ;p
.
.
.
.
ps: sebenarnya ni la motif utama entri MLM ni... atas tu mukadimah je.

Saturday, 16 January 2010

BILA PENYAKIT MALAS MENYERANG

Dah lama tak keje hari sabtu, bulan lepas kan asyik cuti je hari jumaat [opis aku bagi compulsory leave sabtunya]. Minggu lepas plak dah la cuti pastu takde kelas, memang bersenang lenang la. Hari ni liat je rasa nak keje. Abis keje terus gi kelas. Adeh!
.
Kan ke bagus kalau sabtu tak keje.
.
----
.
Aku tengah google pebenda tadi, terjumpa lagu ni. Baru tahu kewujudan lagu ni.
.
.
Use to be so easy
To give my heart away
But I found that the haeartache
was the price you have to pay
I found that that love is no friend of mine
I should have know'n time after time
.
So long
it was so long ago
But I've still got the blues for you
.
Use to be so easy
Fall in love again
But I found that the heartache
It's a roll that leeds to pain
I found that love is more than just a game
Play and to win but you loose just the same
.
So long
it was so long ago
But I've still got the blues for you
.
So many years since I seal you face
You will my heartthere's an emty space
Used to be
.
(SOLO)
So long
it was so long ago
But I've still got the blues for you
.
Golden days come and go
There is one thing I knowI've still got the blues for you
.

.
.
.
ps: masih bertahan!

Friday, 15 January 2010

MANGSA TENET

Masa sekolah menengah dulu, masa zaman IRC, memang giler la duk main chatting ni. Nak ikutkan bukan best sangat pun, tapi masa budak2, benda mengarut memang best. Bila difikirkan, masa umur 14tahun la paling banyak buat benda2 bodoh. Errr agaknya umur 14 tahun memang umur 'kritikal' kot. Yela baru nak beralih dari budak2 kepada remaja. Masa tu perasaan ingin tahu tu menebal, suka la nak 'mencuba' macam-macam. Seb baik la aku duk asrama, terhad skit la penggunaan tenet tu, pergerakan pun terhad, jadi takde la terjebak benda-benda bodoh yang kritikal ni.
.
----------
.
Semalam tengok Oprah. Pasal budak-budak yang jadi mangsa godaan internet. Ada satu kes ni, budak tu baru umur 14 tahun berkenalan kat tenet ni ngan sorang mamat umur 27 tahun. Mak dia sangat strict pasal penggunaan laman sosial. Dia tak dibenarkan join sebarang laman sosial cam frenster, myspace, FB etc. Tapi budak nak naik remaja, akhirnya terjebak gak. Dah kena ayat baek punya ngan mamat tu sampai ada sanggup la jumpa kat motel. 'Menyerah diri' la namanya tu. Agaknya lepas dah dapat tu mamat tu dah tak layan dia ke apa, budak ni cite la kat mak dia. Yang mamat ni dah la duk tempat lain, sanggup tu terbang nak jumpa budak ni. Budak tu jadi depressed akhirnya bunuh diri, sudahnya mamat tu kena la penjara 9 tahun.
.
Lagi satu kes lagi dasat. Budak tu umur 13 tahun. Mamat tu umur 38 tahun. Masa jumpa tu terus culik. Dah la jenis 'sadis'. Dia rantai budak tu, buat seks ganas dah tu siap rakam dan tayang kat kawan dia. Seb baik la kawan mamat tu laporkan kat FBI. Kalau tak abis lunyai la kot budak tu.
.
Budak lelaki pun ada jadi mangsa.
..
Skang ni penggunaan tenet dah semakin meluas. Dah jadi sebahagian dari keperluan. Bila tengok dan baca kes2 macam tu, menakutkan betul!
.
Kalau umur baru 14tahun, tak yah la gatal-gatal nak blind date semua tu. PMR pun tak amik lagi, duk rumah diam-diam baca buku! Ni kang banyak je kes umur baru bape dah terjebak macam-macam. Nauzubillah!

Thursday, 14 January 2010

BERTEMU & BERPISAH

Masa aku nak berenti opis lama dulu, ada sorang project manager [PM] ni tanya aku dapat offer keje kat mana. Bila aku bagitau, dia perlekehkan. Dia kata kampeni ni kecik je kalau nak dibandingkan dengan opis lama aku tu. Dah la masa tu aku memang masih berbolak-balik nak berenti ke tak.
.
Hari pertama keje, terdetik rasa menyesal. Tengok bilik HOD aku, sadis betul! Masa temuduga memang la dah penah datang tapi tak nampak lagi keseluruhan opis tu. Dah la satu bilik share 2 orang, dah tu bersepah giler dengan drawing. Macam tak organize langsung. Risau pulak memikirkan nak keje dengan keadaan macam tu. Bos lama aku dulu sangat teratur, dah terbiasa dengan orang yang sangat organize. Masa tu fikir, betul la agaknya kata PM aku dulu. Tapi orang kata jangan menilai dari luaran. Biar nampak selekeh tapi duit banyak daripada bergaya tapi habuk pun takde. Alhamdulillah aku membuat 'percaturan' yang betul. Lompat ke kapal yang lebih selamat. Err kalau tak selamat pun takkan aku nak patah balik kan.
.
-----
.
Semalam Mr N ada sebut pasal beberapa subcon yang tak sempat nak submit quotation untuk tender. Pastu ada satu nama yang dia sebut ni cam familiar je. Rupanya betul la, salah satu subcon yang involve tu kampeni lama aku. Nama anak bos pun keluar... ekeke. Pusing-pusing sudahnya jumpa balik.
.
.
.
ps: opis lama paling best masa CNY... dapat banyak angpow!
sini ilek... kedek betul... ;p

Wednesday, 13 January 2010

ULANGTAHUN LAGI LAGI

Hari ni ulangtahun kelahiran adik aku plak. Dah 25 tahun pun mamat tu. Tapi perangai kadang-kadang macam budak 15 tahun yang nak kena luku kepala je. Haih!
.
Dulu masa sekolah, bape kali aku kena gi sekolah jumpa cikgu disiplin sebab dia kena tangkap merokok kat sekolah. Yang paling teruk, dia penah kena tahan kat balai sebab ponteng sekolah. Duk lepak kat kedai game. Tiba-tiba ada budak bergaduh kat kedai game tu. Polis datang, dia yang pakai baju sekolah kena la cekup. Aku gak yang kena amik dia kat balai tu. Mak aku memang malas nak layan benda2 camtu. Rasa nak luku ke tak? Haih!
.
Ada sekali tu bulan lepas, dia 'hilang tak dapat dikesan' hampir 4 hari. Tak kisah la tak nak balik rumah melepak sebab dah tua bangka pun nak dijaga dan ditanya ke mana nak pegi. Tapinya mamat ni kan ada 'sejarah kena samun la', itu la, ini la. Dah la skang ni macam-macam benda boleh jadi. Bila semua orang call, tak dapat langsung. Geram je sebab dia buat mak aku risau. Dan seperti yang disangkakan, memang ada 'benda' jadi masa tu. Dia eksiden. Bila mak aku membebel, dengan muka tak bersalah siap cakap sape suruh risau. Rasa nak luku ke tak? Haih!
.
Ada banyak lagi benda yang mamat ni buat rasa nak je luku. Mentang-mentang anak bongsu, mengada terlebih! Tapi kadang-kadang cakap gak kat emak dan ingatkan diri sendiri, kena berenti treat dia macam budak [seriously, kadang rasa dia macam baru umur 15 tahun]. Hakikatnya dia bukan lagi. Dia dah 25 tahun pun. Dah boleh la kalau nak kawin pun. Tak perlu sentiasa nak ditanya nak ke mana, tak perlu sentiasa nak diingatkan, tak perlu nak pecah kepala risau sangat pasal dia. Pandai la dia jaga diri.
..
Harapnya pasni semakin matang la.
.
.
ps: mampus kalau dia tau aku ngutuk dia kat sini...
eleh, dia takut ngan aku... aku kan kakak yang garang... ;p

Monday, 11 January 2010

ULANGTAHUN LAGI

Setiap Januari, ada 3 ulangtahun disambut selang sehari.
.
Hari ni ulangtahun wanita kesayangan pulak. Selamat hari jadi emak. Moga emak dikurniakan kesihatan yang baik.
.
Emak aku ni jenis jimat orangnya. Jarang sangat nak makan kat luar. Dia rasa membazir. Kalau aku nak ajak makan luar, mula la dia duk kata kalau beli dan masak sendiri baru berapa bla bla bla... cam tahun lepas, duk bawak makan kat luar, pastu mula la sibuk nak tengok bil. Padahal sesekali nak bawak makan special skit... eh, ni entri dedikasi ke nak 'mengata' emak sendiri ni? hehehe... Takde la. ;p
.
Jadinya, semalam telah menyediakan 'special brunch' untuk emak. Kita tukar selera jadi western jap eh.
.
~chicken chop untuk emak & adik...


~lamb chop utk aku... mak tak leh makan kambing, darah tinggi!
.
.
Amacam, ada talent tak nak bukak kedai? ekeke...
.
.
.
.
ps: petang ni la baru nak cari hadiah. Nak beli apa ek?

Saturday, 9 January 2010

ULANGTAHUN

Hari ni ulangtahun kelahiran lelaki kesayangan aku.
Namun hakikatnya sudah hampir 12 tahun dia tiada lagi di sisi.
.
.
.
.
.
Al-fatihah.

Friday, 8 January 2010

AIR OH AIR

Hari tu kat kawasan rumah aku ada gangguan bekalan air.
.
Ni rupa air masa baru ada balik... dah serupa air sungai kelang je... nak buat basuh kencing pun tak lalu... heh! Sebab tu la penapis air kat rumah tu kejap je hitam...
.
Oh, patut la Along aku bila balik KL je mesti sakit tekak... air kat sini bersih sangat...
.

~ rupa air tebu pun ada... ;p
.

.
.

ps: kebelakangan ni, aku kerap mengalami mimpi ngeri.

Thursday, 7 January 2010

$INDROM

Awal-awal dah mengalami 'sindrom tak tau nak updet' apa.
.
Tadi dah draft satu entri. Tapi tak jadi la nak publish. Merapu pasal personal financial. Bukan apa, bulan lepas akhirnya berjaya track every single detail of my daily expenses. Sebelum-sebelum ni penah buat tapi slalunya halfway je, err kadang-kadang suku pun tak sampai. Dah 5 tahun keje. Tak nak la abis bulan, abis gaji [ada negative flow lagi <-- seb baik ada bonus duk cover balik]. Huhuhu.
.
Errr tapi skang ni ada alasan kukuh untuk negative flow tu. Bayar yuran. ;p
.
.
.
ps: bulan ni ada appraisal...
tak terlalu mengharap tapi harap-harap... kaching! \($_$)/

Wednesday, 6 January 2010

AKTIVITI PEMBUKA TIRAI 2010

Berpoya-poya di tahun baru... isk isk, lagha sungguh!
.
~ 4 jam 'melalak'... dah nak abis bukan nak slow down... makin naik syeh ada la... ;p
.
~buffet karaoke... mulut melalak, perut disumbat...
pastu komplen apsal tak kurus2... ekeke...
.
-----------
.
Semalam anak buah aku Nia, baru masuk darjah 1. Mak dia cite, komain semangat nak gi sekolah. Kul 5 lagi dah bangun. Dah kebosanan la tu duk rumah. Dia masa umur 5 tahun dah gi tadika. Dia ni cengeng skit. Ada kelas swimming pun tak nak pegi. Orang lain swimming dia duk kat bilik guru. Sebab dah pandai membaca semua, mak ayah dia bagi la 'cuti' dari gi tadika tahun lepas.
.
Tapi sian je dengar cite dia sebab budak lain semua mak bapak hantar dan tunggu. Yang dia, ayahnya cikgu jadi tak boleh la tunggu. Mak dia plak tak tunggu sebab ada anak kecik. Seb baik la kakak dia satu sekolah dan sama sesi. Cikgu plak duk tanya dia kenapa mak ayah tak tunggu. Seb baik la dia tak menangis. Isk isk... sian betul! Errr tapi aku dulu pun cam dia gak.
.
Tahun ni anak buah sulung aku amik SPM... apsal cepat sangat diorang ni membesar, isk!
.
.
.
ps: cepat betul masa berlalu sampai tak sedar...
ntah tinggal bape lama je lagi jangka hayat kat dunia ni...

Saturday, 2 January 2010

DI SINI BERMULA...

'Bila satu blog ditutup, ada blog lain dibuka...'

Sebenarnya aku bukan nak berenti terus... err belum lagi buat masa ni. Masa buat 'countdown' dulu memang dah plan nak buat blog baru. Just wanna start all over again. Fresh start on 2010... kununnya...
.
Skang ni belum pasti nak stick dengan blog address yang lama atau tukar baru...
.
.
.
.
ps: baru sempat 'launch'... tak kira tetap nak buh 1hb gak.. ;p