Wednesday, 29 February 2012
Monday, 20 February 2012
HUJUNG MINGGU YANG TAK PRODUKTIF
Weekend lepas sangat tak produktif. Seharian duk melayan 'One Piece'. Terjebak angkara kak Ita la ni masa gi Skudai hari tu. Kunun nak meronda pun tak jadi.
Aktiviti masak-masak je berjalan seperti biasa. Dan sempat merajinkan diri membaking.
~ puding roti dengan kismis dan coklat... last buat Ramadhan tahun lepas...
~ nyummm!
Hari ni bawak 3/4 loyang ke opis. Kat rumah sape je nak makan.
Tuesday, 14 February 2012
DOWN
Tengah bergelut dengan benda yang merudumkan jiwa.
Kalaulah boleh je tinggalkan semuanya sekarang jugak. Lari jauh-jauh!
Kalaulah boleh je tinggalkan semuanya sekarang jugak. Lari jauh-jauh!
Thursday, 9 February 2012
DARI TAMAN KE TASIK
Cuti empat hari tak ke mana pun... takat ronda-ronda kotaraya dekat-dekat je. Isnin tu family abang aku datang, esoknya saja je bawak anak-anak buah aku gi jenjalan.
Mula-mula gi McDonald... tanya diorang nak makan situ ke atau nak tapau makan kat taman. Semua jawab nak makan kat taman. So aku terus ke taman KLCC. Boleh tahan ramai orang jogging. Orang jogging, kitorang piknik tengok orang jogging. Lepas makan, layan la diorang main kat situ. Tak sempat main kat kolam sebab masa tu tengah dibersihkan.
Sejam gak la kat situ... pastu sambung plak ke Tasik Titiwangsa.
Seb baik la masing-masing
Oh, anak-anak buah Melaka nampak status pasal gi jenjalan ni... masing-masing pakat jeles. Diorang balik KL nanti kena la bawak plak. Takpe la, achik mithali kan. Ekeke. ;p
Friday, 3 February 2012
TO DO LIST
Semalam baca entri marlizaradzi pasal '30 things before 30'. Hari ni saja je gugel pasal tu... jumpa macam-macam list menarik. Ingat nak buat gak list [hahaha mudah benor terpengaruh], errr tapi takde maknanya sempat nak buat semua 30 benda dalam masa 64 hari. Ikutkan dulu ada je mental list apa yang nak dicapai sebelum 30. Tapi tu la, list tinggal list... tak kuat berusaha untuk capai kot. Mungkin kena start buat list '34 things before 34' kot. Bagi jangkamasa yang praktikal skit untuk direalisasikan. Ye dak? Tapi idea menghadiahkan diri something cool sempena upgrade diri kepada 3 series adalah sangat-sangat menarik. *fikir nak beli apa*
Dalam melakukan aktiviti menggugel, jumpa plak website ni. Menarik. Bukan la semua 'assignments' tu menarik tapi general idea tu yang menarik. Boleh la untuk mengisi masa lapang dari asyik duk tengok tv atau main game je tak sudah-sudah. Sebenarnya ada banyak benda yang aku nak buat tapi tak terbuat-buat [macam tak biasa]. Antara projek DIY cam nak buat frame untuk gantung keychain-keychain yang duk terperuk dlm 'tin cenderahati' dan tempat sangkut '12 hellokitty' yang aku dapat masa keje part time dulukala [oh, aku tak minat langsung hellokitty tapi bendalah tu mengingatkan aku pada kenangan keje part time tu]. Tetiba rasa bersemangat plak nak buat. Tunggu dan lihat je la samada akan terlaksana atau tinggal omongan kosong je. Ekeke.
Sementara tu meh buat list nak buat apa untuk cuti empat hari ni.
Happy weekend!
Sementara tu meh buat list nak buat apa untuk cuti empat hari ni.
Happy weekend!
Wednesday, 1 February 2012
YANG DITUNGGU DAH TIBA
Sejak kelmarin ada la dua tiga kali sehari aku masuk website space...
Tadi bukak lagi untuk ke sekian kalinya untuk hari ni. Oh, result dah keluar.
Sem ni amik maksimum kredit. Sem ni pointer paling bagus.
Alhamdulillah. Gumbira bangat!
*senyum sampai telinga*
Tadi bukak lagi untuk ke sekian kalinya untuk hari ni. Oh, result dah keluar.
Sem ni amik maksimum kredit. Sem ni pointer paling bagus.
Alhamdulillah. Gumbira bangat!
*senyum sampai telinga*
Subscribe to:
Posts (Atom)





