Wednesday, 31 October 2012

TIGA SUARA CERITA

.
Hari Sabtu tu buat kenduri tahlil. Hari yang sama majlis pertunangan 'geng mamak', Cik Loyer [tahniah beb]. Ralat tak dapat pegi majlis beliau. Nak ikutkan boleh je pegi sebab kampung aku ngan rumah dia dekat je. Tapi hari tu ditugaskan masak satu dari menu kenduri. Tak penah-penah. Fuh! ai masak dah sedap la tu ahahaha. Kiranya dah boleh dipercayai masak untuk jamu orang. Heee..
.
Ala kena masak kuah sweet sour untuk ikan siakap je pun, bukan susah sangat. Tapi ye la selalunya paling banyak aku masak untuk 2 ekor ikan je, ni kena masak untuk 15 ekor. Masa hidang tu mak siap cakap "tak nak amik gambar ke nak masuk internet". Hahaha sabor je la. Kunun nak amik gambar nanti tapi terus terlupa.
.
~ gambar recycle.. 
bezanya tak letak carrot tp letak nenas & timun yg didadu..
oh dan idak la siap berdaun pisang bagai.. ;p
.
.
-----------
.
Cite yang lain.
.
Semalam tengah makan malam dengan emak. Duk cite pasal apa ntah tapi pasal dah 'tua' la. Tetiba mak cakap dia masih terbayang aku kecik-kecik dulu pakai gaun warna pink ikut dia gi meniaga. Masa tu umur aku 4 tahun. Mak kata cepat betul masa berlalu, tup tup anak dia dah 30 thn. sayu je dengar tapi tak nak emo-emo aku pun cakap tu la aku pun tak sangka dah 30, rasa cam masih sweet 17 forever. *anak beranak denial mode eh*
.

-----------
.
Cite yang lain lagi.
.

Ada satu blog yang aku suka baca ni, dia suka join running event. Dari blog dia gi blog beberapa runner lagi. Seronok plak baca. Tetiba kan buat aku pun teringin nak join. Tak agak-agak kan padahal baru je bape kali gi jogging. Hahaha. Ala, berangan tak salah kan. Kot-kot nanti terlaksana gak, mana tau. Mula-mula aim dulu join walkathon. Hari tu dah nampak lorong nak join walkathon anjuran Nestle, member pun ada yang ok je nak join. Sekali nak register via sms dah penuh. Nak amik borang plak cam leceh plak plus masa dah suntuk [alasan]. Takpe-takpe one sweet day.
.
So far masih dalam fasa bersemangat. Harapnya fasa ni long lasting la.

Monday, 29 October 2012

CERITA KORBAN

Alhamdulillah tahun ni ada rezeki buat korban. Sekor lembu untuk emak dan 6 beradik. Kitorang buat kat kampung since esoknya nak buat kenduri tahlil. Meriah la raya haji tahun ni sebab semua ada. kali terakhir semua balik raya haji tahun 2009.
.
Malam raya tu kitorang [along, uda, aku ngan mak ndak] tido nak dekat kul 3 pagi temankan mak ndak masak rendang kerang ngan ketupat pulut. Petang tu dah masak kari ayam. Lambat masak rendang kerang sebab petang tu baru nak rebus, baru nak kopek, baru nak buat kerisik... merasa la tido lambat. Takpe la sambil temankan sambil bergosip. Raya puasa hari tu temankan pun hampir-hampir ketupat rentung gara-gara mak ndak terlelap. Seb baik kitorang temankan masa tu. Cuma ralit bergosip sampai dah bau hangit skit baru perasan. ;p
.
Raya cam tak berapa raya sangat pun. Yang lelaki gi solat raya kat masjid cam biasa. Yang pompuan aku ngan Uda je semangat pakai 'baju raya' [aku pakai jubah annual dinner je pun.. pakai kali kedua], yang lain semua malas tukar baju. Takde semangat raya betul. Ai je semangat tau. Dah semangat tu gi 'beraya' kat Tesco sampai dua jama beli barang untuk kenduri.
.
Sebab raya haji jatuh hari jumaat, kitorang buat korban lepas jumaat. Sepatutnya diorang uruskan semua tapi sebab banyak orang buat korban dan kurang orang nak uruskan, kena uruskan sendiri. So lepas sembelih, bawak balik rumah untuk uruskan. Merasa la pengalaman melapah lembu [sampai 'terlapah' jari sendiri, seb baik luka skit je], timbang sendiri sampai la agih-agihkan daging-daging tu semua. Oh, paling trauma aku ngan Angah la masa basuh perut lembu. Rendam dengan 3 bekas kapur. Pastu sental perut tu. Perghh, selama ni beli dah siap putih bersih. Abis la satu badan bau lembu. Sental ngan berus sabut bagi hilang bau. Huhuhu.
.
Harapnya dimurahkan rezeki untuk buat korban lagi. Insya-Allah. 

Wednesday, 24 October 2012

WW16: WEIGHTMOTIVE

.
 .
 .
.


Monday, 22 October 2012

GAMBAR 'KONTROVERSI'

.
Kontroversi la sangat kan... sendiri je rasa.. ;p
.
Sabtu lepas saja je tukar gambar ni jadi gambar profile kat FB. Suka gambar ni sebab PERASAN kurus padahal tak pun. Kalau tengok betul-betul, jari jemari masih montok dan lengan pun macam peha ayam kepsi. Huhuhu.
.
.
Nape cakap gambar ni gambar kontroversi.. sebabnya member aku duk komen aku nampak dah kurus. Yang paling tak boleh blah, kakak aku pun sama siap tanya emak aku betul ke aku dah kurus. Semalam call tanya dah turun bape kg. Tiba-tiba stress sendiri. Sebab aku tau la hakikatnya belum kurus pun. Camera trick je tu. Biasa la gambar snap sendiri, harus la adjust angle bagi nampak kurus kan. Err tapi idak la edit guna photoshop ke apa yea. 
.
Pasni tak nak la guna gambar 'bajet kurus' sebelum betul-betul kurus. Tak nak la kang jumpa member lama yang tak jumpa atau orang yang baru 1st time jumpa bagi komen [dalam hati] "eh, dalam gambar nampak kurus tapi depan2 gem". Tak rela yu! Aku lagi rela orang komen "eh, dalam gambar nampak gemuk tapi sebenarnya kurus". That's much better right!
.
Kena gigih berusaha la nampaknya... untuk betul-betul kurus bukan 'bajet kurus'. ;p
.
-----------
.
Cite lain.. semalam gi SPACE amik surat abis belajar. Baru la official boleh update resume kan.
.
..
Pagi-pagi lagi dah emel surat ni dan transkrip pada HR. Sila la revise gaji saya yea. ;)

Wednesday, 17 October 2012

WW15: SWEET


Tuesday, 16 October 2012

REKOMEN MENGREKOMEN

Aku kurang gemar bab rekomen-rekomen keje ni. Tak kira la direkomen atau mengrekomen. Sebenarnya aku penah la ada pengalaman direkomen ni. Kerani kat sekolah tempat mak aku keje, abang dia Engineer kat JVC. So dia la rekomen aku. Still kena melalui interview dan ujian bertulis. Yang buat aku tak suka sebab aku tak tau samada aku memang layak ataupun sekadar sebab direkomen. Pastu kat department aku keje tu ada yang tau aku ni direkomen, so jadi cam tak best. At the end, aku keje tak sampai 3 bulan pun kat situ. Huhu.
.
Selain tu aku ada pengalaman tak best masa interview keje gomen sebab bawak surat rekomen. Err nak ikutkan aku tak nak pun bawak surat tu, mak aku yang beriya. In fact aku letak surat tu dalam fail sijil belah-belah belakang. Tapi encik penemuduga tu nampak gak masa selak-selak tu dan 'menyinga' lepas tu. Ok takde la dia marah terang-terang pasal surat tu tapi cara dia tanya soalan lepas dia nampak surat tu, memang sah la dia tak suka. Aku terpaksa je ok. Kalau tak nanti emak aku plak 'menyinga'. Of course la tak dapat. So since tu memang banned rekomen-rekomen ni dan takmo dah gi interview  keje gomen.
.
Bab mengrekomen plak, aku tak berapa suka sebab takut nanti kalau orang yang rekomen tu ada masalah ke apa, skit sebanyak sangkut paut dengan aku.
.
Dua-dua syarikat yang aku keje yang bertahan lama [KTL 3.5 tahun & skang PIM dah 4 tahun lebih] adalah tanpa sebarang rekomen mengrekomen. Satu dari iklan kat sokabar & satu dari jobstreet.
.
Ok, sebenarnya aku cite pasal ni sebab baru-baru ni ada kenalan kat FB tanya pasal student dia nak praktikal kat kampeni aku keje [giler panjang mukadimah kan, biasa la kuat merapu haha].Yang buat aku cam reluctant skit sebab aku tak kenal dia secara realiti. So bila dia tanya macam mana nak apply, aku just biarkan soalan tu tergantung. Tambah plak aku suspicious skit pasal dia [rasa macam dia adalah seseorang yang aku nak ignore]. Pastu esoknya kakak aku plak sms tanya pasal ada keje kosong tak kat opis aku. Anak member dia baru abis dip. Again, rasa reluctant skit sebenarnya.
.
Tapi tetiba teringat status kak Yan. Something pasal memudahkan urusan orang lain. Fikir punya fikir, a'ah apa salahnya kan mudahkan urusan orang. Padahal 'pertolongan' yang diminta pun bukan besar sangat pun, cuma bagi contact info je. Bukannya suruh rekomen pun. At the end, benda tu bergantung atas usaha dia sendiri jugak. Kita cuma bagi 'lorong' skit je. Mana tau nanti aku plak perlukan bantuan yang sama. Kalau kita mudahkan urusan orang, nanti urusan kita juga akan dipermudahkan. Tak kira la urusan apa pun. :)
.
.
ps: bila datang mood merapu.. merasa kau entri panjang2.. 

Monday, 15 October 2012

TRAGEDI PAIP PECAH

Semalam tengah sedap tengok tv tiba-tiba dengar bunyi orang ketuk pintu. Anak-anak jiran aku duk bagitau paip rumah kitorang bocor. Aku pun cepat-cepat keluar tengok. Rupanya kat sambungan paip tu terpatah. Kena tahan baru air tak terpancut keluar. Masalahnya tang pecah tu bawah dari kepala paip, so walaupun tutup kepala paip tetap la air mengalir. Jiran aku belah bawah kepochi skit dah naik tanya kenapa. Try call sorang plumber ni dia takde kat rumah. Try call adik aku pun tak dapat. Call makcik Z untuk dapatkan nombor orang maintenance, orang tu takde kat rumah ada majlis. Tapi dia kata dia balik je nanti dia datang. Fuh, jenuh la plak nak tunggu. 

Mula-mula masih berada dalam kawalan. Dah balut kain kat area patah tu so tekanan tu perlahan skit. Tapi lama-lama makin kuat sampai terpancut kuat cam gambar kat bawah ni. Abis aku dengan emak basah lencun. Stress giler ok duk tahan air tu. Pastu sape ntah bagitau boleh tutup pili air besar kat tingkat sembilan. Ada la salah sorang jiran yang datang tu tolong gi tutupkan pili tu. 
.
.
.
.
Serius geram je semalam, sebab dah dua kali benda ni jadi tapi semalam paling teruk la. Ada sekali tu sampai penapis air kat luar tu pecah. Tapi takde la air tu terpancut laju cam semalam. Bertambah geram sebab tunggu orang maintenance tu tak datang-datang. Aku takut je ada orang lain buka pili tu, kang air tu memancut lagi. Seb baik la kul 11 lebih tu dia datang. Tu pun tengah dia betulkan ada orang bukak pili tu, cecepat dia gi tutup balik. Seb baik la gak ada barang untuk betulkan, kalau tak jenuh.
.
Hari ni EL half day sebab pagi tadi takde air lagi. Pili masih tutup sebab nak bagi paip tu betul-betul kering. Lega aku tengok dia guna besi instead of pvc. Guna pvc tu yang cepat patah/bocor kot. Harap-harap pasni takde la kejadian cam semalam lagi. Isk!
.
.
ps: hari Sabtu tu kan hampir sepanjang hari hujan.. aku saja gatal kata dah lama tak mandi hujan... sekali amik kau, memang dapat 'mandi hujan'.. wish come true? huhuhu...

Friday, 12 October 2012

CUBAAN MENJADI SWEET & CERIA

.
"Being miserable doesn't give any advantages. It'll just dim everyone's mood and cause even more problems." ~ MrRandomMuslim.
. 
Hmmm, kadang-kadang memang terlepas la kan entri/status/twit yang berbaur negatif. Lepas geram atau meluah rasa yang terasa kununnya kan. Macam aku penah twit, aku rasa aku ni semulajadi bitter dan loner sejak azali. Kalau tanya 1st impression orang tentang aku mesti diorang akan cakap aku ni muka sombong dan garang. Huhu.
.
Cuba nak jadi sweet, peramah dan ceria tapi susah. Kadang-kadang jeles dengan orang yang semulajadi sweet, ceria dan ramah ni. Senang je buat kawan. Ai wan tu bi laik det oso!
.
Berbalik kepada quote di atas, aku rasa betul la apa yang MrRandomMuslim kata tu. Dari aku duk tulis entri/status/twit negatif... buat orang rasa mandom/menyampah/stress je baca, baik la aku tulis yang ceria-ceria je. Yela kalau aku pun stress ok baca entri yang asyik nak marah-marah je. Skang ni kalau nak lepas geram pun, taip je tapi tak publish. Hehe.
.
So pasni nak cuba jadi ceria dan sweet secara maya dulu pastu mana tau lama-lama in reality pun camtu. For the time being, bak kata kak baby, jadi la cam cekelat bittersweet. Bitter but sweet at the same time. ;p
.
.
Ps: Skang ni suka baca inspirational quotes, motivasi diri untuk jadi positif. Owh, dan juga sedang berada dalam fasa bersemangat menjana hormon endorfin!   

Tuesday, 9 October 2012

BUKAN SUMPAHAN.. ADA SINAR!

.
Cite berkisar masa agenda hujung minggu nan lalu. Masa berenti kat Shell tunggu satu lagi kereta, borak la ngan cik H & cik R. Terkeluar la pasal kitorang bertiga sebilik masa form 1. Pastu semua single lagi, termasuk la lagi dua orang lagi yang kitorang tengah tunggu tu. Duk sebut-sebut, ada la beberapa orang lagi termasuk 3 orang senior yang sebilik ngan kitorang. Dalam bilik kitorang ada 14 orang [aku dapat recall 12 orang je, dua orang lagi serius aku tak ingat]. Dan setahu aku, sembilan dari 12 tu masih single. Uish, adakah telah disumpah oleh bilik 75-D???? Yang sebaya, hanya dua yang berjaya terlepas dari 'sumpahan'.. dua-dua dah kawin dan ada anak sorang. ;p
.
Ok melawak je. Takde maknanya sumpahan bagai. Ehehe.
.
Semalam dapat tau berita gembira. Salah sorang dari 'geng kedai mamak' [serius weh kita kena tukar nama geng kita.. sangat tidak vogue okeh! ;p] akan bertunang. Tak nak bagitau sape [kot2 la ada warga astopunk yang lain tersesat kat sini.. biar tuan punya badan yg announce sendiri]. Selama ni asyik gi majlis yang member yang lain, skang ni one of the gang punya majlis, harus la teruja lebih. Hahaha.
.
Bak kata za [kot], dah ada 'sinar' dalam geng mamak. Hahaha. Nextttttttt, sape? ;p
.
Err harapnya lepas dah berduet pun masih bleh bergather-gather la. Buat family day plak kan. Amboi, jauh berangan. Ekeke.
.
.
ps: belum nampak sinar lagi...

Wednesday, 3 October 2012

Monday, 1 October 2012

BILA RUH RAJIN DATANG

Kompilasi kek yang dibaking bulan lepas.

~ kek pertama, kek coklat kukus untuk open house rumah makcik aku..
.
~kek kedua, saja2 buat kek keju untuk bawak gi opis.. 
beli krim keju untuk buat masa raya tapi sebab tak sempat buat.. dah abis raya baru buat..
. 
 ~rentetan kek kedua yang aku pos gambar dan resepi kat FB, kawan2 aku rekues nak rasa..
since hari sabtu lepas member aku ada buat BBQ, so buat untuk bawa ke rumah dia..
kek keju oreo dengan topping coklat stoberi..
.
~ keratan rentas.. kek comot sbb coklat dah cair gara2 lama menunggu orang...
oh, masa buat kek ni tetiba oven buat hal.. terpaksa la kukus.. 
sebelum ni tak penah try kukus ciskek.. seb baik jadi.. 
..
~err ni bukan kek.. ni baked blueberry custard.. pestaim cuba..
resepi senang giler.. takyah susah2 nak pukul bagai, campak je bahan2 dalam blender..
.
~ gara2 terlupa beli lapik kek & kotak, aku bawak je ngan loyang2 sekali.. belasah!
.
.
-----
Lenkali nak try amik gambar cun skit la macam blog2 makan2 yang lain, baru la drool skit kan tengok... ni gambar dari loyang je, sungguh tak presentable. Nak kena beli props la nampaknya. ;p
.
.
ps: nak kena beli oven baru.. yg ada dah tak boleh diselamatkan.. isk!