Showing posts with label BAKING. Show all posts
Showing posts with label BAKING. Show all posts

Monday, 1 October 2012

BILA RUH RAJIN DATANG

Kompilasi kek yang dibaking bulan lepas.

~ kek pertama, kek coklat kukus untuk open house rumah makcik aku..
.
~kek kedua, saja2 buat kek keju untuk bawak gi opis.. 
beli krim keju untuk buat masa raya tapi sebab tak sempat buat.. dah abis raya baru buat..
. 
 ~rentetan kek kedua yang aku pos gambar dan resepi kat FB, kawan2 aku rekues nak rasa..
since hari sabtu lepas member aku ada buat BBQ, so buat untuk bawa ke rumah dia..
kek keju oreo dengan topping coklat stoberi..
.
~ keratan rentas.. kek comot sbb coklat dah cair gara2 lama menunggu orang...
oh, masa buat kek ni tetiba oven buat hal.. terpaksa la kukus.. 
sebelum ni tak penah try kukus ciskek.. seb baik jadi.. 
..
~err ni bukan kek.. ni baked blueberry custard.. pestaim cuba..
resepi senang giler.. takyah susah2 nak pukul bagai, campak je bahan2 dalam blender..
.
~ gara2 terlupa beli lapik kek & kotak, aku bawak je ngan loyang2 sekali.. belasah!
.
.
-----
Lenkali nak try amik gambar cun skit la macam blog2 makan2 yang lain, baru la drool skit kan tengok... ni gambar dari loyang je, sungguh tak presentable. Nak kena beli props la nampaknya. ;p
.
.
ps: nak kena beli oven baru.. yg ada dah tak boleh diselamatkan.. isk!

Saturday, 20 August 2011

SESI MEMBUAT BISKUT RAYA

Sesi membuat kuih raya dah bermula Rabu lepas... err tapi sehari satu adunan je... tak leh lebih2 kang patah pinggang aku tapi tu ada hati nak jual kuih tahun depan...kunun je sila jangan percaya.
.
Bermula dengan biskut coklat cip... oh2 ada kejadian sengal skit... masa bakar 1st batch, biskut tu mencair, jadi nipis giler dan abis melekat semua... aku pun tambah la tepung, pastu tengok balik resepi... rupanya adunan tu guna 2 tepung... aku terlupa buh satu sukatan tepung tu... patut la cair bebenor... lepas adjust balik, baru la jadi... ;p
.

Malam tadi plak buat kuih crunchy oat... err hari tu ada beli dari opismet [dia plak beli dari kawan dia]... so try la gugel resepi dia dan cuba buat... Alhamdulillah jadi [tapi idak la sebijik sejibon sama... orang tu biskut tu base coklat... aku guna perasa kopi... sedap je bau nescaffe]... kuih ni senang tapi leceh... seb baik jadi sedap cuma terlebih manis skit... kena kurangkan sukatan gula pasni...
.
Pagi tadi plak buat cornflakes madu yg super senang... yang ni dah beberapa tahun buat. Pastu sambung plak buat satu adunan lagi biskut coklat cip... disusuli dengan puding roti untuk berbuka nanti... yea super awal buat... dah alang-alang membakar, sekali jalan la... ;p
.
Errr tapi semua biskut baru buat satu adunan... esok la kot nak repeat adunan kedua...
.
Selamat membuat biskut raya... biskut biskut gak, jangan lupa menghayati 10 Ramadhan terakhir [ingatan untuk diri sendiri]... happy weekend!

Sunday, 10 July 2011

MEMBAKING

Semalam mood membaking datang. Bukan satu tapi dua jenis kek yang dibuat. Tu dia bila rajin sampai dua, tapi kalau malas... bertahun-tahun berbulan-bulan tak kuasa nak buat. Oh, lagi pun sebab dua-dua resepinya super easy peasy.
.
Resepi pertama diambil dari blog encik mat gebu, Blended Orange Cake. Resepi ni best sebab cuma perlu masukkan bahan-bahan [kecuali tepung] dalam blender, blend sampai halus. Pastu masuk tepung. Kacau2, bakar & dah siap.
..
~hasilnya gebus...
oh, sebab kat rumah takde brown sugar, aku guna je gula pasir biasa...
cuma dikurangkan skit kuantitinya... takut terlebih manis...
.
.
Kek kedua nak ikutkan dah selalu buat. Cuma kali ni guna resepi kak izinni [punya la lama beliau dah bagi resepi ni, baru skang nak buat... lebih setahun dah, isk!]. Bahan-bahan lebih kurang sama je dengan resepi yang aku selalu buat cuma kuantiti berbeza dan cara buat je lain... lagi senang... ai laikeeeee!
.
Kek coklat kukus. Pestaim buat kek kukus, slalunya bakar je.
.
~hasilnya pun sangattttt gebus...
yang tengah tu bukan bantat yea tapi sebab terkena aluminium foil...
.
.
.
Ps: pasni tak tau la bila plak datang lagi mood rajin ni. ;p

Thursday, 9 June 2011

DAH BAKAR, TOPUP BALIK... CISKEK TUL!

Semalam opis aku adakan perlawanan badminton antara staf. Sebagai 'ahli tetap' yang gi main badminton setiap minggu walaupun dah tak dapat cuci mata tengok mamat ensem bila dah tukar dari hari khamis ke rabu, mesti la aku join jugak kan. Pestaim ni masuk pertandingan badminton. Ala takat nak lawan suka-suka ngan budak opis je...hadiah pun takat serat je. ;p


Yang hampehnya boleh plak terlupa bawak kasut. Dah la kaki godang, bukan bleh nak pinjam kasut orang lain. Sudahnya terpaksa beli kasut baru kat situ. Agak segan nak beli sebab kang orang kata semata-mata nak lawan beria beli kasut. Hahaha. Seb baik la memang dari hari tu nak beli kasut baru.
.


~kasut sukan baru... suka!

.


Tak, kasut baru tu tak bawa berkat pun. Dua-dua game kalah. Huwaaaaa! Ngan group N&Z, memang dah agak tak boleh menang sebab diorang terer. Yang lagi satu group cinun, ingatkan ada harapan la nak menang. Boleh plak semalam diorang terer semacam. Asyik duk smash je. Berkat pinjam raket best dari Mr. C la tu. Cis! Tak puas hati sungguh. ;p






~ni la 2 group yang kalahkan group aku...

----------



Malam kelmarin buat sesi membaking. Uda buat kek coklat & oren. Aku buat ciskek.

.


~lepas bakar kalori main badminton, topup balik makan ciskek... isk!

Tuesday, 22 March 2011

DAY 9 - A PHOTO OF THE ITEM YOU LAST PURCHASED

~2 helai blouse tidak berjenama... ;p
.
----------
.
Cite yang lain selain dari '30 things in 30 days challenge'...
.
Errr cite 2 minggu lepas... setelah 'trauma' menghasilkan kek baldu biru yang rupa cam kek expired yang dah berkulat tapi sedap je [hahaha nak jugak bagitau sedap], aku pun menggigihkan diri cuba buat sekali lagi... tapi kali ni tak jadi derhaka student...
.
Agak berpuas hati dengan hasil kali ni... tapi terlupa nak amik gambar dah siap...
.
~warna kek kurang merah sbb guna pewarna merah ceri...
.
~ada lebihan adunan, dapat 4 bijik cupcake...
dah tau buat butter icing, yeay!

Friday, 24 September 2010

SI BALDU BIRU

Skang ni ramai betul duk menggiler ngan kek ‘baldu merah’ [red velvet]. Hari tu plak tengok member aku duk tepek resepi kat blog dia. Tetiba selasa lepas datang plak semangat nak membaking... plannya nak buat hujung minggu, tapi tetiba excited sebab tak sabar nak rasmikan beberapa alatan membaking yang baru dibeli... hehe...
.
Disebabkan aku ni suka jadi 'the derhaka student' yang kununnya nak buat lain dari yang lain, telah tergatal tangan mengubah warna asal... si baldu merah telah bertukar wajah menjadi si baldu biru... tapi terlebih buh pewarna, instead of sweet baby blue i've hope it should be, the colour of the cake turned out a bit scary and ugly too dark... huhuhu... err namun begitu walaupun rupa agak huduh rasa tetap sedap...
..
~the blue velvet cake with cream cheese topping..
err segan nak tunjuk 'kebiruan' kek itu...
niat asal nak bawak gi opis pun terbantut, segan weh...
kang orang ingat kek expired plak... ;))
.
.
note to self: lenkali jangan gatal2 nak menderhaka... sila ikut arahan yea! ;p