~masih menten chubby... ;p
.
ps: semalam tak sempat sebab banyak sangat keje... dan tenet kat rumah cam hampeh!
~A KINDNESS IS A LANGUAGE THE DUMB CAN SPEAK AND THE DEAF CAN HEAR AND UNDERSTAND...
~masih menten chubby... ;p
.
ps: semalam tak sempat sebab banyak sangat keje... dan tenet kat rumah cam hampeh!
Walaupun skang dah kurang tegar. Dulu punya ketagih sampai sanggup gi cc malam-malam buta bila takde tenet kat opis, sanggup update/bloghop guna handphone walaupun rasa tak feel tapi tetap gigih... hahaha.
Walaupun skang dah kurang meriah. Dulu suka menyakat, merapu, bergurau kat kotak komen atau kotak sembang orang lain. Skang ni kadang-kadang suka baca dalam diam je.
Walaupun penah rasa nak je tutup blog suatu tika dulu.
Yeap, masih belum jemu berblog. Buktinya tengah banyak benda kena setelkan pun masih sempat siapkan challenge ni. ;p
Err buat masa ni la...
Alangkah bestnya kalau dapat gi melawat wonders of the world... menghayati seni binaan hebat dunia... kalau dapat gi satu pun dah cukup bersyukur... nak guna hukum tarikan la... mana tau dapat rezki cam tahun lepas...
Kadang-kadang rasa cam takde je ciri-ciri seorang Aries.
.
ps: kali terakhir sambut besday dengan angka DUA kat depan... hohoho!
Album gambar. Penuh dengan kenangan indah.
Bila rindu zaman kanak-kanak, belek album gambar.
Bila rindu zaman sekolah dan kawan-kawan, belek album gambar.
Bila rindu pada arwah lelaki kesayangan, belek album gambar.
Bila rindu anak-anak buah yg cepat sungguh membesar, belek album gambar.
Album gambar sesuatu yang amat bermakna untuk aku layan blues.
1. Makan berbunyi berdecap-decap. Sangat annoying!
2. Miang keladi. Jenis mata suka duk meliar atas bawah. Dan yang suka melawak lucah secara melampau tak kira ngan siapa adalah sangat menjengkelkan!
3. Yang suka cakap berdegar-degar dengan volume kuat sampai orang lain yang takde kena mengena pun terpaksa dengar... cite bagai nak rak macam la dia sorang hebat sangat dan yang lebih teruk pastu perlekeh orang lain.
4. Yang terlampau. Terlampau gedik. Terlampau seksi. Terlampau perasan macho. Terlampau lembab. Terlampau poyo. Terlampau kak nam. Terlampau bingit. Dan segala macam terlampau lagi. Skit-skit udah la weh! Oh2 dan skandal terlampau. Haih!
5. Orang kurus dan cantik tapi asyik la tak puashati dengan diri sendiri. Naik seratus gram pun dah menggelupur, jerawat tumbuh sebijik pun cam nak histeria. Kalau jenis yang memekak kat blog dia sendiri tu aku tak kisah sangat. Salah aku la dah tau rasa irritating tapi masih nak baca kan. Yang buat sangat irritating bila yang cakap kat depan aku orang yang mempunyai masalah2 tu. Cuba sensitif skit boleh tak???? Cuba bayangkan Erra Fazira duk komplen dah gemuk kat Syanie. Tak ke geram? *hahaha baru taip dah emo*
ps: yea mungkin kadang2 aku pun menjengkelkan bagi orang lain gak... terima hakikat! ;p
---edited---
kengkawan, sila jangan terasa pasal no. 5 tu... ;p

Tapi 4 dalam gambar ni antara yang aku sangat suka tapi blum sampai fanatik... ;p
1. SLAM ~ Masa form 1 penah gi konsert apa ntah semata-mata ada persembahan dari SLAM... lepas abis persembahan diorang terus ajak emak balik... tu je kot konsert yang penah aku gi tengok live...
2. Westlife ~ aku ni cepat stress bila jalan jem tapi kalau dengar lagu-lagu diorang, kurang stress tu... boleh layan menyanyi dengan gembira...
3. Eminem ~ walaupun lagu dia banyak carutan, banyak kemarahan & kebencian... tapi entah kenapa aku suka je layan... am always looking forward for his performance during any award... best!
4. Wentworth Miller ~ perlu ke diterangkan lagi? ;))