Thursday, 31 March 2011

DAY 18 – 5 THINGS THAT IRRITATE ME ABOUT OPPOSITE/SAME SEX

1. Makan berbunyi berdecap-decap. Sangat annoying!


2. Miang keladi. Jenis mata suka duk meliar atas bawah. Dan yang suka melawak lucah secara melampau tak kira ngan siapa adalah sangat menjengkelkan!


3. Yang suka cakap berdegar-degar dengan volume kuat sampai orang lain yang takde kena mengena pun terpaksa dengar... cite bagai nak rak macam la dia sorang hebat sangat dan yang lebih teruk pastu perlekeh orang lain.



4. Yang terlampau. Terlampau gedik. Terlampau seksi. Terlampau perasan macho. Terlampau lembab. Terlampau poyo. Terlampau kak nam. Terlampau bingit. Dan segala macam terlampau lagi. Skit-skit udah la weh! Oh2 dan skandal terlampau. Haih!


5. Orang kurus dan cantik tapi asyik la tak puashati dengan diri sendiri. Naik seratus gram pun dah menggelupur, jerawat tumbuh sebijik pun cam nak histeria. Kalau jenis yang memekak kat blog dia sendiri tu aku tak kisah sangat. Salah aku la dah tau rasa irritating tapi masih nak baca kan. Yang buat sangat irritating bila yang cakap kat depan aku orang yang mempunyai masalah2 tu. Cuba sensitif skit boleh tak???? Cuba bayangkan Erra Fazira duk komplen dah gemuk kat Syanie. Tak ke geram? *hahaha baru taip dah emo*



ps: yea mungkin kadang2 aku pun menjengkelkan bagi orang lain gak... terima hakikat! ;p


---edited---


kengkawan, sila jangan terasa pasal no. 5 tu... ;p

8 comments:

lyza said...

no.5..ekekekeke.. setuju sgt-sgt.

hati-hati yg ambil kesempatan kat dalam panggung pun ade.. aka pervert/sex maniac.

nicky said...

err... ak penah ke buat yang no. 5 tu kat ko? errr.... tak kan? (^_^)v

Anonymous said...

erra penah cakap cam tu ke depan syanie... jahat betul erra nih... :P

achik said...

kak lyza ~ hehehe.. ;p

dlm bas pun banyakkk.. kalau duduk, suka nak rapat2 sgt.. kalau berdiri dlm bas yg penuh lagi teruk.. isk!


nick ~ hahaha.. tak kot! ;p


pa'chik ~ contohhhhhh je la.. ;p
isk, kena betulkan ayat ni.. kang x pepasal je.. ahahaha..

MsNiniE said...

sy suke no.5...(mcm penah buat je)
ekekeke...

tp sy tidaklah kurus sgt...huahahaha

Anonymous said...

yeah...not good not good heh.

achik said...

hasni ~ ahahaha.. sila jgn terasa.. kalau penah buat pun idak la irritating sgt pun.. ekeke.. ;p


bro azzam ~ :)

peepiu said...

sila jangan menyampah dengan saya. ^-^