Saturday, 18 August 2012

SALAM AIDILFITRI


Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.
Berhati-hati di jalanraya.

Thursday, 16 August 2012

MOOD RAYA DAH MARI

Aku rasa aku pun dah berjangkit dengan perangai emak aku... suka tukar decision last minute. Hehe.

Ada sekali tu [berbulan nan lalu] opismet ajak makan-makan lepas keje. Kejap aku kata aku join, kejap tak. Sampai ke saat akhir dah nak balik pun masih berbelah bagi nak pegi ke tak. Masa keluar dari opis aku kata konfem tak join. Tapi on the way tu, rasa bersalah plak.. so dah alang-alang memang lalu tempat yang nak dipegi, sudahnya aku drop by gak. Sengal kan!

Baru-baru ni pulak ada majlis berbuka puasa dept. Mula-mula dah bagi nama nak join tapi bila sampai hari sebenar, tiba-tiba malas nak pegi. Dan sudahnya memang tak pegi pun. 

Yang paling baru.. hari tu tak rasa nak apply cuti awal sebab opis tutup seminggu. Sangap la kalau nak cuti awal. Macam kan nak balik jauh kan. Tapi semalam, tiba-tiba rasa nak jugak cuti hari jumaat. Satu, sebab dah takde mood nak keje tambah-tambah plak ramai yang dah cuti hari Jumaat. Kedua dan point utama, ada banyakkkkkk giler benda nak kena buat. Nak kemas rumah, nak beli barang untuk bawak balik kampung, nak buat kek. So pagi tadi isi borang apply 'unpaid leave'. Seb baik bos tak banyak soal. Tenang skit aku nak buat apa-apa yang patut.

Oh, tahun ni rasanya paling aku takde beli apa-apa sangat untuk diri sendiri. Sebab tak sempat. Awal puasa takde mood nak menyoping lagi [baca: bonus belum dapat], pastu 2 minggu lepas ada kelas.. celah mana nak menyopping. Malam hari berkerja memang takde maknanya aku nak keluar. Baju pun tempah satu je [sebenarnya dua tapi satu tu kena reject sbb kain berkaki.. sobs!], tu pun kain beli kat Bandung. Memang tahun ni tak ke Jalan TAR.

Tahun ni pakai baju tahun lepas yang tak pakai lagi. Err tak pakai sebab satu tu aku rasa cam sama corak ngan opismet, so tak nak la pakai. Kang boria plak. Walaupun tak penah pakai, tapi feeling dia lain sebab buat tahun lepas kan. Cuba baru buat, mesti teruja. Haha cam kanak-kanak plak nak teruja -uja dapat baju baru. Hahaha. 

Insya-Allah tahun ni semua balik beraya. Yeay baru complete nak amik gambar raya. Tahun lepas sadis takde gambar family. 

ps: so far masih puasa penuh.. harap-harap dapat puasa penuh! :)

Monday, 13 August 2012

TAMAT LA SUDAH

Alhamdulillah, semalam berakhir la episod daku sebagai seorang student part time. Lega sangat! Assignment yang lecturer bagi dateline sampai 26hb pun aku dah siap-siap hantar, malas nak fikir dah.  Aku nak beraya dengan tenang. Tak yah nak fikir assignment2 bagai.

Tapi semalam tak sempat nak rasa sedih ke apa sebab takde sesi salam2 ngan member2 yang penah sekelas sebab dah hujung-hujung ni kelas bukannya sama. Aku yang sekelas ngan Kak I & Y dari masuk sampai abis ni pun tak sempat jumpa kak I. Kelas terakhir semalam adalah sesi 'mock up interviews' [oh sesuai betul buat sesi interview ni, dah la dah lama tak gi sesi interview, at least boleh refresh balik... pasni boleh la start misi baru]. Dia kena pagi, aku kena tghari so malas nak datang awal. Tu yang tak jumpa tapi seb baik semalamnya [kelmarin] ada sesi berbuka puasa sama-sama. Cuma takde sesi touching2 je. Huhuhu. Aku dah la tiap kali ada lab je mesti ada sesi 'sentap' ngan kak I. Biasa la, ai kadang2 bossy skit. ;p

Yang sedihnya, tak sempat nak konvo bulan oktober ni. Ye-ye je boleh isi borang penganugerahan masa sem pendek pastu ada remark 'akan/telah memenuhi syarat penganugerahan' tapi still kena tunggu tahun depan. Berjanggut ai nak tunggu. Apa-apa je la, janji dah abis. Yeay!

Mak aku blum apa-apa dah bagitau, hujung minggu je nak berjalan. Komain lagi kan. :D

Pasni idak la orang jemput apa-apa majlis aku tak dapat datang dengan alasan ada kelas pastu kang mula la diorang tanya sambung master ke, sentap ai. Hari tu ada gak jeling-jeling pasal master.. err takat jeling je la, idak la nak sambung pun.

Dah tutup satu bab, mari mulakan bab baru!


Thursday, 2 August 2012

RESEPI BISKUT RAYA


Wah, updet2 je terus up resepi.. hehe. Takde la, belum start mengukis lagi. Plannya nak buat hujung minggu ni tapi bahan-bahan belum beli satu apa pun. Ni antara 3 biskut yang aku dah cuba buat tahun lepas. Tahun ni pun repeat buat biskut ni gak kot. Buat yang senang-senang je udah. Ingat nak try buat biskut snow almond. Harap-harap resepi yang aku dapat tu pun buleh dipercayai.


Oh, resepi-resepi ni aku gugel tapi lupa la plak nak simpan sumbernya aku cedok dari mana. Tapi gambar adalah hasil yang aku buat tahun lepas. ;p
1. BISKUT COKLAT CHIP

Bahan-bahan
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang
Cara-cara
1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Goreng badam tanpa minyak sekejap, tapi jangan sampai hangus.
2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan bahan2 yang telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
4. Sudukan ke atas loyang yang telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
5. Bakar dalam oven degan kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
2. CRUNCHY OATS


Bahan A:
420gm mentega
240gm gula kastor
1½ sudu teh cappucino emulco
½ sudu teh serbuk bikarbonat

Bahan B:
90gm oats
60gm bubble rice

Bahan C:
390gm tepung gandum
90gm tepung jagung
3 sudu makan tepung beras
Sedikit coklat masakan
Sedikit coklat urai
Sedikit putih telur - untuk celup adunan yang telah dibentukkan

Cara memasak:
1. Putar mentega dan gula kastor hingga sebati.
2. Kemudian masukkan cappucino emulco dan kacau adunan rata.
3. Masukkan oat bersama bubble rice dan kacau lagi hingga adunan sebati.
4. Masukkan serbuk bikarbonat bersama tepung jagung dan tepung gandum. Kacau rata hingga menjadi doh dan rehatkan doh selama 10 minit.
5. Bentukkan adunan menjadi bujur dan kemudian celupkan ke dalam putih telur dan seterusnya golekkan di dalam oat.
6. Bakar pada suhu 170°C selama 20 minit.
7. Masukkan ke dalam acuan kertas dan celupkan separuh bahagian biskut dengan coklat. Hiaskan dengan coklat urai di atasnya.
** Pastikan biskut dibiarkan sejuk terlebih dahulu sebelum dicelup ke dalam coklat masakan. 

3. BISKUT SAMPERIT PANDAN 

  • Bahan A
  • 200gm mentega
  • 100gm gula ising
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 tsp pes pandan/pandan emulco
  • 1/2 tsp pewarna hijau epal
  • Bahan B
  • 250gm tepung gandum
  • 50gm tepung jagung
  • 30gm tepung kastard
  • Hiasan : Coklat masakan putih dan manik hundred thousand.

Cara-cara

  1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 1 jam.
  2. Guna nozzle tart gulung dan tekan ke atas loyang yang telah di griskan. Potong mengikut saiz di kehendaki.
  3. Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau hingga kekuningan.
  4. Biarkan biskut sejuk baru di hias dengan coklat masakan putih yang di cairkan secara double boiler, masukkan ke dalam kon kertas, gunting sedikit muncungnya dan pipe di tengah biskut dan tabur dengan manik berwarna.
  5. Biskut ini agak nipis, jika mau lebih tebal tindihkan selapis lagi.

Selamat mengukis!

ps: ada resepi best yang senang, share2 la.. tak rajinmampu nak buat yang hebat2 camni misalnya... cantek2 dan nampak sangat sedap hasil air tangan beliau... kagummmm!