Thursday, 31 March 2011

DAY 18 – 5 THINGS THAT IRRITATE ME ABOUT OPPOSITE/SAME SEX

1. Makan berbunyi berdecap-decap. Sangat annoying!


2. Miang keladi. Jenis mata suka duk meliar atas bawah. Dan yang suka melawak lucah secara melampau tak kira ngan siapa adalah sangat menjengkelkan!


3. Yang suka cakap berdegar-degar dengan volume kuat sampai orang lain yang takde kena mengena pun terpaksa dengar... cite bagai nak rak macam la dia sorang hebat sangat dan yang lebih teruk pastu perlekeh orang lain.



4. Yang terlampau. Terlampau gedik. Terlampau seksi. Terlampau perasan macho. Terlampau lembab. Terlampau poyo. Terlampau kak nam. Terlampau bingit. Dan segala macam terlampau lagi. Skit-skit udah la weh! Oh2 dan skandal terlampau. Haih!


5. Orang kurus dan cantik tapi asyik la tak puashati dengan diri sendiri. Naik seratus gram pun dah menggelupur, jerawat tumbuh sebijik pun cam nak histeria. Kalau jenis yang memekak kat blog dia sendiri tu aku tak kisah sangat. Salah aku la dah tau rasa irritating tapi masih nak baca kan. Yang buat sangat irritating bila yang cakap kat depan aku orang yang mempunyai masalah2 tu. Cuba sensitif skit boleh tak???? Cuba bayangkan Erra Fazira duk komplen dah gemuk kat Syanie. Tak ke geram? *hahaha baru taip dah emo*



ps: yea mungkin kadang2 aku pun menjengkelkan bagi orang lain gak... terima hakikat! ;p


---edited---


kengkawan, sila jangan terasa pasal no. 5 tu... ;p

Wednesday, 30 March 2011

DAY 17 – HOW YOU HOPE YOUR FUTURE WILL BE LIKE

.
Benda-benda akan datang ni tak nak letak harapan lebih-lebih. Cuma berharap akan datang yang lebih baik dari sekarang.
.

Tuesday, 29 March 2011

DAY 16 – SHORT TERM GOALS FOR THIS MONTH AND WHY

Bulan ni cuma tinggal 3 hari je. Jadi buat short term goals untuk bulan depan.
.
1. Siapkan report & prepare for presentation.
2. Study untuk test & final exam.
.
Dua goal utama yang tengah menjadi fokus skang ni.
Yang lain masuk senarai sampingan.

Monday, 28 March 2011

DAY 15 – SOMETHING YOU DON’T LEAVE THE HOUSE WITHOUT

. Sama je cam orang lain... kunci, wallet & handphone. .

Sunday, 27 March 2011

DAY 14 – A TV SHOW YOU’RE CURRENTLY ADDICTED TO

.

Kebanyakkan cite kegemaran aku ditayangkan kat channel starworld atau fox.
.
How I Met Your Mother, Gary Unmaried, NCIS, Criminal Mind & Glee antara cite kegemaran... boleh tengok banyak kali tak jemu-jemu... tapi bukan la sampai tahap kena tengok gak takleh miss... slalunya kalau terbuka dan tengah ditayangkan, baru la tengok... takdenya aku nak ingat hari apa dan kul bape ditayangkan... kadang tu biar terbuka je cite tu tapi gi main game buat assignment kat tepi tu...

.

Satu-satunya cite yang aku takleh miss tengok...

.

.

.

.

.

.

~ MERLIN... ahad... 10.30pm-tibitigasuku...

Saturday, 26 March 2011

DAY 13 – A PICTURE OF YOUR FAVORITE BAND OR ARTIST

Sebenarnya aku tak pernah fanatik kat mana-mana band atau artis... suka gitu-gitu je... zaman sekolah menengah penah la gunting gambar artis dari majalah... kunun-kunun nak tampal kat buku atau folder... tapi sudahnya buang je... .



Tapi 4 dalam gambar ni antara yang aku sangat suka tapi blum sampai fanatik... ;p


1. SLAM ~ Masa form 1 penah gi konsert apa ntah semata-mata ada persembahan dari SLAM... lepas abis persembahan diorang terus ajak emak balik... tu je kot konsert yang penah aku gi tengok live...


2. Westlife ~ aku ni cepat stress bila jalan jem tapi kalau dengar lagu-lagu diorang, kurang stress tu... boleh layan menyanyi dengan gembira...


3. Eminem ~ walaupun lagu dia banyak carutan, banyak kemarahan & kebencian... tapi entah kenapa aku suka je layan... am always looking forward for his performance during any award... best!


4. Wentworth Miller ~ perlu ke diterangkan lagi? ;))

Friday, 25 March 2011

DAY 12 – YOUR CURRENT RELATIONSHIP, IF SINGLE DISCUSS HOW SINGLE LIFE IS


Kadang-kadang rasa best.
Kadang-kadang rasa tak best.

Thursday, 24 March 2011

DAY 11 – A PICTURE OF YOUR FAVORITE MEMORY

~Autumn in my heart... definitely one of my fav memories...
.
.
-----------
.
Semalam ternampak Dila & Shezan wish besday kat Jiah... aku pun pegi la wish sama... pastu baru aku perasan diorang wish kat FB yang lama.. si Jiah ni ada 2 FB [satu lagi dia dah lupa password tu yang dia buat FB baru]... aku pun gi la wish sekali lagi kat wall lagi satu tu...
.
Sebelum tido tu aku pun kunun la nak set reminder besday dia kat hp... oh besday Jiah sama ngan akira... tapi pastu baru aku teringat, eh bukan besday dia bulan April ke sama ngan aku [hint hint ;p]... cheh, terwish awal sebulan gamaknya.... sengals!
.
Dah la pastu ada 2-3 orang lagi wish rentetan wish aku tu... Tak pasal menyengal bersama-sama... ekeke....
.
.
ps: upsr 5A, pmr 9A, spm 4A2B2C je... aku rasa mesti dia frust...
tapi harapnya dia tak buat keputusan yang salah cam aku...

Wednesday, 23 March 2011

DAY 10 – A PHOTO OF YOUR FAVORITE PLACE TO EAT

Tempat yang betul-betul jadi kegemaran tu takde tapi ada la beberapa kedai yang aku suka... kalau nak makan keuw teow paprik yang sedap gi kedai tepi simpang belakang opis lama tapi skang orang lain dah take over, roti canai kat kedai mamak [tak ingat nama kedai]... kual dal ngan sambal dia mmg sedap ah... mee celup dan ayam kampung kat kedai tepi pejabat pos...
.
Errr takde keje la plak aku nak amik gambar kedai tu semata-mata nak jawab soalan ni kan...
.
But my ultimate fav place to eat adalah kat my home sweet home... kalau kat rumah masak apa pun semua pun sodap... lagi-lagi masakan emak... terbaek!!! ;p
.
~gambar ulangsiar

Tuesday, 22 March 2011

DAY 9 - A PHOTO OF THE ITEM YOU LAST PURCHASED

~2 helai blouse tidak berjenama... ;p
.
----------
.
Cite yang lain selain dari '30 things in 30 days challenge'...
.
Errr cite 2 minggu lepas... setelah 'trauma' menghasilkan kek baldu biru yang rupa cam kek expired yang dah berkulat tapi sedap je [hahaha nak jugak bagitau sedap], aku pun menggigihkan diri cuba buat sekali lagi... tapi kali ni tak jadi derhaka student...
.
Agak berpuas hati dengan hasil kali ni... tapi terlupa nak amik gambar dah siap...
.
~warna kek kurang merah sbb guna pewarna merah ceri...
.
~ada lebihan adunan, dapat 4 bijik cupcake...
dah tau buat butter icing, yeay!

Monday, 21 March 2011

DAY 8 – YOUR DREAM WEDDING

Tak gemar nak berangan dan bercerita benda2 camni selagi belum sampai masanya...
Kot dah nak dekat, baru la bleh beria berangan kan... ekeke...
But for the sake to answer this question...
.
Dream wedding = Simple + Sweet
.
.
.
.
.
ps: amik ko sampai 3 entri sehari... rajin sungguh! ;p

(BELATED) DAY 7 – A PHOTO OF AN ANIMAL YOU’D LOVE TO KEEP AS A PET

Aku bukan seorang pet lover tapi tiap kali lalu pet shop mesti rasa teringin nak bela dia lagi... yeap, dulu kecik-kecik dah penah bela...
.
Arnab yang comel...
.
ps: nak abiskan entri ni dlm 30 hari jugak so kena catch up balik... ;p

(BELATED) DAY 6 – A SONG TO MATCH YOUR MOOD

..
.
Mood sebenar adalah malas nak keje... rasa cam hari ni masih ahad!
Hampir-hampir nak EL... ;p

Sunday, 20 March 2011

(BELATED) DAY 5 – WHAT MAKES YOU DIFFERENT FROM EVERYONE ELSE?

Tak reti aku nak jawab soalan ni.
.
Siap 'rujuk' entri orang lain tengok apa yang diorang jawab. Macam buat assignment plak... tak reti nak buat apa so tiru tengok assignment orang lain cari idea nak start camne. Hahaha... ;p
.
Err tapi aku masih tak reti nak jawab soalan ni.
.
Takpe la ngelat skit kan... ;p

Thursday, 17 March 2011

DAY 4 – YOUR FAVORITE PHOTOGRAPH OF YOUR BEST FRIEND

.
Aku tak ramai kawan. Kawan baik apatah lagi. Tapi setiap zaman... zaman sekolah rendah, zaman sekolah menengah, zaman dip, zaman keje, zaman PJJ... ada la beberapa orang yang pernah jadi kawan baik aku. Cuma kawan baik dalam erti kata sebenar yang kongsi segala suka duka tu macam takde je. Takat 'good friend' je la blum sampai tahap 'best friend' lagi. Mungkin sebab aku yang tak pernah cuba jadi best friend.
.
Disebabkan aku malas nak cari gambar lain, aku letak gambar yang pernah letak je la. Kebetulan semuanya gambar kawan-kawan baik dari zaman asrama.
.

~nina, comet & kecek kawan baik masa form 5... tapi dalam gambar ni terselit sekali chip...

main air kat tepi surau ATDI lepas duk pedajal nina sempena besday dia...
.

~sangat suka gambar2 masa majlis kawen dila...

Walaupun aku idak la sangat rapat beria dengan setiap sorang tapi kitorang pernah berkawan baik sebab pernah duk sebilik. Harapnya boleh terus berkawan baik...
.

~ Err Jiah bleh masuk tahap best friend kot... .

.

"Some people come into our lives and quickly go. Some stay for awhile and leave
footprints on our hearts. And we are never, ever the same"-- Anonymous



Wednesday, 16 March 2011

DAY 3 ~ YOUR IDEA OF THE PERFECT FIRST DATE

Alamak, topik-topik cenggini aku kureng gemor skit. Dah la tak banyak pengalaman kan... err tak tau nak huhu ke hehe ke haha... ;p
.
Kali ni layankan jela... bukan nak suh cite pengalaman first date pun kan... ekeke...
.
Nak ikutkan aku takde specific idea camne temujanji pertama yang sempurna harus berlangsung. Walaupun aku jiwang dan berjiwa romantis [hahahadeh rasa nak muntah darah jap] tapi idak la aku mengharapkan date yang romantik, ala-ala candle light dinner, siap bawak jambangan bunga bagai, duduk tarikkan kerusi... uish tu tersangat la golidennnnnn!
..
.
Bagi aku simple is perfect. Cukup la kalau dua-dua rasa selesa with each other, tak rasa awkward, pastu takde kejadian memalukan berlaku dan if at the end of the date when both are looking forward for the next date, rasanya temujanji tu dah cukup sempurna. Yela kalau dah tak nak jumpa lagi mesti ada something wrong somewhere kan...
.
That's it, my idea of the perfect first date should be. :)
..
Masih ingat my very first 'first date', 9 tahun lalu... perfect!
Dan masih juga ingat the last 'first date'... rasa serik!
Malas aku nak main dating2 ni...

Tuesday, 15 March 2011

DAY 2 — YOUR FAVORITE MOVIE

.
Yang ni pun susah nak pilih. Bukan sebab banyak sangat cite yang aku suka tapi sebab tak banyak cite yang aku betul-betul sangat suka sampai nak ulang tengok banyak kali pun tak jemu-jemu cam cite-cite P.Ramlee, Ali Setan 1 & Azura...

Isk, kalau ada senarai most watched movie kan senang aku nak cheat cam semalam...
.
Tapi kebiasaannya cite-cite yang jadi kegemaran aku dari genre komedi, komedi-romentik, fantasi dan yang ada unsur musikal... err sebab tu aku suka je layan cite bollywood... mostly lakonan SRK atau arahan Karan Johar [walaupun aku tau cite dia ni banyak adaptasi dari cite hollywood]... hehehe...

Suka cite-cite yang ringan. Bukannya tak layan cite genre lain tapi takat tengok sekali ok la. Paling aku tak suka kalau cite tu endingnya tergantung. Sangat tak puas hati dan geram!
.
Most favorite movie takde. Tapi aku letak je la 3 cite yang aku boleh recall skang ni yang aku penah tengok lebih dari 2 kali... ;p


~Shaolin Soccer... filem komedi kesukaan...

~fantasi + musikal = love!
.
~suatu masa dulu penah menjadi cite kesukaan...
.
Ada sekali tu aku ngan kecek [masa tu kitorang berdua 'kaki hindustan' kat asrama] cite kat comet pasal cite ni... punya la lama kitorang cite sebab siap hafal dialog [yang telah dialih bahasa]. Sangat sengal masa tu!

Monday, 14 March 2011

DAY 1 - YOUR FAVORITE SONG

.
Sebenarnya dah draft entri ni dari minggu lepas lagi. Tapi cam jenuh plak nak duk fikir satu lagu kegemaran. Banyak sangat lagu yang menjadi kegemaran jadi agak susah nak pilih. Tambahan pulak lagu-lagu kegemaran kerap bertukar. Lagu yang sangat disukai hari ni boleh bertukar menjadi lagu yang tak berapa disukai esoknya. Ok tipu, takde la secepat tu bertukarnya. ;p
.
Errr mulanya aku dah taip lagu-lagu kegemaran mengikut zaman. Tapi panjang berjela plak jadinya dan tak menjawab 'soalan' la plak kan. Hehehe. Maka sudahnya aku letak lagu dalam carta most played dalam playlist aku. Kira lagu kegemaran la kan kalau paling selalu dengar.
.
Kejoraku Bersatu - Search.

.
Yea aku tau, sangat jiwang karat! ;))

Thursday, 10 March 2011

TERPENGARUH

Makin lama makin tak tau nak merapu pasal apa. Balik-balik cite pasal keje, study, down, lepas geram, hujung minggu yang biasanya sangap, cite makan-makan pastu disusuli sesi memekak pasal nak bakar lemak yang tak berhasil-hasil lagi... sila ulang sampai jemu! ;p
.
Jalan-jalan blog, ramai yang buat '30 things in 3o days challenge'. So dah alang-alang takde idea, aku pun gedik nak buat jugak. Biasa la suka je nak terpengaruh. Hehehe.
.
'30 things in 30 days challenge'
Day 1 — Your favorite song
Day 2 — Your favorite movie
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – What makes you different from everyone else?
Day 6 – A song to match your mood.
Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 8 – Your dream wedding.
Day 9 – A photo of the item you last purchased.
Day 10 – A photo of your favorite place to eat.
Day 11 – A picture of your favorite memory
Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 13 – A picture of your favorite band or artist
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 15 – Something you don’t leave the house without.
Day 16 – Short term goals for this month and why
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 – A picture of something you want to do before you die
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of something that makes you happy.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – 15 facts about you.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – Who are you?
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – What kind of person attracts you?
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days
.
.
ps: bukan tiru, cari ilham je... anggap je la cam main 'tag' kecuali yang ni aku tag diri sendiri... ;p

Wednesday, 9 March 2011

WW4: QUOTE




Monday, 7 March 2011

WISHLIST

1. Electric Indoor Barbeque Grill



~ baru la senang nak mengamalkan gaya hidup sihat... masak grill-grill... yo la tu!


.
2. 4 in 1 Sandwich, Waffle, Grill & Griddle

.


~kat rumah dah ada yg sandwich... ingat nak beli yg waffle maker tu je...
tetiba ternampak yang ni... 4 dalam 1... baik beli yg ni je kan...
.



Ish, dah macam 'emak-emak' punya wishlist nih... ekeke... ;p

Friday, 4 March 2011

SEMALAM & HARI INI

Semalam dapat t-shirt kampeni. Cutting pompuan punya la kecik. XXL pun dah cam saiz S biasa. Seb baik aku amik cutting lelaki. Heh!
.
Semalam jugak dapat emel pasal casual friday yang berkuatkuasa hari ni.
.
Hari ni aku sampai opis je kiri kanan depan belakang semua orang pakai t-shirt kampeni. Seragam. Errr tetiba rasa dah cam pekeje kilang pulak. Hehehe.
.
.
ps: Menyampah je semalam. Beriya aku semangat nak main tetiba ada satu court je. Yang datang punya la ramai. Sudahnya lepas 2 game aku balik. Tak kuasa nak tunggu.

Thursday, 3 March 2011

BERSEMANGAT

Rasa macam dah lama giler tak main badminton padahal baru 2 minggu.
.
Yang pertama bukan saja skip tapi memang takde sempena Chap Go May. Yang kedua [minggu lepas], skip sebab bos belanja makan kat Pullman Putrajaya.
.
Disebabkan rasa macam dah lama giler tak main badminton padahal baru 2 minggu, hari ni rasa extra bersemangat nak main. Tak sabar nak cuci mata bakar lemak!

Wednesday, 2 March 2011

30-NOTHING

Tak, saya belum 30 lagi... masih dalam lingkungan 20-an yea... ececeh padahal ni tahun akhir untuk menikmati era 20-an. Oh saya sudah sangat dewasa rupanya... baru sedar ke? Hohoho!
.
Balik ke pangkal jalan. 30-Nothing tu sebenarnya tajuk novel yang saya berjaya baca sehingga habis bulan lepas. Sebuah lagi tak sempat abiskan. Huhuhu. Kebiasaanya baca novel lepas peksa tapi kali ni nak cuba istiqamah baca at least sebuah sebulan. Take a short break from equations and circuits. Heh!
.
.

"Thirty-Nothing is a story of ex-boyfriends, ex-girlfriends and friends dabbling with yesterday when they really should be thinking about today." ~ dipetik dari sini.

Tak berapa pandai nak tulis review so petik je sebaris ayat tu untuk sumkan overall novel tu mengenai apa. Ada part ala-ala kuch kuch hota hai skit. Part si Dig & Nadine yang merupakan kawan baik masa sekolah tetiba jadi renggang bila si Dig ni berchenta dengan Delilah, pelajar baru kat sekolah. Tang tu je sama. Oh ending juga sama.
.
Harap-harap bulan Mac ni berkesempatan meluangkan masa untuk membaca. Masa tu cukup je cuma selalu salah guna untuk benda bukan-bukan. Main game contohnya. Tengah-tengah main tu rasa 'isk buang masa sungguh' tapi asyik la kata 'ok ni last', 'betul-betul last', 'last punya last' untuk kesekian kali selagi tak puashati. Haih!
.
ps: saja je bersaya kunun untuk mengembalikan imej pompuan sopan yang tercemar selepas entri membara... takde maknanya! ;p

Tuesday, 1 March 2011

KEMBALI NEUTRAL

Balik dari keje jumaat lepas, serangan panik memuncak. Terpaksa luahkan kat orang lain. Tak boleh nak telan sorang-sorang. Cite kat emak, tepon Along, sms kak ita kawan sekelas. Lepas dah share kat sana sini sorang skit, kadar panik mula berkurangan.
.
Hujung minggu lepas takde kelas jadi emak ajak pegi Kuang. Mulanya aku rasa macam tak nak pegi sebab kang lagi la terbengkalai keje yang aku perlu buat. Tapi kang duk sorang-sorang, lagi stress dibuatnya. Fikir punya fikir, pegi je la.
.
Kat sana... duk nyibuk2 kat gerai Angah, main game kejap kat rumah Abang Lang, gi beli barang kat Rawang - lalu depan sekolah rendah, makan ramai-ramai, melayan karenah anak buah-buahan yang walaupun kadang-kadang boleh mendatangkan 'kegeraman'... tetap bisa buat aku lupakan seketika pada benda-benda yang menstresskan.
.
Pagi-pagi ahad gi Jalan Semarak dengan anak buah aku yang sulung, nak jumpa supervisor.
.
Sementara nak jumpa supervisor, terjumpa 3 orang kawan sekelas. Duk cite-cite, tercite pasal benda yang buat aku stress. 2 daripadanya lelaki. Aku ni bukan senang-senang nak borak ngan lelaki. Yeap, dah nak masuk hujung dekad kedua ketiga pun masih mengalami masalah tu. Lepas dah cite-cite tu rasa cam betul gak apa yang dikata tu, proceed je la. Kalau drop pun, tetap akan berdepan jugak. Cepat atau lambat je. Mengganggu jadual dan plan lagi ada la.
.
Berbekalkan dua tajuk [bawak back-up takut-takut menerima nasib yang sama dengan draft cadangan], aku pun jumpa supervisor. Alhamdulillah dua-dua tajuk secara generalnya diterima. Aku disuruh pilih tajuk yang mana tapi masa bincang tu beliau dah senaraikan masalah-masalah yang mungkin dihadapi untuk salah satu tajuk. Tajuk kedua lebih mudah katanya. So teruskan dengan yang 'mudah' je la. Walaupun hakikatnya takde la mudah sangat. Takpe, sekurang-kurangnya the very first stage dah selesai. Boleh tarik nafas lega seketika!
.
Skang ni perasaan dah agak neutral. Kena tingkatkan caj2 positif je lagi!