Friday, 31 December 2010

151 - ENTRI PENUTUP 2010

2010. Rasanya antara tahun yang sangat disyukuri. Alhamdulillah.
.
2011. Permulaan baru. Mudah-mudah semuanya dipermudahkan. Insya-Allah.
.
.
.
Goodbye 2010. Welcome 2011.

Wednesday, 29 December 2010

BERANIKAN DIRI UNTUK BERSUARA

Pengurusan Kejuruteraan. Salah satu paper yang aku amik sem lepas.
.
Masa final exam, ada satu soalan ni pasal motivasi kerja. Apa yang memotivasikan seseorang untuk terus berkerja dalam satu organisasi tu dan apa yang perlu dilakukan oleh seorang pengurus bagi memastikan pekerja bawahannya untuk terus bermotivasi untuk berkerja. Since bahagian tu memang lebih kepada common sense, aku pun hentam je ikut suka aku berdasarkan apa yang aku rasa dekat tempat kerja. Macam melepaskan geram yang terbuku masa menjawab soalan tu. Heh!
.
Errr, apa yang aku nak merepekkan ni bukan pasal paper tu. Tapi tentang keberanian untuk menyuarakan ketidakpuashatian pada tempat yang betul. Bukan lepas geram masa final merungut-rungut kat belakang kununnya tak dihargai, beban kerja tak setimpal dengan apa yang diperolehi, bla bla bla...
.
Sebenarnya masa mid-year appraisal yang lepas adalah rasa sedikit tak puas hati pasal sesuatu sedangkan markah performance aku meningkat berbanding lepas. Ikutkan nak je tanya HR tapi cam malas plak la nak persoalkan lelebih.
.
Skang ni tengah buat end year appraisal. Since tak nak benda yang sama berulang, nak tak nak aku beranikan diri jugak untuk tanya HR pasal sesuatu tu. Akhirnya 'ketidakpuashatian' telah terjawab. Lega. Walaupun mulanya rasa cam segan nak tanya tapi untuk kepentingan diri sendiri beranikan juga untuk bersuara. Tak boleh lagi nak terima seadanya je pastu sendiri tak puas hati pastu mula la duk cari keje lain... heh!
.
So pasni agak-agak tak puas hati je, bagitau je. Walaupun tak semestinya kita akan dapat 100% apa yang dihajati, sekurang-kurangnya dah lepaskan satu beban. Beban menyimpan rasa tak puas hati.

Monday, 27 December 2010

Y.E.P.

Year End Picnic bukan Year End Sale... ;p
.
Semalam acara penutup piknik keluarga untuk tahun 2010... ala, takat piknik kat pantai Jeram, Kuala Selangor je... walaupun pantai takleh mandi, lepak-lepak dan makan-makan je tetap syok...
.
~dapat port baek punya... yela dah sampai sana subuh sepii'kul 8 lebih...
masa sampai air pasang dalam surut pukul lima...
.
~alisa si penakut air...
.


~si kenit ni sangat suka bergambar... asal nampak aku je duk nyebut 'bar bar'...
samada mintak nak tengok gambar atau nak bergambar... ;p
.

~dah sakan main, lena tido dibuai angin pantai... ;p

Percubaan mengamik gambar lompat-lompat...

satu

dua
tiga
.
Errr mula-mula banyak tak jadi, bila guna sequence shooting baru dapat capture... bila dah berjaya apalagi, sakan mempraktik... ;p
.
lompat lagi...
.
dan lagi...
.
Baru sampai seru nak bereksperimentasi dengan kamera tak berapa baru beli semata-mata sebelum nak gi Korea... ala takat digicam biasa je pun... belum mampu lagi nak beli dslr... err bleh masuk wishlist untuk 2011 kot... ;)

~sebarisan burung sedang 'berhijrah'...
sila zoom untuk tumbesaran...
.

~air dah surut skit... xtau la diorang ni mencari apa sampai tengah tu...

Sebenarnya ada motif amik gambar ni... nak pastikan apa 'objek' dalam bulatan merah tu... mak aku duk kata nampak cam orang lemas je, makcik aku plak duk teka kelapa kot yang hanyut... masa ni air dah nak pasang balik... so cam risau je tengok orang-orang yang duk kat tengah laut tu masih 'tak nak' naik lagi... dan rupanya objek dalam bulatan merah tu memang orang pun... tapi dari gambar tu tengok dia masih bertopi, ok kot bukan lemas... nelayan yang tengah gigih mencari kepah kot... huhuhu...

Errr yea, kitorang duk lepak dari pagi sampai ke petang, dari air pasang pastu surut pastu nak pasang semula, baru reti nak balik... haih!

.

ps: 3 minggu orang Melaka duk KL... rindu la pasni terutama ngan jelingan maut si kenit... ;p

Wednesday, 22 December 2010

JENGKEL!

Sebelum ni pernah jugak beberapa kali dapat sms atau emel kununnya simcard atau emel address aku bertuah dan menang hadiah. Aku rasa ramai je pernah dapat jugak kan?
.
Takpe, kita abaikan je.
.
Tapi ni apa cerita ni sampai lebih dari 5 kali hantar sms yang sama berderet-deret?
.
Menjengkelkan sungguh!
.
.
.
.
.
Errr lain la kalau betul-betul menang kan... ;p

Monday, 20 December 2010

UPDATE SEBELUM BALIK

Jumaat lepas mc buat kali kelima untuk tahun ni.
Demam. 39˚C. Tambah plak ngan gastrik.
Tak pasal-pasal kena cucuk. dah la tak bawak extra cash, terpaksa gi atm cucuk duit plak
.
Sepatutnya kalau demam masih tak kebah, kena gi klinik lagi.
Tapi semalam rasa macam dah beransur sihat. Siap pegi Giant ngan kakak aku dan anak2 dia.
Memang dah rasa semakin sihat tapi badan masih panas. Errr nak kena gi klinik balik gak ke ek?
Yela risau gak skang ni kan musim demam denggi. Khamis lepas kat area rumah aku baru lepas buat fogging. Errr slalunya kalau dah buat fogging ni mesti dah ada kes kan. Huhuhu.
.
Tapi bulan ni memang rasa letih giler. Padahal takde kelas. Haih!

Wednesday, 15 December 2010

TAK ABIS-ABIS LAGI?

Apa yang dihajat itulah yang diperolehi... walaupun dalam diam-diam telah meletakkan target lebih tinggi tapi dengan usaha yang tak seberapa ditambah pula setelah selesai je kedua-dua kertas hati sendiri dapat merasa yang bakal mendapat keputusan yang tak seberapa setimpal la dengan apa yang diusahakan dalam tempoh yang sangat singkat tapi cuak gak kalau-kalau tergagal, maka cepat-cepat berdoa agar sekurang-kurangnya lulus pun dah cukup baik. Dan. Apa yang dihajat itulah yang diperolehi. Isk!
.
Yela takkan tak study tapi harap dapat A kot. Agak-agak la kan. Heh!
.
Yang penting, tak perlu repeat paper. Lega!
.
Dan skang ni asyik menghitung hari baki-baki kredit yang perlu ditempuh...
.
Jumlah=129
Perpindahan=33
Telah diambil=70
Baki= 26 = 8 'kertas' + 2 projek
3 sem + 1 sem pendek... x sabarnyaaaaaaaaa!
.
Harap semuanya akan berjalan dengan lancar... insya-Allah...

Tuesday, 14 December 2010

CITE PIKNIK

Sabtu lepas gi piknik kat Kalumpang buat kali ketiga tahun ni... tapi kali ni mak ndak & mak uda sekeluarga plak join... kitorang berkonvoi 5 buah kereta...
.
Mak aku ni jenis kalau nak pegi mana-mana, nak bertolak pagi-pagi buta selepas subuh... makanya kul 8 lebih kitorang dah sampai rumah Angah kat Kuang... tapi duk menunggu diorang dari kampung plak lambat, hampir kul 11 lebih baru sampai Kalumpang...
.
Sampai sana dah ramai orang... seb baik la dapat gak port best... lepas makan-makan apalagi, sakan berendam... tapi sayang betul, dah nak dekat balik baru jumpa port mandi yang lebih best... sebelum ni tak jengah pun area tu sebab nampak deras sangat... dah datang ngan kanak-kanak riang, takkan la nak bawak kat tempat deras kan... kang tak pasal-pasal je dari nak bersuka-suka jadi berduka-duka pulak...
.
Balik dari Kalumpang, sempat plak menyinggah ke kolam air panas kat Batang Kali. Perghhh, perjalanan nak ke sana komain lama tapi menyinggahnya kejap je. Seb baik on the way nak balik... takpe la.
.
Errr lupa nak bawak memory card... makanya tiada gambar... ;p

Friday, 10 December 2010

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Selalunya masuk je cuti sekolah, mula la meriah rumah aku. Ni cuti dah separuh berlalu, baru anak-anak buahan datang. Ada diorang ni, keadaan jadi ceria skit...
.
Setelah pat-lima-kali-bertukar-fikiran-kejap-jadi-kejap-tak-jadi-kejap-ada-yang-tersentap-tak-nak-join-kejap-jadi-ikut-balik-akhirnya-jadi-gak... esok nak gi piknik... yeay!
.
Tapi sedikit sedih sebab syafiq & the gang takde... :(

Wednesday, 8 December 2010

SELEPAS SEMINGGU BERSAWANG

Minggu lepas sungguh la takde mood. Jumaat last minute amik cuti sebab malas sangat nak gi keje tak abis study. Huhu.
.
Sebelum peksa dah cuak. Paper kul 9 tapi terbangun kul 8.30. Dah la lambat tetiba kat Kuchai Lama banjir la pulakkkkkk. Tak penah-penah jadi camtu. Menggelupur giler tak dapat gi exam... nangis!
.
Tapi seb baik tu mimpi je. Realitinya kul 8.15 dah terpacak kat depan bilik exam. Heh!
.
Selesai je peksa terus bergegas untuk agenda berpoya-poya makan nasi minyak. Tak menyempat balik rumah, tukar baju kat utm je pastu terus gi Selayang. Eh tak, singgah jap kat Damansara gi ngan member.
.
Pengantin, Aszliza Arshad adalah kawan seasrama merangkap crime partner masa form 4 merangkap 'ahli MIC cawangan ATPN'. Kitorang tak penah jumpa sejak abis SPM. Malah masa amik result pun tak sempat jumpa. Setiap kali plan ada je halangan tambah plak dia dah duk keje kat Melaka. Akhirnya dapat gak jumpa pada hari bersejarah dia walaupun kejap je. Tu pun menyelitkan diri masa pengantin tengah bergambar kat bilik. Eh, bukan saja-saja menyibuk nak masuk bilik pengantin. Kitorang duk makan sambil berborak sampai orang catering dah mula berkemas, sesi bergambar pun kat pelamin pun dah abis. Terpaksa la menyelit. Hehehe.
.
Abis majlis terus balik, takde melencong ke mana-mana memandangkan ayu sangat la nak melepak ngan berbaju kurung kan. ;p
.
.
ps: ingatkan tengkujuh dah berakhir, rupanya masih renyai-renyai... isk!