Semalam baca entri marlizaradzi pasal '30 things before 30'. Hari ni saja je gugel pasal tu... jumpa macam-macam list menarik. Ingat nak buat gak list [hahaha mudah benor terpengaruh], errr tapi takde maknanya sempat nak buat semua 30 benda dalam masa 64 hari. Ikutkan dulu ada je mental list apa yang nak dicapai sebelum 30. Tapi tu la, list tinggal list... tak kuat berusaha untuk capai kot. Mungkin kena start buat list '34 things before 34' kot. Bagi jangkamasa yang praktikal skit untuk direalisasikan. Ye dak? Tapi idea menghadiahkan diri something cool sempena upgrade diri kepada 3 series adalah sangat-sangat menarik. *fikir nak beli apa*
Dalam melakukan aktiviti menggugel, jumpa plak website ni. Menarik. Bukan la semua 'assignments' tu menarik tapi general idea tu yang menarik. Boleh la untuk mengisi masa lapang dari asyik duk tengok tv atau main game je tak sudah-sudah. Sebenarnya ada banyak benda yang aku nak buat tapi tak terbuat-buat [macam tak biasa]. Antara projek DIY cam nak buat frame untuk gantung keychain-keychain yang duk terperuk dlm 'tin cenderahati' dan tempat sangkut '12 hellokitty' yang aku dapat masa keje part time dulukala [oh, aku tak minat langsung hellokitty tapi bendalah tu mengingatkan aku pada kenangan keje part time tu]. Tetiba rasa bersemangat plak nak buat. Tunggu dan lihat je la samada akan terlaksana atau tinggal omongan kosong je. Ekeke.
Sementara tu meh buat list nak buat apa untuk cuti empat hari ni.
Happy weekend!
Sementara tu meh buat list nak buat apa untuk cuti empat hari ni.
Happy weekend!

3 comments:
macam NI
Nak buat jugaklah. hehe.
pa'chik ~ ahahaha..
akira ~ buat assignment tu ek? jom buat! :)
Post a Comment