Tuesday, 30 November 2010

SEMANGAT YANG HILANG

Takde apa nak dimerapukan. Mood sedikit kucar kacir.
Hati tiba-tiba mendung. Mungkin bakal dilanda tengkujuh. Isk!

Wednesday, 24 November 2010

SATU DAH LEPAS.. DUA LAGI.. TIGA SEMUANYA!

Slalunya time camni dah lama abis. Kalau tak dah boleh berpoya-poyaan dengan jayanya.
Isk, skang ni asyik ingat nak berpoya-poya je! ;p

Monday, 22 November 2010

LAWATAN MENGEJUT

Jumaat lepas masa kat opis mak call tanya nak ikut tak dia gi Kedah... terkejut gak sebab sebelum tu takde pun dengar nak pegi.. tetiba je. Hati agak berbelah bahagi sebab masih blum abis study tapi cam tak best plak nak 'lepaskan' emak pergi berdua je dengan mak cik aku... so aku pun terpaksa tapi rela ikut je la. Balik keje terus bersiap2... kitorang naik bas kul 10.30pm.
..
Sebenarnya tujuan utama gi sana sebab nak melawat Along aku yang menjadi 'mangsa banjir' dan kununnya nak menolong la mengemas apa yang patut. Rumah dia naik air sampai paras dada. Seb baik rumah kakak ipar dia tak kena, so dia tumpang duk sana la masa banjir. Tapi sampai sana, tetiba emak telah mengeluarkan 'cadangan bernas'. Nak pegi satu tempat. Kununnya nak bawa mak cik aku tapi dia yang excited lebih... ;p
.

.
.
~tetiba je sampai Langkawi... ;p
.
.
.
.
.

Kitorang gi balik hari je... tak banyak tempat dilawati tapi ok la for a half day trip. Sempat melawat Makam Mahsuri, ronda pekan Kuah, cuci mata jap kat Pantai Chenang, shoping lite2...
'lawatan mengejut' katakan... ;p
.
Ahad duk lepak rumah Along je. Naik bas balik KL kul 4pm. Hampir 8 jam dalam bas... isk!

Friday, 19 November 2010

MENEPIS TUDUHAN

Since si penyubiru dah menuduh aku dah lama tak workout, maka harus la aku bagitau yang minggu ni dah masuk minggu ketiga aku kembali menjalankan misi mengamalkan gaya hidup sihat setelah lebih 2 bulan menternak lemak... ;p
.
Isnin gi gym & Khamis gi main badminton... walaupun agak sadis sebab masih blum berjaya kurus lagi tapi takpe pelan2 kayuh... buat masa ni masih 'tabah & cekal'... sobs! seb baik kat tempat main badminton yang baru ni bleh cuci mata... ekeke
.
.
ps: errr malam ni bakal tido dalam bas... my mom with her last minute plan... layan kan je la...

Thursday, 18 November 2010

AIDIL ADHA 2010

Raya haji kali ni kat kl je...
Sangap takde sape balik, so aku ngan emak gi Kuang...
..

~trio nasyid cik kiah... ;p
.
.
.
.
ps: malas plak nak menaip...

Tuesday, 16 November 2010

BUKANNYA LUPA TAPI TAK INGAT

Tetiba menjadi-jadi plak diserang 'short term memory loss'...
.
Kejadian 1
Dari ruang tamu aku masuk bilik nak amik sesuatu. Dah masuk tu pegi buat benda lain. Pastu bila dah keluar baru teringat motif utama masuk bilik at ther first place.
.
Kejadian 2
Amik contract document dari dalam kabinet kat 2nd floor. Lepas dah simpan balik, nak balik tempat aku kat 3rd floor. Baru tersedar card access takde. Cari-cari rupanya tertinggal kat dalam kabinet.
.
Err tetiba takleh nak recall plak kejadian2 lain... another short term memory loss? huh?
.
Bahaya ni. Dah la nak exam. Oh tidak!
.
.
Oh, sebelum aku terlupa... Selamat Hari Raya Aidiladha. :)

Friday, 12 November 2010

MAJLIS KAWEN

Ni cite dah basi sebenarnya... baru berkesempatan nak cite...
..
Hujung bulan lepas balik kampung kenduri kawen sepupu aku. Dulu gi menghantar, ni kenduri menyambut menantu plak. Cadang asalnya nak buat doa selamat je bertukar menjadi majlis yang agak besar... 2 kali kenduri tu... malam sabtu sekali, ahad siang sekali... konpius aku nape buat sampai 2 kali...
.

~walaupun dah upah orang masak [bukan katering], tapi masih ada yang datang merewang...
errr aku jadi paparazi je...
.
~kenduri belah malam...
.
~siap sanding lagi...
.

~ 2 kenit... alisa muda 5 bulan dari fitiri sebenarnya tapi fitri lagi halus...
sian mamat kenit tu... kecik2 tembun tapi sebab allergik tu yg makin kurus...
.

~naik pelamin kali ke-4 [2 kali belah pompuan]...
.
~pengantin ngan pakcik makcik aku...
.
Majlis pertama bagi keluarga pak uda aku... kiranya menyambut menantu sulung la... lagi pun anak sulung diorang dah meninggal dunia, yang kawin ni anak kedua...
.
Aku rasa pak uda aku sangat lega majlis ni berjalan lancar. Terpancar kegembiraan pada muka dia. Tak percaya tengok la gambar bawah ni.

~teringin gak pakai rambut palsu menantu... ahahaha...
.

Pak uda aku ni garang sebelum ni dan aku penah ada 'konflik dalaman' dengan dia tapi skang dah ok. Cam tak sangka la plak dia bleh nak pakai rambut palsu ni siap senyum tu bila aku snap gambar ni... ekeke...

~ada plak sorang lagi teringin... sengal gak pakcik2 aku ni rupanya... ;p
.
.
Sepatutnya minggu lepas gi Pahang plak, sepupu aku sorang lagi kawen. Tapi tak jadi sebab mak tak berani nak bagi aku drive... apakah? Err tapi aku rasa sedikit 'lega' sebab tak yah berturut-turut minggu berdepan ngan 'soalan cepumas' yang dah mula diutarakan...
.
Dah la sepupu2 aku yang kawen tu semuanya muda-muda dari aku... haih!

Thursday, 11 November 2010

CONTENG2

Dari duk layan pening kepala menyiapkan assignment, sesambil tu layan menconteng...
.
~sgt jauh panggang dari api tapi pedulik!

Wednesday, 10 November 2010

MERAPIMERAPU

Dah lama tak merapu. Asyik duk update pasal trip je. Dah abis saki baki mood bercuti, skang ni switch exam mood plak. Jadual yang mulanya dah 'cantek' tetiba dirombak, jadinya agak pack. Huhuhu. Skang ni stress nak menyiapkan assignment analisa. Boleh rujuk pun tak reti nak buat, camne la time final nanti. Mampuih! Nyesal sungguh amik 2 paper kuasa dalam satu sem. Buat masa ni aku dah tak fikir nak jaga pointer dah, asal aku abis on time dah cukup bagus. Isk!
.
Keje pun sedikit stress. Hari tu dah tanya bos aku tak nak ke amik sorang lagi sebab rasa cam tak mampu la nak handle semua benda. Kununnya tengah cari, suh aku sabar dalam sebulan. Tapi cam takde pun nampak tanda-tanda nak amik orang baru pun. Ni cam opis lama je. Bila tanya, tak nak amik. Bila aku dah hantar surat baru kalut kata nak amik. Haih!
.
Ok tak nak komplen lelebih pasal keje sebab baru je 'dibelanja makan angin' kan. Memang banyak benda yang perlu disyukuri keje kat sini tapi at certain point, bila dah tak leh nak catch up dengan workload yang ada, nak tak nak terpaksa gak 'minta bantuan'.
.
Eh, tetiba jadi entri lepas geram plak padahal mood ok je sebenarnya... ;)

Monday, 8 November 2010

AUTUMN IN MY HEART LAST PART

Finally, part akhir pasal trip... aku pun dah maleh nak upload gambar... ;)
.
Day 6 -Seoul City Tour

Ada la beberapa tempat lagi kitorang dibawa melawat cam Gyeongbok Palace & Namsangol Hanok Village... eh, rasanya cam ni day 5 je... errrr aku pun dah lost track dibawa melawat ke mana pada hari keberapa sebab dah bertukar2... whatever la, bukan penting pun! ;p
.
.
Kena plak menyinggah ke Ginseng National Center ngan Amethyst Outlet.. ni kedai 'wajib' singgah. Err wajib bukan sebab best tapi syarat wajib bagi travel agency. Kat kedai amethyst tu menarik2 gak tapi bapak mahalllll... dah la dlm usd plak tu... cepat2 keluar kedai je la... haih!
.
Pastu baru gi tempat yang sepatutnya gi masa hari ke-5.
.

~Everland... ala2 Disneyland... layannnn!

~pakai baju 3 lapis tu... ehem! ;)
.
.


.

Kak A ajak naik roller coaster ni... tengok pun dah kecut perut... ai kan gayat! Mau terkucil agaknya kalau naik... hohoho! Oh2 tapi aku naik 'chairlift' cam kat bukit merah dulu... siap naik 2 kali tu... turun & naik... dah kurang gayat, yeay!
.
Dah la sampai sana dah petang pastu salah 'teknik' gi masuk safari tu lama sangat sampai tak sempat main banyak game... tiket untuk 5 dah siap dibayar tapi sempat main satu je... tu pun takat rotating house... tak mencabar langsung [eceh!]. Rasa sedikit ralat tak betul-betul enjoy dalam tu sebab kesuntukan masa tapi overall best la kat Everland ni.
.
Day 7
Last day... sempat lagi singgah Cheonggye Square, E-Hwa University Street & Antique Steet.
.
Pastu last stop shopping kat errr lupa nama tempat tu tapi kat dekat ngan airport... kat sini baru aku beli t-shirt ngan jersi tapi nyesal sebab tak beli jersi tu untuk diri sendiri sebab kat display tu nampak kecik tapi bila balik try yg aku beli untuk adik aku, muat la pulak! errr ni bukan statement perasan dah kurus tapi mata aku yg kero masa kat kedai tu... ekeke...
.
Pastu balikkkkk... yeay x sabar nak balik sebab x sanggup hari2 makan steamboat... kembang tekak dowh...
~bye Korea...
.
Alhamdulillah satu negara dah dijejaki... harap2 dimurahkan rezeki untuk jejak negara lain pulak akan datang... insya-Allah!

Wednesday, 3 November 2010

AUTUMN IN MY HEART PART 2

Masih bercerita tentang trip hari tu... layan je la ek... ;p
.
Day 3
..
Jadual hari ketiga agak padat. Banyak sangat tempat nak dilawat dalam sehari tapi semua singgah kejap-kejap je. . Dimulakan dengan melawat Yongduam Rock.
.
.

Pastu gi Seopjikoji. Cite 'All-In’ & ‘Eye at Dawn’ shoot kat sini.
.

.
~ni gereja sebenarnya... saja aku cropkan cross tu...
..
.
Diteruskan dengan Sunshine Peak. View kat sini sangat cantik kalau panjat sampai atas. Tapi malas sebab baru je jalan jauh kat Seopjikoji sebelum tu. Dah la masa yang dibagi tu singkat je. So snap2 gambar kat bawah tu je...
.
~kat bawah pun view dah cantik...
.
Pastu melawat Songeup Folk Village plak. Err tapi 'motif sebenar' dibawa melawat tempat ni cam semata-mata nak jual madu je. Huhuhu. Oh2 kat pulau jeju ni perempuan lagi ramai dari lelaki. Dulukala lelaki dilayan cam raja la kununnya. So masa diberi testing madu, yang lelaki disuap tapi perempuan kena makan sendiri. Hampeh je.

..
Kemudian singgah kejap O’Sullock Tea Museum. Depan muzium tu ladang teh.
~kat sini sempat merasa aiskrim green tea yang rasa cam teh tarik tapi sedap...
.
Pastu gi Glass Castle. Ala takat tengok macam-macam arca dibuat daripada kaca recycle.
.

~perasan kejap jadi cinderela naik kereta labu... ekeke... ;p

Malamnya acara bebas lagi... jalan-jalan cuci mata kat Tap-Dong Underground Street. Masih bermalam kat Jeju.
.
Day 4
Pagi tu sempat melawat Folklore & Natural History Museum terbang semula ke Seoul. Suhu masa ni semakin sejuk berbanding masa mula-mula sampai. Brrrrr!

Sampai sana, lepas makan dibawa shopping kat Doota. Masa ni ada 'kejadian' skit. Tour guide kitorang dah bising2 pastu nak cut itinearary. Shopping yang patutnya 2 jam dipendekkan jadi sejam. Lepas shopping, teruskan perjalanan gi area Mount Sorak. Lebih 3 jam perjalanan. Huhuhu. Sampai sana pun dah lewat, pas check-in tak keluar dah.

Day 5
Disebabkan masa kitorang gi tu boleh kata peak season gak dan tempat nak dituju tu [Mt. Sorak National Park] memang tumpuan pelancong, makanya seawal kul 5 dah bangun weh. Bercuti pun kena bangun awal. Heh! Tu pun sampai sana dah start jem. Seb baik tempatnya sangat cantik...
.

~ masing2 terpaksa beli glove sebab tangan dah beku... bapak sejuk!
.
Kuar awal pun sudahnya terpaksa tunggu turn kul 9.30 untuk naik kereta kabel. Sementara tu pusing-pusing kat bawah tu.


.
~tengok dari jauh, gayattttt dibuatnya... seb baik bila naik ok...
.


~sape panjat sampai atas tu 'dapat' pingat... errr tapi kena bayar la... ;p

~berbondong2 orang...
.
Turun dari Mt Sorak, lepas check-out kitorang singgah Daepohang Fish Market sebelum teruskan perjalanan balik ke Seoul semula. Masa ni paling tekanan. Jalan jem tak hengat. 6 jam weh duk dalam bas. Sepatutnya pegi satu lagi tempat tapi terpaksa drag esoknya sebab dah lewat. Huhuhu.
.
2 malam terakhir tu kitorang tido kat Mariot.
.
ps: ada satu part je lagi... pastu abis dah pasal korea trip... :)