Saturday, 31 December 2011

ENTRI PENUTUP 2011

Tadi dah draft entri penutup 2011. Kununnya nak recap balik apa yang berlaku sepanjang tahun. Tapi tetiba maleh plak nak mengabiskannya. Takpe la, kita recap balik sorang2 udah la kan. :)

Sepanjang tahun ini ada macam-macam rasa ada kot. Biasa la, mana ada hidup yang gembira je dan mana ada hidup yang sedih memanjang. Overall aku rasa tahun 2011 adalah tahun yang agak bizi buat aku.

Err ni status aku kat FB tadi...
Gara-gara suka benor buat keje last minute, semalam tido kul 4am menyiapkan report yg sepatutnya due semalam..  bangun2 terus sambung.. kul 12pm tadi baru siap, terus laju2 emel pada penyelia.. lega skit! Skit je la leganya sebab 4&5 ada paper plak..
Fuh, what an end of 2011 & start of 2012! Apa pun, redha je la. :)
Walaupun dah hujung-hujung ni tak berapa sihat untuk jangkamasa yang agak lama... Alhamdulillah hari terakhir tahun ni aku bangun dengan rasa sihat [walaupun tido kul pat pagi].

Moga 2012 bermula dan berlangsung dengan baik. Apa pun yang mendatang, harap diberi kekuatan untuk menghadapi segala kemungkinan. Insya-Allah!

Friday, 30 December 2011

BUKAN ENTRI PENUTUP

Melawat blog sana sini, banyak yang dah buat entri penutup 2011. 
Tak sabar nak melangkah ke tahun baru kot.
Errr esok-esok je la buat entri penutup. 
Skang tengah pening nak menyiapkan draft report yang sepatutnya dihantar hari ni. Huhu.

Tuesday, 27 December 2011

MUSIM

Satu rumah tak sihat.

Emak paling teruk. Batuk kokol2 menjadi-jadi sampai tak boleh tido. Dah cuba macam-macam petua... minum madu, kicap + limau, air rendam agar-agar, air kunyit, ubat batuk tok sah cakap la... sian betul tengok emak. :(

Along pun dah start demam. Aku pun masih ada saki-baki demam.

Musim buah biasa la [padahal idak la beria makan durian hari tu].. dan cuaca pun memang tak menentu. Asyik kena hujan je. Huhuhu.

Bila tak sihat ni, rasa malassssssss sangat nak keje... isk! Cuti 3 hari pun tak terasa sebab balik kampung ada kenduri.

Thursday, 22 December 2011

LEGA SANGAT DAH SELESAI

Alhamdulillah selesai dah satu bab.. FYP presentation part 2. Lega sangat sebab semuanya berjalan lancar walaupun demam teruk masa nak pegi tu. Makasih la para panel kerana tidak mengajukan 'soalan maut' masa present mahu pun masa demo. \(^_^)/

Prototaip projek pun tidak membuat onar seperti tiba-tiba tidak berfungsi atau pun meletup pada hari kejadian. Dah la hari sebelum present tu aku langsung tak try langsung demo. Malah tak praktis pun teks ucapan. Bukan tak cuak tapi sebab dah tak larat sangat. Paling hampeh, penyelia nak jumpa pun aku kata tak dapat jumpa sebab tak sihat. Member-member yang lain semua pakat jumpa, aku sorang je tak. Apa-apa pun lega sangat dah selesai.

Skang ni kena pulun siapkan report pulak. Errr ada sape-sape nak tolong? ;p

ps: agaknya tengok muka aku seposen je tu yang tak kena teruk... ekeke..

Saturday, 17 December 2011

TIGA KALI

Sejak 2007 setahun sekali aku akan ke Skudai.

Tapi esok akan ke Skudai buat kali ketiga tahun ni. Fuh!

Wish me luck. p(^_^)q

Wednesday, 14 December 2011

Tuesday, 13 December 2011

MERUDUM

Baru lepas appraisal. Geram dan sedih betul. Tapi tak terkeluar apa yang nak diprotes.

Ni yang rasa nak update resume. Heh!

Thursday, 8 December 2011

HEY MAKARENA!

Ahad lepas ada acara makan-makan kat rumah Angah. Dari siang tu macam-macam menu, malam plak buat bbq. Petang tu aku masak dua versi makaroni bakar.

~ Versi pertama... sos carbonara.
Siap je bakar masing-masing dah tak sabar makan. Makan panas-panas, sodapppp!


~ Versi kedua... sos tomato.
Yang ni berjaya disimpan untuk makan malam tu.


Walaupun resepi campak-campak je, dua-dua pun sedap. Muahaha harus la puji diri sendiri kan. Eh, bukan syok sendiri tapi telah diperakui oleh yang merasa yea. Ekeke. Ada yang lebih suka versi pertama, ada yang lebih suka versi kedua.

Pasni nak buat lasagna plak. Hoih, asyik ingat nak makan-makan je... ;p

Wednesday, 7 December 2011

Thursday, 1 December 2011

PRA-DEMO

Sebelum pergi dah praktis depan anak buah-buahan.
Sukses!

Masa demo masa tu la tetiba tak nak menyala.
Ah, sudah!

Pusing-pusingkan mentol, goyang-goyangkan wayar, masih tak menyala.
Berpeluh!

Cuba-cuba lagi... akhirnya menyala jugak.
Legaaaaaaa sangat!

Pastu ada la sesi 'menggoreng' skit. Tergagap-gagap aku menjawap.

Errr tu baru demo depan penyelia je weh. Dah ketar lutut. Harap-harap sesi sebenar nanti berjalan lancar. Insya-Allah.

Walaupun gagap-gagap aku jawab, ok la penyelia kata yang penting projek berjaya. Cuma kena tunjuk konfiden masa presentation nanti. Punya la lega lepas dah jumpa, baru la boleh bergumbira nak proceed agenda ketiga. ;p

Skang kena pulun siapkan report plak!