Monday, 28 May 2012

CHINA ~ PART 1

Day 1

Seawal kul 6am dah keluar dari rumah sebab kena kumpul kat KLIA kul 7am. Flight kitorang kul 9.30am. Kali ni naik MAS. Perjalanan ke Guangzhou amik masa hampir 4 jam.
Sampai-sampai sana je hujan renyai-renyai. Risau gak.. ye la tak bestnya la nak jalan-jalan dalam cuaca camtu kan. Seb baik kejap je hujan.

 



Lepas makan kitorang naik bullet train ke Changsa. Speed mencecah 315++km/hr. Perjalanan amik masa hampir 2 jam. Tapi rasa macam berjam-jam sangat. Sebab dah gelap tak nampak apa, pastu dah penat travel dari pagi. Kematu punggung duduk lama-lama. ;p



~dalam train...

Sampai sana dibawak gi dinner dulu. Pastu baru la proceed ke hotel. Fuh, sehari abis dalam perjalanan je!
Day 2

Satu benda yang buat stress trip kali ni adalah.. untuk trip 6d5n ni, kitorang tukar check in 4 hotel berbeza. So setiap hari pun tukar hotel kecuali hari ke3 & ke4 duduk hotel yang sama. Lepas check out, breakfast ala kadar. Disebabkan makanan hotel adalah ragu-ragu, so breakfast dibawa dari Malaysia. Makan la roti ngan sardin bodo. Sobs!

Agenda hari kedua ni tak best sangat. Mula-mula gi Liu Ye Lake. Pastu Wellow Lake. Kat sini takde apa sangat. Cam pemandangan biasa tepi tasik. Takde apa yang extraordinary. [Dengar kata 2nd group tak gi tasik ni.. ye la biasa2 je]

~poetry wall...






Lepas makan, proceed pulak ke Feng Huang Ancient Town. Perjalanan buleh tahan jauh gak la. Dah la jalan berbukit.. driver plak buleh drift. Giler ah! Sampai sana kul 7pm kot. Pusing-pusing kat situ sampai kul 9.30pm.

Kat sini banyak sangat kedai tapi buleh kata semua kedai jual benda hampir sama. Nak membeli pun 'potong' sebab susah nak berkomunikasi. Bila nampak opismet kitorang yang cina, mintak diorang tolong tanyakan harga. Aku cuma beli wallet je kat sini. Roh membeli belum datang. ;p





























Habis dah 2 hari. So far agenda adalah agak bosan. Seb baik la free. Jangan banyak komplen!

Thursday, 24 May 2012

I'M BACK!

Thursday, 17 May 2012

ONCE IN TWO YEARS

Memetik ayat dari entri ni,

"Kalau nak tunggu trip seterusnya, entah masih bekerja kat sini lagi ke tak. Yela kan, mana la tau kot la dah lompat kapal masa tu"

Err aku masih kat sini... belum lompat kapal lagi. Hehe. Sekali lagi berpeluang join kampeni trip. Syukur!

So far kali ni 'lebih mudah' berbanding dulu. Mudah dalam erti kata takde clash dengan kuliah atau exam, tak perlu minta apa-apa pelepasan. Renew pasport pun sekejap je tak macam dulu seharian bertapa kat imegresen. Seb baik sangat ada satu imegresen yang dekat ngan opis. Pegi awal pagi sebelum bukak dah beratur depan pintu. Dapat angka giliran ke-4 kot. Sekejap dah setel, sempat masuk opis sebelum kul 9. Tengahari sebelum lunch mintak permission bos gi collect. Setel.

Nak dekat-dekat pegi ni hari-hari boleh kata ada je benda nak dibeli. Semalam balik keje pun ada menyinggah beli something. Mak sampai kata "apa lagi tak sudah-sudah membeli"... haha. Ala, benda-benda kecik cam jajan, wipes, ubat2 [panadol, pil chi ket tek aun, balm etc].

Malam tadi dah siap packing. Hari ni dah takde mood keje tapi kena fill up tender price plak. cis ingatkan selamat tak kena isi sebab bos kata esok nak bagi qs fill up, tetiba kena fill up sendiri huhu. Sebelum 'cuti-cuti' kita keje keras dulu. Yo la tu! ;p

Esok pagi akan bertolak. Jumpa minggu depan. Daaaaaa!

Monday, 14 May 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Kelmarin pestaim kot gi lawatan sambil belajar. Dah kertu baru merasa. Hahaha sadis. Asyik la duk melawak mesti diorang ingatkan student2 muda.. sekali semua dah 'mature'. Ekeke. 

Oh lawatan ni lecturer untuk subjek High Voltage yang uruskan. Kitorang gi Pusat Latihan Penghantaran TNB. Err dari awal aku tau tempat ni dekat je ngan rumah aku, kalau nak gi sendiri pun boleh. Tapi sebab nak merasa suasana gi lawatan-naik-bas-bagai, sanggup tu pagi2 buta gi UTM dulu. Sekali rupanyaaaa pusat latihan tu memang betul-betul area belakang rumah aku. Siap boleh nampak blok rumah aku. Tapi sebelum tu aku tak tau pun pusat latihan tu exactly kat situ sebab dia atas bukit dan kena lalu jalan lain la kalau nak pegi. Bukan boleh cross je sampai. Rasa lawak je gi lawatan 'belakang rumah'. ;p

4 jam gak kitorang kat situ. Siap dijamu breakfast & lunch. Lecturer kitorang bagitau last time dia bawak student melawat, cuma dijamu breakfast je. Time kitorang je siap lunch sekali. Hehe.







~275kV

Teruja gak la ngan lawatan ni. Selalu belajar teori je kan. Ni nampak la praktikalnya. Lagi pun bukan senang nak masuk kawasan 'transmission' ni. Dah la ni kira last sem untuk subjek core. Lawatan ni macam 'penutup yang menarik'. ;p

ps: Jumaat ni ada 'agenda yang lebih menarik'.. yeay!

Monday, 7 May 2012

PHOTO A DAY



DAY 3: SOMETHING YOU WORE.


DAY 4: FUNNY!


DAY 5: BIRD.

DAY 6: YOU.

Wednesday, 2 May 2012

MENCARI TITIK FOKUS

Konsentrasi terganggu. Entah apa yang mengganggu pun tak tau. Balik tadi masa masuk selekoh kawasan rumah pun hampir2 terlanggar motor. Pastu bila naik tangga boleh pulak terlajak naik sampai tingkat tiga padahal rumah tingkat dua.

Semalam lagi bengong. Punya la hepi beli beg yang aku nak sampai tertinggal barang yang dibeli sebelum tu. Bila pekedai tu jerit panggil, aku dah turun escalator. Malas nak turun sampai bawah pastu naik balik, so aku just patah balik menentang arus. Buleh plak terpeleot masa skit lagi nak sampai. Laju2 bangun terus amik barang pastu blah macam takde apa2. Padahal rasa nak je nyorok mana2. Malu siot! Seb baik terpeleot skit je. Dah la kat escalator kan. Bahaya tul!

Tiap2 hari online dengan niat nak siapkan assignment. End up main game la, bermukabuku la... assignment ntah ke mana. Hujung2 ni makin malas pulak. Haih!

Fokus fokus!



 Gambar hari ni. Skyline.
View dari rumah je. ;p

Tuesday, 1 May 2012

RESTART

Harap-harap kali ni berjaya buat.



Hari tu ingat nak publish seminggu punya gambar.
Tapi tak terbuat. So kali ni nak publish setiap hari. Ada gak entri. Hahaha. ;p


Gambar untuk hari ni.

PEACE
~kira aci tak gambar ni? ;p


ps: menghitung hari...