Tuesday, 26 March 2013

MEMPERGUNAKAN?

Bila nak sesuatu baru reti nak call. Haih.
.
Oh, ni bukan mengata orang.. mengata diri sendiri. 
.
Setelah hampir lima tahun [fuh, macam tak percaya dah hampir lima tahun weh], tadi aku call bos lama. Tak, bukan nak mintak keje. Tapi nak mintak permission nak letak nama dia sebagai reference. Yela setakat ni aku penah keje kat opis lama ngan opis skang ni je. Yang takat keje 2-3 bulan tak kira.
.
Sebelum ni aku letak nama supervisor masa praktikal. Tapi sebab kali ni kena isi dua nama, terpaksa la letak nama bos lama.
.
Seronok gak 'berborak' dengan dia tadi. 
.
"So nak suruh i cakap yang baik-baik saja la yea?"
"Haha up to u la nak bagi recommendation apa"
.
Bos yang baik walaupun kedek. Kedek nak belanja je. Seb baik tak kedek bab naikkan gaji. ;p

Ps: Kali terakhir aku attend interview tahun 2009. Fuh, dah berzaman! Ada tak ada pun sesi mock-up interview untuk final paper. Rasanya dah sampai masa untuk keluar dari zon selesa. Walaupun cuak, redah je la. No harm in trying right. Wish me luck!
  

Wednesday, 20 March 2013

BELANGSUNGKAWA NAEDAH PILUS

30 Januari 2013 ~ Makndak kena tahan wad.
.
8 Februari 2013 ~ Makndak diberi pelepasan balik rumah masa cuti CNY. Hari yang sama adalah ulangtahun kelahiran Makndak yang ke-56. Esoknya baru aku pergi rumah Angah untuk bawak Mak ndak balik rumah dia. Kebetulan masa datang tu aku bawak kek Red Velvet. Sebenarnya tak ingat pun semalam tu besday Makndak. Tapi kaverline kata tu kek besday beliau.
.
12 Februari 2013 ~ Sepatutnya Makndak kena masuk hospital balik tapi beliau tak nak. Cuba berubat cara alternatif. Masa cuti CNY tu opis aku tutup seminggu. Seminggu tu aku duk kampung. Temankan Makndak, tolong masak. Masa tu beliau nampak 'sihat' lagi. Setiap minggu lepas tu memang balik kampung melawat Makndak. 
.
1 Mac 2013 ~ Emak baru berenti keje nak jaga Makndak. Hari Sabtu tu lepas gi 'beriadah' dengan member aku kat Taman Selayang, aku balik kampung. Minggu tu je tak tido kat kampung. Balik hari je. Dalam minggu ni emak ada call bagitau diorang bawak Makndak gi hospital P*nt*i. Doktor kata tak perlu dah bawak Makndak gi mana-mana, sebab dia tunggu masa je. :(
.
8 Mac 2013 ~ Pagi tu tiba-tiba mak call. Suruh aku amik cuti. Katanya Makndak dah semakin nazak. Bila tengok je Makndak, sedihnya la hati ni. Macam tak sangka, dalam masa seminggu je perubahan tu macam mendadak sangat. Masa ni Makndak dah tak larat nak jalan. Baring tak boleh, makan tak lalu. kadang-kadang cuma makan nestum je. Petang tu berdepan dengan pengalaman yang menakutkan, seolah-olah hari tu hari terakhir Makndak. Aku dengan emak dah menangis beria. Sambil berkali-kali ajar Makndak mengucap. Suami Makndak pulak baca Yasin. Alhamdulillah umur Makndak masih panjang. Esoknya nampak macam dah sihat skit. Boleh duduk kat kerusi malas. Boleh makan nasi skit.
.
12 Mac 2013 ~ Semua adik beradik aku dah melawat Makndak kecuali Along [yang duduk Kedah]. Ikutkan diorang nak balik cuti sekolah nanti tapi bila dengar keadaan Makndak makin teruk, Along dengan abang Sham balik kampung hari Selasa tu. Aku berkira-kira samada nak amik cuti hari Jumaat atau Isnin, sudahnya aku amik cuti hari Isnin [kelmarin].
.
16 Mac 2013 ~ Pagi-pagi tu aku pegi KL Sentral untuk uruskan pembayaran ptptn. Alhamdulillah semuanya dah setel. Lega! Aku pergi naik bas. Balik je rumah, terus amik barang yang dah siap packing malam tadi, terus balik kampung. Sebelum tu ada hati nak keluar lepak dengan member dulu pastu baru balik kampung. Sebab Along ada kat kampung kan. Kunun takde la nak berkejar sangat. Tapi tak jadi. Hari tu macam tak sabar je nak terus balik kampung. Halfway tu, tiba-tiba mak call. Bagitau Makndak dah takde. Aduhai, terus banjir sepanjang perjalanan.  
.
Aku cuba tak nak menyesal, "kalau la aku amik cuti hari Jumaat.. mungkin aku boleh ada kat sisi arwah Makndak di saat akhir". Dah tertulis yang hari terakhir aku jumpa arwah Ahad sebelum tu. Cuma aku ralat tak sempat mintak ampun sedangkan aku hampir nak cakap masa Makndak nazak Jumaat sebelum tu. Dan ada rasa ralat lain. Huhu. 
..
Sekurang-kurangnya Makndak dah tak menderita lagi. Moga arwah Makndak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, dilimpahi rahmat-Nya. Damailah disana Makndak. Al-fatihah.

Friday, 15 March 2013

ANGAN TAK SUDAH

Minggu lepas member aku order ciskek. Ai is so excited yu know. Aku kan dah lama berangan nak buat part time bisnes buat kek. This could be the 'kick-start'. Selama ni asyik duk berangan je tapi tak buat-buat. Yela selagi tak pegi kelas baking, macam tak berapa confident nak amik order.
.
Tapi atas sebab-sebab tertentu [err emak call suruh cuti jumaat tu balik kampung, makcik aku nampak nazak] so tak dapat la nak memenuhi order tu. Tapiiiiii sebab mood baking dah mari, balik dari kampung ahad tu aku buat gak.
.
Bila buat tu baru la aku terfikir, banyak benda yang aku tak betul-betul fikir sebelum ni. Kos bahan-bahan, berapa nak letak harga, storage, packaging, etc. Banyak lagi nak kena survey. 

~oreo choc strawberry cheese-cupcake... agak2 bape harga seketul?
.
.
Aku tak minat sangat nak buat kek yang fancy-fancy. Nak buat yang simple tapi sedap. Buat masa ni, konfiden ngan kek coklat, ciskek & muffin je. Pastu baru tambah skit-skit kan.
.
Kadang-kadang anak buah aku ada jual muffin kat U dia. Ada sekali tu aku buat la ciskek ni kat rumah kakak aku. Suh dia try jual. Kalau mendapat sambutan, boleh la aku buat bila weekend. Memang mendapat sambutan, tapi dari anak-anak buah aku sendiri. Tak sempat nak bawak, kakak aku cakap malam tu jugak dah abis. Hadeh! Takpe2, cabaran tu semua.. ;p  

.
ps: tadi dah promote kat kak F suh order.. haha..

Monday, 4 March 2013

RAMEKIN

Punya la lama nak beli ramekin, duk cari kat jusco ioi tak pun parkson oug tapi takde. Penah cari online, jumpa kat myresepi, tapi bila email tak berbalas. Sebenarnya takde la beria mencari tapi kalau jumpa memang nak beli. Sudahnya jumpa kat daiso, so beli la. 
.
Punya la semangat, beli hari jumaat petang semalam dah cuba guna. Tu pun sebab petang semalam baru balik rumah, kalau tak mesti lagi awal dah cuba. Haha. Biasa la benda baru harus semangat lebih. 

~in the making.. 
.
~ready to be eaten..  piring tu pun beli kat daiso..
Next, nak buat molten cakeeee!
.
.
Oh, nanti nak tambah beli ramekin tu lagi. Nak beli warna coklat plak. Kat daiso ni kan satu barang RM5, ada certain barang berbaloi sangat dengan harga tu. Ada certain barang cam tak berbaloi.