Friday, 22 July 2016

Raya 2016

Salam Aidilfitri. 

Sekejap je hari ni dah 17 Syawal.

Tahun ni turn beraya kampung husband nun di utagha.

Masih berdua. Tu yang boleh gedik amik gambar kat tepi bendang.
Ikut extra gedik, nak je amik gambar tengah bendang. Haha.
Harap next year dapat la beraya bertiga. Insya-Allah.
.
Tahun ni pertama kali raya pertama berjauhan dengan emak dan keluarga.
.
Tahun ni pertama kali menunaikan solat sunat Aidilfitri. Alhamdulillah berpeluang jugak.
.
Tahun ni merasa menempuh jem masa nak balik ke KL. 
Bertolak dari rumah mertua pukul 2pm, sampai rumah mak aku pukul 3am. 13 jam. 
Oh tolak 2 jam la sebab singgah beraya kat Sg. Petani.
11 jam. Double dari kebiasaan. Seb baik aku tak cranky haha. 
Sebab tetiba husband volunteer drive sepanjang perjalanan start dari Sg. Petani. 
Aku drive dari Alor Setar ke Sg. Petani je.
Errr maybe sebab aku dah cranky masa nak singgah beraya kat Sg. Petani tu.
Drama queen sangat! :p
.
.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir & batin.

Friday, 1 April 2016

Meniaga Online

Salam Jumaat. 

Hari ni nak cuci sawang sambil-sambil ajak korang [kalau masih ada la yg baca blog ni.. hehe] mencuci mata.

Baru nak berjinak-jinak meniaga online ni walaupun dah lama duk fikir nak meniaga apa la. Asyik duk fikir je nak jual apa, sampai ke sudah habuk pun takde. Ikutkan banyak je aku boleh meniaga, yela banyak je yang aku join jadi ahli. Herbalife, Zhulian, Shaklee. Boleh je kalau nak jual tapi mostly aku jadi ahli untuk kegunaan sendiri je. Pastu konon nak try jadi agen untuk produk itu ini, tapi tu la kan, asyik duk fikir tanpa tindakan.

Kali ni tetiba je nampak iklan dropship. Terus je aku pm orang tu tanya details semua. Dan tadaaa, berjaya jugak daftar jadi dropshipper. At last ada la jugak tindakan. Hehe.

Jemput la cuci mata kat @nbm_onlinestore .

Mohon sudi follow yea. Thanks in advance. :)