Friday, 23 April 2010

BOSAN TAHAP CIPAN!

Tengah tak berapa banyak keje... bapak bosannnnn!

..


Psssst, jangan bagitau bos aku tau... errr sebenarnya keje aku skang ni sangat sangat 'senang' kalau nak dibandingkan dengan keje dengan kampeni lama. Keje dulu bukan la susah sangat cuma leceh dan jenuh mengejar dateline. Dan selepas 3 tahun lebih buat benda yang sama, bosan! Tapi keje skang ni lagi la, blum dua tahun pun dah terasa bosan sebab dah terer... tak berapa mencabar minda. Kadang-kadang je busy giler yang banyaknya pura-pura busy je. Duk mengadap pc je bermain-main dengan FB angka & RM.
..
Time-time sangap camni kalau suh belek drawing dan gi site pun aku rela sepenuh hati... big bos penah je suh aku pegi site... dia kata jangan pandai on paper je... tapi tu la stakat cakap gitu-gitu je... kalau dia bagitau hod aku dan bagi instruction suh pegi ok la gak... takde la kang orang kata saja nak 'makan angin jalan-jalan' kat site je... huhuhu...
..
Keje banyak komplen, takde keje komplen. Keje susah komplen, keje senang pun nak komplen. Biasa la, ada je benda tak puas hati. Achik, sila bersyukur ko ada gak keje... ada keje, ada la gaji. Haih!
.
Lupakan pasal keje. Ada 2 hari untuk berpoya-poya walaupun agenda untuk mengabiskan masa di hujung minggu masih samar.

Hepi wiken!

Thursday, 22 April 2010

OH TIDAKKKKKKKKKK!

Mak aih, terkujat bila jumpa tengok gambar si dia... selama ni duk bayangkan tengok dia sangat perfect... tough, maskulin...
.
Terperanjat bila ternampak gambar ni kat blog kak lyza...
Wenthworth millerkuuuuuu, why why tell me whyyyyy???
Tak seksi la jadi abang roi...
...
.
Aku syak ni mesti dah abis shooting prison break ni... nampaknya dia betul-betul menikmati 'break' dari prison break... x hensem la ada rambut... tak sesuwai!!!
.
.
.
ps: errr macam la kurus sangat nak 'mengata' orang...
agaknya kawan2 aku pun terkujat masa awal2 jumpa aku... heh!

Tuesday, 20 April 2010

RANDOM

1. Dah dapat result paper asas kejut kuasa, lega! Harap-harap lagi dua pun ok.
.
2. Jumaat lepas pinjam 4 buah novel. Dah abis satu, skang tengah baca 'The Summer of Secrets'.
.
3. Ada yang tersesat kat sini bila cari pasal achik spin.
.

.
4. Rasa geram je bila plan tak menjadi. Lagi geram bila plan awal dikensel untuk plan yang lebih baik kununnya tapi sudahnya semua pun tak jadi. Huh!
..
5. Kalau asyik fikir benda negatif je sebelum nak buat sesuatu atau nak pegi mana-mana, sudahnya apa pun tak jadi.
.
6. Pelik sangat ke kalau makan kat food court/fast food sorang2? Kot ye pun jangan la duk tengok dengan pandangan kesian as if orang tu takde kawan ke apa. At least dia boleh 'survive' sorang-sorang. Bukan jenis skit-skit nak berteman. Huh!
.
7. Ada sesetengah orang, bila dia 'bagi komen' je mesti menyakitkan hati. Tak tau la memang motif dia nak menyakitkan hati atau dia kunun nak buat lawak tapi tak kelakar.
.
8. Kadang-kadang susah untuk tidak amik peduli apa yang orang kata. Sesekali terasa jugak!
.
9. Angin kus-kus dah nak meresap. Time camni mula la rasa cam pathetic loser je!
.
10. Jenuh gak nak buat entri random ni. Dah la hujung-hujung emo semacam je. Heh!

Monday, 19 April 2010

MURAHNYA

Adakalanya airmata ni terasa begitu murah. Entah mengapa begitu mudah emosi terusik sehingga membuatkan ia mengalir.
.
Orang kata adakalanya menangis itu bagus... salah satu terapi! Namun bila ia mengalir, tak sesekali akan membiarkan orang lain melihat diri dalam keadaan itu... tak ingin diri dilihat lemah, tak ingin dikatakan cengeng.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi ni apa kejadahnya tengok doraemon pun boleh nangis ni weh??? Ciskek tul!!!! Tiap kali [ye, lebih dari sekali] tengok kisah nobita rindu dengan nenek dia yang dah meninggal tu, mestiiiiii nangis... bengong betul!

Ah, tiba-tiba rindu pulak dengan wan. Dan juga lelaki kesayangan. Al-fatihah!
.
ps: Al-fatihah juga untuk achik spin.

Saturday, 17 April 2010

CUCUK TANG SANA CUCUK TANG SINI

Pagi-pagi dah kena cucuk. Adeh!
.
Err hari ni kat opis ada buat medical chek-up... doktor panel datang. Dah la buat open kat lobby tu, cuak dibuatnya sebab rasanya ni pes taim amik darah. Masa buat medical chek-up nak masuk asrama dulu cam takde amik darah pun. Masuk u nak amik dip dulu aku tak buat pun medical chek-up, lagi 'bagus'. Buat body analysis kat Kajang pun diorang cuma cucuk skit je kat jari, amik darah skit je nak tengok bacaan gula. Yang ni amik banyak gak [simpan dalam 3 botol kecik] untuk buat segala test. Nebes dibuatnya!!!!
.
Dah la lemak tepu banyak kan... risau plak kang tak jumpa urat kena amik dua tiga pat kali. Tapi seb baik la percubaan pertama je terus dapat. Oh2, konfem aku tak mabuk darah [tapi kalau darah melimpah2 tu tak sure la plak]. Boleh je tengok doktor tu cucuk jarum dan tengok darah tu. Takde la pitam je apa, berjaya menten macho... ekeke...
.
Adeh, jap lagi ada perjumpaan dengan bos ngan semua staff... aku syak ni mesti berkait ngan kesihatan dan sewaktu dengannya... jangan dia point pasal kegemukan sudah... huhuhu
.
Hepi wiken!

Wednesday, 14 April 2010

TUMPANG SERONOK

Seronok sangat baca pengalaman kak masy & kak khairyn mengerjakan umrah... aku ni baca pengalaman orang lain pegi mana-mana pun dah cukup seronok... rasa jelesssssnya... tapi jeles yang baik ye takdenya nak rasa dengki2... cuma dalam diam simpan angan-angan dalam hati nak merasa pengalaman tu sendiri suatu hari nanti, insya-Allah...
.
Balik rumah duk berborak dengan emak pasal 'jauh berjalan luas pemandangan'... cite pasal dia bawak arwah atuk gi rombongan ke Singapura... mak cite arwah atuk nak sangat pegi Singapura... dulu kan diorang suka sangat shopping barang kat sana sebab murah... yang arwah pak long aku plak gi bawak sampai Johor je. Sudahnya emak la yang bawak. Pastu terselit sekali cite masa emak ikut arwah bapak duk Mekah dulu...
.
Arwah bapak penah keje kat sana... tapi keje beliau takde kena mengena dengan urusan mengerjakan haji dan umrah. Mula-mula tu bapak aku je yang duk sana sebab Along ngan Angah aku dah sekolah rendah... bila bapak balik bercuti, emak, abang ngan Uda aku ikut gi sana... so Along ngan Angah terpaksa ditinggalkan ngan mak cik aku. Emak duk sana lebih kurang 6 bulan sebelum 'diarah' balik Malaysia. Emak berpeluang seminggu sekali buat umrah dan sempat gak mengerjakan fardhu haji.
.
Oh2 emak diarah balik sebab beberapa bulan lepas tu dia nak bersalinkan aku... kang jenuh plak kalau terberanak kat sana... err sebab tu la nama aku sorang je lain dari kakak-kakak aku. Yang lain 'za' aku sorang je 'is'... amik nama puteri balqis la kunun sempena TERdimengandungkan kat sana... ekeke...
.
Baca atau dengar pengalaman orang lain je dah seronok, kalau rasa sendiri mesti keseronokan berganda-ganda kan... Harap-harap suatu hari nanti ada la rezeki merasai sendiri pengalaman jauh berjalan luas pemandangan ni... apa2 hal kena khatamkan dalam Malaysia dulu... kat Semenanjung pun tak abis jelajah lagi... apa cer??? ;p
.
.
ps: misi mengukur peta malaysia...

Tuesday, 13 April 2010

MISI BERJALAN LANCAR

Misi mengamalkan gaya hidup sihat masih berjalan lancar setakat ni. Belum ponteng pegi gym setiap isnin. Bukan senang nak menten semangat tapi kalau dah berenti nak start balik cari semangat laaaaaaagi susah. Syabas beti... *clap to this*
.
Oh2 minggu lepas lagi semangat... pegi 2 kali ai tel yu. *tepuk2 sekali lagi*

~masa ni baru baik demam.. x bawak baju senam tapi 'gian' punya pasal, layan!
.
Ada sekali tu aku nampak opismet aku main bola tampar kat driveway dalam opis tu. Terus datang idea nak main badminton kat situ. Sejak pindah kat sini, dah takde sewa court badminton lagi. Ala kalau ada pun aku rasa cam 'berchenta' je nak pegi... walaupun on the way nak balik rumah tapi masih kena u-turn segala [yea, ni alasan semata-mata].
.
Semalam kitorang [aku ngan kak A] dah mula main kat situ. Lepas gi gym setengah jam, sambung main badminton. Dah lama tak main, sekali main memang syok. Hari ni tangan dah rasa sakit skit... aku anggap tu petanda yang 'baik'. Tadi dah berjaya menghasut beberapa orang lagi untuk join main... the more the merrier. Siap janji nak main esok... eh2, tak sedar diri jumaat ada lagi satu paper... suka suki je nak bersukaria... Heh!
.
Ada banyak lagi 'to do list' untuk menjayakan misi mengamalkan gaya hidup sihat. Dah 'strike' satu. Nak pastikan akan 'strike' satu persatu yang lain.
.
Buat masa ni, yang penting kena kekalkan momentum... p(^_^)q
.
.
.
ps: ada banyak misi lagi nak 'dilancarkan'... insya-Allah!