Friday, 18 June 2010

10 RANDOMNESS

1. Semua dah balik rumah masing-masing hari ni... rumah dah kembali sunyi... kena tunggu raya nanti la kot baru meriah balik.
.
2. Hari tu beria-ia je nak main masak-masak, hampeh takde pun... semalam balik keje ingat nak buat chicken chop, tapi cuma menyempatkan diri masak pasta alfredo je.
.
3. Cuti sekolah ni, abis hancur program diet... dah elok2 turun, naik balik... huwaaa! Nak kena start balik... petang ni nak main badminton.
..
4. Pertengahan bulan depan dah start sem baru... dah tengok jadual, pack giler! Bertabah je la nak mengadap lagi 2 tahun... bak kata kawan aku "ko ni amik medik ke sampai 5 tahun"... sabor je la, dah namanya amik PJJ kan... isk!
.
5. Hancur harapan nak join kampeni trip adik aku... tahun ni diorang gi Hong Kong... apa kes nak gi time puasa weh.
.
6. Dengar ura-ura tapi selagi tak konfem tak nak lelebih.
.
7. Ahad ni genap 2 tahun aku keje kat sini. Kejapnya. Rasa cam baru je tinggalkan KTL.
.
8. Oh, sebut pasal KTL baru teringat kes sebelum aku gi Melaka hari tu. Ex-opismet masa kat KTL dulu [dia pun dah jadi ex-staff], pertama kali call aku setelah hampir 2 tahun. Agak-agak dapat agak tak dia nak apa? Ye, dia perlukan 'bantuan' dari aku. Suh tolong buat quotation.
.
9. Maaf la, aku dah serik orang yang bertahun-tahun menyepi tetiba duk cari aku semata-mata nak mintak tolong. Aku bukan nak berkira sangat, tapi agak-agak la weh!
.
10. Esok keje dan ada kelas plak tu... malasnya!

Wednesday, 16 June 2010

FAMILY PICNIC

Pagi rabu minggu lepas Along aku sampai dari Kedah. Masa nak pegi keje tu, dia suh aku amik cuti hari jumaat. Tapi sebab kena apply 3 hari lebih awal, so aku tunda ke hari Isnin. Ingatkan nak ronda-ronda kl je la since sabtu ahad dah mengabiskan masa kat kampung kan.
.
Tup-tup dia menyebut nak gi Kalumpang. Terpedaya dengan cite dongeng aku tentang ke'best'an aku piknik kat sana hari tu. Makanya agenda pun berubah.
.
Hari ahad tu tido semalam kat rumah kakak aku kat Kuang. Malam tu duk siapkan bekal makanan nak dibawa. 3 hari sesi makan tak hengat. Aku buat dadih dan siap-siap rebus pasta malam tu. Esoknya aku tinggal goreng je dan buat sandwich. Yang lain, emak ngan kakak aku yang masak.
n.
Dalam kul 8.30 pagi dah bergerak. Pegi 3 buah kete. Orang sibuk kuar pagi nak gi keje, kitorang nak gi piknik. Hehehe. Perjalanan terasa jauh. Sebab lalu highway kan, nampak pokok je. Bosan. Dalam hati risau gak kalau sampai sana, diorang rasa tak best. Buat penat je gi sampai Tanjung Malim semata-mata nak mandi sungai. Dah la anak buah aku asyik duk tanya bila nak sampai. Slalu piknik dekat-dekat je kan. Yang ni terasa jauh.
.
Tapi seb baik la sampai sana, semua seronok. Masing-masing dah lama tak piknik. Kali ni tak masuk dalam area Kalumpang Resort tu. Cam tak berbaloi plak nak bayar RM5/sorang untuk mandi sungai. Pegi dah 22 orang. Baik mandi kat tempat free je. *taik idung masin* ;p
..
Lagi pun kat resort tu ada family day. Mesti ramai orang. Kat tempat kitorang mandi tu, mula-mula ada 2 family je.. pastu makin lama makin ramai...
.

~ ada jambatan gantung...

~air sejuk giler... syok!


~nampak je tenang tapi boleh tahan deras je arus kat certain area...
.
Kat belah atas skit tu ada la kawasan batu-batu yang air deras... ala-ala jakuzi... syok urut badan. Bahagian tengah tu nampak lapang. Anak buah aku kata, ada satu bahagian tu dalam giler. Adik aku pun tenggelam. Aku tak berapa nak percaya sebab masa dia mandi kat sana, nampak cam paras pinggang je. Kat situ ada batu besar, syok kalau main terjun tiruk.
.
Pastu aku pun gatal-gatal la nak mandi kat sana. Dari batu tu, ala-ala menggelongsor skit... tiba-tiba je terus tenggelam abis. Cuak jugak dibuatnya. Mujur la arus deras tu tolak aku ke kawasan rendah. Merasa la 'lemas' dalam 10 saat. Seb baik gak kawasan yang dalam tu skit je [nampak hijau je kat situ]. Bahaya gak. Dah la masa aku tenggelam tu macam takde sape pun perasan. Menakutkan sungguh! Err tapi pastu elok je sambung mandi balik... ;p
.
Sebelum tu kawan kakak aku pesan suh jaga-jaga 'air datang'. Kalau sungai ni kan, yang bahayanya tu la. Kadang-kadang air tu nampak je tenang, tapi boleh tahan gak arus dia.
.
Nak dekat kul 12 baru berenti mandi. Sampai kuang hampir kul 2. Lepak-lepak rehat jap, kul 4 lebih bertolak balik KL. Anak kakak aku yang Melaka [umur setahun 3 bulan] tu muka konpius je dalam kete. Tak sudah-sudah duk dalam kete je. Dari KL-Kuala Selangor-Kuang-Kalumpang-Kuang-KL. Sedikit penat tapi seronok..
.
ps: melepas nak puasa 1 Rejab...

Tuesday, 15 June 2010

PROGRAM HUJUNG MINGGU

Hujung minggu lepas rasa cam tak berhenti-henti memandu. Dari satu destinasi ke satu destinasi lain. Seb baik la dekat-dekat je.
.
Perjalanan bermula dari hari jumaat. Lepas je balik keje, duk rilek-rilek kejap... kul 8 lebih baru bertolak balik kampung dengan Uda, anak-anak dia ngan adik aku. Baertolak awal-awal kang pun mesti jalan jem. Emak dah bertolak balik petang tu dengan Along. Sampai sana lebih kurang kul 10 lebih sebab terkapar-kapar jem kat Kapar. Ada pasar malam.
.
Esoknya ada kenduri arwah. Semua adik beradik aku ada. Kalau ada kenduri ke apa, slalunya memang kitorang je la pun yang akan memenuhkan rumah tu. Tapi kali ni, mak teh ngan adik sepupu aku pun ada... extra meriah.

~anak-anak buah seronok jumpa sepupu... sakan main.

.

~comei je tengok si kenit 2 orang ni...

.

~gotong royong cuci ayam dan kopek udang... aku x masuk port ni, aku amik tender goreng ayam ngan cuci pinggan je... ;p

.

.
Menu kali ni, sambal udang, masak lemak nangka, ayam goreng berempah, ikan masin, kuih talam keladi [aku yang request] & kuih seri muka.
.
Ahad plak, kebetulan ulangtahun hari lahir pakcik aku. Dah alang-alang ramai berkumpul, buat la skit acara makan-makan [lagi]. Dah tu sambut sekali hari lahir untuk 4 orang anak buah aku yang besdaynya bulan Jun. Pagi tu aku dah kena bawak 2 orang makcik aku gi Tesco Kuala Selangor. Masak macam nak buat kenduri lagi. Haih, camne la nak kurus camni.
.
Abis acara makan2, bertolak gi Kuang pulak. Dah sampai sana, gi bawak 2 orang kakak aku plak gi klinik. 2 orang kenit tu plak dedau. Aiseh, dah la esoknya ada plan lain... rosak la program kalau dua2 tak sihat. Balik klinik, singgah pasaraya Econsave plak... asyik la jadi supir, memandu ke hulu hilir. Tapi aku suka je bab jalan-jalan ni. Ehe.
.
Isnin aku cuti. Ada program lain. Last minute plan.
.
Err esok je la sambung.

Wednesday, 9 June 2010

HARGA SEKEPING SIJIL.. TAPI NI BUKAN BELI PUNYA WEH!

Hari tu duk borak ngan colleague aku pasal ptptn. Dia cite abang dia dah bayar beberapa tahun pun tapi masih cam tak luak je amount tu. Dah ptptn ni cam 'along berlesen', tiap-tiap bulan ada je interest tak kira la ko bayar on time ke tak, camne la nak luak cepat? Dulu mula-mula aku ingatkan bila kita tak bayar atau skip bayar bulan tu baru la interest tu akan dikenakan. Tapi hampeh, bayar on time pun masih ada interest.
.
Aku dulu lepas je dapat keje aku dah start bayar ptptn. Kunun la tak nak tangguh-tangguh. Tapi sebab aku tak buat auto-debit, mula la lompong-lompong bayar. Ikut suka nak bayar. Sudahnya yang aku bayar sebelum ni cam bayar interest je. Camtu bila nak abis ni weh? Hujung-hujung tahun lepas aku mula bayar double dari amount bulanan yang sepatutnya [dan takde lompong-lompong lagi], baru la dah mula berkurangan nilai loan sebenarnya. Huhuhu.
.
Antara sebab utama aku tak terus sambung fulltime lepas abis dip dulu sebab fikir tak nak buat loan lagi. Abis tak cukup bijak nak dapat scholar... isk! Masa dip je dah buat hutang rm15k, takkan nak tambah hutang plak kan. Takut plak dah abis belajar kang susah nak dapat keje, tapi hutang dah sekelepuk. Tak nak aku nama glemer masuk paper sebab tak bayar hutang. Huhu. Err sebab tu gak duk tangguh dari tahun ke tahun nak sambung belajar sampai betul-betul rasa boleh survive nak bayar yuran segala. Awal-awal dulu ada la buat loan kat emak. Masa tu gaji ciput... errr skang ni pun masih ciput tapi alhamdulillah dah boleh kaver duit yuran tanpa buat loan dari emak lagi.
.
To date, aku dah bayar rm11k untuk study. Tu cuma yuran je blum campur beli buku, perbelanjaan gi Skudai buat amali semua. Perghhh, rm11k dalam masa 3 tahun. Kalau simpan, achik kayoooo! Errr tapi kalau tak sambung, boleh percaya ke leh simpan amount tu? Mesti abis ntah ke mana-mana je kan... heh!
.
Takpe la demi nak dapat ilmu untuk upgrade diri.

Monday, 7 June 2010

ALAM RIA CUTI SEKOLAH

Sabtu lepas pegi Melaka ngan adik aku. Nak amik kakak aku ngan anak-anak dia bercuti kat KL sempena cuti sekolah. Selalunya husband dia hantar tapi kali ni dia tak sempat nak hantar, kitorang la pegi mengambiknya.
.
Bertolak dalam kul 2pm. Saja je bertolak petang sebab takut pagi jem. Mesti ramai balik kampung kan. Perjalanan lancar je cuma jem skit2 kat Seremban. Pegi tu aku yang drive, adik aku boleh plak membuta sepanjang perjalanan. Aku pun tak tau motif dia ikut, aku gi sorang pun takpe. Err tapi ada peneman kat sebelah ok gak sebenarnya dari drive sorang-sorang tak kisah la walaupun orang tu tido je.

.

~nak dekat exit Ayer Keroh...

.

Ingatkan nak ronda-ronda Melaka. Lama giler jalan-jalan kat sekitar bandar Melaka tu. Sesekali gi Taman Mini, Zoo Melaka, A'famosa... ala gi tempat-tempat cam masa rombongan zaman sekolah dulu pun syok gak kan. Hehehe. Rumah kakak aku tu dekat giler [tak sampai 10 minit] dari Taman Mini tu tapi tak penah pun pegi bila dah besar ni. Last pegi masa form 3 dulu la, perghhhh berzaman giler. Tapi tak pegi pun sebab sampai pun dah nak kul 4. Sudahnya malam tu cuma pegi Mydin kat MITC tu je. Bila lalu kat MITC tu tetiba teringat kat kak Tasek Merah plak. Kalau ada nombor boleh gak calling-calling jumpa ke. Errr sila jangan percaya statement ni. Tipu je!

Tido semalam kat sana, pagi ahad bertolak balik KL. Masa on the way nak balik tu, tak ingat kat mana... tiba-tiba jalan jem. Dari jauh dah nampak asap berkepul-kepul dan api marak. Rupanya ada kereta terbakar. Agaknya takde air kot. Memang hangus terbakar. Aku dah siap-siap keluar hp nak snap gambar [paparazi tak bergaji], tetiba hp kong plak. Pastu sampai dekat mana ntah, jumpa lagi satu eksiden. Kereta ngan motor kot. Nampak ada sorang dah terbaring kat lane kedua tu. Huhuhu.

Sampai KL awal lagi, sebelum balik rumah terus melencong singgah KLCC. Bawak diorang jenjalan kat taman tu. Yang ni lagi sadis. Nama je tiap-tiap kali cuti sekolah balik KL tapi tak penah bawak anak-anak buah aku gi jenjalan sana. Yela hari keje memang takde maknanya la kan nak bawak. Pastu bila hujung minggu je ada je agenda lain, balik kampung la itu ini. So weekdays memang duk rumah je la. Sian betul. Hehehe. Tu yang dah alang-alang sampai awal, terus bawak. Tapi masa kitorang sampai sana dalam kul 12 lebih. Panas terik ang ang punya. Lepak kejap je. Anak buah aku dah aim je nak mandi kat kolam tu tapi tak dapek. Siap ajak nak datang belah malam pulak. Ekeke...

Skang ni rumah meriah. Boleh la start 'main masak-masak'. Harap-harap rajin la... ;)

Thursday, 3 June 2010

FOTOGENIK KE FOTOGEDIK?

Aiseh, mak su telah mengetag daku untuk contest fotogenik anjuran blog ni. Err disebabkan aku tak penah pun baca blog beliau sebelum ni makanya tak yah la masuk contest... lagi pun aku bukannya fotogenik... tapi oleh kerana aku sedikit rajin curi tulang walaupun ada je keje, layan je la tag ni... sesekali gedik tepek gambar... jangan mareee... ekeke...
.
Ada orang memang jenis fotogenik, ada yang tak. Sape yang fotogenik memang tak rugi la bergambar. Lagi-lagi masa zaman kodak dulu. Tapi seb baik la skang ni zaman digital kan. Gambar tak cantik je, delete. Macam aku kata tadi aku bukan fotogenik. Ada gambar yang aku perasan aku nampak lawa [muntah darah], ada gambar yang hampeh rasa nak hapuskan gambar tu secepat mungkin. Kalau gambar kat kamera sendiri takpe la, buatnya gambar tu kat kamera orang lain pastu dia upload kat FB dan tag. Oh tidakkkkkk!
.
Kadang-kadang untuk hasilkan gambar fotogenik, camera trick pun penting... kena pandai adjust angle & pencahayaan. Eceh, ayat macam la ada skil hebat nak amik gambar. Padahal guna kamera atau henpon cap ayam je... ekeke. Ala yang penting, gambar jadi okay dan berjaya mengkaver segala double chin... ;p
.
Dua gambar yang lulus untuk tatapan umum.
.

~au natural... terserlah eyebag dan kedutan bawah mata... isk!
.


~eyebag masih kelihatan walaupun muka dah hampir cam tepung gomak...
gambar masa annual dinner lepas...

Bila melawa walaupun takde la jadi lawa pun cuma tutup la skit jerawat kat muka tu sedikit sebanyak level of confident tu naik skit. Tapi tu bukan la bermaksud yang bila aku tak mekap, aku tak konfiden atau level of confident tu rendah ke apa. Cuma bila mekap tu, extra confident la... kununnya!

Dulu kalau gi shopping mall selamba badak je pakai tshirt dan jeans. Skang pun masih camtu. Cuma sesekali bila gi shopping mall yang cambest skit baru la melawa. Dan melawa dalam konteks aku tak perlu la sampai ko nak buat smokey eyes atau pakai blusher sampai muka cam kena penampar... sekadar secalit nipis lipstick dan eye liner/celak je dah cukup... kalau extra rajin dan gedik, pakai maskara. Baru la seronok nak masuk kedai yang cambest skit walaupun takde niat nak beli pun. Ni kalau selebet sangat, nak masuk kedai pun segan. Masa bebudak dulu lain la...

Uish, cik bala bercerita pasal mekap. Kagum kagum. Aku pun tak sedar aku dah bertukar menjadi 'perempuan' rupanya. Dulu kan tomboy... errr nanti aku scan gambar zaman hensem tomboy dulu... ;p

Eh, apa aku merepek pasal mekap ni. Padahal tag ni pasal gambar fotogenik sebenarnya. Ke laut sungguh!

Wednesday, 2 June 2010

PELUANG TAKKAN DATANG BERGOLEK

A violinist stood at a metro station in Washington DC. It was a cold January morning (in 2009). He played six Bach pieces for about 45 minutes. During that time, since it was rush hour, it was calculated that thousands of people went through, most of them on their way to work.


Three minutes went by and a middle aged man noticed there was musician playing. He slowed his pace and stopped for a few seconds and then hurried up to meet his schedule. A minute later, the violinist received his first dollar tip: a woman threw the money in the till and without stopping continued to walk. A few minutes later, someone leaned against the wall to listen to him, but the man looked at his watch and started to walk again. Clearly he was late for work.

The one who paid the most attention was a 3 year old boy. His mother tagged him along, hurried but the child stopped to look at the violinist. Finally the mother pushed hard and the child continued to walk turning his head all the time. This action was repeated by several other children. All the parents, without exception, forced them to move on.

In the 45 minutes the musician played, only 6 people stopped and stayed for a while. About 20 gave him money but continued to walk their normal pace. He collected $32. When he finished playing and silence took over, no one noticed it. No one applauded, nor was there any recognition.


No one knew this but the violinist was Joshua Bell, one of the best musician in the world. He played one of the most intricate pieces ever written with a violin worth 3.5 million dollars. Two days before his playing in the subway, Joshua Bell sold out at a theater in Boston and the seats average $100.

This is a real story. Joshua Bell playing incognito in the metro station was organized by the Washington Post as part of an social experiment about perception, taste and priorities of people.
.
In a commonplace environment at an inappropriate hour;
Do we recognise the talent in an unexpected context?
Do we perceive beauty?
Do we stop to appreciate it?
..
If we do not have a moment to stop and listen to one of the best musician in the world playing the best music ever written, how many other things are we missing?
.
.
--------
Kadang-kadang kita tak perasan yang peluang dan sesuatu yang berharga berada di depan mata kerana kita terlalu sibuk mengejar sesuatu hingga menjadi 'buta dan pekak' untuk menghargainya. Terlepas begitu saja!
.
Bila difikirkan balik, aku rasa penah gak beberapa kali aku tanpa sengaja 'melepaskan' peluang yang ada di depan mata. Ada juga yang aku tak perasan pun aku dah terlepas peluang tu, cuma aku sedar bila ada orang lain yang ingatkan. Mungkinkah kalau aku 'berhenti dan menikmati' peluang yang ada tu, keadaan akan jadi berbeza? Aku tak pasti. Mungkin ya atau mungkin juga tidak. Perhaps...
.
Kebarangkalian untuk mendapat peluang yang sama buat kali kedua adalah tipis. Berhenti mengharap agar peluang yang dah terlepas berulang lagi. Takut nanti dek terleka mengenang peluang dah tiada, tak perasan peluang baru yang terbentang di depan mata. Melepas lagi... heh!
.
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Terlalu banyak peluang dibazirkan...
Aku harap aku masih berpeluang untuk menjumpai peluang lain...