Monday, 16 August 2010

GUMBIRA

Alhamdulillah, dah separa konfem dapat pelepasan. Walaupun begitu, masih ada sedikit saki baki kerisauan. Hari tu baru tanya via emel je, minggu ni baru nak berdepan face to face. Gigil!
.
Bukan saja nak berteka-teki pasal ura-ura dan pelepasan tu. Cuma masih terlalu awal untuk bercerita tentang tu. Tak nak poyo lelebih. Dah jadi baru kita cite ok. Errrrr tapi tebakan pa'chik tu dah hampir-hampir mengena. Terer ah! ;p
.
---------
.
Aku telah berjaya menjangkitkan penyakit asyik duk menimbang sebelum dan selepas makan kepada emak. Hahaha.
.
Angka-angka semakin memberangsangkan. Gumbira!

Friday, 13 August 2010

GEMBIRA TAPI RISAU

Ura-ura sudah separa konfem... sedikit teruja! Tipu, sangat teruja sebenarnya. Tapi ada sedikit aral melintang patah membujur lalu yang menggugat keterujaan aku. Potong betul!
.
Punya la dalam banyak tu, yang tak boleh tu jugak yang terkena. Tadi dah karang ayat baek punya minta pelepasan, harap sangat akan dipertimbangkan. Percaya pada rezeki. Kalau itu rezeki aku, insya-Allah semuanya akan berjalan lancar.
.
Err tapi pada masa yang sama kena pertimbangkan jugak the worst case scenario kan. Jika benda tu berlaku, yang mana satu yang perlu dikorbankan? Berat nak pilih ni, adeh!
.
Tolong doakan aku dapat pelepasan tu ek. Mana tau berkat korang tolong doa di bulan Ramadhan ni, senang skit termakbul doa tu. ^_^

Wednesday, 11 August 2010

KIFARAH SEBELUM RAMADHAN

Status kat FB...
.
Isnin: 'dah mula bersin2.. badan dedau.. tanda2 nak domam ni.. isk!'
.
Selasa: 'Bila dah ada tanda2 virus demam nak menyerang, dah cepat2 telan panadol, minum vegivera dan sempat gi gym sekejap wp rasa x larat dgn harapan berpeluh boleh lawan virus tu.. Tapi sudahnya hari ni MC gak. Doc ckp high fever. Harap2 ptg ni dah ok. Xnak demam time puasa.. Huhu.' [kawan aku baca vegivera tu as VIAGRA... ahahahampeh!]
.
Ingatkan langkah pencegahan berjaya diamik tapi virus domam lagi kuat rupanya. Huhuhu. Kifarah dosa sebelum menyambut ramadhan.
.
Lepas minum livita [kunun nak boost tenaga] dan makan ubat, terus pengsan sampai ke petang. Bangun tu segar skit. Seb baik larat untuk pegi terawikh kat masjid dengan emak. Bersemangat siap pakai jubah yang beli hari tu. Poyo je tu pun nak bagitau kan. Hehehe.
.
Selamat menyambut Ramadhan.

Monday, 9 August 2010

DUA DALAM SATU

Sebelum pegi kelas sabtu lepas, emak rekues nak makan murtabak megi. Lagi aku suka sebab takyah nak masak lauk-lauk bagai. Hehehe. Err aku 'belajar' buat murtabak megi ni dari kawan aku masa gi piknik kat Kalumpang dulu. Senang bangat.
.

Celur megi bagi kembang. Toskan. Pastu masukkan bahan-bahan tambahan lain... ikut suka la nak tambah apa. Percubaan pertama dulu buat gonjeng je. Kali ni tambah sosej & crabstick[yang dah direbus dulu], kacang panjang yang dipotong halus-halus [err sebenarnya kacang panjang tu untuk masak nasi goreng]. Gaul sebati semua bahan dan tambah bahan perasa. Err telur tu masuk kemudian lagi elok.
.

pastu masak... senang kan!
err lupa nak snap gambar yang dah siap...
..
Mebi ramai yang dah terer buat murtabak megi ni... aku je baru belajar. Tapi letak je la kot-kot ada yang tak tau lagi. Sesekali tukar cara masak megi. Takde la balik-balik makan megi berkuah atau megi goreng je kan. ;p
.
-------
Aku tunggu satu kiriman pos. Minggu lepas aku ada beli sesuatu secara online dari sorang 'adek manes'. Tapi jumaat tu tetiba aku terima dua kiriman pos.
.
.
Bukak yang pertama... betul la benda yang aku tunggu.
. ~Compilation of Jillian Workouts...
koleksi harus banyak... buat atau tak belakang kira... ekeke...
.
.
Tengok kiriman kedua... dari tulisan cam kenal je. Isk!
Bila bukak... uiks, CD gak...
.

~Recovery - Eminem!

.
Sebenarnya suka sangat terima CD tu. Because i loveeeeeeee Eminem [err pelik tapi benar... ai layan hip hop yu... jangan tak tau]. Cuma tu la, 'rasa bersalah' menerimanya. Isk!
.
ps: almost recovered. Sigh!

Friday, 6 August 2010

BERSIAP SEDIA

Sekejap je dah bulan 8. Minggu depan dah mula puasa. Ada yang masih ganti puasa ke? Ai dah abisssss... errr 2 minggu lepas. Suka benor menangguh, tu yang dah hujung-hujung baru terkial-kial mengganti. Ni mengata diri sendiri yea, sila jangan terasa! ;p
.
Camne persiapan menyambut ramadhan? Untuk aku, takde persiapan tertentu. Almaklum la duduk dengan emak. Menu berbuka puasa dan bersahur tu semua emak yang sediakan. Aku tukang tolong buat air je. Nak aku masak kena la tunggu hujung minggu yang takde kelas. Redha je la yea emak. Hehehe.
.
Dah mula fikir menu untuk berbuka puasa ke? Biasa la bulan puasa ni mula la mengidam nak makan macam-macam kan. Ada yang dah mula menggugel resepi untuk dijadikan juadah berbuka puasa?
. ~ada gak yang tersesat kat sini masa cari ilham...
soto kuali? masak soto dalam kuali ke?
.
Aku jarang la nak menyinggah pasar ramadhan tu semua. Emak ai masak lagi sedap yu sampai ai pun naik gebu. Kuih yang aku suka bila bulan puasa, popia goreng dan kuih titicara cara [manis atau berlauk]. Dua-dua kuih senang yang memang akan buat sendiri je. Kalau nak beli pun cam murtabak, air tebu. Apa menu wajib bulan puasa korang? Err cite awal-awal la... kang dah bulan puasa tak syok la nak cite pasal makan kan kang terliur... makhruh... ekeke.
.
Eh, ni fikir nak puasa ke fikir nak berbuka yang lebih ni? Kang ada plak patutnya puasa makin turun, jadi naik plak... ekeke. Walaupun terpaksa bercuti sementara dari pegi gym [Isnin depan last pegi gym sebelum puasa] dan main badminton, misi mengamalkan gaya hidup sihat akan diteruskan. Errr terawikh pun kira bina otot kan. Lagi-lagi yang buat 21 rakaat. Aku buat 8 je dah pancit. Selamat membuat persiapan menyambut ramadhan.
.
.
ps: oh, dah lama gak tak menconteng...
rindu nak menekap tiru lukis! ;p

Tuesday, 3 August 2010

3 FAREWELL & A BIRTHDAY

Saja je tepek gambar-gambar ni.
Tak nak biarkan entri semalam berlama-lamaan kat atas.
.

~majlis farewell en F...

.

~majlis farewell Ms T... .
~majlis pra-farewell G...

~ni xde kena mengena ngan farewell... nak gi sambut besday kak A lepas main bowling...
.
.3 farewell [utk floor aku saja] dalam masa 2 bulan.
Dalam hidup ni, ramai yang datang dan pergi. Samada pemergian yang sementara atau pergi selamanya. Setiap yang pernah singgah dalam hidup ni, tak kira la walaupun sekejap, walaupun sekadar di alam maya... masing-masing meninggalkan 'foot print' tersendiri dalam memori dan hati. Aku harap, 'foot print saiz tujuh aku tak mencacatkan memori sesiapa yang aku penah singgah dalam hidupnya.
.
Isk, ada lagi saki baki blues rupanya... baik aku stop sebelum meleret-leret. Haih!

Monday, 2 August 2010

MONDAY BLUES

Sebelum tidur semalam aku sempat berbual dengan Along. Entah macam mana tiba-tiba terpacul soalan 'cepumas' dari dia. Bukan. Bukan pasal kawen. Tapi tentang sesuatu.
.
Selama ni aku ingatkan Along dah tahu pasal tu. Yela, emak dah tahu pasal tu... slalunya mesti emak dah bagitau Along. Lagi pun ada masanya Along nampak macam dah tahu tapi aku syak mesti dia tak sampai hati nak tanya. Rupanya dia tak tahu. Kalau dia pura-pura cam tak tahu, tak tahu la plak aku. Bape banyak tahu sumbat daaa...
.
Dia tanya berpatah-patah. Aku cuma mampu jawab sepatah. Tiba-tiba ada genangan. Ah, aku ingatkan aku dah lupakan benda tu. Rupanya masih berbekas. Hati masih rapuh!
.
Dah hampir 9 bulan benda tu berlaku. Memang pada awalnya sukar untuk aku memegang realiti yang meronta-ronta... tapi aku sedar tak mungkin aku dapat lari realiti yang tak berdaya aku tentukan segalanya. Katarsis! Telan je la beb... hidup mesti terus!