Nak cite lelebih tak best plak takde gambar. Esok la baru updet bergambar.
Tuesday, 29 November 2011
SELESAI SUDAH SEMUA AGENDA
Semua agenda berjalan lancar... err ada la skit 'terkucil' sana sini skit. Standard la tu kan!
Thursday, 24 November 2011
AGENDA
Minggu ni ada 3 'agenda' yang akan berlangsung. Melibatkan keje, study & family.
1. Jumaat ~ Annual dinner. Tema kali ni glamorous night. Ala-ala red carpet katanya. Mentang-mentang la baru-baru ni ada banyak majlis anugerah berlangsung. Feeling artis la kunun. Siap ada hadiah untuk best dress lagi. Ah, aku bab tu tak amik port. Yela ramai lagi yang jenis melaram sakan. Ai tak termasuk yu.
Cuma doa-doa dapat hadiah lucky draw yang best. Grand prize pleaseeeee!
2. Sabtu ~ Perjumpaan kedua dengan penyelia untuk tunjuk progress projek. Risau nak menggoreng jawapan bagi soalan-soalan yang bakal ditanya.
3. Ahad ~ Short getaway ngan family.
Harap-harap ketiga-tiga agenda berjalan lancar!
Friday, 18 November 2011
KEPUTUSAN
Semalam keputusan UPSR keluar. Anak buah aku ada 2 orang yang amik hari tu.
Sorang dapat boleh la... 2A3B. Sorang lagi? Huhu sadis.
Takpe la UPSR baru peksa kecik je. Ada 2 peksa 'besar' lagi. Chaiyok chaiyok!
Cakap pasal peksa, semalam dah tengok draft pertama jadual peksa.
Satu 4hb. Satu 5hb. *pengsan*
Wednesday, 16 November 2011
Friday, 11 November 2011
BERKOTAK-KOTAK
Malam tadi mengerjakan benda alah ni...

Ingatkan kena buat 3 kotak je... rupanya 5 kotak... fuhhh!
Errr ni bukan ole-ole untuk majlis seperti yang mungkin difikirkan yea. ;p
Adik aku keje ngan kampeni buat cenderamata untuk syarikat-syarikat. Agaknya sebab nak cepat dan tak cukup orang, dia 'sub'kan skit. Ala benda senang je, masukkan barang dalam kotak tu. Sekejap je dah siap. Yang lamanya duk menyusun balik dalam kotak. Nak masukkan balik tetiba tak muat. Jenuh kena punggah balik dah susun semula.
ps: bulan ni dapat 2 kad wangi dari 2 orang blogger...
Tuesday, 8 November 2011
AIDILADHA 2011
Selamat hari raya aidiladha.
Raya tak gi mana pun. Family abang aku je balik beraya. Tu pun rumah dah 'huru-hara' dengan 4 orang anak buah-buahan.
Petang sabtu baru gi Tesco beli barang-barang. Pegi petang, udang pun dah abis. Ingatkan emak dah beli sayur untuk buat lodeh, sekali takde. Giler sempoi pagi raya makan rendang ayam dengan nasi impit semata. Sedih betul. ;p
Pagi raya tu, dalam kul 10 baru nak membaking. Buat kek coklat kukus, kek oren ngan agar-agar buah. Dah setel, kakak ipar aku amik turn masak laksa pulak. Petang tu sedara mara dari kampung datang. Sesekali biar orang dari kampung beraya kat kl. Hehe. Malam baru buat sup daging. Pergh, sesi makan tak henti-henti. Oh tapi malam tu aku tak makan... ada 'sesi sentap' untuk kesekian kali. Haih!
Tak tau la salah makan apa... malam tu perut menggelodak. Bergilir-gilir ulang alik masuk tandas. Peliknya aku ngan Syafiq je. Sampai ke pagi. Adeh!
Tu je la kisah aidiladha tahun ni. Amik gambor pun idak. Mood ilek!
Tuesday, 1 November 2011
SUKA RIA
Kalau ikut plan asal, sepatutnya ahad lepas kitorang dah bersuka ria cuti-cuti Malaysia. Tapi tu la tak semua yang kita rancang akan menjadi kan... makanya trip telah kensel... eh, bukan kensel tapi ditunda pada masa yang masih tak pasti bila. Jenuh weh nak pilih tarikh yang ramai free. Tu masih single mingle... kalau dah berduet agaknya pat tahun sekali nak jumpa pun jenuh kot. Isk!
Tatapiiiiii walaupun trip postpone, kita plan aktiviti suka ria yang lain. Yea, mari kita karaoke!
Pagi ahad tu aku ada test. Lepas je abis test, terus ke Sunway Piramid. Kunun release tensen... hahaha alasan!

~happy hour... 11am-2pm...
tak cukup korum tapi layannnnnnn...

~sambil karok sambil makan... murah gak la kat sini...
Abis karok tak terus balik. Nama pun 'geng mamak'. Harus la ada sesi mengeteh plak kan. Padahal tak minum teh pun. Ekeke. Duk borak-borak kejap je tau-tau dah kul bape. Kalau lepak kejap je masa berlalu kan.
Had a great day with them. Suka ria! ;p
Subscribe to:
Posts (Atom)


