Wednesday, 7 December 2011

Thursday, 1 December 2011

PRA-DEMO

Sebelum pergi dah praktis depan anak buah-buahan.
Sukses!

Masa demo masa tu la tetiba tak nak menyala.
Ah, sudah!

Pusing-pusingkan mentol, goyang-goyangkan wayar, masih tak menyala.
Berpeluh!

Cuba-cuba lagi... akhirnya menyala jugak.
Legaaaaaaa sangat!

Pastu ada la sesi 'menggoreng' skit. Tergagap-gagap aku menjawap.

Errr tu baru demo depan penyelia je weh. Dah ketar lutut. Harap-harap sesi sebenar nanti berjalan lancar. Insya-Allah.

Walaupun gagap-gagap aku jawab, ok la penyelia kata yang penting projek berjaya. Cuma kena tunjuk konfiden masa presentation nanti. Punya la lega lepas dah jumpa, baru la boleh bergumbira nak proceed agenda ketiga. ;p

Skang kena pulun siapkan report plak!

Wednesday, 30 November 2011

ANNUAL DINNER 2011


Venue: Palace of The Golden Horses...

Ai pakai jubah yu, very the muslimah ayu gitu... yo la tu! sebenarnya risau je kalau ternampak cam pompuan ngandungs plak... padahal mengandungi lemak tepu je. tapi dalam gambar ni haku nampak cam giant plak... isk!
.
Free seating... dapat port baek punya!
Makanan kali ni lagi kureng. Balik tu lapor lagi.

Seb baik MC best, menceriakan suasana. Masa umumkan grand prize 10k tu ada lagi, tetiba dia bagitau bukan dapat 10k je tapi siap dapat proton exora. Semua dah waaaaaa terkejut dan excited giler. Tetiba pastu tambah plak proton exora punya poster. Siot je!

Tapi memang best la... tak kering gusi duk gelak je. Cuma masak la calon-calon mr & miss glamour kena 'dera'. Yang bagusnya semua yang kena dera tu sporting.
Abis majlis sempat posing-posing skit sebelum balik. Oh, satu je aku rasa ralat skit... tak sempat bergambar dengan department aku. Last year takde la kisah sangat sebab aku sorang pompuan dalam department aku, so maleh la. This year since dah ada kak A, takde la segan sangat nak bergambar. Tapi hampeh tak dapat gak. Isk!

~Balkh*s & Balq*s... suka gambar ni, feeling selim ahahaha...
Sebaya. Status sama. Ayah dah takde. Ariens. Sorang 7hb, sorang 17hb. Sorang bongsu pompuan, sorang bongsu. Talking about suratan dan kebetulan. :)

Err last year tacap muka sendiri. Kali ni tetiba je dimekapkan. Sebenarnya tak plan pun nak dimekap oleh orang lain sebab takut over sangat. Ai kan pemalu mana leh over-over ni. Tapi last minute je tersetuju plak nak dimekapkan sebab nak cukupkan korum. Lagi pun aku tumpang kak A, dia nak mekap so 'terpaksa' la join sekali. Wah, panjang benor nak explain kenapa gi mekap. Macam la ada orang kisah pun. ;p


.
Overall majlis best la cuma biasa la dalam apa-apa majlis pun mesti ada yang tak puas hati kan. Kali ni ramai tak puas hati dari segi kombinasi hadiah. Ada yang dapat best, melampau-lampau best. Dah dapat tv plus lagi ipad. Haih! Errr aku dapat kipas meja [lagi] dan sandwich maker je... sob sob penat je ai tacap. Hihi. Bila la nak betul-betul lucky ni?

Tuesday, 29 November 2011

SELESAI SUDAH SEMUA AGENDA

Semua agenda berjalan lancar... err ada la skit 'terkucil' sana sini skit. Standard la tu kan!

Nak cite lelebih tak best plak takde gambar. Esok la baru updet bergambar.

Thursday, 24 November 2011

AGENDA

Minggu ni ada 3 'agenda' yang akan berlangsung. Melibatkan keje, study & family.

1. Jumaat ~ Annual dinner. Tema kali ni glamorous night. Ala-ala red carpet katanya. Mentang-mentang la baru-baru ni ada banyak majlis anugerah berlangsung. Feeling artis la kunun. Siap ada hadiah untuk best dress lagi. Ah, aku bab tu tak amik port. Yela ramai lagi yang jenis melaram sakan. Ai tak termasuk yu.

Cuma doa-doa dapat hadiah lucky draw yang best. Grand prize pleaseeeee!

2. Sabtu ~ Perjumpaan kedua dengan penyelia untuk tunjuk progress projek. Risau nak menggoreng jawapan bagi soalan-soalan yang bakal ditanya.

3. Ahad ~ Short getaway ngan family.

Harap-harap ketiga-tiga agenda berjalan lancar!

Friday, 18 November 2011

KEPUTUSAN

Semalam keputusan UPSR keluar. Anak buah aku ada 2 orang yang amik hari tu.

Sorang dapat boleh la... 2A3B. Sorang lagi? Huhu sadis.

Takpe la UPSR baru peksa kecik je. Ada 2 peksa 'besar' lagi. Chaiyok chaiyok!

Cakap pasal peksa, semalam dah tengok draft pertama jadual peksa.

Satu 4hb. Satu 5hb. *pengsan*

Wednesday, 16 November 2011