Thursday, 19 April 2012

SATU TAHUN


~hari ni budak kenit ni dah setahun.. happy birthday muhammad!

Monday, 16 April 2012

MEMBAKING

Semalam ada buat makan-makan skit kat Kuang. So sebelum tu aku merajinkan diri membaking dua bijik kek. Satu buat malam sabtu tu lepas balik keje. Err idak la balik keje terus membaking. Dah nak tengah malam baru buat. 

~ciskek gonjeng..

~ciskek lepas mekap...

Kek kedua merupakan percubaan pertama aku. Guna resepi gugel. Tapi sukahati je menderhaka. 

 ~perisa pandan + oren + strawberi...
Ikutkan resepi tu untuk loyang saiz 5" [6 layer], aku guna loyang 7".. maka dapat la 3 layer je...


~tadaaaa.. my rainbow cake!
quit happy with the end product since this is my first attempt...


 ~ ni pulak kakak aku buat... skang dia bisnes cupcake kecil2an... 
err tapi yang celoreng2 tu keje aku... ;p


ps: masih tak berjaya menghadiri kelas baking.. sigh!

Thursday, 12 April 2012

SESI MENGASAH BAKAT

Apa agenda cuti semalam?

Disebabkan hujung minggu ni dah ada agenda bersama cik kiah, maka cuti semalam haruslah digunakan untuk berpoya-poya dengan 'geng kedai mamak'.

Tak plan pun. Mulanya nampak status cik loyer yang mengidam nak karok. Aku pun cucuk jarum la ajak yang lain. Pagi semalam baru balas-balas sms konfem tempat & masa... so janji kat OU kul 12.30pm. Tapi Ralit bersiap, kul 12.15 baru nak kuar rumah. Janji melayu sungguh!

Sampai dalam kul 12.45 tapi duk mencari parking.. perghhhhhh sungguh mencabar kesabaran. Sejam weh tak dapat-dapat parking. Sudahnya bincang ngan jiah & yat, tukar tempat je la. Maka ke The Curve la kita. Pusing-pusing kul 2.30pm baru setel. Perut keroncong dah weh.

Book karok. Tapau mekdi. Karok 3 jam. ;p

Abis sesi karok terus balik. Takde sesi sambung ngeteh ye kali ni.

Ramai betul umat manusia kat shopping mall time cuti ek. Cuti sehari pun semua pakat keluar. Cuba la sesekali duk rumah diam-diam. Err aku jarang-jarang menyemak kat shopping mall yea. Sesekali je. Haha!

Monday, 9 April 2012

THREE SERIES

Fuh!

Mungkin pencapaian hidup setakat 30 tahun ni biasa-biasa je jika nak dibandingkan dengan orang lain.

Mungkin yang sebaya aku ada yang dah genggam phd sedang aku masih berusaha menghabiskan saki-baki untuk dapat degree.

Mungkin yang sebaya aku dah ada kerjaya hebat dengan gaji besar sedang aku biasa-biasa je, tak banyak tapi cukup.

Mungkin yang sebaya aku dah mampu beli rumah sendiri sedang aku masih duk 'celah ketiak emak'.

Mungkin yang sebaya aku dah merantau jauh menimba pengalaman di negara orang sedang aku tak pernah keluar berhijrah luar KL-Selangor.

Mungkin yang sebaya aku dah berduet dan ada anak-anak sedang aku...

Dan banyak lagi pencapaian hebat yang mungkin dah dicapai oleh mereka-mereka yang sebaya aku sedangkan mungkin aku masih jauh untuk capai benda tu semua.

Namun sesungguhnya aku bersyukur seadanya.

Terima kasih Tuhan untuk 30 tahun kesempatan hidup yang diberi. \(^_^)/

Oh, ini bukan entri emo yea. Sila percaya! ;p

-------


Kelmarin 07042012 seharian sambut besday dalam kelas. Dah la kelas abis lewat dari biasa. Sebelum gi kelas emak tanya nak kek tak? Mesti la aku jawab TAK NAK. Dah kertu2 nak potong kek bagai. Dah la berdua je kan. Tak best!

Sampai rumah dah nak dekat kul 11.15pm. Tengok-tengok family abang aku ada. Masing-masing dah kelaparan tunggu aku balik. Haha. Walaupun aku kata tak nak kek, tapi tetap la emak beli. Hehe. Siap dapat hp baru tapi aku tak nak la. Bagi emak je pakai. :)

-------

Fuh, cam tak pecaya dah 3 series!

Thursday, 5 April 2012

KOTAK HIJAU

Hari tu gatal klik iklan ni... klik klik klik... terklik beli satu!


Dulu penah sekali je beli barang online ni. Dua tiga hari dah sampai. Yang ni memang dah stated delivery within 2 weeks. Semalam dah tak sabar menunggu, siap tulis kat fb [haha tiba2 teringat entri kingbinjai]. Bajet sampai jumaat.

Sekali pagi tadi kebetulan aku turun pass tender document kat subcon, orang delivery tu pun datang. Memang saja bagi alamat opis sebagai shipping address. Senang sebab kat rumah takde sape. 

~hasil pembelian... err kira hadiah besday utk diri sendiri la ni.. ;p


ps: giler eksaited terus up entri... haha!

Monday, 2 April 2012

IT'S APRIL!

Fuh, dah suku 2012 berlalu. Dua tambah tiga hari lagi nak masuk siri baru. Gulp! Tapi tahun ni takde serangan panik. Kot. Sebab banyak benda best berlaku bulan lepas. So distract dari panik. Haha.

Bulan Mac banyak sangat dapat rezeki yang tak disangka. Special bonus, increment & satu lagi perkara. Bila dapat 'surat chenta' dari HR, macam tak sangka je dengan angka increment kali ni. The highest so far. Alhamdulillah bersyukur sangat.

Ulangsiar apa yang aku tulis kat FB.

Jan is not a good start, Feb is worst but Alhamdulillah Mac is so goooood.
Hope Apr is going to be better.

Sebagai permulaan, presentation semalam berjalan lancar. Err walaupun group presentation, lagi cuak dari nak present masa PSM [mentang2 dah lepas]. 'Kembang' sekejap bila lecturer puji something. Benda kecik tapi buat mood jadi gembira. ;p


~rasa nak terjebakkan diri untuk 'photo a day'... biasa la takde keje cari keje.


-----------

Opismet aku baru kehilangan emak dia sabtu lepas. Al-fatihah.

Thursday, 29 March 2012

AKHIRNYA KINI PASTI...

Setelah bermacam-macam spekulasi dan andaian yang dibuat.

Akhirnya yang menjadi tanda tanya dah pun konfem.

Harapnya kali ni pun semuanya berjalan lancar.

Teruja tapi control macho. Hehehe.

2 ke 5 ek.. mana lagi berbaloi?