Friday, 30 April 2010

BEPERGIAN

Bakal bepergian selama seminggu. Abis la meroyan seminggu tak dapat melawat kawasan jajahan [baca: bloghops]. Dah la belum langgan lagi berukband. Mau gigil ni tahan gian. Oh2 lupa, seb baik ada mobile tenet... sejam 2 hengget, cam caj CC. Errr sampai skang blum berkesempatan nak download software yang leh surf free yang pa'chik bagi link tu... haih!
.
Harapnya tahun ni takde adegan sakit hati cam tahun lepas.
.
See u when i see u...

Wednesday, 28 April 2010

MENUSUK KALBU

Hari tu duk borak2 ngan Jiah... macam-macam topik tapi berkisar pasal kitorang je la... takdenya nak mengumpat gosip pasal orang lain lelebih... err maknanya ada gak la skit-skit kan.. hahaha...
.
Pastu terkeluar la topik pasal 'kertu'... muka dah start ada wrinkles kat area mata, ngan eyebag lagi... yela lagi 2 tahun dah nak masuk 30 kan *panic attack*... so skang ni kalau nak pakai produk pun dah kena mula cari yang anti-wrinkles... adeh, terasa kertu siot padahal masih 20-an... err tapi xde makna pun beria nak jaga muka... bukan jenis beauty conscious sangat...
.
Skali bila gi karok, nyanyi lagu ni...
.
Better Man - Robbie Williams
.
Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain
.
Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel I'm getting old
Before my time
.
As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing all I can
To be a better man
.
Go easy on my conscience
'Cause it's not my fault
I know I've been taught
To take the blame
.
Rest assured my angels
Will catch my tears
Walk me out of here
I'm in pain
.
As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing all I can
To be a better man
.
Once you've found that lover
You're homeward bound
Love is all around
Love is all around
.
I know some have fallen
On stony ground
But Love is all around
.
Nak tersedak bila tang yang aku bold tu... siot betul... kitorang gelak je bila part tu.. cis, cam tau-tau je baru duk kata pasal kertu... hahahampeh!
.
.
ps: ah, tapi memang 'menusuk kalbu' betul la lagu ni... sigh!

Monday, 26 April 2010

KADANG2 TAK PLAN LAGI BAIK DARI PLAN

Hujung minggu yang seronok... setelah entah berapa kali tunda akhirnya dapat gak gi mandi air terjun, yeay! Gi Taman Rimba Kanching aka Templer Park... dah berkelah kat sini sejak sekolah rendah, tak jemu-jemu. Tapi baru sedar punya la lama tak datang sini... kalau tak silap hampir 7 tahun... pergh!
.
Satu je yang buat family aku malas skit nak gi sini. Kat sini ada 2-3 tingkat air terjun. So nak gi air terjun tu kena panjat tangga. Kalau bawak budak2 dengan makanan, baju salin, etc... jenuh skit la nak mengangkut tu. Tapi aku suka je. Ala-ala jungle trekking, pastu baru berkelah...

~on the way nak naik atas...
.
~gi port biasa... muka gembira dapat mandi air terjun...
memang 'balas dendam' mandi sakan... ;p
.
Anak buah aku, Emot, punya la teruja... err rasanya tak penah bawak dia mandi air terjun sebelum ni. Slalunya gi mandi laut je. Sukahati dia je nak lompat padahal banyak batu. Sekali dah terjatuh, mula la sentap. Diam je. Tapi dah ayah dia bawak mandi, pastu lepas makan baru ok semula. Bila ajak balik "tak nak, blum mandi lagi"... padahal dah naik kecut dah badan berendam. Yang kakak dia, mula-mula monyok sebab patutnya sabtu tu kena sekolah ganti. Dan ada jamuan. Monyok la sebab terlepas jamuan tu. Tapi bila dah sampai sana, lupa dah pasal jamuan...
...
. ~mandi sampai gigil...
.
Ahadnya sempat jumpa member aku yang duk Kuang, Jiah. Ingat nak duk lepak je tapi pastu sempat la plak gi karok... berdua je pun layan!
.
~tiap kali amik gambar camni, mesti muka aku sekerat je... salah bajet!
.
Mula rasa cam 2 jam tu lama... yela berdua je kan, kot la sangap, sudahnya tak cukup masa nak abiskan lagu yang dah dipilih... ekeke... rasa cam nak je extend tapi dah lambat plak nak balik rumah... pastu sempat jumpa sorang lagi member, Yati...
.
Hujung minggu yang mulanya samar2 takde agenda turn out jadi best... sukaaaa!
.
.
ps: hari ni dah dapat result medical check-up hari tu... overall ok cuma... huhuhu...
oh2 dulu ingatkan aku darah jenis B [masa buat ujian darah kat sekolah dulu], rupanya aku AB+. Oh, aku ni split personality rupanya... ;p

Friday, 23 April 2010

BOSAN TAHAP CIPAN!

Tengah tak berapa banyak keje... bapak bosannnnn!

..


Psssst, jangan bagitau bos aku tau... errr sebenarnya keje aku skang ni sangat sangat 'senang' kalau nak dibandingkan dengan keje dengan kampeni lama. Keje dulu bukan la susah sangat cuma leceh dan jenuh mengejar dateline. Dan selepas 3 tahun lebih buat benda yang sama, bosan! Tapi keje skang ni lagi la, blum dua tahun pun dah terasa bosan sebab dah terer... tak berapa mencabar minda. Kadang-kadang je busy giler yang banyaknya pura-pura busy je. Duk mengadap pc je bermain-main dengan FB angka & RM.
..
Time-time sangap camni kalau suh belek drawing dan gi site pun aku rela sepenuh hati... big bos penah je suh aku pegi site... dia kata jangan pandai on paper je... tapi tu la stakat cakap gitu-gitu je... kalau dia bagitau hod aku dan bagi instruction suh pegi ok la gak... takde la kang orang kata saja nak 'makan angin jalan-jalan' kat site je... huhuhu...
..
Keje banyak komplen, takde keje komplen. Keje susah komplen, keje senang pun nak komplen. Biasa la, ada je benda tak puas hati. Achik, sila bersyukur ko ada gak keje... ada keje, ada la gaji. Haih!
.
Lupakan pasal keje. Ada 2 hari untuk berpoya-poya walaupun agenda untuk mengabiskan masa di hujung minggu masih samar.

Hepi wiken!

Thursday, 22 April 2010

OH TIDAKKKKKKKKKK!

Mak aih, terkujat bila jumpa tengok gambar si dia... selama ni duk bayangkan tengok dia sangat perfect... tough, maskulin...
.
Terperanjat bila ternampak gambar ni kat blog kak lyza...
Wenthworth millerkuuuuuu, why why tell me whyyyyy???
Tak seksi la jadi abang roi...
...
.
Aku syak ni mesti dah abis shooting prison break ni... nampaknya dia betul-betul menikmati 'break' dari prison break... x hensem la ada rambut... tak sesuwai!!!
.
.
.
ps: errr macam la kurus sangat nak 'mengata' orang...
agaknya kawan2 aku pun terkujat masa awal2 jumpa aku... heh!

Tuesday, 20 April 2010

RANDOM

1. Dah dapat result paper asas kejut kuasa, lega! Harap-harap lagi dua pun ok.
.
2. Jumaat lepas pinjam 4 buah novel. Dah abis satu, skang tengah baca 'The Summer of Secrets'.
.
3. Ada yang tersesat kat sini bila cari pasal achik spin.
.

.
4. Rasa geram je bila plan tak menjadi. Lagi geram bila plan awal dikensel untuk plan yang lebih baik kununnya tapi sudahnya semua pun tak jadi. Huh!
..
5. Kalau asyik fikir benda negatif je sebelum nak buat sesuatu atau nak pegi mana-mana, sudahnya apa pun tak jadi.
.
6. Pelik sangat ke kalau makan kat food court/fast food sorang2? Kot ye pun jangan la duk tengok dengan pandangan kesian as if orang tu takde kawan ke apa. At least dia boleh 'survive' sorang-sorang. Bukan jenis skit-skit nak berteman. Huh!
.
7. Ada sesetengah orang, bila dia 'bagi komen' je mesti menyakitkan hati. Tak tau la memang motif dia nak menyakitkan hati atau dia kunun nak buat lawak tapi tak kelakar.
.
8. Kadang-kadang susah untuk tidak amik peduli apa yang orang kata. Sesekali terasa jugak!
.
9. Angin kus-kus dah nak meresap. Time camni mula la rasa cam pathetic loser je!
.
10. Jenuh gak nak buat entri random ni. Dah la hujung-hujung emo semacam je. Heh!

Monday, 19 April 2010

MURAHNYA

Adakalanya airmata ni terasa begitu murah. Entah mengapa begitu mudah emosi terusik sehingga membuatkan ia mengalir.
.
Orang kata adakalanya menangis itu bagus... salah satu terapi! Namun bila ia mengalir, tak sesekali akan membiarkan orang lain melihat diri dalam keadaan itu... tak ingin diri dilihat lemah, tak ingin dikatakan cengeng.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi ni apa kejadahnya tengok doraemon pun boleh nangis ni weh??? Ciskek tul!!!! Tiap kali [ye, lebih dari sekali] tengok kisah nobita rindu dengan nenek dia yang dah meninggal tu, mestiiiiii nangis... bengong betul!

Ah, tiba-tiba rindu pulak dengan wan. Dan juga lelaki kesayangan. Al-fatihah!
.
ps: Al-fatihah juga untuk achik spin.