Thursday, 26 August 2010

BLUM RAYA DAH CUTI PANJANG

Semalam emak buat kuih ni untuk berbuka puasa...
.
~talam berlauk... nyum!
err loyang tu lebih kurang besar pinggan je... dalam gambar ni je nampak besar...
..
Emak, "dah jangan mintak-mintak lagi... tahun depan baru buat"
Aku, "mana ada mintak.. sebut je" ;p
..
Bukan tak boleh buat sendiri... tengok resepi senang je nak buat [eceh, x penah try buat lagi mau berlagak kata senang], saja nak bermanja-manja... ehehehe...
.
.
-----------
Aku akan bercuti dari esok sampai selasa depan... isnin tu compulsory leave... kalau bukan bulan puasa mesti syok gi cuti-cuti...
..
Cuti lama-lama duk rumah je bosan gak. Tak banyak agenda yang dirancang... cuma nak gi shopping, mengemas rumah, berbuka puasa ngan member, buat biskut raya, pegi bank nak buat auto-transfer, take over tugas memasak dan buat pasport... eh, orang dah bagi cuti pun banyak bunyik pulak kan... duk je la kat rumah tu diam-diam... ;p
.
..
ps: oh2 nak kena subscribe tenet balik la kat rumah... pasni ada pemantauan la plak... haih!

Wednesday, 25 August 2010

KEMBALI

Emak selalu dapat 'petanda awal' bila ada saudara terdekat yang akan kembali ke rahmatullah...
.
Dulu aku selalu ingatkan tu cuma perasaan emak... tapi bila dah selalu sangat dia bagitau 'petanda' tu beberapa hari sebelum ada yang nak meninggal dunia, tu bukan sekadar kebetulan... mungkin itu 'kelebihan' yang emak ada.
.
Minggu lepas emak ada bagitau dia terbau kapur barus... mak kata seingat dia saudara terdekat yang tengah sakit cuma pak lang [abang tiri emak aku]. Dah agak lama sakit, asyik keluar masuk hospital. Bila tak berpantang sangat, mula la sakit datang balik. Err aku bukannya kenal sangat pak lang ni sebab jarang jumpa. Emak je selalu bercerita.
.
Semalam terima berita pak lang dah meninggal dunia. .
"Emak baru je mimpi pak lang tu bagitau dia dah sihat. Kelmarin dia baru je
bagitau nak pergi Cheras jumaat ni bayar fidiyah... tak sempat"
.
Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Monday, 23 August 2010

12 RAMADZAN AL MURABAK RAMADAN

Semalam aku ponteng kelas sebab sakit kepala... agaknya gara-gara test malam sebelumnya... isk! Walaupun 'open book'.. tapi paham-paham je la soalan open book ni, susah! Plus masa lagi banyak dihabiskan duk selak buku dari menulis... sigh! Aku ni dah la bila open book... memang takkan study punya sebab tau boleh bukak buku kan. Huhuhu. Ok, stop merapu pasal study...
.
Disebabkan tak gi kelas, aku telah merajinkan diri buat agar-agar. Buat agar-agar pun dah kira rajin la bagi aku yang malas ni... slalunya buat satu warna je, tetiba semalam rajin plak nak buat lapis-lapis... ;p

~comel dan ceria je kan...
.

.
Lepas tu gi Kuang nak berbuka puasa kat sana. Sebelum tu sempat melencong gi pasaraya Bintang kat Rawang... tujuan utama nak beli langsir, mission accomplised! On the way nak gi Rawang tu, lalu dekat sekolah rendah aku dulu. Apa ke hodohnya diorang cat bangunan sekolah tu warna biru nila. Kot nak ceria pun, agak-agak la weh. Dah macam sekolah tamil aku tengok. Dah la sebelah tu memang ada sekolah tamil. Kang tak pasal-pasal orang konpius plak mana satu sekolah tamikl tu. Ekekeke...
.
Bila kebiasaanya berbuka puasa hanya bertiga je... bila berbuka puasa ramai-ramai camni, seronok bangat. Meriah!

Thursday, 19 August 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA

Semalam opis aku adakan majlis berbuka puasa kat Hotel Holiday Villa Subang Jaya.
.

~sampai awal, jadi posing-posinglepak-lepak kat tepi swimming pool...
.

~ Hotel Ballroom...
.
.
Mulanya diorang buat reservation kat Palm Terrace Coffee House tapi sebab ramai sangat [lebih kurang 200++ staffs plus consultants], tukar kat ballroom hotel tu. Dah macam annual dinner je aku rasa.
.
~meja aku.. err yela takkan nak snap gambar table orang lain kan... ;p
.


~1st round...
..
Err gambar 1st round je ada... round-round seterusnya dah sibuk makan dan berborak... takdenya nak sibuk snap gambar lagi. Ehehe. Round kedua makan sate, kambing panggang [sedap tapi harus la sedar diri tak boleh makan banyak] dan chicken wing [rugi amik satu je]. Round ketiga makan aiskrim yang dah cair, hampeh! Errr rasanya tu je la aku makan. Kalau ikut nafsu memang nak makan macam-macam lagi, tapi perut dah ketat weh. Lagi pun takut balik kang, menggelupur je bila timbang. Heh!
.
Makanan biasa je la. Takde la sedap melampau. Tapi makan free best je! ;p
.
Balik rumah je terus hop on the scale. Seb baik masih dalam julat 'normal'. Phewwww!
.
.
ps: next week ada satu lagi majlis berbuka puasa...

Wednesday, 18 August 2010

HONGKONG!

Semalam masa nak balik, bateri kereta kong!
.
Mula-mula aku rilek je lagi sebab ingatkan takat kong-kong skit je. Try start kete dua tiga pat lima nam kali, masih flat giler. Aku pun buka bonet depan. Adeh, bateri mengalami masalah 'keputihan' lagi. Errr dah setahun pun tak check bateri tu padahal tanda-tanda nak kong dah ada. Eh, tapi aku buat periodically maintenance apa.
.
Dah try buat cam dulu... buang 'keputihan' yang ada kat sekitar bateri tu. Pastu try start masih kong giler lagi. Seb baik la ada dua tiga empat orang opismet tolong. Dan seb baik sorang ni ada jumper. Mujur la pastu kete boleh dihidupkan.
..
Dalam perjalanan tu risau gak kalau termati kat tengah jalan ke apa. Tapi tiada kejadian yang tidak diingin berlaku. Lega! Hari ni drive kete adik aku je la. Errr sebenarnya dah tergerak hati nak drive kete dia semalam. Nyesal plak tak ikut gerak hati. Padan muka sendiri!
.
..
ps: semalam ada tanya kak F pasal kete... dia baru tukar kete baru... so saja la tanya dia tolak kete lama bape, downpayment bape, bulan2 bape... errr bukan nak tukar kete pun, saja nak berangan dulu... hahaha... takkan la baru tanya je kete aku dah merajuk kot? ;p

Monday, 16 August 2010

GUMBIRA

Alhamdulillah, dah separa konfem dapat pelepasan. Walaupun begitu, masih ada sedikit saki baki kerisauan. Hari tu baru tanya via emel je, minggu ni baru nak berdepan face to face. Gigil!
.
Bukan saja nak berteka-teki pasal ura-ura dan pelepasan tu. Cuma masih terlalu awal untuk bercerita tentang tu. Tak nak poyo lelebih. Dah jadi baru kita cite ok. Errrrr tapi tebakan pa'chik tu dah hampir-hampir mengena. Terer ah! ;p
.
---------
.
Aku telah berjaya menjangkitkan penyakit asyik duk menimbang sebelum dan selepas makan kepada emak. Hahaha.
.
Angka-angka semakin memberangsangkan. Gumbira!

Friday, 13 August 2010

GEMBIRA TAPI RISAU

Ura-ura sudah separa konfem... sedikit teruja! Tipu, sangat teruja sebenarnya. Tapi ada sedikit aral melintang patah membujur lalu yang menggugat keterujaan aku. Potong betul!
.
Punya la dalam banyak tu, yang tak boleh tu jugak yang terkena. Tadi dah karang ayat baek punya minta pelepasan, harap sangat akan dipertimbangkan. Percaya pada rezeki. Kalau itu rezeki aku, insya-Allah semuanya akan berjalan lancar.
.
Err tapi pada masa yang sama kena pertimbangkan jugak the worst case scenario kan. Jika benda tu berlaku, yang mana satu yang perlu dikorbankan? Berat nak pilih ni, adeh!
.
Tolong doakan aku dapat pelepasan tu ek. Mana tau berkat korang tolong doa di bulan Ramadhan ni, senang skit termakbul doa tu. ^_^