Monday, 1 November 2010

AUTUMN IN MY HEART PART 1

Day 1


Bertolak dari KLIA menaiki Korea Airlines. 6 1/2 jam perjalanan.
...

Day 2
.
Sampai kat Incheon International Airport dalam kul 7.30am. Lepas buat apa-apa yang patut, dibawa b'fast. Makan mee udon. Gi mana-mana tempat makan kat sini mesti ada kimchi. Menu wajib diorang. Tapi aku x sentuh pun, hari tu try kat Seoul Garden pun tak sedap.
.

Pastu gi Cheongwadae Sarangchea Exhibition Museum. Kiranya cam muzium seni kebudayaan diorang. Takat tengok diorang main pintal-pintal rambut.

.



.
Tak sempat nak explore lama-lama dalam muzium ni sebab masa terhad. Lepas makan tengahari, kejar flight gi Jeju Island. 1 jam perjalanan.
..
Sampai Jeju, kitorang dibawa gi Dokkaebi Road [Mysterious Road]. Kununnya jalan tu berhantu. Sampai kat satu area, semua kenderaan dimatikan enjin. Tapi masih boleh berjalan walaupun kawasan tu nampak agak berbukit. Kununnya sebelum jalan tu dikenali, ada la sorang pemandu teksi ni berenti kat situ nak terkucil. Dia dah matikan enjin teksi dia. Lepas kenc, dia tengok teksi dia dah takde. Rupanya dah bergerak jauh ke depan. Sejak tu la jalan tu jadi tarikan.
..
Pastu gi 'Loveland'. Taman 18sx. .

~ini je gambar yang aku snap kat sini... ;p
.
Since dah include dalam itinerary dan tiket dah dibayar, so belasah je la 'cuci mata' walaupun agak segan memandangkan aku sorang je pompuan yang belum kawen. Awal-awal dah kena usik, "istighfar banyak2 balkhis. Kang tak sabar nak kawen". Hampeh je. Jalan jauh-jauh dari lelaki la, kalau tak sure segan. ;p
.
Malam tu lepas makan acara bebas. Kitorang jalan-jalan kat area hotel. Masuk E-mart, 'tesco' korea. Bermalam kat Jeju Oriental Hotel.
.
Errr ingatkan nak sambung day 3 dalam entri ni gak tapi jenuh plak nak upload gambar. Sambung dalam part 2 plak je la ek.

Thursday, 28 October 2010

PRE- AUTUMN IN MY HEART

Alhamdulillah dah selamat pergi dan balik. Selama 7 hari 5 malam mengikuti company trip ke Korea. Bertolak ke sana malam Rabu dan bertolak balik sini petang Selasa.
. .
Errr sebenarnya awal-awal lagi kak masy dah teka dengan betul aku nak ke mana. Rasanya tak war2kan kat fb pun. Camne tau ni? Terer ah! ;p
.

~ group Muslim...

.

Belum transfer gambar sepenuhnya. Banyak giler gambar aku amik... kat kamera je ada 600++, belum campur gambar kat kamera hp. Nanti la aku pilih2 gambar dan skit sebanyak cite yang nak dikongsikan pasal trip tu. Tungguuuuu! ;p

Wednesday, 20 October 2010

IMPIAN MENJADI KENYATAAN

Ramai yang duk pilih 101010 sebagai tarikh keramat dalam hidup mereka. Tapi 20102010 akan menjadi tarikh istimewa buat aku tanpa dirancang.
.
Memetik ayat dari entri ni.



“Harap-harap suatu hari nanti ada la rezeki merasai sendiri pengalaman jauh berjalan luas pemandangan ni”

.
Alhamdulillah, tak sangka cepat sungguh Allah makbulkan impian aku untuk merasa sendiri pengalaman berjalan ke negara orang. Peluang dan rezeki datang dalam pelbagai betuk dan cara yang kadangkala tak dijangka. Syukur sangat. Errr entri tu bertarikh 14 April... genap seminggu selepas besday aku... kira cam besday wish come true la ni... ;)

Aku kan asyik ‘memekak’ nak join kampeni trip adik aku tapi alih-alih tak dapat join sebab diorang nak buat masa bulan puasa [tapi sudahnya diorang gi 4 Nov ni, hampeh!]. Tapi pastu tetiba dengar ura-ura tahun ni kampeni aku jadi buat trip. Sebenarnya kat sini memang ada buat company trip once in 2 years. Walaupun masa interview lagi dah diberitahu yang company trip adalah salah satu benefit keje kat sini, tapi aku takde la mengharapkan sangat untuk join sebab aku membayangkan aku mungkin tak lama keje kat sini. huhuhu.

Sepatutnya trip ni dibuat tahun lepas tapi atas sebab-sebab tertentu telah ditunda ke tahun ni. Kalau buat tahun lepas, aku tak berpeluang lagi sebab hanya yang dah bekerja 2 tahun ke atas sahaja yang layak untuk join. Agaknya dah memang tersurat rezeki aku untuk dapat peluang ni. Kalau nak tunggu trip seterusnya, entah masih bekerja kat sini lagi ke tak. Yela kan, mana la tau kot la dah lompat kapal masa tu.. hehehe. Apa-apa pun syukur sangat!

Mula-mula ingatkan tak dapat gak gi sebab tarikh trip tu jatuh pada minggu terakhir kuliah dan aku ada satu test. Terpaksa la karang 'email chenta' minta pelepasan dari lecturer untuk anjakkan test awal seminggu dan ‘terpaksa’ ponteng 6 jam kuliah terakhir. Risau gak masa tu tapi Alhamdulillah dapat gak pelepasan tu.

Oh2 masa nak cite tapi cam tak nak cite tu bukan apa, takut la duk propa lelebih tetiba tak jadi cam tahun lepas... bikin malu aje! ;p

Jumpa next week... :)

Monday, 18 October 2010

IN NEWS


Masa awal-awal keje kat sini, ada gak terfikir betul ke tak keputusan yang aku buat. Penah gak satu ketika tu masa tengah serabut, aku rasa nak sangat berenti keje. Masa tu dah agak nekad, sampai dah pegi temuduga tapi rezeki aku masih di sini, terpaksa bertahan. Seb baik things getting better. Dan saat ni aku sangat bersyukur aku masih bertahan...

Walaupun ada benda yang tak best, ada banyak lagi benda best... :)

Friday, 15 October 2010

NEED A KICK START

Bulan puasa hari tu berhenti kejap gi gym dan main badminton. Ni apa cer ni weh dah abis raya tapi masih belum mula lagi. Bahaya bahaya!
.
Hari tu dah bawak baju tapi ada je benda lain nak setel... percayalah ni bukan alasan. Nak kena start secepat mungkin ni... sebelum makin liat nak pegi. Isk!
.
.
.
Err tapi aci tak kalau lepas cuti la baru mula balik? ekeke... ;p

Wednesday, 13 October 2010

TERSENTAP

Orang kata "Don't judge a book it's cover". Tapi itu lah yang selalu orang buat... suka sangat menghakimi orang lain walaupun baru pertama kali jumpa. Ok, tipulah kalau kata tak pernah menilai orang tapi tak perlu rasanya nak bagitau penilaian ko pada orang tu kan. Simpan diam-diam sudah.
.
Kelmarin aku gi survey nak beli sling bag. Baru je aku nak pegang ada satu beg ni, budak jurujual yang muka cam baru umur 15 tahun ni datang... aku cam biasa kalau ada jurujual datang, aku kata nak tengok-tengok je. Then dia cakap, ni sling bag kak... as if la aku tak kenal tu sling bag. Aku duk belek-belek lagi. Tiba-tiba terpacul ayat suci murni tapi berbisa dari dia... "kak, kalau akak nak akak tengok beg kak depan tu... harga rm15-30, yang ni beg branded kak". Hoh, wadefak?
.
Perghhhhhhh, menusuk kalbu sungguh! Ok, aku tau la aku takde duit berkepuk-kepuk tapi takat nak beli beg 'branded' kat JJ tu, aku mampu lagi la weh! Cam siot giler budak tu. Dah la budak lelaki. Muka suci murni tapi tu la 'kecik-kecik' dah pandai underestimate orang. Miskin sangat aku pada pandangan dia. Huhuhu. Yang buat aku geram, aku boleh terkedu tak balas apa. Terperanjat agaknya sebab pestaim jadi camtu. Haih!
.
Tapi aku takde la nak gak beli beg tu untuk buktikan dia salah. Banyak lagi kedai aku boleh gi la weh! *Sentap*

Monday, 11 October 2010

ADA TIADA

Tak update bukan takde mood... jari jemari gatal je nak merapu tapi tu la... blum ada tenet. Jangan tanya kenapa apa ke payah benor aku nak subscribe tenet tu, ni namanya penyakit suka menangguh...
.
Sangap je tak leh nak bloghop tapi kadang-kadang masuk je sekali sekala masa lunch break. Ni pun udpate jap lepas waktu keje.
.
Dah lebih 5 tahun keje boleh 'multitasking' dengan sesukanya tup-tup tetiba ada 'limitation', rasa cam hampeh je... kalau tengah banyak keje takpe la gak, tak terasa sangat. Bila free tu... mak aih, sangap weh!