Tuesday, 30 November 2010

SEMANGAT YANG HILANG

Takde apa nak dimerapukan. Mood sedikit kucar kacir.
Hati tiba-tiba mendung. Mungkin bakal dilanda tengkujuh. Isk!

Wednesday, 24 November 2010

SATU DAH LEPAS.. DUA LAGI.. TIGA SEMUANYA!

Slalunya time camni dah lama abis. Kalau tak dah boleh berpoya-poyaan dengan jayanya.
Isk, skang ni asyik ingat nak berpoya-poya je! ;p

Monday, 22 November 2010

LAWATAN MENGEJUT

Jumaat lepas masa kat opis mak call tanya nak ikut tak dia gi Kedah... terkejut gak sebab sebelum tu takde pun dengar nak pegi.. tetiba je. Hati agak berbelah bahagi sebab masih blum abis study tapi cam tak best plak nak 'lepaskan' emak pergi berdua je dengan mak cik aku... so aku pun terpaksa tapi rela ikut je la. Balik keje terus bersiap2... kitorang naik bas kul 10.30pm.
..
Sebenarnya tujuan utama gi sana sebab nak melawat Along aku yang menjadi 'mangsa banjir' dan kununnya nak menolong la mengemas apa yang patut. Rumah dia naik air sampai paras dada. Seb baik rumah kakak ipar dia tak kena, so dia tumpang duk sana la masa banjir. Tapi sampai sana, tetiba emak telah mengeluarkan 'cadangan bernas'. Nak pegi satu tempat. Kununnya nak bawa mak cik aku tapi dia yang excited lebih... ;p
.

.
.
~tetiba je sampai Langkawi... ;p
.
.
.
.
.

Kitorang gi balik hari je... tak banyak tempat dilawati tapi ok la for a half day trip. Sempat melawat Makam Mahsuri, ronda pekan Kuah, cuci mata jap kat Pantai Chenang, shoping lite2...
'lawatan mengejut' katakan... ;p
.
Ahad duk lepak rumah Along je. Naik bas balik KL kul 4pm. Hampir 8 jam dalam bas... isk!

Friday, 19 November 2010

MENEPIS TUDUHAN

Since si penyubiru dah menuduh aku dah lama tak workout, maka harus la aku bagitau yang minggu ni dah masuk minggu ketiga aku kembali menjalankan misi mengamalkan gaya hidup sihat setelah lebih 2 bulan menternak lemak... ;p
.
Isnin gi gym & Khamis gi main badminton... walaupun agak sadis sebab masih blum berjaya kurus lagi tapi takpe pelan2 kayuh... buat masa ni masih 'tabah & cekal'... sobs! seb baik kat tempat main badminton yang baru ni bleh cuci mata... ekeke
.
.
ps: errr malam ni bakal tido dalam bas... my mom with her last minute plan... layan kan je la...

Thursday, 18 November 2010

AIDIL ADHA 2010

Raya haji kali ni kat kl je...
Sangap takde sape balik, so aku ngan emak gi Kuang...
..

~trio nasyid cik kiah... ;p
.
.
.
.
ps: malas plak nak menaip...

Tuesday, 16 November 2010

BUKANNYA LUPA TAPI TAK INGAT

Tetiba menjadi-jadi plak diserang 'short term memory loss'...
.
Kejadian 1
Dari ruang tamu aku masuk bilik nak amik sesuatu. Dah masuk tu pegi buat benda lain. Pastu bila dah keluar baru teringat motif utama masuk bilik at ther first place.
.
Kejadian 2
Amik contract document dari dalam kabinet kat 2nd floor. Lepas dah simpan balik, nak balik tempat aku kat 3rd floor. Baru tersedar card access takde. Cari-cari rupanya tertinggal kat dalam kabinet.
.
Err tetiba takleh nak recall plak kejadian2 lain... another short term memory loss? huh?
.
Bahaya ni. Dah la nak exam. Oh tidak!
.
.
Oh, sebelum aku terlupa... Selamat Hari Raya Aidiladha. :)

Friday, 12 November 2010

MAJLIS KAWEN

Ni cite dah basi sebenarnya... baru berkesempatan nak cite...
..
Hujung bulan lepas balik kampung kenduri kawen sepupu aku. Dulu gi menghantar, ni kenduri menyambut menantu plak. Cadang asalnya nak buat doa selamat je bertukar menjadi majlis yang agak besar... 2 kali kenduri tu... malam sabtu sekali, ahad siang sekali... konpius aku nape buat sampai 2 kali...
.

~walaupun dah upah orang masak [bukan katering], tapi masih ada yang datang merewang...
errr aku jadi paparazi je...
.
~kenduri belah malam...
.
~siap sanding lagi...
.

~ 2 kenit... alisa muda 5 bulan dari fitiri sebenarnya tapi fitri lagi halus...
sian mamat kenit tu... kecik2 tembun tapi sebab allergik tu yg makin kurus...
.

~naik pelamin kali ke-4 [2 kali belah pompuan]...
.
~pengantin ngan pakcik makcik aku...
.
Majlis pertama bagi keluarga pak uda aku... kiranya menyambut menantu sulung la... lagi pun anak sulung diorang dah meninggal dunia, yang kawin ni anak kedua...
.
Aku rasa pak uda aku sangat lega majlis ni berjalan lancar. Terpancar kegembiraan pada muka dia. Tak percaya tengok la gambar bawah ni.

~teringin gak pakai rambut palsu menantu... ahahaha...
.

Pak uda aku ni garang sebelum ni dan aku penah ada 'konflik dalaman' dengan dia tapi skang dah ok. Cam tak sangka la plak dia bleh nak pakai rambut palsu ni siap senyum tu bila aku snap gambar ni... ekeke...

~ada plak sorang lagi teringin... sengal gak pakcik2 aku ni rupanya... ;p
.
.
Sepatutnya minggu lepas gi Pahang plak, sepupu aku sorang lagi kawen. Tapi tak jadi sebab mak tak berani nak bagi aku drive... apakah? Err tapi aku rasa sedikit 'lega' sebab tak yah berturut-turut minggu berdepan ngan 'soalan cepumas' yang dah mula diutarakan...
.
Dah la sepupu2 aku yang kawen tu semuanya muda-muda dari aku... haih!