Tuesday, 29 January 2013

KRABI-PHUKET - PART 3

Day 3
.
Balik ke Aonang. Wish we had extra day(s) so we can stay at least another day at Phuket. Tapi takpe la, at least wa dah sampai Phukettt! So pasni kalau tak pegi lagi pun it's ok. Lagipun trip kitorang ni free n easy, takde buat itinerary pun. Konsep redah je. Pasni buat proper plan skit cam MsNinie.. ;)
.
Ok kitorang balik ke Aonang naik feri pulak.

.
Singgah Phi Phi Island. Kitorang naik feri pukul 10.30am dari Phuket, sampai Phi Phi dalam kul 12pm++. Lepak tepi pantai dan sempat la mandi manda. Tak sempat nak meronda pulau tu sebab malas nak mengangkut beg berat. Patut boleh tinggal beg tapi terlupa, boleh?
.
.
.

~donut ala2 big apple yu.. 20B/RM2 seketul..
.
~tengok la betapa padat beg aku.. beratttt!
.
Kul 3.30pm feri bertolak dari Phi Phi ke Aonang. Masa balik ni duk bersidai kat luar. Best! Alhamdulillah  la aku ni bukan jenis mabuk laut ke apa.


.
Sampai Aonang diorang dah sediakan pengangkutan ke hotel. Hari ketiga ni memang takde aktiviti. Nampak cam buang masa je gi Phuket ni [sebab stay sehari je kan] tapi ok la nak duk lama-lama kat sana pun buat apa *ayat sedapkan hati*. Nak naik gajah mahal.. cam tak berbaloi, baik gi Kuala Gandah je. ;p
.
Lepas check-in dah mandi semua, keluar jalan-jalan cari makan. Kat sini banyak gerai muslim. Sangat senang cari makan. Harus la cuba makanan-wajib-cuba-kat-Krabi, pancake. Macam-macam ada. aku cuba choc pancake & choc banana pancake. Lupa diet terus kat sini. Hahahadeh!

~makan kat gerai tepi jalan je.. 
.
Lepas makan sambung jalan-jalan beli ole-ole..
.
~jalan-jalan terjumpa cikpontianakdan.. 
ada la beberapa orang tapi ni yg paling sopan dan 'cantik'..

Wednesday, 23 January 2013

KRABI-PHUKET PART 2

DAY 2
.
Awal pagi dah bangun dan bersiap untuk check-out. Nak pegi Phuket!
.

Dari hotel tu naik 'pikap' ke Krabi bus station. Plan asal nak naik bas, tapi rupanya naik van lagi murah dan cepat... makanya kita naik van je la. Cuma nak tunggu van tu yang lama. Perjalanan ke Phuket lebih kurang 2 jam setengah. Tapi tak terasa jauh sangat since sepanjang perjalanan tu duk berborak je.
.
 ~tapau bekal utk perjalanan..
.
Sampai kat stesen bas Phuket, naik 'teksi' plak ke hotel. Half-way tu orang teksi tu singgah kat satu tour agency ni. Tapi kitorang tak amik pakej kat situ pun sebab mahal. Teruskan perjalanan ke hotel. Kitorang book Hotel Arimana. Semalamnya kitorang dah book via booking.com penginapan untuk hari kedua ni. Macam leceh je kalau dah sampai sana baru nak cari hotel bagai. Plus mesti extra mahal kan kalau walk-in. Cuma ada satu masalah skit kat sini. Hotel dia memang max boleh masuk 2 orang je. Terpaksa la book bilik extra. Rugi duit kat sini la. Patut sorang RM50 je dah jadi double. Redha je la.
.
~ni la rupa teksinya.. makin lama makin comel pengangkutan yg kitorang naik.. ;p
..
Lepas letak barang terus keluar. Ke pantai kita. Fuh, dah macam Miami beach yuols. Penuh ngan mat/minah saleh bersidai je. Kat sini tak mandi pun, main-main celup air skit je. Jalan-jalan kat Bangla Road. Balik hotel berendam kat swimming pool je. Haha.

.
~peak season.. sepanjang pantai tu penuh..
.






~Bangla Road di siang hari..

.
Malam tu keluar cari makan. Seharian cuma makan sosej & ball2 cucuk-cucuk tu je. Punya la banyak gerai, cuma ada dua je gerai muslim yang kitorang jumpa. Bernasib baik jumpa kakak gerai yang pandai berbahasa melayu [dia kawin & duk malaysia.. baru balik sana semula lepas husband dia meninggal]. 
.
Dah kenyang, gi ronda Bangla Road lagi. Perghhhhhh, bapok menari tarian tiang merata-rata. Tak yah masuk jalan kat luar je dah nampak. Pestaim woih tengok live gitu. Terkesima jap. Tapi bapoknya ada yg masih nampak muka jantan. Tak tulen bang!
.
~Bangla Road di malam hari... giler happening!

Friday, 18 January 2013

KRABI-PHUKET PART 1

.
Plan asal nak ikut MsNinie gi Myanmar minggu depan. Tapi duk nak komfem2 terus tiket dah mahal. Pastu pegi la cari tiket murah lain, dapat return tix ke Krabi RM125. Terus proceed. Sepatutnya nak pegi 17hb Jan - 21hb Jan, tetiba dianjakkan awal seminggu jadi 10hb Jan - 15hb Jan. Dah la Jiah mula-mula bagitau sampai 14hb, aku dah apply cuti sampai 14hb je la.. so 15hb tu terpaksa la EL yuols.
.
Day 1
,

Flite pukul 7.30am. Sampai Airport Krabi 8.30am waktu tempatan. Krabi lewat sejam dari Malaysia. Dari airport naik shuttle bus ke Krabi Town. Mula-mula sampai sunyinya la town tu. Dah membayangkan betapa boringnya kat situ. Terus check-in hotel, seb baik boleh check-in awal. Lepak-lepak kejap, pastu baru keluar cari makan. Makan kat kedai muslim yang tuan kedainya gigih tengah baca kamus Thai-Melayu. ;p
.
Dah kenyang merayau-rayau kat situ. Pastu naik 'pikap' ke Aonang. Nak cari penginapan kat Aonang sebab nak stay kat sana hari ketiga & keempat. Gi kat tourist information kat depan pantai tu, terus book dari situ je. Dah la datang peak hours kan, tak booking awal-awal.. so dapat bilik RM100-RM120 semalam tu pun dah kira ok. Pastu siap-siap book untuk island hopping dari situ gak. Setel.
.
~Aonang beach..

~bus stop comel..
.
~ Jim.. staff kat tourist information..
.
Lepak-lepak tepi pantai tu kejap sebelum balik ke Krabi Town semula. Pusing-pusing bandar krabi.
..


.
Dah agak penat ukur jalan, kitorang gi lepak tepi sungai pulak. Tetiba ada orang sana approach tanya nak tak naik bot pusing-pusing sungai tu. Memandangkan takde aktiviti dan harga yang dia bagi pun murah, so kitorang pun on je..


.

.
Dia bawak ke Khao Khanabnam Eco-Tourism & Community Life.
.






.
Lepas tu dibawa pulak ke perkampungan nelayan muslim. Makan kat situ. Dah la suasana best, makan kat restoran terapung, makanan sedap... dan yang paling best harga murah. Berbaloi-baloi.
.
 .
 .
.


.
Masa nak balik tu siap dia bawak jalan lalu lorong kecik paya bakau.
.
,
.

.
Balik hotel rehat-rehat. Masing-masing sempat lena sebelum keluar balik. Tengah malam merayau kat situ pastu gi bergambar kat 'landmark' Krabi. End of day 1. Fuh!

Thursday, 17 January 2013

ENTRI PERTAMA 2013

Tujuh belas hari di tahun 2013, baru nak taip entri pertama. Sebenarnya berkira-kira samada nak teruskan menaip kat sini atau berhenti terus. Bila fikir-fkir balik, walau dah tak setegar dulu, sesekali rindu nak merapu. Tak kisah la kalau masih ada yang singgah baca atau tak.
.
Sejak dah abis belajar ni, asyik la nak berjalan je kejenya. Hujung tahun lepas gi jalan-jalan Melaka dengan family. Pastu gi Cameron Highlands plak ngan geng kedai mamak. 
.
Minggu lepas pulak bercuti-cuti ke negara jiran. Rezeki dapat tiket murah. Masa tu member yang bookingkan. Hampir tak jadi pegi sebab last minute dapat tarikh awal sehari dari besday emak. Sian pulak emak kena tinggal sorang masa besday kan. Tapi seb baik la Along stay lama skit, lega skit nak pegi sebab ada orang temankan emak.
.
Alhamdulillah sepanjang trip kali ni dipermudahkan. Trip kali ni bagi banyak pengalaman yang tak dapat dilupakan. Pestaim jadi betul-betul 'backpackers'. Nanti baru update pasal trip ni. Tak syok la update takde gambar kan. ;) 

Monday, 31 December 2012

END OF 2012.. START OF 2013!

..
Walau tak semua tercapai, walau masih banyak yang terbengkalai.
Tak salah untuk merangka apa yang nak digapai.
.
.
Yeap aku masih konsisten tulis apa yang nak dicapai setiap tahun walau kebanyakkannya carry forward dari senarai tahun sebelumnya. Banyak yang masih relevan. Harapnya apa yang masih tak tercapai 2012 dapat dicapai tahun 2013. Selamat tahun baru.

Tuesday, 18 December 2012

4 AGENDA

Hari Sabtu komain penuh agenda. Ai laike!

1. Big Bad Wolf Book Sale @ Mines

Hampir pukul 11am kot sampai sana. Aku dah senaraikan skit buku-buku yang nak dibeli. Ada yang jumpa ada yang tak. Takde la beli beria pun, tengah bulan bajet terhad. Haha. [oh pergi book sale ni tetiba teringat Tok Mudin.. beliau kan suka borong buku]


~ 9 buah buku (5 hard cover) RM76 je... 
patut boleh beli 3 buah buku lagi sbb still under budget..
.
2. Makan durian free @ Shaftsbury Square, Cyberjaya
.
Nak ikutkan aku ni bukan la jenis beria nak pegi event camni, makan free bagai ni. Malas sebab slalunya mesti ramai orang. Tapi disebabkan event ni anjuran opis aku, sebab tu la ajak member-member aku pegi. Janji tunjuk muka. Tak ramai pun datang sebab tak ramai tahu kot.
.
Sebenarnya ada acara lain tapi kitorang gi makan durian je. 

 ~geng kedai mamak makan durian di kedai mamak... 
bagus tokei tu, tak kisah pun kitorang makan kat situ padahal mula-mula order air je.. 
.
3. Sketsa Ramleefestasi @ Stor Teater, Dewan Bahasan & Pustaka
.
Lepas makan durian, cepat-cepat gerak ke DBP. Dah la patutnya start kul 3pm, kul 2.30pm baru nak gerak. Sekali member aku lead jalan gi bawak redah KL padahal boleh je lalu jalan lain. Jem giler. Stress giler. Sampai-sampai dah start separuh pun. Tapi best. Berbaloi redah jem.
.
Err sebenarnya sebelum tu aku macam blur je sketsa ni pasal apa. Sebab masa tgk poster tu nampak kecik. Yang pasti nak tengok Beto. Dah tengok baru tahu rupanya sketsa ni adaptasi cite-cite P.Ramlee yang diubahsuai skit. Cuma tak puas sebab tengok separuh kan. Ramleefestasi best! Kalau ada lagi harus pergi lagi.


 ~oh Beto!
.
~bila tengok muka diorang ni ada la dua tiga orang rasa cam familiar je tapi di mana yea penah kulihat...
.
 ~ mamat yg 'posing maut' tu suara sedap...

 ~ehem, sedondon lagi..
(ada tiga gambar, ni je yg aku tak 'tido')
.
.
4. Karaoke @ Scott Garden

Karaoke ni dah jadi acara-hampir-wajib kitorang je. Hehehe. Sementara single mingle ni. Kot dah berduet  nanti takde dah buat keje-keje lagha camni lagi kot. Last karok bulan lapan hari tu. Idak la selalu sangat pun.  
.
Hari yang best!
.
.
ps: lupa.. gambar2 kredit tu MsNinie.. thanks beb!