Tuesday, 3 June 2014

MELBOURNE ~ DAY 2 & 3

Day 2 ~ Great Ocean Road
.
Perjalanan lebih 4 jam dari Melbourne City nak sampai sini..
Tapi perjalanan jauh tak terasa sebab pemandangan cantek sepanjang perjalanan.. 
.
.

~ berenti tepi pantai amik gambar.. 
tapi tak tahu kenapa aku x berapa nak join amik gambar sangat..
pastu menyesal bila tengok gambar diorang sakan melompat bagai.. slalu camtu!
psst, aku dekat ofis pakai 'topeng' skema dan serius.. rasa segan nak giler bergambar depan opismet.
Boleh gitu? 
.

Singgah makan kat Apollo Bay..
Kebetulan masa tu ada marathon.. mampu marathon pukul 2pm. 
Cuaca sejuk boleh la. Cuba kat sini, rentung!
.
.
Lepas makan, sambung perjalanan.
.







.
.
Loch Ard Gorge








.
Sepatutnya singgah London Bridge. Tapi tak sempat sebab dah gelap. Rugi!
---
.
.Day 4 ~ Queen Victoria Market, Warrook Farm, Factory Outlet
.

Tempat shopping souvenirs yang best.. macam2 ada. Harga boleh la, walaupun currency 3x duit kita, bila convert ok la range harga dia. Macam biasa, ada je benda yang menyesal tak beli dan ada yang menyesal beli. Isk!


.
Masa yang diperuntukkan untuk shopping tak cukup. Gara-gara ada dua orang 'terlajak tido'. Bila bas nak gerak baru perasan diorang takde. Jenuh tunggu. Terpaksa shopping laju2.
.
Sambung perjalanan ke Warrook Farm.

~lunch dulu.. sedap tapi agak kembang tekak sebab gravy dia tak pedas..
.
 ~ komain kan posing..
.





 ~sopan diorang ni.. lepas makan, toleh muka.. malu orang tengok dia mengunyah.. ;p
.
.
.
~tak jumpa koala hidup, yang dah diawet pun jadi la..
.
Pastu balik semula ke Melbourne City. Shopping kat Factory Outlet. Err tapi aku tak beli apa pun kat sini. Bila pegi kampeni trip ni, fikir nak beli souvenirs je. Takde nak beli branded item ke apa.
.
Lepas dinner, balik hotel. Seperti biasa aktiviti free n easy. Tapi tak best sebab banyak kedai dah tutup. So jalan-jalan sekitar kawasan hotel je. Atau duk kat lobi sebab kat lobi je free wifi.
.
.
.
Ps: semua gambar direct dari kamera & hp.. x edit langsung.
Some vibrant colours pictures were captured using super vivid colour mode. 

Sunday, 1 June 2014

MELBOURNE ~ DAY 1

Day1 ~ Fitzroy Garden, Federation Square & Art Cente, Shrine of Remembrance..
drive pass St. Patrick Cathedral, Royal Exhibition Building, Town Hall & Parliament House..










Tuesday, 13 May 2014

MIMPI JADI REALITI

Adakalanya mimpi bukan sekadar mimpi, mimpi boleh menjadi realiti.
Alhamdulillah, salah satu mimpi menjadi realiti.
.
.
Alkisahnya tahun lepas rezeki adik aku kampeni trip dia pegi Sydney & Gold Coast. 
Aku pun upload gambar ole-ole yang dia beli dekat instagram.
.
.
Sekali hujung tahun lepas dapat berita yang company trip tahun ni pegi Melbourne.
Walaupun bukan Sydney atau Gold Coast, janji Australia. Hehe.
Alhamdulillah syukur sangat doa dimakbulkan.

.
.
.
Day 1 ~ Fitzroy Garden, Melbourne..
.
.
.
Setelah beberapa mimpi telah menjadi realiti, membuatkan aku semakin berani untuk bermimpi. Semakin panjang la senarai 'wishlist' aku pasni. Insya-Allah, dalam banyak-banyak yang disenaraikan tu mesti ada yang akan tercapai/dimakbulkan. :)

Tuesday, 29 April 2014

KEMBALI MERAPU

Assalammualaikum.

Kembali bersiaran setelah beberapa purnama tutup rapat blog ni, memang tak bagi sape pun 'masuk'. 

Tetiba je datang mood nak merapu panjang. Nak merapu panjang-panjang kat fb cam tak best pulak. Maklum la kat fb tu ada kawan-kawan dari banyak kelompok.. ada dari zaman sekolah rendah, zaman sekolah menengah/asrama, zaman dip, zaman space, opismet, ahli keluarga, beberapa kerat blogger & 'stranger'. Rasa terhad sikit apa yang boleh ditulis tu. Sudahnya taip taip padam je la kejenya.
.
Dekat blog ni pun takde la semua benda pun nak ditulis ye dak. Ada setengah benda lebih baik simpan sendiri. Lagi pun dah 3 series ni, tidak la setegar dulu semua agenda pun nak cite kan. Haha. Kadang-kadang bila datang mud baca blog AHDB, lawak je. Baca komen-komen pun nak tergelak. Those days!
.
Masa tutup blog tu kunun la kan kalau nak tulis blog semula, nak buat blog baru dan nak jadi anon. Tapi setelah berkira-kira, malas aku nak buat blog baru, dah banyak pun koleksi blog. Bila bukak dashboard ada 5 blog. Melampau banyak!

1) Blog 'Aku Hidup Dalam Blues' yang dah di'sealed' rapi. 
2) Blog ni, 'Still Got the Blues'
3) Blog Resepi pa'chik. Jadi contributor je, tu pun dah berzaman tak contribute resepi.
4) Blog 'Permulaan Sebuah Akhiran'
5) Blog 'Chocolate & Cheese'. 
.
Makanya kita sambung je la merapu kat sini.
..
Err untuk permulaan ni cukup la sekadar ni. Mukadimah bermulanya semula aku menulis di sini. :)

Friday, 20 September 2013

CUTI2 SABAH PART 1

Mari updet pasal cuti-cuti Sabah nan silam..

Hari pertama

Amik flight awal pagi ke Tawau. Pagi-pagi lagi dah drama. Member aku terprint 2 kali boarding pass untuk H dan terlupa print untuk sorang lagi. Berlari-lari la diorang ke kaunter nak print. Memang ngam2 je. Dah boleh boarding pun. Tapi xde la feeling 'explore race' sangat.

Hampir 3 jam gak flight. Sampai airport tawau, Ibrahim driver yang nak bawak kitorang ke pekan Semporna dah tunggu. Naik ala2 Hilux, berhimpit skit la kat belakang 4 orang. Sejam gak perjalanan. Sampai sana terus check-in. Seb baik satu bilik dah ready, so boleh check-in awal. Lepas solat, bersiap nak pi island hopping. Sebelum tu gi singgah beli roti, kelaparan.
.
Ada satu group bertiga [kawan aku kenal dari page backpackers] akan join kitorang. Jumpa kat jeti. Destinasi pertama, Bohey Dulang. Sebelum pi dah gugel la pasal Bohey Dulang ni, ikut pembacaan kena panjat bukit. Bayangkan bukit rendah je, sekaliiiii.. 600m yuols! Untuk orang yang dah lama x panjat memanjat ni, perghhh pancit weh. Setiap 100m untuk 400m pertama tu aku asyik la berdrama.. nak patah balik. Dah la pakai seluar jeans, kasut plak x berapa nak sesuai, jinjit plastik roti & air pun rasa berat.. Seb baik la member aku Jiah bagi semangat.. akhirnya sampai gak ke puncak. Yeay!! View yang sangat la cantek.. worth every sweat! Seb baik tak jadi patah balik, kalau tak mesti menyesal. Sila rujuk gambar entri lepas. Hehe.
.
Pastu singgah Pulau Maiga & Pulau Sibuan.. sebenarnya malas nak turun. Just snap-snap gambar dari atas bot je, tapi kat Pulau Sibuan tu Pak Abdulan tu beria suh kitorang turun, ok la turun. Dah turun memang bergambar sakan la. Sementara diorang yang lain amik gambar, aku, jiah & anis pi tunggu kat bot. Sekali ada satu bot penuh lelaki tough & kacak pegang senapang bagai datang dekat kitorang. Rupanya askar meronda. Mula-mula dia tak berenti, pastu dia patah balik dan tanya kitorang dari mana & kenapa tak balik lagi. Sebab masa tu dah nak pukul 6pm, dah nak gelap. Menunggu yang lain x abis bergambar lagi. Merasa la balik gelap-gelap. Rasa cam 'pendatang haram' plak. Hahaha. Dah la melambung2, seriau la jugak.. aku ni dah la tak reti berenang!


~dah golap gulita baru sampai..
.
Balik tu agak flat sebab panjat bukit pastu dah la makan roti je. Mula tu punya la penat sampai malas nak singgah makan. Ingat nak balik mandi dan tidur je. Tapi sudahnya singgah gak makan nasi. Lapar nasikkk! Boleh plak tengah tunggu makanan sampai tetiba satu town bergelap. Baru orang kedai tu nak pasang lilin, letrik ada semula. Baru nak feling candle light dinner. La sangat! Haha.
.
Balik bilik, mandi2 solat semua, duk layan tengok tv tak sedar dah tertido.
.
Hari kedua

Sebelum gi jeti singgah beli roti lagi, malas nak breakfast heavy sbb nak naik bot lagi kan. Kang ada yang terbelahak plak. Bergerak ke Pulau Mabul. Fuh, hari ni punya melambung lagi dasat. Rasa cam jauh giler je tak sampai-sampai. Duk kat Jeff Sipadan yang agak glemer padahal biasa je. Macam duk dorm, katil double decker. Toilet kat luar, seb baik bersih.

~port bersidai..
~pemandangan dari bilik..
.


~chalet sebelah.. masa ni air surut..
.

Lepas dah setel pasal bilik semua, kitorang gi snorkeling. Aku masih penakut. Member aku nak tarik pun aku seriau. Sudahnya bergayut kat tepi jeti je. Haha sadis! Pastu balik semula ke chalet, lunch break. Punya la lama lunch break, seb baik masa tu air surut. So kitorang turun main air sambil duk cari tapak sulaiman. 

~posing bersama sedara mara patrick the tapak sulaiman aklakhan..

Pastu sambung snorkeling kat satu lagi tempat. Ada ke patut dia nak turunkan kat satu tempat ni, padahal ombak komain kuat. Tukar tempat atas skit dari tempat 1st tadi. Kali ni aku tak turun pun. Walaupun hati menggelodak je tapi takut lebih menguasai. Nanti2 la bagi aku berani skit. So jadi tukang snap gambar je la. 
.
Balik dari snorkeling, mandi semua pastu gi melawat perkampungan kat situ.






~rumah bot.. masa aku nak snap gambar ni nampak sesuatu yg tak berapa patut.. ;p

Malam takde aktiviti. Dah la takde tv. Sangap!

.


Lepas makan, layan borak je. Pastu tido. 
.
Hari ketiga
Awal pagi lagi dah bangun. Lepak kat depan duk tunggu penyu. Air tak dalam sangat dan tak la surut sangat. Duk berkira-kira nak mandi ke tak. Sekali si Jiah yang bangun paling lambat terus je "eh boleh tak aku nak turun mandi". Kitorang yang dah lepak awal tu menahan je tak nak mandi sebab memikirkan malas nak angkut baju basah. Sudahnya semua semua turun mandi. Siap diorang main terjun tiruk. Best je! Padahal masa tu baru pukul 6.30am. Kalau kat rumah baru nak bangun subuh kot. Ni dah siap mandi laut. Sana kan cepat je dah terang benderang.

.
Pastu ada la orang bajau laut ni datang jual tangkapan. Pergh diorang jual lobster tu sampai seratus sekor. Bapak mahal. Kitorang beli sepupu lobster tu, slipper lobster. Sekor rm10 kot, beli 8 ekor [sorang sekor]. Pastu upah masak 40 hengget kalau x silap. Upah masak yang mahal, padahal masak simple je.
.
Lepas makan, gerak ke Semporna town semula. Masa ni bikin panas. Bot kitorang enjin dia satu je hidup. So gerak cam tak gerak. Lagi rasa 'mabuk'. Dengan bau minyak, dengan panasnya. Dah la balik tu naik bot yang takde bumbung. Masa merentungkan diri. Hampir setengah jam kena bakar baru la bot ok. Sebab tu la sampai skang muka aku masih burn. Isk!


~langit mendung walaupun panas terik! elok je sampai jeti baru hujan.. Alhamdulillah!
.~

Sampai jeti, cari2 beg aku takde rupanya ada orang dah angkatkan. Ingatkan memang saja 'tolong', rupanya mintak upah. Dah la mintak sampai rm10. Ko angkat sekangkang kera je. Dah la orang tak suruh pun. Sudahnya bagi je rm5. Yela memang kesian tapi pada masa yang sama geram gak dengan cara tu. 

Pastu Ibrahim hantar kitorang ke airport. Semua pengsan dalam perjalanan. Jalan agak jem sebab hari Isnin kan. Sampai aiport, makan dulu sebelum ke KK. 

Bersambung ke episod seterusnya. 

---------
.
Sebelum tu nak update bajet untuk bahagian satu ni. Khas buat kak masy.
.
Return airport transfer - RM50/pax
Sipadan Inn - RM50/pax
Jeff Sipadan 2d1n - RM250/pax [kalau book utk 8/9 orang.. mula2 kitorg book utk 5 org RM350/pax.. beza seratus tu]
Bohey Dulang & Maiga Island - RM60/pax [amik asing dari pakej mabul island]
Jetty & Marine park fee - RM12/pax
Guide fee - RM10/pax
Total - RM436/pax (exclude return air tix)

Kalau amik 3d2n, exclude tido kat Sipadan Inn lebih kurang RM482 (exclude return air tix). Tapi harga ni kalau book utk 8 atau 9 orang yea. Kalau kurang, harga lagi mahal. 

Boleh check kat sini untuk rate lain duk kat Jeff Sipadan. Kalau 'chalet' lain xtau la rate dia bape & best ke tak. Chalet sebelah kitorang nampak cam lagi best, tapi biasa la the grass always look greener on the other side kan. :)