Wednesday, 7 January 2015

ALONG

Noor Hafizah Binti Mustafa.
30 April 1973 ~ 30 Disember 2014.
.
Semuanya berlaku terlalu cepat untuk dihadam dengan sempurna. Walaupun redha dengan pemergian Along, namun adakalanya aku rasa aku masih dalam 'denial mode'.

Aku ingatkan Disember 2014 adalah bulan yang paling bermakna dalam hidup aku. Hampir je nak buat entri penutup 2014 yang kononnya 2014 such a great year for me. Semuanya berubah sekelip mata. Suddenly December 2014 became such a bitter sweet month for me. Terima ucapan tahniah di awal bulan dan ucapan takziah di akhir bulan. Huhu.
.
-----
29 Disember 2014
.
Dalam pukul 8 lebih duk tengok tv dengan emak, aku tanya "hari ni Along ada tepon?". Mak, "ada pagi tadi lepas emak balik dari klinik". Ooo ok. Sebab semalamnya aku dah call dan borak panjang dengan Along, so takde la nak call lagi. Dalam pukul 10 lebih, Along call hp emak, aku jawab. Tapi dengar suara lelaki, ingatkan Abg Sham. Sekali along anak buah Abg Sham bagitau yang Along pengsan tak sedarkan diri dan diorang tengah tunggu ambulans untuk bawak Along ke hospital. Terkejut. Tapi hati tak nak fikir yang bukan-bukan. Aku pun bagitau emak. Pastu mula call adik beradik lain bagitau berita mengejut tu. Abang Sham call emak masa dalam ambulans tanya samada bertolak malam tu jugak atau esok pagi. Memang ikutkan nak bertolak malam tu jugak tapi sebab dah lewat malam, masing-masing masih letih baru balik keje. Lagi pun nak drive dalam keadaan risau macam tu, kalau dekat takpe lagi, ni nak ke Kedah. So kitorang tunggu Abang Sham update apa kata doktor tentang keadaan Along.
..
Bangun pagi tu terus tanya emak Abang Sham ada call bagitau pasal Along tak. Malam tu dia takde call lagi. Pukul 5am baru emak yang call tanya Abang Sham. Doktor kata ada pendarahan kat kepala, mungkin kena buat operation. Terkedu. Betul ke ni? Along nak kena operate? Macam mana boleh jadi macam tu? Macam-macam bermain di fikiran.
.
Terus kemas baju. Sementara tunggu Iwan datang, Abg Sham call bagitau doktor kata kalaupun buat operation, keadaan Along 50-50. Tak lama lepas tu, Abg Sham call lagi kata nadi Along dah lemah [berhenti] dan doktor bagi dalam setengah jam. Aduhai, hanya Allah yang tahu perasaan masa tu. Aku turun amik kereta. Naik je, tengok mata emak dah merah dan emak bagitau yang Along dah takde. *banjir*. Baru je nak hadam berita Along mungkin kena operate. Tiba-tiba kena telan berita yang Along dah takde. Isk!
.
Dalam hati marah kat diri sendiri, rasa menyesal sangat.. kenapa la tak bertolak malam tadi. Kalau tak, mungkin boleh berada di sisi Along di saat akhir. Memang rasa ralat sangat. Tapi dah tertulis itu ketentuan-Nya. Mungkin itu yang terbaik untuk semua. Mungkin kitorang akan jadi lebih sedih dan tak mampu nak tengok Along dalam keadaan macam tu kat hospital. Cuba pujuk hati, semua yang berlaku tentu ada hikmahnya.
.
Terus bertolak ke Kedah. Perjalanan yang dah sememangnya jauh makin terasa jauh. Alhamdulillah la perjalanan berjalan lancar, jalan jem ke eksiden ke semuanya pada arah yang bertentangan. Sampai kat sana dalam hampir pukul 3pm. Jenazah Along dah siap sempurna hanya menunggu untuk disemadikan. Hampir pukul 4pm, Uda sekeluarga dari Melaka pulak sampai. Lepas Asar barulah jenazah Along dikebumikan. Angah pun sempat 'jumpa' Along buat kali terakhir. Sampai sejurus sebelum Along diturunkan ke liang lahad. Alhamdulillah, semua adik beradik dapat tatap & cium Along buat kali terakhir. Alhamdulillah jugak semua urusan Along dipermudahkan.
.
------
.
Along, kakak yang paling aku rapat, tempat mengadu cite suka duka. Dengan Along, aku selesa bercerita apa je. Masa kecik emak cakap Along yang jaga aku. Masa sekolah rendah dalam darjah 1 sampai 3 aku sentiasa mengekor Along lepas balik sekolah, ikut Along pegi lepak kat library kat pekan Rawang, sementara Along ada study group, aku duk membaca buku cite. Kadang-kadang terpaksa ikut bila Along ada aktiviti persatuan, masa tu punya la banyak persatuan yang Along jadi presiden persatuan. Masa tu pergi balik sekolah naik bas biasa, sebab tu nak tak nak kena la mengekor Along. Jalan kaki dari sekolah ke pekan Rawang, melintas rel keretapi. Banyak sangat memori dengan Along. I'm glad and thankful that I had lots of memories with her. Dan aku bersyukur sangat di penghujung hayat Along, memori antara Along dan aku hanyalah memori yang manis-manis je.
. 
Along balik lebih kurang tiga minggu sebelum majlis aku. Aku pun tak pasti samada aku sempat berterima kasih dekat Along yang jadi main support system masa majlis aku selepas Emak. Along more to my mental support system, bukan hanya menjelang majlis tapi sejak dulu. Tukang bagi pendapat bila aku rambang mata walaupun at the end aku tetap nak ikut pendapat sendiri, sabar je Along layan songeh aku. Tukang pujuk bila aku 'banjir' sebab benda-benda sengal yang berlaku, bagi semangat bila rasa down, positifkan aku bila aku mula rasa negatif. Tukang  pujuk bila aku nangis pukul 2 pagi hari nikah sebab inai aku pakai jadi horror giler. Memang Along layan aku baik giler. Tu yang bila peluk Along lepas setel akad nikah, dua-dua pun sebak. Along memang dah nangis sepanjang majlis, aku takat bergenang je la. Padahal sebelum tu tak sempat pun nak rasa sebak.
.
Pastu sambung pulak majlis belah lelaki. Jodoh aku pun orang Kedah jugak, jarak rumah Along dengan rumah mertua aku tak sampai setengah jam perjalanan. So kitorang berkampung dekat rumah Along. Siap plan pasni kalau aku balik rumah mertua, bolehlah emak ikut sekali duk rumah Along. Siap plan nak raya sana tapi itu la, tak kesampaian.
.
Ada hikmahnya aku bertemu jodoh dengan En. Suami. Belum sebulan pun jadi keluarga, keluarga mertua dah berjasa dengan kitorang sekeluarga. Diorang yang tolong apa yang patut sementara tunggu kitorang sampai, mak mertua aku antara yang tolong mandikan jenazah Along. Hikmah yang lebih besar, at least bila aku balik rumah mertua boleh la singgah melawat kubur Along. Yela kemungkinan kalau semata-mata nak pergi Kedah sebab nak melawat kubur tu macam agak tipis kan. Alhamdulillah aku dapat 'peluang' untuk melawat kubur Along. Dan mungkin hikmah untuk tak putuskan hubungan dengan Abang Sham walaupun Along dah takde.
.
-----
.
Orang tanya, ada tak nampak apa-apa kelainan pada Along. Yela orang kata selalunya orang nak meninggal mesti ada kelainan cuma mungkin masa tu kita tak perasaan. Tapi entah la, aku takde rasa apa yang lain pada Along. Mungkin jugak masa tu sibuk dengan persiapan majlis aku sampai tak terperasan, my bad!
.
Alhamdulillah seb baik aku sempat berborak panjang dengan Along sehari sebelum kejadian. So takde la ralat sangat. Huhu.
.
------
.
Sekejap je dah 9 hari Along kembali kepada-Nya.

Ya Allah, ampunilah dosa Noor Hafizah Binti Mustafa, kasihani dan sejahterakanlah dia, Ampunilah segala kesalahannya, muliakanlah kedatangannya dan lapangkanlah kuburnya. Terimalah kebaikkan dan hapuskanlah kesalahannya dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aminn Ya Rabbal Alamin.
.
Al-fatihah.

Monday, 22 December 2014

PERMULAAN SEBUAH AKHIRAN..

5 Januari 2014 ~ 1st date
5 Disember 2014 ~ the day we become husband & wife..
.
.
Alhamdulillah dah dua minggu lebih menjadi isteri orang. 
.
Err aku memang berahsia pasal ni sebab yela dah banyak tengok kes putus tunang, risau la jugak kan. Masa bertunang pun cuma dihadiri ahli keluarga je, geng mamak pun cuma tahu lepas dah selesai majlis. Satunya tak bagitau diorang awal-awal sebabnya majlis ni memang last minute, kejap jadi kejap tak jadi. Punya la last minute sampai dia pun tak dapat datang majlis sebab kena keje. Plan asal cuma merisik je tapi sebabnya diorang jauh nun di utara, kita proceed je la terus risik & tunang. 
.
Aku cuma share gambar majlis bertunang & start invite dua minggu sebelum majlis. Distribute kad jemputan kat ofis hari terakhir keje sebelum cuti panjang. Hantar email bagitau pun dah nak pukul 6.30ptg time ramai dah balik. Bukan jemput tak ikhlas, segan. Yela ai kan kawen lambat. Huhu.
.
Sangat la lega majlis dua-dua belah pihak berjalan dengan lancar. Walaupun hujung-hujung tu macam-macam hal gak jadi, masalah family. Memang menguji ketahanan emosi. Benda kecik pun boleh banjir, err ai kan cengeng. Bila ingat-ingat, kelakar gak. Bak kata Along aku "selalunya orang pakai inai punya la gembira, 1st time Along tengok orang pakai inai nangis-nangis". Mana tak nangis, dah la pakai inai instant tu dah nak pukul 2 pagi, pastu sebelah warna lain sebelah lagi warna lain dah kehitaman. Esoknya lepas dah setel akad nikah, member aku bawak gi pakai inai lukis.
.
 ~ with Jiah, my bestest BFF.. majlis kitorang selang 2 minggu je.. 
.
~malam berinai.. 
buat semata-mata nak pakai songket since baju sanding dua-dua belah pihak pakai dress..
.
 
.
 .
.
 
.
 ~ terharu sangat kak Luna sanggup datang dan tak sangka akhirnya bertemu jugak dengan kak Yan setelah 8 tahun kenal dari blog ni.. padahal duduk dekat je.. touching!
antara blogger awal yang aku kenal.. sayang ketat-ketat..
.
~bersama geng mamak, Haizah & Kichi..
sayang korang ketat-ketat jugak.. 
.
Doakan kitorang eh..
Mudah-mudahan bahagia hingga ke syurga.. insya-Allah.. :).
.

Thursday, 6 November 2014

EN MUD DATANG

2014 cuma tinggal kurang 2 bulan. Ini baru entri kelima untuk tahun ni. Hari tu konon datang semangat nak merapu panjang. Tapi biasa la hot-hot chicken shit je. Haha!
.
Ada banyak moment manis yang berlaku sepanjang sepuluh bulan ni. Antaranya dapat rezeki join kampeni trip pi Melbourne. Tu je yang sempat [baca: rajin] nak share. Tu pun tak habis pun share, ada satu terperuk dalam draft. Antara moment manis lain, pegi cuti-cuti Medan dengan bff sebelum kampeni trip. Balik kampeni trip pulak ada moment yang 'lebih manis' berlaku. 
. 
Cakap pasal cuti-cuti ni, dah lamanya tak bercuti-cuti dengan geng mamak. Semenjak Nick & Kecek kawen dan ada geng mamak junior. Kena faham jugak la masing-masing dah ada komitmen kan. Tapi Alhamdulillah la sesekali masih dapat luangkan masa lepak, masih dapat arrange berbuka puasa sama-sama, dapat beraya sama walaupun tak semua. Nak dapat kumpul cukup korum tu memang payah. Mesti ada je yang terkurang. Tahun ni ralat tak dapat nak jumpa Dila yang balik Malaysia setahun sekali. Takde rezeki tahun ni, insya-Allah ada rezeki tahun depan. Dan baru2 ni ada benda yang lebih ralat berlaku. Hopefully it just a temporary phase. Huhu.
.
Pasal keje, masih setia bekeje kat sini walaupun kadang asyik baca mantera nak "cari keje lain, nak cari keje lain". Baca mantera je la tak cari-cari pun. Ada gak recruitment kampeni tanya berminat tak nak pegi interview tapi buat masa ni aku kena hold dulu bab tukar-tukar keje ni. Ada jugak sekali aku rasa stress sampai aku rasa nak je berenti sebab aku rasa tak boleh nak bekeje dengan dia. Cuma bila fikir buat apa kita nak berenti hanya sebab orang kan.. tak berbaloi, so bertahan lagi!
.
Mungkin sebab dah berada dalam 'zon selesa'.. gaji ok, benefit best, rutin keje pun dah masak sangat, environment pun sangat bahagia lepas pindah tempat dari level 3. Tapi tu la, macam tak nampak boleh 'ke mana-mana' kalau stay kat sini. Kena jugak keluar dari zon selesa ni. Oh satu lagi sebab aku tak setelkan lagi register dengan BEM, dah setahun lebih tu tangguh. Isk!  
.
Makanya bab hijrah tempat keje ni kita hold till next year. Setelkan satu bab dulu.
.
Eh, aku ni macam recap moment 2014 je. Padahal ada 2 bulan lagi woi!
.
Sehingga en mud merapu datang lagi. Daaa!

Tuesday, 3 June 2014

MELBOURNE ~ DAY 2 & 3

Day 2 ~ Great Ocean Road
.
Perjalanan lebih 4 jam dari Melbourne City nak sampai sini..
Tapi perjalanan jauh tak terasa sebab pemandangan cantek sepanjang perjalanan.. 
.
.

~ berenti tepi pantai amik gambar.. 
tapi tak tahu kenapa aku x berapa nak join amik gambar sangat..
pastu menyesal bila tengok gambar diorang sakan melompat bagai.. slalu camtu!
psst, aku dekat ofis pakai 'topeng' skema dan serius.. rasa segan nak giler bergambar depan opismet.
Boleh gitu? 
.

Singgah makan kat Apollo Bay..
Kebetulan masa tu ada marathon.. mampu marathon pukul 2pm. 
Cuaca sejuk boleh la. Cuba kat sini, rentung!
.
.
Lepas makan, sambung perjalanan.
.







.
.
Loch Ard Gorge








.
Sepatutnya singgah London Bridge. Tapi tak sempat sebab dah gelap. Rugi!
---
.
.Day 4 ~ Queen Victoria Market, Warrook Farm, Factory Outlet
.

Tempat shopping souvenirs yang best.. macam2 ada. Harga boleh la, walaupun currency 3x duit kita, bila convert ok la range harga dia. Macam biasa, ada je benda yang menyesal tak beli dan ada yang menyesal beli. Isk!


.
Masa yang diperuntukkan untuk shopping tak cukup. Gara-gara ada dua orang 'terlajak tido'. Bila bas nak gerak baru perasan diorang takde. Jenuh tunggu. Terpaksa shopping laju2.
.
Sambung perjalanan ke Warrook Farm.

~lunch dulu.. sedap tapi agak kembang tekak sebab gravy dia tak pedas..
.
 ~ komain kan posing..
.





 ~sopan diorang ni.. lepas makan, toleh muka.. malu orang tengok dia mengunyah.. ;p
.
.
.
~tak jumpa koala hidup, yang dah diawet pun jadi la..
.
Pastu balik semula ke Melbourne City. Shopping kat Factory Outlet. Err tapi aku tak beli apa pun kat sini. Bila pegi kampeni trip ni, fikir nak beli souvenirs je. Takde nak beli branded item ke apa.
.
Lepas dinner, balik hotel. Seperti biasa aktiviti free n easy. Tapi tak best sebab banyak kedai dah tutup. So jalan-jalan sekitar kawasan hotel je. Atau duk kat lobi sebab kat lobi je free wifi.
.
.
.
Ps: semua gambar direct dari kamera & hp.. x edit langsung.
Some vibrant colours pictures were captured using super vivid colour mode. 

Sunday, 1 June 2014

MELBOURNE ~ DAY 1

Day1 ~ Fitzroy Garden, Federation Square & Art Cente, Shrine of Remembrance..
drive pass St. Patrick Cathedral, Royal Exhibition Building, Town Hall & Parliament House..