Thursday, 25 February 2010

MAKCIK KAYOOOOO!

Ni la aktiviti yang menyeronokkan setiap tahun seminggu lepas CNY... kira koleksi angpow yang berjaya di'pow'... kaching!


~ni baru sebahagian je... \($_$)/
.

Errr ni bukan aku punya tapi emak. Tahun ni aku dapat 3 je angpow. Tu pun satu, kawan sekeje emak yang bagi. Jadi bila emak keluarkan semua angpow yang dia dapat, aku tolong menyibuk kirakan je la. Hehehe. Errr emak aku keje kat sekolah cina. Tu yang dapat banyak angpow.

.

ps: nak 'pow' emak la camni... ;p

Wednesday, 24 February 2010

EL PADAHAL TAKDE LA EMERGENCY SANGAT PUN

Semalam aku EL. Ni la bahana suka menangguh keje. Slalunya aku bayar yuran belajar [err bukan yuran je, semua loan pun] secara online. Dulu kat opis lama, bank sebelah opis je. Senang la skit. Masa lunch sempat gi setelkan urusan. Skang ni tak sempat, takkan la nak amik cuti semata-mata nak gi bank.
.
Sejak beberapa minggu lepas, aku cuba bayar yuran secara online tapi tak berjaya. Sudahnya hari Isnin [kelmarin] dah tamat tempoh pembayaran. Kalau lambat bayar, berdenda la. Itu takpe lagi, masalahnya nanti tak boleh nak daftar subjek untuk sem depan. Tu yang sudahnya terpaksa gak amik EL untuk selesaikan. Nak ikutkan boleh je amik cuti hari khamis, dah alang-alang lambat, biar lambat terus tapi hati tak tenang plak nak tangguhkan lagi. Dah la terlupa amik slip pembayaran kat SPACE, terpaksa la pegi Jalan Semarak. Malangnya hari tu ada pelancaran apa benda ntah, parking lot kena block... aku disuruh parking kat luar. Takde maknanya aku nak keluar dan menapak jauh-jauh, nak singgah kejap je bukan nak bertapa lama kat situ. Sakit hati je bila terdengar pakcik guard tu cakap "HALAU pelajar space keluar". Apakah???! Paling sakit hati bila ada orang sewa dewan untuk majlis kawen, diorang akan tutup kawasan parking untuk student dan utamakan orang luar. Memang la diorang sewa, tapi kitorang pun bayar yuran gak. At least, cakap la baik-baik skit. Heh!
.
Lepas dah setel urusan utama, masa banyak lagi. Ingatkan nak masuk opis half-day, tapi malas plak. Takpe la, this year baru sehari cuti. Sempat la gi klinik untuk follow up BP. Dah kembali ke paras 'borderline'. Mak bising sebab dia kata dia kena BP masa umur dah bape, aku MUDA lagi dah kena. Terpaksa la minum teh misai kucing pasni. Pastu gi klinik gigi plak tapi doktor plak tengah break. Malas nak tunggu. Nak singgah betulkan air-cond kete yang dah beberapa minggu rosak pun dah tak larat sebab cuaca panas sungguh.
.
Cuti tak berapa dimanfaatkan sepenuhnya. Masih ada urusan sampingan tertunggak. Errr yang penting urusan utama tu dah selesai.
.
.
ps: yang tak bestnya EL, kena tolak gaji... isk!

Monday, 22 February 2010

MAJLIS KAWEN

Sabtu lepas telah menyempatkan diri ke majlis kawen member seasrama, Neni... majlis resepsi dibuat sebelah malam kat Putrajaya... terpaksa ponteng kelas malam... err terpaksa la sangat kan... takpe-takpe 2 jam je ponteng... idak la rugi sangat... ye la tu!


.

~Selamat pengantin baru Neni... cantek!

.


~rasa cam gi majlis artis gitu...
.



~antara ex-atpn yang hadir... mini gathering...

..

~suka gambar ni... ceria!

.

~over landing nampak...ye la aku tau bahu tu empuk... ekeke...

.

.
~setiap kali mesti ada je gambar 'senget' camni... mengapakah? ;p.

.

.

Tak sempat pun nak bergambar dengan pengantin sebab masa tu dah kul 11pm... esoknya dah la ada test... macam dah abis study je boleh relaks pegi... seb baik tak hantar kertas jawapan kosong... haih!

.

.

.

ps: gambar dicilok dari FB... kredit untuk Nick... ^_^

Saturday, 20 February 2010

KEJE SEPARUH HARI DI HARI SABTU ADALAH TIDAK RELEVAN

Ada banyak hujah yang boleh aku kemukakan untuk menyokong tajuk di atas.
Antaranya adalah...

.
.
.
Isk, dah kul 1 rupanya... aku sambung nanti je la... errr 2 minggu lagi la nampaknya. Bila aku kena keje hari sabtu lagi. Heh!

Friday, 19 February 2010

KIRI KE KANAN?

Hari tu terbaca entri ni. Sebelum ni aku ingatkan kalau kidal, right-brain dominant... vice versa. Rupanya ada gak yang bukan kidal tapi still right-brain dominant. Err aku bukan kidal. Tapi bila baca ciri-ciri, rasa cam right-brain dominant... but at the same time, rasa cam kiri je...
.
Dua tiga hari lepas baca entri tu, duk fikir nak buat kuiz untuk tahu otak aku dominant belah mana. Kebetulan hari ni baca blog Leeds, kat entri ni dia letak link ni. Terus buat kuiz tu.
.
Keputusannya...
.
Keputusan tu semestinya tak tepat 100% tapi mostly betul la aku rasa. Bukan apa, saja je buat test ni sebab nak tau aku dominant belah mana supaya aku dapat tahu mana kelebihan dan kekurangan aku. Boleh la perbaiki diri dengan mengoptimakan penggunaan otak. Slalukan malas nak fikir je kan. Heh!
.
Lagi pun aku mempunyai latar belakang keluarga [arwah tok wan, ayah kepada bapak aku] yang mengidap penyakit nyanyuk. Memang la penyakit ni tak boleh berjangkit atau diturunkan. Tapi bila dah ada yang penah mengidap, kena la jugak berhati-hati kan. Dah la aku ni masa kecik-kecik dulu slalu digelar 'mak nenek' dalam family. Sebab pelupa tahap kronik. Kalau simpan atau nyorokkan barang, mesti menggagau bila nak cari lepas tu. Seb baik la bila dah semakin dewasa [uhuk uhuk], penyakit pelupa tu dah berkurangan. Slalunya bila lupa, aku kena buat-buat tak tahu je benda tu, bagi tempoh bertenang, pastu baru boleh ingat balik...
.
Orang slalu fikir tua dan nyanyuk tu sinonim, normal la kalau dah tua jadi nyanyuk... tapi sebenarnya tak. [Baca artikel NI dan NI]. Sebab tu kena anggap nyanyuk ni penyakit. Bila anggap benda tu penyakit, maknanya benda tu boleh dicegah dari awal yang kalau dah kena tak semestinya boleh diubati sepenuhnya. Banyak benda boleh buat untuk cegah kan. Macam jaga pemakanan. Buat aktiviti yang memerlukan daya fikir cam main teka silang kata, sudoku, farmville, brain game... Slalunya kalau benda, makin kita gunakan makin cepat rosak kan. Tapi kalau otak, makin kita gunakan makin bagus. Kalau ditakdirkan jangka hayat kat muka bumi ni panjang, nak la jadi tua yang sihat dan tak nyanyuk kan. So achik, jangan malas nak berfikir lagi! ;p
.
Errr dah jadi cam artikel kesihatan yang membosankan la plak... ekeke...
.
Selamat berhujung minggu. Esok keje... sangap!
..

Thursday, 18 February 2010

TERPERANGKAP DALAM SITUASI JANGGAL

Aku pernah beberapa kali terperangkap dalam situasi di mana aku baik dengan seseorang namun takde terdetik langsung perasaan 'lain' selain dari sekadar kawan tapi bila orang lain bergurau kenenkan aku dengan dia, akhirnya membuatkan aku rasa tak selesa, rasa janggal untuk terus berkawan baik dengan dia lagi...
.
Benda ni berlaku seawal aku 7-8 tahun... uish, kecik-kecik lagi dah terjebak... apakah?
.
Masa darjah 1, aku baik dengan sorang budak lelaki ni, F. Baik yang sangat baik. Kira macam best friend la. Tapi kawan-kawan lain duk ejek kitorang. Terus lepas tu kitorang jadi cam tak boleh nak berkawan lagi. Masing-masing lepas tu jadi segan antara satu sama lain. Terus jadi janggal. Aku penah letak gambar kitorang kat sini. Kalau tengok gambar tu, aku 'muncung' sebab sebelum tu member aku 2 orang tu dah gelak-gelak & usik bila aku kena bergambar sebelah dia. Sengal!
.
Yang kedua masa praktikal. Masa tu ramai gak abang-abang engineer muda keje kat situ. Ehem! Ada sekali tu aku borak dengan ada sorang ni, S. Sebenarnya aku tengah 'berkawan' dengan kawan seuniversiti dengan S ni. Dia la duk tanya ada tak S tu keje situ. Pastu aku tanya la S tu dia belajar kat mana, kenal tak kawan aku tu. Tu yang permulaan sesi borak tu. Tapi entah camne, orang ingatkan lain, pastu duk kenenkan aku dia. Ala usik-usik kata dia kem salam etc. Masa tu kan tengah 'berkawan' dengan orang lain, maka memang takde perasaan la kat S. Beberapa minggu sebelum aku abis praktikal, dapat tau pasal S ni nak kawin dah. Aku ok je tapi orang lain plak yang rasa 'kesian' [wtf] kat aku... kawan aku yang praktikal kat tempat yang sama sengal duk tanya aku ok ke tak... as if aku kuciwa sebab dia dah nak kawin. Bengong. Kesudahannya lepas dari tu terus jadi janggal. Seb baik la dah nak abis praktikal. Heh!
.
Ex-opismet aku bertunang baru-baru ni. Ye macam kes kat atas, orang penah usik gitu-gitu kat kitorang. Sebab kitorang punya meja dulu saling mengadap. Dah la kitorang suka share koleksi lagu. Mamat ni lagu hindustan, dangdut semua dia layan. Kira baik la dengan dia. Tapi serius, baik sekadar baik. Kali ni harapnya tak terperangkap dalam situasi yang sama. Tak nak lagi berhenti baik semata-mata diselubungi rasa janggal.
.
Lagi pun kan, aku ni jenis kalau suka dengan seseorang, aku akan malu-malu kucing dengan dia. Dan jadi clumsy tak tentu pasal. Hahaha. Macam la remaja lagi nak menggelupur camtu kan. Ekeke. So kalau aku boleh berborak sakan bergurau senda dengan spesis berlainan jantina, maknanya aku takde perasaan 'lain' dengan dia. Sekadar selesa berkawan.
.
.
Penah tak berdepan ngan situasi yang sama? Ke sebab aku single sengal yang membuatkan benda tu jadi janggal? Heh!

Wednesday, 17 February 2010

DIARI RAMADHAN CNY RAFIQUE BALA

Hari tu ye2 je nak plan untuk berpoya-poyaan... tak kesampaian! Member aku ajak gi tempat yang aku memang nak pegi tapi tak dapat join. Tapi sudahnya masa banyak terbuang dengan tak buat apa. Rasa rugi betul bila cuti tidak dimanfaatkan dengan sewajarnya. Heh!

Sabtu ahad gi Kuang. Belanja anak-anak ikan menakan makan. Rezeki lebih haruslah dikongsi bersama kan. Untung betul anak-anak sedara dapat achik yang baik hati ni... ekeke...

Sempat cuci mata. Hampir-hampir nak terbeli amplifier. Kunun baru la syok nak karaoke sakan. Seb baik la tak lupa daratan. Teringat masjid sebelah rumah je. Terus insaf. Berlalu pergi meninggalkan amplifier yang hensem sambil nyanyi lagu nasyid dalam hati... ;p

Kelmarin ada la merayap kejap kat OUG. Selebihnya duk rumah membina lemak. Semalam lepas tengok TBL, insaf balik. Duk la mengayuh basikal tengah-tengah malam.

Oh2, hari ni rasa bahagia betul memandu gi keje. Jalan tersangat lengang. Cuti sekolah pun tak selengang ni. Minggu depan kembali normal. Sementara tu, enjoy the moment!

.

.

ps: dateline dah semakin hampir... adeh!

Friday, 12 February 2010

POSTO POSTO

~semalam dapat hamper...
.
-------

Minggu ni aku banyak dapat parcel & surat chenta. Mak aku tensen je sebab dia yang slalu amik kat peti surat. Alih-alih semua barang untuk aku. Beliau cuma dapat bil je. Hehehe.
.
Isnin, LAGEJ dari kak masy sampai. Dah khatam! Aku tak penah baca blog blogger lain yang terlibat dalam blook tu kecuali kak masy. Pasni leh la jenguk-jenguk blog diorang...
..

Selasa, dapat kiriman yang tak disangka-sangka. [Makasih. Saya rasa bersalah... isk!]
.

Semalam, on the way nak balik rumah mak tepon...
.

"Y*ng, ni ada ***** untuk ko... dari Johor. Sape bagi?" <--soalan ni rentetan dari kiriman hari selasa...
"Oh, dah sampai yea. Cantik tak?"
"Entah, emak tak bukak lagi"
"Errr takde sape bagi. Achik yang beli. Hehehe"
.
------
.
Masa nak raya dulu, aku suka cuci mata tengok baju kat butik online. Masa tu tengah hangat fesyen baju tangan cekak kat siku [fesyen siti]. Tapi tak beli pun secara online. Sebab baju ni kadang-kadang tengok dari jauh cantik, bila dekat biasa je. Risau jugak dengan material baju tu. Kalau beli kat kedai, leh pegang-pegang, belek-belek...
.
Hari tu ntah camne, datang balik mood cuci mata tengok baju kat butik online ni. Dan tiba-tiba je aku terus order dan bayar. Am not an impulsive buyer. Slalu aku fikir berkali-kali sebelum beli sesuatu. Yang ni tak. Nak kata cantik menarik tertarik memang da bomb sangat baju tu, tak jugak. Biasa je. Cuma tiba-tiba dah berkenan. Sangat berpuas hati dengan butik tu. Order & bayar hari Rabu, petang Khamis dah sampai. Sungguh efisyen! Harga pun kategori affordable bagi orang yang kedek untuk beli baju mahal cam aku...

.

~sebenarnya berkenan yang ni... tapi last minute tukar warna...


~gambar kabur sebab cermin kotor... cuti ni nak kena cuci la... heh!

..
Tak penah seumur hidup aku pakai jubah. Tiba-tiba teringin plak. Skang aku tak tau bila masa aku nak pakai jubah ni. Kang aku pakai gi majlis kawen kang, kawan2 aku ingat aku dah jadi alim plak... "So not bala"... ekekeke...

.

.

ps: pembelian baju pertama secara online... jubah plak tu... fuhhhh! ;p

Thursday, 11 February 2010

GARA-GARA LANGGAR HAD

Tiap kali melepasi had, walaupun skit, mesti kena. Isk!

.


~[gambar sumber gugel, dicilok tanpa kebenaran]
.
.
Tak, aku tak kena saman... aku kan pemandu berhemah, manade langgar-langgar had ni... yea righ! Cite pasal pemandu berhemah ni, pagi tadi aku dah kelewatan. Sampai kat area trafik light yang aku slalu stuck, tengok jem semacam je. Lebih hangat jem dari biasa. Ingatkan apsal la. Rupanya ada eksiden. Yang bengongnya gi berenti kat tengah-tengah jalan tu amik no phone segala. Bila aku lalu, ala tengoknya kemik skit je. Kot ye pun, berenti la kat tepi jalan. Ni menyusahkan orang lain. Haih!
.
Oh2 berbalik pada tajuk. Bukan apa, kepala aku ni hanya boleh bertoleransi pada had tertentu je dengan kepanjangan rambut yang tumbuh. Dari dulu dah terbiasa botak berambut pendek. Bila langgar had yang dibenarkan, mula la buat hal. Baru berangan nak simpan sampai pinggang panjang skit, sakit kepala kronik dah menyerang. Nampak gayanya kena gi potong la ni... heh!

..

~comel plak rambut gaya ni... [gambar dicilok dari sini...

.

ps: baju-baju kat situ cantik2... eh, tiba-tiba jadi promoter tak bergaji... ;p

Tuesday, 9 February 2010

BILA LA BETUL-BETUL NAK BERUBAH NI WEH?

Hari ahad ikut Kak Wear pegi program kesihatan kat Kajang. Buat body analysis cam dulu cuma kali ini ada extra check kandungan gula dalam darah & blood pressure.
.

~sempat snap gambar ni masa beratur nak check darah...
.
.
Sebelum tu aku masih berkira-kira nak pegi ke tak... 3-4 kali berubah fikiran [sebelum sms kak wear untuk double confirm]. Risau dengan result yang bakal diperolehi. Sebab aku tau sejak kali terakhir aku pegi buat body analysis tu [masa tu November 2008], aku langsung tak berubah banyak pun.
.
Seperti yang diduga, keputusannya lebih kurang sama je. Dulu 26 trapped in 49. Skang ni 28 trapped in 50. Lagi 5 tahun nak bersara. Oh, at least perbezaan tu dah kurang setahun. Masih boleh kira improvement la kan [nak jugak, padahal dah down giler dah ni]. Paling terkujat masa check blood pressure... kali terakhir aku check, bulan lepas [masa demam], BP aku dah kembali normal. Tiba-tiba je naik mengejut sampai 165/104... perghhhh!!! Tapi aku rasa ni ada kena mengena dengan kebizian keje minggu lepas. Huhuhu.
.
Ni aku petik dari entri lama duu...
.
Masa dapat result analysis tu pun rasa stress... tapi amik yang positif la kan... at least bagi SEDAR diri skit yang badan aku ni dah tua rupanya dan kena la buat sesuatu... pasni harus la berusaha gigih untuk menjaga pemakanan, amik apa-apa supplement [dah dapat elaun supplement 8 rat pun x reti2 nak guna], bergiat aktif main badminton balik dan apa2 yang patut la untuk meMUDAkan balik badan aku... tengah semangat waja ni... heh!!!
.
.
Eleh, masa awal-awal je berkobar-kobar. Pastu, takde maknanya...
.
Awal 2009 tu aku ada la amik 'sesuatu'. Masa tu memang ada perubahan skit. Siap buat satu blog baru kunun nak track progress [err asalnya buat blog kedua ni untuk progress tu la... masa tu privatekan dulu selagi takde hasil memberangsangkan... sekali memang takde hasil pun... ekeke]. Tapi tu la, komited dalam masa bulan pertama je. Nak maintain tu yang susah. Huhuhu.
.
Malas la nak berkobar-kobar balik cam dulu. Takut sudahnya camni jugak. Haih! Dah lama survey beberapa produk kesihatan tapi belum sampai 'seru' lagi nak consume yang mana satu. Aku ni tak boleh orang promot lelebih. Walaupun berminat, kang boleh tukar jadi tak minat. Kena tunggu 'seru' tu datang sendiri. Heh! .
.
-----------
Semalam, start balik gi gym. Layan je la masa tengah semangat ni... ekeke...
.

~kayuh basikal... 2.11km=212 calories within 15 minutes...

Kunun set 30 minit, sekali 15 minit dah pancit... err tapi sebelum tu dah buat benda lain 15 minit tau... bukan ayat kaver ni weh.... hahaha...

..

Tengok je la kali ni bertahan bape lama plak... dush!

Saturday, 6 February 2010

THE ANNUAL DINNER

Tahun ni buat kat Sunway Resort Hotel & Spa...
.
Layan gambar je la...


.

.

.

.

.

.
~dapat meja 13...


~chinese style... menunya, aku rasa aku masak lagi sedap biasa je...

.

------

Balik semalam terus gi IOI. Sempat beli kasut. Tu pun ralit2 dah pukul 3 lebih baru nak gerak gi rumah kak A. Bersiap kat rumah dia sebab nak pegi skali.

Aku memang jenis tak pakai makeup. Kalau gi keje, normally cuma pakai bedak & secalit nipis lipstick. Dulu lagi teruk, kadang biar muka pucat camtu tu. Kunun natural beauty... ekeke... Bila ada 'majlis' baru la nak menacapkan diri. Tu pun bila dalam gambar still nampak pucat. Sebab aku makeup light-light je.

~hasil menconteng arang makeup ke muka sendiri...

bagi aku ni dah 'over' dah...

Ada opismet aku siap dapatkan khidmat jurusolek semi-pro... chantek bangat!

---------
.
Tahun ni ada 40 je grand lucky prize. Oh2, grand prize RM10k tu ada lagi this year... budak pompuan melayu yang dapat... masyuk!!!. Nombor aku tak naik langsung... takpe bukan rezeki kali ni... Aku slalu anggap diri aku tak berapa lucky. Tu la awal-awal dah set camtu. Masa draft entri semalam pun, mula-mula aku taip, dapat voucher pun takpe [sebab masa tu dengar voucher paling skit rm500].
.
Memang jadi kenyataan la... voucher pun voucher la... err yang ni semua orang dapat...

~rm350.00 worth voucher... mari shopping lagi! ...

.

But am still lucky enough to get this...~aik, 1 Januari hari tu baru 1st time gi karaoke, dan2 dapat benda alah ni... ;p
,..

--------

Overall, the bonus annual dinner was a bit grand compare to last year... Alhamdulillah, kampeni ni bila dapat rezeki lebih, bagi lebih gak kat staff... kira berbaloi la... :)

Friday, 5 February 2010

KELMARIN CUTI HARI NI HALF DAY

Hari ni big boss bagi half day sebab malam ni ada annual dinner. Tu yang semalam gi shopping. Tapi balik ni mungkin nak singgah IOI lagi. Biasa la, last minute shopping. Oh, tahun ni tak buat kat basement opis lagi. Last year sebab perasmian opis baru, tu yang buat kat situ.
.
Tahun lepas dapat kipas je. Harap-harap tahun ni dapat la best skit dari kipas tu. ;p
.
Hepi wiken!
.
.
.
ps: yang potongnya, esok keje la pulak...

Thursday, 4 February 2010

SEMALAM CUTI TAPI DUK RUMAH JE

Sejak minggu lepas aku kebizian. Tapi masih sempat melawat kawasan jajahan. Kelmarin baru la kemuncak kebizian. Menyiapkan satu tender.
.
Dalam kul 8 call emak bagitau balik lambat. Masa tu aku bajet dalam kul 10pm dah boleh balik kot. Dah rilek-rilek print BQ sebab ingatkan dah ok, tiba-tiba kul 12 lebih Mr N aku bagitau ada salah. Pergh, menggelabah giler. Ada misscommunication skit. Seb baik la senang je nak betulkan. Pastu edit untuk soft copy plak. Last-last kul 4.30am baru balik [dapat je green light untuk balik, terus cabut]. Adeh, giler punya weng duk mengadap pc hampir 20jam. Pening duk ngadap BQ, kalau ngadap blog ke game takpe la gak kan. Hehehe. Dah la kat floor aku tu tinggal aku sorang je. Mr N sesekali je ada. Dia banyak duk kat 2nd floor.
.
~jam kete cepat setengah jam...
.

~aku antara yang 'awal' balik... yang kat 2nd floor ramai stay sampai kul 8am...
.
~ jalan lenggang giler... ye la agak-agak la dah kul bape kan...
.
.
~lebam bijik mataku!
.
Mr N bagi green light untuk masuk lewat. Aku berkira-kira nak masuk half day je la. Tapi kul 9.30am dah terjaga. Perut dah nyanyi keroncong sebab tak makan dari tengahari tu. Diorang ada belikan kfc, tapi masa dah kusyuk buat keje tu tak terasa nak makan. Dah sampai rumah, ingat bantal je. Bagun tu baru makan. Lepak-lepak tengok tv sambil berkira-kira nak masuk keje kul bape, tiba-tiba Mr N bagi sms bagitau big boss bagi cuti. Yeay!
.
Ingat nak sambung tido tapi takleh padahal kepala rasa weng. Makanya duk tengok tv je la seharian. Kul 3pm baru sambung 2 jam.
.
Hari ni keje cam biasa. Petang ni nak balik sharp-sharp. Mau gi shopping!
.
.
.
ps: pes taim balik keje lewat camni... last year pun tak teruk camni.
dah keje cam nak giler ni, harapnya dapat la tender tu nanti...







Monday, 1 February 2010

DAH TERBIASA

Nak merapu apa ek? Hujung minggu rutin yang sama. Sabtu kena datang keje [walaupun sepatutnya cuti Thaipusam], pastu gi kelas sampai malam. Ahad kelas dari pagi sampai petang. Ada test, cam biasa study last minute. Balik-balik benda yang sama. Am not complaining. Ni dah masuk tahun ketiga. Dah biasa. Tapi komen cam "mesti rasa letih" adalah tidak membantu dan sangat annoying, lagi-lagi masa tu memang letih dan takde mood... Letih la nak jawab!
.
Eh, tiba-tiba emo plak...
.
Hujung minggu ni & minggu depan takde kelas. Masa untuk berpoya-poya. Yeay!
.
Uish, baru Isnin dah fikir pasal hujung minggu... Well, if you fail to plan, you plan to fail... errr bab berpoya-poya kena plan baik punya... ekeke... ;p
.
.
.
ps: lepas lunch start bz mode balik...