Hari ahad ikut Kak Wear pegi program kesihatan kat Kajang. Buat body analysis cam dulu cuma kali ini ada extra check kandungan gula dalam darah & blood pressure.
.
.

~sempat snap gambar ni masa beratur nak check darah...
.
.
Sebelum tu aku masih berkira-kira nak pegi ke tak... 3-4 kali berubah fikiran [sebelum sms kak wear untuk double confirm]. Risau dengan result yang bakal diperolehi. Sebab aku tau sejak kali terakhir aku pegi buat body analysis tu [masa tu November 2008], aku langsung tak berubah banyak pun.
.
Seperti yang diduga, keputusannya lebih kurang sama je. Dulu 26 trapped in 49. Skang ni 28 trapped in 50. Lagi 5 tahun nak bersara. Oh, at least perbezaan tu dah kurang setahun. Masih boleh kira improvement la kan [nak jugak, padahal dah down giler dah ni]. Paling terkujat masa check blood pressure... kali terakhir aku check, bulan lepas [masa demam], BP aku dah kembali normal. Tiba-tiba je naik mengejut sampai 165/104... perghhhh!!! Tapi aku rasa ni ada kena mengena dengan kebizian keje minggu lepas. Huhuhu.
.
Ni aku petik dari entri lama duu...
.
Masa dapat result analysis tu pun rasa stress... tapi amik yang positif la kan... at least bagi SEDAR diri skit yang badan aku ni dah tua rupanya dan kena la buat sesuatu... pasni harus la berusaha gigih untuk menjaga pemakanan, amik apa-apa supplement [dah dapat elaun supplement 8 rat pun x reti2 nak guna], bergiat aktif main badminton balik dan apa2 yang patut la untuk meMUDAkan balik badan aku... tengah semangat waja ni... heh!!!
.
.
Eleh, masa awal-awal je berkobar-kobar. Pastu, takde maknanya...
.
Awal 2009 tu aku ada la amik 'sesuatu'. Masa tu memang ada perubahan skit. Siap buat satu blog baru kunun nak track progress [err asalnya buat blog kedua ni untuk progress tu la... masa tu privatekan dulu selagi takde hasil memberangsangkan... sekali memang takde hasil pun... ekeke]. Tapi tu la, komited dalam masa bulan pertama je. Nak maintain tu yang susah. Huhuhu.
.
Malas la nak berkobar-kobar balik cam dulu. Takut sudahnya camni jugak. Haih! Dah lama survey beberapa produk kesihatan tapi belum sampai 'seru' lagi nak consume yang mana satu. Aku ni tak boleh orang promot lelebih. Walaupun berminat, kang boleh tukar jadi tak minat. Kena tunggu 'seru' tu datang sendiri. Heh! .
.
.
-----------
Semalam, start balik gi gym. Layan je la masa tengah semangat ni... ekeke....
~kayuh basikal... 2.11km=212 calories within 15 minutes...
Kunun set 30 minit, sekali 15 minit dah pancit... err tapi sebelum tu dah buat benda lain 15 minit tau... bukan ayat kaver ni weh.... hahaha...
..
Tengok je la kali ni bertahan bape lama plak... dush!

11 comments:
erkkk... pe yang tinggi weh?
minum teh pegaga radix ah... mek siti ada tulis kat blog dia ari tu...
usaha tangga kejayaan hehehe
apa x ajak maksu..... (?)
:(
maksu tgh sibuk nak buat ujian kesihatan ni, maksu dah 40 dah. entah2 trap kat mana pula, ta tau
pa'chik ~ x cukup rehat kot.. tu yg naik tinggi.. huhu..
teh pegaga? mek siti mana?
king ~ takut usaha sekerat jalan je.. hehe.. makasih.. :)
mak su ~ ajak gi buat body analysis ke? lenkali ada saya ajak.. :)
entah2 mak sun punya biological age lagi muda dari saya.. ;p
achik,
mek siti tu iols lah tu..kekeke..
jomlah berjemaah minum teh pegaga HPA.
saya hadir..
tak komen ape2 la utk entri ni.. ;D
SITI ~ ooo yeke.. err pahit tak? nak beli kat mana teh tu? :)
wann ~ hehehe.. :)
achik,
sgt pahit. better minum masa suam panas. takdelah rasa pahit sgt.
teh pegaga HPA, sila beli di *cawangan HPA berdekatan perumahan anda. Sekian, terima kasih.
*kat Bandar Puteri Puchong ade satu.
Dah ke gym tu angkat la besi sekali, bagi berketul2. hehehe.
vegi vera tu elok utk darah jugak, bukan takat utk demam...kalau amalkan insyaAllah, stabil balik lah BP achik...sebenarnya kalau kita dah ada BP on off ni, memang dia punya anasir2nya dah ada kat dalam badan la, tunggu trigger jer utk naikkan dia....kalau kena yang bagi signal, tak per, tapi kalau terkena yg secara tiba-tiba tu, amat bahaya lah...
sekadar berkongsi pengetahuan jer ni hehehe
SITI ~ sangat pahit? adeh.. saya nak minum teh misai kucing yg x pahit tu pun jenuh.. huhu..
thanks for the info.. :)
en BP ~ hahaha.. ni gym kat opis.. xde angkat besi tu.. ;p
kak wear ~ dah start minum hari2 vegi vera tu.. harap2 camtu la.. tu la, dah la family background mmg ada masalah BP ni.. risau gak..
makasih kak.. :)
Post a Comment