Tuesday, 6 April 2010

PANGGILAN HANGIT

Semalam tiba-tiba nombor hp aku 'hangat' dengan panggilan tak disangka. Mula-mula dapat panggilan kunun-kunun la aku bertuah. Dari 200 orang, nama aku sorang je yang 'naik' untuk dapat tawaran 'istimewa' dapat kad vip. Melalui kad tu, aku boleh access diorang punya themepark, waterpark dan sewaktu dengannya secara 'percuma' sepanjang tahun. Pelik je mana la dia dapat nombor aku... sempat gak tanya mana plak dia dapat nombor aku tapi tak ingat plak dia jawab apa.
Alah, takat marketing camni, takkan terpedaya ngan perkataan 'percuma', hadiah istimewa tu semua... dah masak sangat!
..
"Skang ni tiket masuk dah mahal.. sekali masuk je dah seratus lebih... tu baru sorang. Dengan kad ni, cik cuma bayar rm596++ sahaja dan boleh masuk sepanjang tahun, kira sekali masuk cik cuma bayar rm1.60++ je... selain tu cik boleh dapat diskaun makanan, penginapan kat hotel kita.. bla bla bla... kalau cik daftar skang cik dapat hadiah bla bla bla... cik nak bayar pendaftaran ni melalui apa? bla bla..."
.
Kalau aku memang jenis kerap pegi tempat-tempat tu, seminggu sekali ke, mungkin la berbaloi... tapi aku tak penah pegi pun walaupun dekat je dengan rumah. Dah la gelak macam haram je bila aku kata aku tak penah pegi tempat tu [errr aku ni jujur orangnya... tak penah pegi takkan nak kata penah kan].
.
Dah la tak tanya berminat ke tak terus tanya nak bayar camne... cepat-cepat aku kata "takpe la, saya tak berminat". Seb baik la bukan jenis paksa-paksa ke apa... haih!
..
Panggilan kedua pun lebih kurang sama tapi dari bank pulak... duk survey aku ada akaun ngan bank diorang ke tak, ada beli insurans ke tak... bla bla bla...
.
Tetiba la plak berturut-turunt duk terima panggilan 'marketing' ni... seb baik la mood tengah baik nak melayan panggilan camtu... yela aku pun paham dah tu keje diorang... cuma kadang-kadang geram bila ada sesetengah tu cam nak 'paksa' je orang beli/terima 'tawaran' diorang tu. Kang mula la duk kata rugi la, ada tu cam nak marah pun ada... lu apahallll!
.
.
.
ps: macam-macam... haih!

9 comments:

pB said...

salam achik


kak pB selalu gak dpt panggilan yang macam nie.
Masa mood elok , layan.
Masa mood tak elok , "saya tengah meeting". Call lain kali.

Pas tu bila dia call , akak selalu minta dia call aBear...

hi hi hi

adie said...

sama aa aku pun.kalu tak bizi,aku akan dengar dulu org tu membebel,lepas aku dah aku say no no no.

inna hayati said...

selalu terus je tekan 'end call'
mudah. :D

Mak Su said...

maksu ada terima call dari benk, offer beli health insuran, hampir2 nak tergadai gaks ler.... heran ek. baru hari ni terfikir, menda tu tipu jer lah tu

achik said...

kak PB ~ sama la.. tgh mood ok, layan je la.. :)


penyubiru ~ kadang tu ada gak yg bila dah cakap tak berminat tetap gak nak sambung bebel..


inna ~ cam x elok plak nak buat camtu.. huhuhu..


mak su ~ yg dari benk tu, saya dah terkena.. bila dah bagi detail, pastu baru terfikir buatnya tipu, abis la saya.. seb baik la betul tapi rasa cam nak kensel je..

WRA said...

dorang nak capai target la tu hhehehee...kesian yg tukang call tu tapi masalahnya kita tak menggunakan pun khidmat sedemikian setiap hari kan? Atau pun kita tak pergi pun tempat2 yg depa cakap tu setiap hari, so takkan la kita nak ambik pulak....hmmm...naper achik tak ambik nama depa ngan no. henpon, jom kita gi jumpa depa pulak offer produk hahahahaha

achik said...

kak wear ~ tu la pasal.. tapi kot ye pun nak promot, jangan la kata benda tu free.. sebab hakikatnya tak free pun..

hahaha.. tu la, dia ingat dia sorang je boleh offer produk.. ekeke.. ;p

Pa'chik said...

beli la kad tu bagi kat aku... :P

achik said...

kalau bagi kat pa'chik lagi la tak berbaloi.. ekeke.. ;p