Thursday, 29 July 2010

SENGAL

Keje kat mana-mana pun ada masanya agak senggang sempat berbloghopping dan berFB. Ada masanya pulak tersangatlah pack sampai nak terkucil pun tak sempat.
.
Kelmarin, episod menjadi pekeje berdedikasi berlangsung. Keadaan biasa bila ada tender. Tapi tu la walaupun dah biasa tapi selalu je la sengal. Esoknya nak hantar petang baru bagi end figure yang diorang nak. Masa tu terpaksa la aku kena cepat-cepat bermain dengan angka untuk dapatkan figure tu. Lepas tu kena fill up pulak. Ok la, benda biasa. Tapi tiba-tiba pulak bila dah hampir siap fill up, nak tukar harga pulak. Aku geram betul kalau keje dua kali ni. Sudahnya, adjust yang belum isi lagi je la. Janji end figure tu dapat. Sampai kul 10pm aku ngan Mr N menyiapkannya. Ok setel, esok pagi tinggal nak suh bos sign je.
.
Aku bukan nak cite apa pun. Ada orang lagi teruk kena bermalam kat opis semua.
.
Ingatkan dah lega la bila dah submit. Tiba- tiba baru dapat email bagitau tak yah submit hari tu... ditunda sebab ada lagi adendum baru. Bengang giler!
.
----------
.
Cite masih sekitar opis tapi bukan pasal keje. Dekat surau. Selesai solat. Aku tengah berdoa.
.
Kak A [baru beberapa bulan keje kat sini] berborak dengan R. Dia tanya bape umur R. R kata 25. Pastu dia tanya R umur aku bape. R kata kitorang sebaya. Aku dah nak abis berdoa. Sempat geleng kepala. Dah abis tu terus aku gelak-gelak. Patutlah selama ni R tak panggil aku 'kak'. Rupanya dia ingat kitorang sebaya. Auwww, muda 3 tahun youuuuu... *kedip-kedip mata* ;p

Tuesday, 27 July 2010

SEMALAM

Semalam agak kebizian. Tiba-tiba kena buat benda yang ditinggalkan selama 2 tahun... duk kira kuantiti light fittings. Akibatnya pedih mata duk mengadap drawing tu. Tu la yang aku duk buat selama 3 tahun lebih kat opis lama dulu. Seb baik tak rabun. Makan banyak karet. ;p
.
Bulan April lepas kan kitorang kena amik darah untuk check kesihatan. Daripada result tu, ada sesetengah orang yang perlu sahaja telah dijadualkan untuk diberi Hepatitis B Vaccination jab. Dan aku termasuk la dari sesetengah orang tu. Err tapi boleh kata semua orang melayu pun kena... cinun je tak ramai kena. Diorang memang dah amik awal-awal kot. So lepas lunch semalam kitorang kena cucuk sekali lagi. Ala, tak sakit pun. Tapi kan bangun pagi ni baru terasa sakit. Balik tu lupa nak tuam. Dan yang teruknya, tiba-tiba rasa cam nak demam plak. Isk!
.
Berjaya tingkatkan level treadmill. Kalau sebelum ni takat jalan laju [5mph], semalam berjaya berlari pada 6mph. Berlari tu kejap je la. Kena naikkan skit-skit. Tu pun nak tercabut gak kaki dibuatnya. Teringat mula-mula dulu, takat berjalan pada kadar 2mph je. Tu pun bercinta nak abiskan satu round. Tahap ketahanan pun semakin baik. Berjaya cycling selama setengah jam tanpa henti. Clap clap!
.
Nanti nak buat body analysis la... cheh, macam la dah banyak perubahan pun... ;p

Friday, 23 July 2010

SERATUS

Ini adalah entri ke-100. Kalau ditambah dengan blog lama, ni entri ke-600.
.
Banyak jugak rupanya aku dah merapu. Terima kasih buat yang pernah singgah membaca rapuan aku. Dan lebih terima kasih lagi buat yang masih sudi terus singgah walaupun tahu aku ni merapu je. Maaf curi masa korang.
.
Kalau nak kenang balik sepanjang 4 tahun lebih berblog ni, dengan yang datang dan pergi... yang dah menghilang tak tau apa cerita... yang masih ada tapi semakin suram... yang aku hanya baca dalam diam... macam-macam!
.
Teringat saat awal pembabitan. Masa tu masih 'anon', sehinggakan ada yang tersalah sangka ingatkan aku bukan perempuan. Teringat saat-saat giler berbalas komen. Satu entri tu duk komen 4-5 kali... duk usik mengusik... seronok! Teringat juga saat ketagihan. Sanggup pergi cc semata-mata nak berblog. Tegar betul masa tu. Kini tidak lagi. Aku rasa semangat merapu semakin suram. Adakalanya terasa nak berhenti merapu.Tapi buat masa ni belum lagi. Still Got the Blues!

Wednesday, 21 July 2010

DON'T GET TOO COMFORTABLE

Semalam kak F tanya aku pasal kursus untuk buka taska [via YM]. Aku pun cuba tolong gugel info mengenai diploma pendidikan awal kanak-kanak. Dia kata nak amik kursus tu sebagai back-up plan sebab kebelakangan ni kampeni dia takde projek. Kampeni kak F ni dulu sewa beberapa ruang opis kat kampeni lama aku. Bos dia dan bos lama aku kawan sekolah. Cuma baru beberapa bulan ni je dia pindah tempat lain kat damansara.
,.
Tapi tiba-tiba petangnya dia tanya aku pasal keje kosong plak. Tanya punya tanya, rupanya bos dia baru je bagitau nak tutup bisnes dah. Mula-mula aku ingatkan mungkin bos dia tengah consider nak tutup, tapi rupanya dah konfem dan last bulan Ogos ni. Terkejut aku. Ye la, diorang pun baru pindah. Kalau dari mula dia dah consider nak tutup, buat apa nak pindah at the fisrt place kan. Tempat baru kurang 'fengshui' kot. Isk!
.
Simpati sangat dengan kak F. Dah la dia baru je keluar kereta baru. Memang tak sangka benda tu nak datang. Kampeni dia sebelum ni boleh kata stabil la gak. Dia dah bekerja dengan kampeni tu lebih 12 tahun... infact dia tak pernah keje kat tempat lain sebelum ni. It's a bit hard to start all over again after a very long period.

.

Benda ni buat aku rasa sedikit cuak dan fikir camne la kalau benda yang sama berlaku pada aku. Memang la tau skit sebanyak mengenai krisis ekonomi dunia. Dan sebelum ni pun ada jugak dua orang kawan aku yang kena VSS. Tapi diorang keje tak sama line ngan aku. Sorang maintenance dan sorang lagi manufacturing. Manufacturing memang yang paling cepat la kena kesan bila berlakunya recession ni. Kak F sama bidang walaupun lain cabang tapi backgroundnya tetap sama, construction. Sebenarnya tak kira la sama bidang ke tak sama, benda ni boleh je berlaku kat sesiapa je. And it's harder if we can't see it's coming.
...
Don't get too comfortable. Sebab bila dah selesa, kita mula malas nak cari pengalaman kat tempat lain. Dah terbiasa cara keje kat tempat tu, dah terbiasa persekitaran, dah terbiasa dengan rutin. Lompat kapal bukan sekadar nak dapat kenaikan gaji tapi yang penting belajar benda baru. Kadang-kadang benda ni ikut rezeki gak, ada yang ingatkan lompat kapal yang lebih baik, tapi jadi terbalik... kuar mulut rimau, masuk mulut buaya!
.
Kalau boleh memang la kita tak nak termasuk dalam statistik yang diberhentikan keje akibat krisis ekonomi tapi benda kalau nak jadi, tetap akan jadi. Baik beringat sebelum terkena. Ada satu artikel yang aku baca, kita sepatutnya kena ada emergency saving [at least 3 month expenses... untuk tampung sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum dapat keje baru], kena ada side income, buat back-up plan untuk long term.
.
Reality check. Errr aku pun takde ketiga-tiga tu. Emergency saving ada la ciput x sampai 3 bulan gaji pun... huhuhu. Side income, nak kena start mlm secara serius kot. Back up plan, banyak je tapi not really a proper back-up plan... lebih kepada angan-angan mat jenin je. Huhuhu. Pasni mungkin boleh start buat sesuatu.
.
Harap-harap kak F dapat keje baru secepat mungkin. Insya-Allah.

Tuesday, 20 July 2010

AKTIVITI RIADAH

Aktiviti riadah tambahan [selain gym & senamrobik] bertukar setiap minggu. Kang asyik buat aktiviti yang sama, cepat pulak bosan. Jadi untuk aktiviti minggu ke-3 ni, kitorang gi main bowling pulak. Aktiviti ni memang kurang berkesan la kalau nak kurangkan berat badan berpeluh, takat nak bina otot sebelah tangan boleh la. Hehehe. Tapi elok je untuk kesihatan. Ye la asyik ketawa je kejenya dan ketawa tu kan baik untuk kesihatan. Err cuma yang tak elok tu aktiviti lepas riadah je. Makan-makan. Fail sungguh! ;p
.
.
Oh cite pasal kesihatan ni, aku suka baca artikel/blog pasal 'kesihatan' yang tak memboringkan la. Dulu selalu je beli majalah Rapi. Skang ni dah jarang beli majalah sebab kekurangan tempat nak simpan majalah dan buku-buku yang ada. So skang ni rajin layan artikel online je la. Kadang tu layan blog pasal journey 'mengamalkan gaya hidup sihat'. Ni start masa nak cari info pasal 'produk kesihatan'. Bila baca dan tengok ramai yang dah berjaya, rasa bersemangat. Tapi tu la slalunya hangat-hangat je.
.
Bila jumpa artikel ni, rasa betul sangat. Yang tang kelemahan tu la. Heh!
.

Aries (March 21-April 20)
Slimming Strengths: The ambitious side of you is one of your main slimming strengths. You possess the mental strength to give up any food or indulgence item that turns out to be damaging to your health or figure.
.
Slimming Weaknesses: A hurried lifestyle is one of the root causes of your eating problems. The desire to see quick results in whatever you start is one of your greatest obstacles because you become discouraged or impatient.

Memang kurang penyabar skit kadang-kadang. Tu yang semangat kejap je. Dah memekak nak kurus ni bertahun-tahun tapi hampeh. Tak pernah betul-betul serius berusaha pun. Cuma satu je la yang masih bertahan, at least tetap komited gi gym sekali seminggu. Belum culas lagi sejak Februari lepas. That's an achievement. Kali ni nak cuba belajar bersabar skit. Tambah bertahun-tahun takkan turun nak sebulan dua je kan. Biar lambat asal selamat. Chaiyok!
.
Isk, loser sungguh cite masalah 3G kat sini kan cam nak kena buat satu lagi blog je. Tapi pedulik hapa aku! ;p

Friday, 16 July 2010

MAMPU BERTAHAN

Minggu ni aktiviti aerobik masih diteruskan... tapi ramai tak dapat join. Kurang meriah banding minggu lepas tapi syok je. Oh sedikit impress dengan diri sendiri yang mampu membuat beberapa step yang agak susah cam plank pose. Agak gigil la tangan.
.





~semua gambar gugel... ye la takkan tu aku plak kan... ;p

~poco-poco...
suka gambar ni sebab ai nampak kecik dari belakang.. hahaha perasan! ;p
.

~lepas abis aerobik kita karok plak...
.
.
Petang ni tak main netball... tukar game plak...
Game apa? next week baru cite...
.
.
Hepi wiken!
.
Aish, esok dah start kelas untuk sem baru...

Thursday, 15 July 2010

SHOWDOWN 2010




Semalam layan Showdown 2010. Err sebenarnya aku tak tau pun pasal rancangan ni sebelum ni. Penah tengok sekali je kot. Maklum la dah lama tak layan 8tv. Semalam tu pun Along aku yang suh tengok sebab dah final. Komain lagi Along aku layan breakdance. Hip sungguh!
.
Kakak aku suka Wakaka Crew. Masa pes taim aku tengok tu, dia asyik la duk sebut nama Alam. Cara dia sebut tu cam Alam tu glemer giler. Aku plak masa tu mode blur.
.
Aku: Sape Alam tu? Zainal Alam Kadir?
Along: Hahaha... ada plak Zainal Alam Kadir. Kalau dia yang menari, tak tau la camne rupa...
Aku: Abis tu? Alam [aku tak ingat aku sebut nama sape.. tapi ada Alam gak la.. ada la 2-3 nama merepek yang aku sebut]
Along: Alam la Alam... yang menang 'So You Think You Can Dance'.
Aku: Oooo... bagitau la. Mana la achik tengok rancangan tu pun. [Dalam hati, komain Along aku ni layan rancangan camtu... aku plak yang jadi tak cool... ekeke]
.
Yang masuk final... Wakaka Crew, Giler Battle Crew & Floor Fever.
.
Sebab kakak aku dah suka Wakaka, aku plak tak follow... so aku pun ikut je la suka Wakaka. Tapi bila tengok performance semalam, aku rasa Giler Battle lagi stylo. Mantap giler! Floor Fever pun best. Wakaka punya persembahan untuk final kurang skit je la kalau nak compare ngan GBC tapi konsisten dan mantap dari mula. Tapi masa battle antara Wakaka ngan GBC tu, Wakaka lagi best la. Dan rezeki berpihak pada Wakaka.





.







.
Smart la tengok budak2 ni menari. Giler punya skil. Mantap!

Wednesday, 14 July 2010

PENYAKIT

Jari jemari gatal nak menaip tapi tak tau nak merapu apa. 'Penyakit' biasa. ;p
.
Hari ni last day jiran sebelah aku. Kali kedua hilang jiran. Sobs! So semalam buat 'farewell lunch' untuk dia. Mula-mula nak makan kat restoran ayam kampung tapi penuh. Masa nak cari kedai lain, nampak satu restoran western. Dah setahun lebih pindah opis baru ni, baru terperasan kewujudan restoran tu. Sebab deretan shop lot tu banyak yang kosong.
.
Masa masuk kedai tu takde customer langsung. Melawak kunun kitorang booked satu kedai sempena farewell tu. Dah sedap-sedap order baru perasan si tukang amik order tu rupanya merangkap sekali tukang masak. Hah, sorang je? Biar betik. Rupanya wife dia baru keluar. Dia tak expect ada customer kot. Tengok masa beroperasi, diorang cam lebih fokus untuk dinner. Dia bagitau kena amik masa dalam setengah jam untuk prepare. Sempat la baca majalah yang disediakan. Tunggu punya la lama, makan dalam 10 minit je dah abis. Makan cepat-cepat gara-gara dah lebih waktu break. Seb baik not bad la makanan dia cuma kurang kick sebab takde gravy. tak sempat nak masak kot. Oh, masa tunggu tu ada la 3 orang customer lain datang. Tengok lama takde amik order dan kitorang punya makanan pun tak sampai lagi, terus diorang belah. Camne la restoran tu leh survive camtu ek?
.
Kakak aku baru-baru ni nak apply lesen meniaga. Padahal nak meniaga kecil-kecilan depan rumah je. Sebab rumah dia tepi jalan, agaknya tu yang kena nak ada lesen bagai. Tapi permohonan lesen ni semua kan banyak songeh, asyik kena tendang cam bola... kejap nak kena pergi sana kejap sini. So sementara ni terpaksa guna permit je dulu.
.
Errr blank nak sambung apa. 'Penyakit' tak tau nak buat ending.

Monday, 12 July 2010

AKTIFKAN DIRIMU

Gara-gara baca status seseorang kat FB, tiba-tiba tersentap mood aku nak bergumbira atas kemenangan Spain. Eh, aku start suka Spain sejak 8 tahun lepas... bukan semata-mata sebab ramalan si sotong tu. Heh! Ah, malas la aku nak merosakkan mood hanya disebabkan sebaris ayat. Abaikan je!
.
--------
.
Cite yang lain...
.
Jumaat lepas aku ngan opismet gi main netball kat Kompleks Rakan Muda Puchong. Sampai-sampai je, dah start hujan renyai. Dah la outdoor court. Tapi belasah je la main walaupun tak cukup orang. Mula-mula nak main separuh padang je. Tapi balik-balik orang dalam kawasan 'D' tu je yang main. Mana leh jadi. Sudahnya main satu padang la. Perghhhh, semput giler weh. Ye la dah 11 tahun tak main. Dah la masa nak lari tu kena kontrol-kontrol sebab licin. Tapi seronok giler rasa cam kembali ke umur 17 tahun . I like!
.
Sebelum ni aku mengamalkan 'polisi' takkan add kawan seopis kecuali lepas dah jadi ex-mate. Sebabnya budak-budak opis aku ni abis satu opis ni diaddnya sampai HOD pun. Cari nahas sungguh kan... Ada la sorang ni asyik bising sebab tak add, pastu ada 2 orang lagi yang aku penah ignore request diorang, cakap 'ala nanti dia tak accept punya'. Terus rasa bersalah. Sudahnya terpaksa la add jugak. Kang orang kata sombong sangat plak kan.
.
Diorang tengok la gambar aku. Pastu ada la gambar masa muda remaja dulu. Siap cari-cari tak jumpa aku yang mana satu. Padahal dah tag nama kat situ. Bila tunjuk, masing-masing tak percaya itu aku. Siot je! Nanti la aku kurus balik... ekeke..
.
.
ps: asyik sangat main sampai lupa snap gambar...

Friday, 9 July 2010

MINGGU PENUH AGENDA

Minggu ni tiap-tiap hari aku balik rumah lambat. Tak, bukan sebab keje banyak. Tapi tetiba plak ada je agenda sampingan.
.
Isnin pegi gym... misi mengamalkan gaya hidup sihat masih diteruskan. Selasa pegi melawat opismet yang baru bersalin... sesat barat mencari rumah sebab salah masuk lorong je... tapi berjaya gak jumpa... sampai rumah dah nak kul 10. Rabunya melawat sorang lagi opismet yang baru bersalin gak... seb baik yang ni dekat je ngan opis.
.
Semalam plak senamrobik & berpoco-poco [lupa plak malam jumaat... orang baca yasin ko duk berpoco-poco... tapi kul 7 lebih skit dah abis]... dah bawak baju tapi tetiba malas nak tukar... pastu ingat nak tengok je tapi end up terjebak sama... seb baik pakai seluar.
.

Memang saja tutup lampu sebab kalau bukak lampu masing-masing segan dan asyik duk gelak-gelak je. Errr sebenarnya ni pes taim buat aktiviti senamrobik kat opis. Takde instructor pun. Cuma berpandukan vcd senamrobik yang opismet bawak.
.
~Girls only... take 5 sebelum continue poco-poco... ;p
.
Buat kat 'dancing room'. Err nama je dancing room tapi tak penah ada aktiviti dancing pun. Sebelum ni hanya digunakan untuk karaoke dan yoga [yang ni ada instructor]. Skang ni tambah satu lagi aktiviti, senamrobik. Kira multipurpose room la.

~gumuknya budak kat hujung tu... isk!
.
.
Setelah 2 tahun bekerja kat sini, akhirnya baru la aku boleh 'masuk' dengan opismet yang lain. Tang keje ok je boleh get along cuma nak together-gether buat aktiviti lepas keje tu yang payah skit. Aku kan bab bersosial ni slow skit. Better late than never. Heh!
.
Petang ni ada satu lagi aktiviti yang aku dah tinggalkan hampir 11 tahun. Perghhh! Tak tau la masih terer reti main lagi ke tak. Tak sabar nak tunjuk skill! Tetiba rasa cam berada dalam zaman kegemilangan masa aktif dulu. Ada harapan la nak kurus balik cam dulu ni... hahaha berangan tak hengat!
.

Tapi kan, aku rasa cam payah skit je nak kurus. Tengahari free lunch, kul 3 lebih ada minum petang. Camno? ;p

Thursday, 8 July 2010

ESTOY MUY FELIZ

Dan-dan tajuk dalam spanish... ekeke...
.
Sangat-sangat gembira... seb baik ramalan si paul tu betul... go spain go!
.
Semalam aku pesan kat emak kalau dia terjaga dalam kul 2.30am tu, kejut la aku nak tengok bola. Mak kata jangan mengada, tak kuasa dia nak kejut. Agaknya sebab aku dah set kat kepala nak tengok, dalam kul 3 tu aku terjaga sendiri. Tapi pastu, aku fikir [sempat tu dalam mamai-mamai nak fikir] kalau Spain kalah, buat rugi je tido akubuat sakit hati je... aku sambung je tido balik... takpe, ulangan sentiasa ada... ahahaha... nampak sangat kaki tido bukan kaki bola... hangat-hangat je... ;p


.

~gambar cilok dari gugel...

.

On the way nak gi keje tadi dengar Paknil sibuk suh pemanggil call dia bagi cadangan nak sokong Belanda ke Spain... terus aku, wooooooo Spain menang... yeayyyyyy! Sepanjang drive tu menyengih je... dalam hati ada taman... ekeke...

EspaƱa go go!

Tuesday, 6 July 2010

RAMALAN PAUL BENAR BELAKA?

Hari tu kan heboh cite pasal si Paul, si sotong yang pandai meramal keputusan welkap... errrr sebenarnya aku tak amik port pun pasal si Paul tu... aku rasa kebetulan je!
.
Tapi kannnnnnnnnnn... tadi aku terbaca kat FB yang si Paul tu meramalkan kemenangan Sepanyol ke atas Jerman... errr untuk yang tak tau, aku crush giler kat Iker Casillas sokong Sepanyol... makanya harus la gumbiraaaaa!
.
Harap-harap ramalan si Paul tu masih boleh dipercayai. kalau tak betul, siap la ko kena masak sambal!
.
Bila musim welkap ni mesti teringat kat seseorang yang membuatkan aku sokong Spain... mana la dia skang? heh!

Monday, 5 July 2010

SEKEJAPAN

Hujung minggu lepas sepatutnya nak balik kampung... tiba-tiba rancangan telah bertukar plak. Ada acara makan-makan sempena harijadi anak buah aku. Err sebenarnya besday dia hari ni, saja buat awal sehari...
.
~dah 11 tahun... next year dah kena buat IC..
.

Rindunya masa diorang umur 3-4 tahun. Kalau tengok gambar lama, alalalala comelnya la masing-masing. Ni lagi beberapa tahun lagi, dah menginjak ke alam remaja pulak. Sekejapan je la diorang ni dah membesar... ah, klise tak klise tapi itu realiti!
.
Tapi realiti zaman sekarang sangat-sangat menakutkan. Semalam baca kat suratkhabar, ada budak umur 11 tahun dah pregnant... isk! Sepatutnya, baya-baya tu masih ralit main getah, galah panjang, atau apa saja permainan yang sepatutnya budak 11 tahun suka main. Bukan 'main permainan' yang tidak sepatutnya yang boleh menyebabkan mengandung. Alahai!
.
Mintak dijauhkan anak-anak buah aku dari terjebak benda-benda camtu. Skang ni aku lebih prefer tengok dia 'buat muka' bila berebut nak main video game dengan adik-adik dia. Hepi besday Ika. :)

Friday, 2 July 2010

BAHAYA BERJIMAT CERMAT

Kadang-kadang bahaya gak kalau terlalu berjimat cermat weh... boleh jadi bakhil mendatangkan bahaya...
.
Aku ni kan punya la nak berjimat cermat simpan duit cuti... nak gi cuti-cuti pun kalau boleh nak cari tarikh yang perlu amik cuti sehari je...
n.
Kalau dulu, kalau peksa aku mesti amik cuti sehari penuh... tapi skang ni kunun sebab nak berjimat kan, amik setengah hari... tambah plak paper umum je, berlagak la kunun tak yah study...
.
Cam semalam aku ada paper English... paper tu petang, start kul 2.30pm. Aku pun dah bajet sempat la sampai dalam masa 1 setengah jam tu kat dari opis aku kat Puchong ke bangunan Yayasan Selangor kat Kampung Baru tu... terlupa plak sebelum ni kan rehat kul 12.30pm... start semalam rehat kul 1.00pm...
.
Sharp je kul 1.00pm aku pun terus pecut... tengah pecut, minyak plak duk kelip-kelip dah E. Ok la, singgah isi minyak. Dah amik masa kat situ. Seb baik jalan tak jem sangat tapi aku tetap la guna lorong Smart. Kang buatnya kat depan tu jem, mampus!

.

Sekali, keluar je lorong smart tu... jalan jem giler. Mana la orang-orang ni nak pegi ni tengahari ni. Padahal bukan hari jumaat pun. Tekanan betul. Aku ni dah la memang jenis suka sampai awal giler bila peksa ke apa ni. Makanya bila dah jem camtu, memang menggelupur giler la. Dah tu kat bangunan Yayasan Selangor tu dah la selalu parking tak cukup. Aku pun gi la parking kat UTM. Dari sana nak amik teksi. Tunggu punya tunggu, semuanya penuh. Penambah perasanya, tiba-tiba la plak hujan. Haih. Sudahnya naik bas je.
.
Sampai sana, ngam-ngam 2.30pm. Semua orang dah masuk dewan peksa. Gigil kejap tangan masa nak menulis.
.
Tobat dah pasni aku tak nak berjimat cermat bila peksa... amik je sehari!