Kadang-kadang bahaya gak kalau terlalu berjimat cermat weh... boleh jadi bakhil mendatangkan bahaya...
.
Aku ni kan punya la nak berjimat cermat simpan duit cuti... nak gi cuti-cuti pun kalau boleh nak cari tarikh yang perlu amik cuti sehari je...
n.
Kalau dulu, kalau peksa aku mesti amik cuti sehari penuh... tapi skang ni kunun sebab nak berjimat kan, amik setengah hari... tambah plak paper umum je, berlagak la kunun tak yah study...
.
Cam semalam aku ada paper English... paper tu petang, start kul 2.30pm. Aku pun dah bajet sempat la sampai dalam masa 1 setengah jam tu kat dari opis aku kat Puchong ke bangunan Yayasan Selangor kat Kampung Baru tu... terlupa plak sebelum ni kan rehat kul 12.30pm... start semalam rehat kul 1.00pm...
.
Sharp je kul 1.00pm aku pun terus pecut... tengah pecut, minyak plak duk kelip-kelip dah E. Ok la, singgah isi minyak. Dah amik masa kat situ. Seb baik jalan tak jem sangat tapi aku tetap la guna lorong Smart. Kang buatnya kat depan tu jem, mampus!
.

Sekali, keluar je lorong smart tu... jalan jem giler. Mana la orang-orang ni nak pegi ni tengahari ni. Padahal bukan hari jumaat pun. Tekanan betul. Aku ni dah la memang jenis suka sampai awal giler bila peksa ke apa ni. Makanya bila dah jem camtu, memang menggelupur giler la. Dah tu kat bangunan Yayasan Selangor tu dah la selalu parking tak cukup. Aku pun gi la parking kat UTM. Dari sana nak amik teksi. Tunggu punya tunggu, semuanya penuh. Penambah perasanya, tiba-tiba la plak hujan. Haih. Sudahnya naik bas je.
.
Sampai sana, ngam-ngam 2.30pm. Semua orang dah masuk dewan peksa. Gigil kejap tangan masa nak menulis.
.
Tobat dah pasni aku tak nak berjimat cermat bila peksa... amik je sehari!

10 comments:
Lain kali jgn buat lagi. akak yg baca ni pun jd berdebar sama tau..
pesal tunggu teksi? pesal tak nek bas je terus?
kak siti ~ mmg tobat tak nak buat lagi pasni.. ;p
pa'chik ~ ingatkan teksi lagi banyak & cepat.. yg saya naik tu bas pertama yg lalu.. :)
dasat weh. nasib baik smpai on da dot
haha, kak chik... tu kesah kak achik yang mengaji part time... mek ni ha, tiap kali exam, 10 minit nak start baru jalan dari hostel. :P memang mengah lerrr
errrr....dah tak mo fikir lagi dah bab study n exam nih...buleh gitu?
nick ~ tu la pasal.. gigil weh! ;p
mek ~ isk.. leh camtu ek.. akak xleh.. slalunya sampai setengah jam awal.. :)
kak wear ~ hehehe.. err saya ada 2 thn lagi kena hadap.. pastu xnak fikir lagi dah.. tobat dah.. ekeke.. ;p
haha takleh sebenarnya.. tapi, kan.. dari skip terus exam tu.. naya plak nanti...
hadoihhh klu akak kompem akak amek cuti sehari terus drpd sakit jantung mcm tu huhuh
terlampau jimat cermat bab duit boleh jadik bakhil, memang betul...huhuhu
tapi maksu pun serik nak jimatkan cuti bab2 pekerjaan, persekolahan ni... serik dah. ada pernah nak i/view, siap sesat, dahlah x amik cuti betul2 supaya can come prepared..... terlewat, siap berpeluh2 time i/view, terus fail ditemuduga, huhuhu
Post a Comment