Friday, 6 August 2010

BERSIAP SEDIA

Sekejap je dah bulan 8. Minggu depan dah mula puasa. Ada yang masih ganti puasa ke? Ai dah abisssss... errr 2 minggu lepas. Suka benor menangguh, tu yang dah hujung-hujung baru terkial-kial mengganti. Ni mengata diri sendiri yea, sila jangan terasa! ;p
.
Camne persiapan menyambut ramadhan? Untuk aku, takde persiapan tertentu. Almaklum la duduk dengan emak. Menu berbuka puasa dan bersahur tu semua emak yang sediakan. Aku tukang tolong buat air je. Nak aku masak kena la tunggu hujung minggu yang takde kelas. Redha je la yea emak. Hehehe.
.
Dah mula fikir menu untuk berbuka puasa ke? Biasa la bulan puasa ni mula la mengidam nak makan macam-macam kan. Ada yang dah mula menggugel resepi untuk dijadikan juadah berbuka puasa?
. ~ada gak yang tersesat kat sini masa cari ilham...
soto kuali? masak soto dalam kuali ke?
.
Aku jarang la nak menyinggah pasar ramadhan tu semua. Emak ai masak lagi sedap yu sampai ai pun naik gebu. Kuih yang aku suka bila bulan puasa, popia goreng dan kuih titicara cara [manis atau berlauk]. Dua-dua kuih senang yang memang akan buat sendiri je. Kalau nak beli pun cam murtabak, air tebu. Apa menu wajib bulan puasa korang? Err cite awal-awal la... kang dah bulan puasa tak syok la nak cite pasal makan kan kang terliur... makhruh... ekeke.
.
Eh, ni fikir nak puasa ke fikir nak berbuka yang lebih ni? Kang ada plak patutnya puasa makin turun, jadi naik plak... ekeke. Walaupun terpaksa bercuti sementara dari pegi gym [Isnin depan last pegi gym sebelum puasa] dan main badminton, misi mengamalkan gaya hidup sihat akan diteruskan. Errr terawikh pun kira bina otot kan. Lagi-lagi yang buat 21 rakaat. Aku buat 8 je dah pancit. Selamat membuat persiapan menyambut ramadhan.
.
.
ps: oh, dah lama gak tak menconteng...
rindu nak menekap tiru lukis! ;p

7 comments:

Mak Su said...

bina otot?

Aku adalah aku said...

Selamat Bepuasa...

pB said...

semoga ibadat puasa kita tahun ini lebih baik dan lebih sempurna dari tahun lepas ...

achik said...

mak su ~ a'ah tapi idak la sampai ketul2 cam ahli bina badan.. ekeke.. ;p


elly ~ selamat berpuasa.. :)


kak pB ~ mudah-mudahan.. :)

Masy said...

kuali utk buat soto kot.. hahahaah ade ke ;p

Pa'chik said...

menu wajib... air... :P

achik said...

kak masy ~ hahaha.. mana plak masak soto dlm kuali kan.. ;p


pa'chik ~ hahaha.. tu mmg wajib.. ;p