Tuesday, 28 September 2010

CITE HUJUNG MINGGU

Hujung minggu lepas balik kampung... menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku... majlis pertama bagi keluarga Pak Uda aku...
.
~tema jawa... dah kawen ngan orang jawa...
sepupu aku pengantin lelaki...
.
Selamat pengantin baru Angah [bole tak aku x sure nama penuh dia... dah asyik duk panggil Angah je]... moga berbahagia ke akhirnya...
.
Yang tak bestnya, semalam aku MC gara-gara perut meragam... tak tau salah makan kat kenduri ke apa... tapi dah 2-3 kali gak jadi camni, balik makan kenduri je perut meragam... buat aku takut je nak makan lauk kenduri... huhuhu... tapi takpe la, cuci perut!

Friday, 24 September 2010

SI BALDU BIRU

Skang ni ramai betul duk menggiler ngan kek ‘baldu merah’ [red velvet]. Hari tu plak tengok member aku duk tepek resepi kat blog dia. Tetiba selasa lepas datang plak semangat nak membaking... plannya nak buat hujung minggu, tapi tetiba excited sebab tak sabar nak rasmikan beberapa alatan membaking yang baru dibeli... hehe...
.
Disebabkan aku ni suka jadi 'the derhaka student' yang kununnya nak buat lain dari yang lain, telah tergatal tangan mengubah warna asal... si baldu merah telah bertukar wajah menjadi si baldu biru... tapi terlebih buh pewarna, instead of sweet baby blue i've hope it should be, the colour of the cake turned out a bit scary and ugly too dark... huhuhu... err namun begitu walaupun rupa agak huduh rasa tetap sedap...
..
~the blue velvet cake with cream cheese topping..
err segan nak tunjuk 'kebiruan' kek itu...
niat asal nak bawak gi opis pun terbantut, segan weh...
kang orang ingat kek expired plak... ;))
.
.
note to self: lenkali jangan gatal2 nak menderhaka... sila ikut arahan yea! ;p

Tuesday, 21 September 2010

MIMPI MAINAN TIDO

Baru semalam baca entri kak wear pasal mimpi seram.. tetiba malam tadi aku plak didatangi mimpi seram... tapi rasa cam bebetul lak tang hujung-hujung tu.
.
Mula-mula mimpi tu agak mengarut... watak-watak yang terlibat kebanyakkan orang yang aku berurusan siangnya. Gi shopping ngan opismet aku. Sebab dah terlambat, tetiba opismet aku tu berlari balik sendiri. Aku cuba kejar dia... pastu blur blur skit apa yang terjadi. Siap ada adegan masak-masak, gaduh-gaduh... huhu..
.
Hujung-hujung tu aku jumpa balik opismet aku tu. Tapi bila aku tegur dia, rupa-rupanya bukan dia tapi hantu. Aku pandang muka hantu tu, muka tu idak la huduh atau ngeri tapi tetap rasa sangat menakutkan. Dalam mimpi tu aku struggle untuk cuba baca surah tapi ayat yang terkeluar jadi tak berapa betul. Banyak kali aku cuba baca. Hujung-hujung tu baru betul tapi masih tersekat-sekat... Tiba-tiba aku tersedar tapi masih takut nak buka mata. Rasa cam ada sesuatu je. Aku baca dalam hati banyak-banyak kali surah al-fatihah, ayat kursi dan 3 kul. Pastu baru boleh berkalih badan. Dan alarm pun berbunyi. Isk, apa kejadahnya kul 5 pun masih mimpi ngeri weh!
.
Bila tulis balik kat sini memang takde la menakutkan sangat mimpi tu. Tapi masa terjaga tu memang rasa takut semacam je. Adeh, ni yang buat serun kat bilik sendiri ni...
.
ps: malam ni ada yang tido bawah celah ketiak emak ni... ;p

Monday, 20 September 2010

RANDOM PIC AT I-CITY!

Takde idea nak merapu apa tapi cam biasa gatal nak updet... maka tepek je la gambar2 masa berposing sakan kat I-city pada bulan puasa yang lepas...
..
~yang paling kanan tu tetiba je terselit sama... ;p
.
.
~gambar memanjang je bertiga... yela sorang kena la jadi tukang snap kan... .
.
.


.
..
. .
Kat semua ceruk kitorang bergambar sampai bateri masing-masing kong... ehehe...
Ni je la antara gambar menarik yang aku nak kongsikan...
Errr selain lampu warna-warni, xde benda menarik pun kat situ...
Kalau ada mall, maybe ok skit kot... takde la gi semata-mata nak tengok lampu kan...

Friday, 17 September 2010

DAH SEMINGGU BARU NAK CITE

Tahun ni tema pink.. errr Uda aku yang pilih warna... adik aku tensen je kena pakai baju warna pink... nasib la... ehehehe... tapi macam biasa, ada je yang 'tersesat' warna lain...
..

~alisa... raya tahun ni dah pandai jalan... terkedek-kedek comel je berbaju kurung...

....

~semua cucu-cucu perempuan emak plus emot terselit sama...

masa ni yang lelaki semua ke masjid....
.

~sesi bermaafan dan bergambar...
.


~gambar self-snap harus la ada kan... ;p
.
.
~sepesen je gaya baring tengok tv... dua2 ni sepupu dan sebaya...
.
.

~pakcik aku baru buat pondok ni... jadi port anak-anak buah aku main...

.
.
~malam jadi port orang2 tua plak berborak...
malam raya pertama tu lepak sampai kul 11 lebih... aku rasa masa ni aku 'ketegur' kot...
sebab tiba-tiba je badan seram sejuk bulu roma meremang...
.
.
Overall raya meriah cam biasa... lagi-lagi cukup korum... tahun depan tak dapek la... walaupun cuti 6 hari, rasa sekejap je... sebab lama sangat duk kampung... raya ketiga baru balik kl...
.
Hari isnin tu seharian bertapa kat jabatan imegresen... bayangkan la dari kul 10 lebih, hampir pukul 4 lebih baru selesai... fuhhhh, tekanan sungguh.... tapi aku rasa tahap kesabaran aku dah semakin baik... kalau dulu, mau aku balik je dari nak tunggu berlama-lamaan tu... buatnya kejap je, nak tunggu giliran tu berjanggut weh! Emak aku siap boleh balik 3-4 jam, datang balik pun blum sampai giliran aku lagi... kalau tau baik aku ikut balik sama... [psttt, aku ternampak 'mak merah' ngan husband dia kat imegresen tu]
.
Sekian cite raya... tiap-tiap tahun sama je sebenarnya pun... ;p

Wednesday, 15 September 2010

KEMBALI BERTUGAS SETELAH BERCUTI 6 HARI

Hari ni dah masuk keje... err sebenarnya dah apply cuti sampai rabu [jumaat baru masuk keje] tapi sebab plan nak ke Kedah telah dibatalkan, apa kes nak duk rumah lama-lama... baik masuk keje, jimat skit cuti aku. Tu pun ikutkan nak masuk keje semalam tapi masih tak berapa sihat.. dilanda ‘demam raya’... err tahun ni, sebelum puasa demam... tengah puasa demam... lepas puasa pun demam... antibodi lemah sungguh, isk! Tapi ai dapat puasa penuh yu tahun ni... ‘anak bulan’ lambat kelihatan, bukan sebab yang lain... huhu..
.
Tahun ni best betul sebab cukup korum... semua adik beradik ada di pagi raya... seronok!
.
Errr sambung update kemudian la... x syok plak takde gambar... ;p

Tuesday, 7 September 2010

CURIK2 UPDATE JAP

Jumaat lepas adik aku bagitau kawan dia bagitau dia sepanjang bulan September, seluruh jabatan imegresen akan ditutup. Biar betul! Takkan la kot. Makanya pagi-pagi sabtu tu dah pegi Kompleks PKNS Shah Alam. Sampai sana, tengok memang tutup. Tapi rupanya sabtu ahad je tutup. Hampeh je kawan adik aku tu... bikin cuak je!

Balik tu terus melencong ke Parkson OUG... gi shopping dekat-dekat je sebab nak jumpa orang amik barang kat area tu. Dah amik barang gi hantar kat rumah kak F. Ingat pastu nak gi sambung shopping kat IOI je tapi boleh plak ‘termakan hasutan’ kak F. Kitorang gi Alamanda. Tak sedar diri kena balik rumah sebelum pukul 2 sebab nak bertolak gi Melaka pulak. Last-last tersasar gak sampai kul 3. Emak dah bising-bising. Mulanya aku bagitau, susah-susah pergi je la tanpa aku. Sebab abang ngan adik aku gi sekali tapi sudahnya diorang tunggu gak aku.
..
On the way nak gi Melaka, baru sampai area bangi tiba-tiba dengar bunyi semacam kat tayar. Dah la masa tu kat lane paling kanan. Seb baik la tak banyak kereta dan tak berapa laju, so cepat-cepat ke tepi. Bila turun tengok, tayar pecah macam langgar something tajam tapi rasanya masa tu takde langgar apa pun. Seb baik sebijik je yang pecah. Yang buat tambah teruk, bila tukar tayar spare... tayar tu takde angin. Tapi terpaksa gak jalan perlahan-lahan. Seb baik lagi dekat ngan persimpangan bangi, so masuk situ dah terus cari kedai tayar.
..
Tetiba terfikir, kalau la aku tak jadi ikut dan benda tu jadi teruk... tayar meletup, laju tak dapat kawal kereta dan kalau la apa-apa berlaku kat emak, abang dan adik aku... aku rasa mesti aku tak dapat maafkan diri sendiri. Isk! Syukur sangat semuanya selamat.
.
So, yang balik kampung tu... berhati-hati di jalan raya. Pastikan kereta dalam keadaan yang selamat untuk perjalanan jauh mahu pun dekat. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.


.
Selamat menyambut hari raya aidilfitri. Maaf zahir batin.




ps1: masih tak berkesempatan nak subscribe tenet kat rumah... adeh, dah nak gigil dah ni! ;p
.
ps2: ada harapan nak puasa penuh tahun ni... yeay!

Wednesday, 1 September 2010

SEHARI YANG TRAGIS TAPI BEST!

Jumaat lepas gi berbuka puasa ngan member seasrama kat Int*km*. Tragis sungguh nak menjayakan majlis berbuka puasa ni. Sudahnya cuma 5 orang je [termasuk aku] yang ada. Tu pun 3 orang sampai lepas waktu berbuka. Err paling sadis Jiah ngan Hasni la yang sampai hampir kul 8 gara-gara terkandas dalam jem teruk kat KL. Dah la tukang organize sendiri ‘sesat’. Ye2 aku bagi direction untuk ke meja kitorang, rupanya diorang berada kat tempat yang salah. Tapi aku mengaku sebahagian dari tu salah aku sebab tercadangkan buat hari jumaat tu sebab ingatkan semua orang cuti Nuzul Quran tu... rupanya KL tak cuti. Dan masa tu dah kritikal sangat nak tukar tempat dan tarikh. Terpaksa proceed je. Tapi sungguh tak berbaloi!
.
Takpe-takpe pasni kita plan baik punya.
.
Lepas tu sempat plak gi menyinggah ke I-city [orang gi terawikh ko gi melagho kat sana.. bagus tul... err sesekali]. Tengok gambar orang lain, rasa cam menarik giler tempat tu. Tapi bila dah sampai, la setakat tengok lampu warna-warni je. Hampeh. Err tapi tetap je berposing kat tiap ceruk. Hahaha. Pastu bukan nak terus balik, lepak lagi kat mamak. Ish, anak sape la yang duk lepak malam-malam ni?
.
Jiah ikut aku balik, malam tu dia tido kat rumah aku. Ha, ni ada lagi satu kejadian tragis.
Elok kat Taman Medan tu [nak dekat dah ngan rumah aku], tiba-tiba ada road block. Ah, sudah! Aku bagitau Jiah roadtax aku dah mati tapi Jiah kata takpe kot ni bukan untuk check roadtax. Tapi ramalan ku benar belaka... Kena la tahan beb!
.
Pak polisi tu mintak ic ngan lessen [seb baik lessen aku tak mati lagi]. Dia suh aku turun. Aku pun bagitau la aku dah bagi runner bayar roadtax tu tapi masih pending sebab kununnya aku ada saman. Tapi bila aku check, takde saman pun. Tergagap-gagap aku. Cuak punya pasal.
Dia pun call orang dia suh check betul ke aku dah suh orang bayar.
.
Roadtax aku tu dah mati 19hb. Aku tersalah ingatkan mati 31hb. Tu yang terlambat setelkan. Sebelum tu memang aku drive kete adik aku, Cuma kebetulan hari tu aku terlupa bagitau adik aku nak guna kereta dia dan dia pun dah keluar. Ingatkan takde apa la, sekali... hambik ko!
Seb baik la pastu orang tu sahkan dah bayar 20hb lagi.
.
“Awak suh sape bayarkan? Dia duk mana?”
“Ada orang tu dulu dia kat cheras tapi skang dah pindah. Emak saya yang uruskan dengan dia”
“Dia nak tipu awak la ni. Tapi saya kena saman awak ni... saman tak pamer”
“Err tapi saya tak dapat lagi encik, macam mana saya nak pamer?”, aku pun sengal boleh jawab camtu. Seb baik dia tak kata nape pandu kalau dah tau roadtax mati. Dah la tengah malam.
.
Agaknya dia tengok muka aku seposen je, dia pun bagi lepas. Siap pesan lagi tu.
.
Malam tu aku ngan Jiah tak tido. Duk borak sakan sampai ke pagi.
.
Tu baru sehari je... dah macam-macam. Hari-hari lain sangap je. Dengan tak bape sihatnya tapi masih berjaya gak buat kuih 3 jenis. Ada je benda yang aku nak buat tapi tak terbuat. Haih!
.
ps: cuti bloghop jap..