Tuesday, 7 September 2010

CURIK2 UPDATE JAP

Jumaat lepas adik aku bagitau kawan dia bagitau dia sepanjang bulan September, seluruh jabatan imegresen akan ditutup. Biar betul! Takkan la kot. Makanya pagi-pagi sabtu tu dah pegi Kompleks PKNS Shah Alam. Sampai sana, tengok memang tutup. Tapi rupanya sabtu ahad je tutup. Hampeh je kawan adik aku tu... bikin cuak je!

Balik tu terus melencong ke Parkson OUG... gi shopping dekat-dekat je sebab nak jumpa orang amik barang kat area tu. Dah amik barang gi hantar kat rumah kak F. Ingat pastu nak gi sambung shopping kat IOI je tapi boleh plak ‘termakan hasutan’ kak F. Kitorang gi Alamanda. Tak sedar diri kena balik rumah sebelum pukul 2 sebab nak bertolak gi Melaka pulak. Last-last tersasar gak sampai kul 3. Emak dah bising-bising. Mulanya aku bagitau, susah-susah pergi je la tanpa aku. Sebab abang ngan adik aku gi sekali tapi sudahnya diorang tunggu gak aku.
..
On the way nak gi Melaka, baru sampai area bangi tiba-tiba dengar bunyi semacam kat tayar. Dah la masa tu kat lane paling kanan. Seb baik la tak banyak kereta dan tak berapa laju, so cepat-cepat ke tepi. Bila turun tengok, tayar pecah macam langgar something tajam tapi rasanya masa tu takde langgar apa pun. Seb baik sebijik je yang pecah. Yang buat tambah teruk, bila tukar tayar spare... tayar tu takde angin. Tapi terpaksa gak jalan perlahan-lahan. Seb baik lagi dekat ngan persimpangan bangi, so masuk situ dah terus cari kedai tayar.
..
Tetiba terfikir, kalau la aku tak jadi ikut dan benda tu jadi teruk... tayar meletup, laju tak dapat kawal kereta dan kalau la apa-apa berlaku kat emak, abang dan adik aku... aku rasa mesti aku tak dapat maafkan diri sendiri. Isk! Syukur sangat semuanya selamat.
.
So, yang balik kampung tu... berhati-hati di jalan raya. Pastikan kereta dalam keadaan yang selamat untuk perjalanan jauh mahu pun dekat. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.


.
Selamat menyambut hari raya aidilfitri. Maaf zahir batin.




ps1: masih tak berkesempatan nak subscribe tenet kat rumah... adeh, dah nak gigil dah ni! ;p
.
ps2: ada harapan nak puasa penuh tahun ni... yeay!

9 comments:

Siti said...

achik,
alhamdulillah. sib baik takde pape.
selamat hari raya. bila start cuti raya?

lyza said...

hati-hati ye dan selamat berhari raya.
puasa penuh..bertuahnya.

arianna adrizal said...

alamak... tingat lak tayar xtukar lg..

selamat menyambut lebaran. maaf zahir batin.

nicky said...

hoh? bulan2 pose mencurik? tak baik, berdosa weh... har3

Alhamdulillah tak da pape yg x baik berlaku.

Mak Su said...

slmt hr raya, dan maaf zahir batin :)

tasekM said...

ngandung ke cik....? he he.

selamat hari raya.
maaf zahir batin.


.

achik said...

kak siti ~ alhamdulillah..
khamis baru start cuti.. akak bila balik kg?


kak lyza ~ selamat hari raya..
blum tentu penuh.. ada 2 hari lagi ni.. ;)


anne ~ haa, cepat2 tukar..
selamat hari raya.. maaf zahir batin.. :)


nick ~ hahahampeh.. tp seminit je.. ;p
tu la seb baik xde apa2.. cuak dowh!


mak su ~ selamat hari raya.. maaf zahir batin.. :)


kak tasek ~ uish, agak2 la kak.. kawen pun blum.. isk!
selamat hari raya.. maaf zahir batin..

cikdinz said...

selamat hari raya.
maaf zahir dan batin.

Bunga Rampai said...

Alhamdulillah semua ok.

Puasa penuh? Bestnyer ...

Salam Aidilfitri Achik, maaf zahir dan batin :)