.
Memetik ayat dari entri ni.
“Harap-harap suatu hari nanti ada la rezeki merasai sendiri pengalaman jauh berjalan luas pemandangan ni”
.
Alhamdulillah, tak sangka cepat sungguh Allah makbulkan impian aku untuk merasa sendiri pengalaman berjalan ke negara orang. Peluang dan rezeki datang dalam pelbagai betuk dan cara yang kadangkala tak dijangka. Syukur sangat. Errr entri tu bertarikh 14 April... genap seminggu selepas besday aku... kira cam besday wish come true la ni... ;)
Aku kan asyik ‘memekak’ nak join kampeni trip adik aku tapi alih-alih tak dapat join sebab diorang nak buat masa bulan puasa [tapi sudahnya diorang gi 4 Nov ni, hampeh!]. Tapi pastu tetiba dengar ura-ura tahun ni kampeni aku jadi buat trip. Sebenarnya kat sini memang ada buat company trip once in 2 years. Walaupun masa interview lagi dah diberitahu yang company trip adalah salah satu benefit keje kat sini, tapi aku takde la mengharapkan sangat untuk join sebab aku membayangkan aku mungkin tak lama keje kat sini. huhuhu.
Sepatutnya trip ni dibuat tahun lepas tapi atas sebab-sebab tertentu telah ditunda ke tahun ni. Kalau buat tahun lepas, aku tak berpeluang lagi sebab hanya yang dah bekerja 2 tahun ke atas sahaja yang layak untuk join. Agaknya dah memang tersurat rezeki aku untuk dapat peluang ni. Kalau nak tunggu trip seterusnya, entah masih bekerja kat sini lagi ke tak. Yela kan, mana la tau kot la dah lompat kapal masa tu.. hehehe. Apa-apa pun syukur sangat!
Mula-mula ingatkan tak dapat gak gi sebab tarikh trip tu jatuh pada minggu terakhir kuliah dan aku ada satu test. Terpaksa la karang 'email chenta' minta pelepasan dari lecturer untuk anjakkan test awal seminggu dan ‘terpaksa’ ponteng 6 jam kuliah terakhir. Risau gak masa tu tapi Alhamdulillah dapat gak pelepasan tu.
Oh2 masa nak cite tapi cam tak nak cite tu bukan apa, takut la duk propa lelebih tetiba tak jadi cam tahun lepas... bikin malu aje! ;p
Jumpa next week... :)

9 comments:
yes, Korea here i come.. ;p
woits, ko nk pi bercuti ke mana nih?
selamat pergi n balik :)
bebaik jenjalan tu
gi sidni eh?
gi mana??
tahniah, tahniah...jgn lupa ole-ole
ikutttt... =)
kak lyza ~ ;))
nick ~ company trip.. :)
kak wan ~ alhamdulillah dah selamat pegi & balik.. :)
kak pB ~ makasih.. :)
pa'chik ~ tak la.. ;)
kak masy ~ akak dah teka betul.. ;p
kak wear ~ makasih.. alamak, ole2 x cukup.. lenkali la ek.. ;p
anne ~ lambatttt.. kan dah kena tinggal.. ekeke.. ;p
Post a Comment