Wednesday, 3 November 2010

AUTUMN IN MY HEART PART 2

Masih bercerita tentang trip hari tu... layan je la ek... ;p
.
Day 3
..
Jadual hari ketiga agak padat. Banyak sangat tempat nak dilawat dalam sehari tapi semua singgah kejap-kejap je. . Dimulakan dengan melawat Yongduam Rock.
.
.

Pastu gi Seopjikoji. Cite 'All-In’ & ‘Eye at Dawn’ shoot kat sini.
.

.
~ni gereja sebenarnya... saja aku cropkan cross tu...
..
.
Diteruskan dengan Sunshine Peak. View kat sini sangat cantik kalau panjat sampai atas. Tapi malas sebab baru je jalan jauh kat Seopjikoji sebelum tu. Dah la masa yang dibagi tu singkat je. So snap2 gambar kat bawah tu je...
.
~kat bawah pun view dah cantik...
.
Pastu melawat Songeup Folk Village plak. Err tapi 'motif sebenar' dibawa melawat tempat ni cam semata-mata nak jual madu je. Huhuhu. Oh2 kat pulau jeju ni perempuan lagi ramai dari lelaki. Dulukala lelaki dilayan cam raja la kununnya. So masa diberi testing madu, yang lelaki disuap tapi perempuan kena makan sendiri. Hampeh je.

..
Kemudian singgah kejap O’Sullock Tea Museum. Depan muzium tu ladang teh.
~kat sini sempat merasa aiskrim green tea yang rasa cam teh tarik tapi sedap...
.
Pastu gi Glass Castle. Ala takat tengok macam-macam arca dibuat daripada kaca recycle.
.

~perasan kejap jadi cinderela naik kereta labu... ekeke... ;p

Malamnya acara bebas lagi... jalan-jalan cuci mata kat Tap-Dong Underground Street. Masih bermalam kat Jeju.
.
Day 4
Pagi tu sempat melawat Folklore & Natural History Museum terbang semula ke Seoul. Suhu masa ni semakin sejuk berbanding masa mula-mula sampai. Brrrrr!

Sampai sana, lepas makan dibawa shopping kat Doota. Masa ni ada 'kejadian' skit. Tour guide kitorang dah bising2 pastu nak cut itinearary. Shopping yang patutnya 2 jam dipendekkan jadi sejam. Lepas shopping, teruskan perjalanan gi area Mount Sorak. Lebih 3 jam perjalanan. Huhuhu. Sampai sana pun dah lewat, pas check-in tak keluar dah.

Day 5
Disebabkan masa kitorang gi tu boleh kata peak season gak dan tempat nak dituju tu [Mt. Sorak National Park] memang tumpuan pelancong, makanya seawal kul 5 dah bangun weh. Bercuti pun kena bangun awal. Heh! Tu pun sampai sana dah start jem. Seb baik tempatnya sangat cantik...
.

~ masing2 terpaksa beli glove sebab tangan dah beku... bapak sejuk!
.
Kuar awal pun sudahnya terpaksa tunggu turn kul 9.30 untuk naik kereta kabel. Sementara tu pusing-pusing kat bawah tu.


.
~tengok dari jauh, gayattttt dibuatnya... seb baik bila naik ok...
.


~sape panjat sampai atas tu 'dapat' pingat... errr tapi kena bayar la... ;p

~berbondong2 orang...
.
Turun dari Mt Sorak, lepas check-out kitorang singgah Daepohang Fish Market sebelum teruskan perjalanan balik ke Seoul semula. Masa ni paling tekanan. Jalan jem tak hengat. 6 jam weh duk dalam bas. Sepatutnya pegi satu lagi tempat tapi terpaksa drag esoknya sebab dah lewat. Huhuhu.
.
2 malam terakhir tu kitorang tido kat Mariot.
.
ps: ada satu part je lagi... pastu abis dah pasal korea trip... :)

5 comments:

Pa'chik said...

aku nak tau pasal 'kejadian' tu je... :P

Siti said...

achik,
akak pun nak tahu pasal kejadian tu.:P

tp bestnyer achik..jeles...
akak teringat kat arwah makcik akak. lps balik seminggu dr korea dia meninggal. dia belikan sesuatu utk akak tp tak tahu dia belikan apa sbb belum sempat dia agihkan barang2 dia masuk spital. sedih...

me3n said...

oi suke ko eh jalan2..apa yang ko belikan untuk kami?

achik said...

pa'chik ~ ala, xde apa sgt sebenarnya.. opismet saya 'hilang'.. sementara tour guide kitorang cari diorang, kitorang terpaksa proceed ke tempat lain.. seb baik x lama pastu jumpa, so diorang terpaksa amik cab gi tempat yg kitorang gi tu.. :)


kak siti ~ sila rujuk atas.. ehehe..

oh yeke.. huhuhu.. al-fatihah utk makcik akak tu..


ad3ck ~ company trip la weh.. err xde beli apa.. duit sana mahal.. ;p

adie said...

waaa..aku ingatkan salah masuk blog korea tadi.hehe..

takkan tayang gambar jer, free gift tu kami takde ke. hehe