Pengurusan Kejuruteraan. Salah satu paper yang aku amik sem lepas.
.
Masa final exam, ada satu soalan ni pasal motivasi kerja. Apa yang memotivasikan seseorang untuk terus berkerja dalam satu organisasi tu dan apa yang perlu dilakukan oleh seorang pengurus bagi memastikan pekerja bawahannya untuk terus bermotivasi untuk berkerja. Since bahagian tu memang lebih kepada common sense, aku pun hentam je ikut suka aku berdasarkan apa yang aku rasa dekat tempat kerja. Macam melepaskan geram yang terbuku masa menjawab soalan tu. Heh!
.
Errr, apa yang aku nak merepekkan ni bukan pasal paper tu. Tapi tentang keberanian untuk menyuarakan ketidakpuashatian pada tempat yang betul. Bukan lepas geram masa final merungut-rungut kat belakang kununnya tak dihargai, beban kerja tak setimpal dengan apa yang diperolehi, bla bla bla...
.
Sebenarnya masa mid-year appraisal yang lepas adalah rasa sedikit tak puas hati pasal sesuatu sedangkan markah performance aku meningkat berbanding lepas. Ikutkan nak je tanya HR tapi cam malas plak la nak persoalkan lelebih.
.
Skang ni tengah buat end year appraisal. Since tak nak benda yang sama berulang, nak tak nak aku beranikan diri jugak untuk tanya HR pasal sesuatu tu. Akhirnya 'ketidakpuashatian' telah terjawab. Lega. Walaupun mulanya rasa cam segan nak tanya tapi untuk kepentingan diri sendiri beranikan juga untuk bersuara. Tak boleh lagi nak terima seadanya je pastu sendiri tak puas hati pastu mula la duk cari keje lain... heh!
.
So pasni agak-agak tak puas hati je, bagitau je. Walaupun tak semestinya kita akan dapat 100% apa yang dihajati, sekurang-kurangnya dah lepaskan satu beban. Beban menyimpan rasa tak puas hati.

5 comments:
salam
sama la saya arituh...
tp tatau laa resultnya cemana nnt...
:)
Achik, belasah jer...hak kita utk mengetahui. Takkan sebab tu dia nak buang kita kerja pulak kan?
dah print resume?? :P
kehelan ~ harap2 ok la kan.. :)
kak wear ~ tu la saya pun fikir camtu.. bab buang tu insya-Allah tak tapi tp pandangan bos la pada kita.. kot kata dah pandai demand ke apa.. ;p
pa'chik ~ err blum.. nak update dulu.. ;p
tak denye achik, bos pandang kerja asal siap aje. Kalau demand pun apa salahnya, at least dia berfikir la sikit. Kita bukan buat kerja lekeh-lekeh, kalau balik lambat pun tak claim kan?
Post a Comment