Monday, 27 December 2010

Y.E.P.

Year End Picnic bukan Year End Sale... ;p
.
Semalam acara penutup piknik keluarga untuk tahun 2010... ala, takat piknik kat pantai Jeram, Kuala Selangor je... walaupun pantai takleh mandi, lepak-lepak dan makan-makan je tetap syok...
.
~dapat port baek punya... yela dah sampai sana subuh sepii'kul 8 lebih...
masa sampai air pasang dalam surut pukul lima...
.
~alisa si penakut air...
.


~si kenit ni sangat suka bergambar... asal nampak aku je duk nyebut 'bar bar'...
samada mintak nak tengok gambar atau nak bergambar... ;p
.

~dah sakan main, lena tido dibuai angin pantai... ;p

Percubaan mengamik gambar lompat-lompat...

satu

dua
tiga
.
Errr mula-mula banyak tak jadi, bila guna sequence shooting baru dapat capture... bila dah berjaya apalagi, sakan mempraktik... ;p
.
lompat lagi...
.
dan lagi...
.
Baru sampai seru nak bereksperimentasi dengan kamera tak berapa baru beli semata-mata sebelum nak gi Korea... ala takat digicam biasa je pun... belum mampu lagi nak beli dslr... err bleh masuk wishlist untuk 2011 kot... ;)

~sebarisan burung sedang 'berhijrah'...
sila zoom untuk tumbesaran...
.

~air dah surut skit... xtau la diorang ni mencari apa sampai tengah tu...

Sebenarnya ada motif amik gambar ni... nak pastikan apa 'objek' dalam bulatan merah tu... mak aku duk kata nampak cam orang lemas je, makcik aku plak duk teka kelapa kot yang hanyut... masa ni air dah nak pasang balik... so cam risau je tengok orang-orang yang duk kat tengah laut tu masih 'tak nak' naik lagi... dan rupanya objek dalam bulatan merah tu memang orang pun... tapi dari gambar tu tengok dia masih bertopi, ok kot bukan lemas... nelayan yang tengah gigih mencari kepah kot... huhuhu...

Errr yea, kitorang duk lepak dari pagi sampai ke petang, dari air pasang pastu surut pastu nak pasang semula, baru reti nak balik... haih!

.

ps: 3 minggu orang Melaka duk KL... rindu la pasni terutama ngan jelingan maut si kenit... ;p

7 comments:

Pa'chik said...

pulau dobijik tu hada meniaga hapa weh???

nicky said...

ak pun pi pantai jeram ahad ari tuh. awat x jmpa ko? owh, sbb ak kul 5.30 kot baru pi sana. He3 ;p

achik said...

pa'chik ~ entah xtau ada apa kat sana..


nicky ~ oh yeke.. aiseh, cde jodoh plak nak jumpa.. aku time tu dah balik kot..
err gi deting ke beb? ekeke.. ;p

arianna adrizal said...

ooo ada eh tmpt ni.. xpasan lgsg

Masy said...

beh tuu piknik... ckp bar bar tu agaknye nk bgtau bar batt dah flat kot hehee

achik said...

anne ~ pantai nelayan, tu yg x perasan.. tp petang2 ramai je orang datang situ.. :)


kak masy ~ best.. kenyang2 makan laksa, tido dlm khemah.. heaven sungguh! ;p

nicky said...

ak dating dgn anak buah yg memaksa ak bwk ke sana utk bermain layang2. hu3