Friday, 11 February 2011

MUHASABAH DIRI

Kenapa ek walaupun dah tahu benda tu tak elok tapi masih jugak nak buat? Saja mencari penyakit? Err macam penyakit procastinate yang semakin kronik. Tu namanya penyakit buatan sendiri. Duk tangguh-tangguh pastu duk bising tak cukup masa, kunun masa cepat sangat berlalu. Takde maknanya penyakit tu nak sembuh setakat suh orang berdoa kalau diri sendiri tak cukup kuat berusaha. Tahu tapi buat jugak. Haih!
.
Aku rasa ada banyak benda yang aku nak buat tapi aku tak pernah cukup kuat berusaha untuk menjayakan benda tu. Contohnya nak belajar berenang dan gi kelas baking. Dah berjaya cari kelas paling dekat dengan harga berpatutan, tinggal nak book tempat dan pegi je. Tapi disebabkan tak cukup berusaha cari masa, ditambah pulak dengan penyakit utama suka menangguh berserta alasan-alasan remeh yang lain, sudahnya satu apa pun tak jadi. Huhuhu.

~reasons of procastination habits...

.
Ada banyak lagi penyakit kronik yang perlu diubati. Penyakit malas. Penyakit susah nak fokus. Penyakit malu tak bertempat. Penyakit takut. And the list goes on. Perlu berusaha cukup kuat untuk menyembuhkan penyakit-penyakit tersebut.
.
Errr sebenarnya aku tengah panik sebab banyak benda yang patut aku buat tapi aku tak buat. Tu yang buat entri ala-ala muhasabah diri. Heh!
.
ps: mungkin kena mula buat 'daily to do list'.

2 comments:

lyza said...

dan anda masih single. senang nak atur jadual ;p

Anonymous said...

senang je... tangguhkan rasa nak menangguh tu... :P