Monday, 27 June 2011

KEMBALI BERSIARAN

Dah selamat kembali dari 'pertapaan'.


Disebabkan jadual yang padat, tak sempat nak mengupdet blog yang dah memasuki fasa hidup segan mati tak mahu ni. Lega sangat dah selesai 'acara tahunan' yang terakhir. Sangat lega sebab sesi kali ni berjalan dengan lancar. Walaupun macam buat 3 'mini psm', tapi semua siap dengan jayanya.


Abis je lab ketiga petang jumaat tu, terus balik. Takde berenti makan ke apa. Nak cepat sampai punya pasal. Hehehe. Tapi sebab dah janji ngan kakak aku, singgah la Melaka. Sabtu petang baru balik sebab ahad tu kelas. Tapi penat je aku gigih balik cepat-cepat nak menyiapkan assignment... sekali semalam berlaku kejadian sengal sekali lagi.


Otw nak gi kelas tu, kak I sms aku kata jalan jem sebab ada larian. So aku pun ikut la jalan lain. Sekali hampeh, bertembung gak ngan larian tu. Banyak jalan tutup. Dah sampai lambat tu, naik la teksi ngan kawan aku nak gi KLMU. Sekali tersalah tempat. Ingatkan kat Jalan Raja Laut tu, rupanya kat Setapak. Duk tahan teksi lain pun ada yang tak tau kat mana. Masa tu dah lambat sangat nak masuk kelas. Sudahnya sepakat ngan member aku, drop je paper tu. Amik lenkali je la. Sengal giler, drop semata-mata 'tak jumpa kelas'. Haih!


Takpe la, ada la tu hikmahnya [ayat pujuk diri sendiri]. Pasni hujung minggu free sampai bulan September. Mari gi kelas baking!

8 comments:

Anonymous said...

buat larian sampai tutup jalan merata ni tak menyusahkan peniaga ke ek?? :P

achik said...

pa'chik ~ peniaga tu xtau la.. tp sgt menyusahkan org ramai.. cuba la buat larian tu kat tempat/jalan yg mmg x sibuk.. ni buat kat tgh2 pusat bandar.. jenuh..

Masy said...

agak sengal la jgk. hahahahah

Siti said...

pokcik, larian takpe. bersih dok buleh..

achik, nak gi kelas baking katner? nak ikut..

achik said...

kak masy ~ kannn.. ;p


kak siti ~ tu la pasal..

nak cari dekat2 area rumah je.. gi jauh2 takut sesat.. terus x gi plak.. ahahhaa.. ;p

Maryam said...

kelas baking... waa bestnya!

e.i.s.r.a.a said...

Kamu ni memang gila kelas eh? Tapi dropped paper... ;)

achik said...

mek ~ jommmm.. ;)


cikwa ~ hahahaa.. mengisi masa lapang.. ;p