1. Kelmarin diserang sedu secara kronik. Mula-mula kena petang. Jenuh duk minum air sampai segelen sebotol pun tak okay jugak. Siap gugel cari petua nak hilangkan tapi satu pun tak berjaya. Tak sedar tiba-tiba hilang sendiri. Cuma malam pastu kena sekali lagi. Dan keesokan paginya masih ada lagi saki baki sedu tu. Kalau baby sedu orang kata nak membesar. Err kalau dah tua bangka umur camni, udah-udah la tu membesar. Heh!
.
2. Kesibukan kembali melanda. Oh 'rasa bosan' pun dah kembali melanda. Err dah 3 tahun keje kat sini. Sangap dah kot. Petanda nak mula hantar resume kot. Tapi memikirkan bonus kat sini agak best, fikir dua tiga pat kali. Tapi serius sangap.
.
3. Pagi tadi jalan jem teruk giler. Nak dekat kul 9.40am kot baru sampai. Dengar kat radio, gara-gara banyak sekatan jalan dibuat [ *&#%%@!]. Merah lagi la punch card. Haih!
.
4. Skang dah bulan Julai. Hari tu ingat nak start buat projek awal-awal. Idak la kelas dah start baru tercungap-cungap. Ni satu apa pun belum mula. Masa buat presentation, penyelaras komen suh buat simulation je. Tapi penyelia pulak masih nak suruh proceed dengan hardware. Nak kena beli solder balik la ni. Apa-apa hal kena mula buat simulation dulu. Tengah berkira nak guna PSPICE atau MATLAB.
.
5. Akhir-akhir ni mood tak menentu. Nak cuti yang betul-betul cuti. Sangat!

8 comments:
Masters ke Degree project achik?
ye ye skang dah bulan julai projek saya pun belum mula lagik..masih hunting.. :\
kak wan ~ psm.. degree x abis2 lagi.. huhu..
kak lyza ~ projek apa? jom mula.. :)
projek jahit menjahit jer..ekeke..
cuti yang betul-betul cuti... benti... :P
oit oit... tau baca pcb kan???
kak lyza ~ projek jahit menjahit untuk raya ek? ;)
pa'chik ~ hahahampeh.. err tu kena tunggu kawen ngan org kaya dulu.. ekeke..
tau la jugak.. ;p
hahaha... amik la cuti, chik. bila dah lps cuti jd fresh balik. :)
keluar dari apa yang kita biasa buat...cuba buat benda baru sekejap tapi yang kita minatlah...lepas tu bila dah rasa hepi tu, back to old life lah hehehe....
Post a Comment