Monday, 24 October 2011

CLK

Minggu lepas aku eksiden masa otw nak gi keje. Drive kat lorong paling kanan. Idak la laju sangat tapi laju la gak kot. Tetiba kete depan brek. Aku sempat brek emergency dan tarik handbreak. Selamat. Dari sondol kete orang. Tapi kete aku yang kena sondol. Aku berenti la gak kuar tengok kecederaan yang berlaku pada kete aku. Tengok macam ok. Aku pun malas nak kecoh dan tak nak menyebabkan jalan jem [bagus tak.. heh] dan dah lambat pun, terus blah. Dah la yang sondol kete aku tu boleh buat bodoh je tak keluar pun. Aku syak dia terkedu kot. Heh! Nampak je macam calar dan kemek skit. Tapi bila bukak bonet, bila nak tutup tu ketat skit.
.
Esoknya kat tempat yang sama... idak la exactly the same spot tapi area yang sama... ada eksiden gak. Situ memang selalu. Dah la kalau eksiden, jalan memang jem giler-giler sampai tak bergerak. Tekanan.
.
Jumaat lepas plak masa nak balik keje. Hujan lebat yang amat. Tapi aku kuar awal gak sebab nak menyinggah-nyinggah cuci mata. Masa nak kuar dari opis tu, nampak dah jalan naik air. Depan opis aku tu memang, asal hujan lebat je mula la 'banjir kilat'. Sebaik la berjaya gak kete aku yang comel tu meredah air. Hampir-hampir nak termati enjin.
.
Kete aku tu, my dear clk... walaupun kiut, boleh tahan mantap gak. Sayang amat! ;p

No comments: