Alhamdulillah selesai dah satu bab.. FYP presentation part 2. Lega sangat sebab semuanya berjalan lancar walaupun demam teruk masa nak pegi tu. Makasih la para panel kerana tidak mengajukan 'soalan maut' masa present mahu pun masa demo. \(^_^)/
Prototaip projek pun tidak membuat onar seperti tiba-tiba tidak berfungsi atau pun meletup pada hari kejadian. Dah la hari sebelum present tu aku langsung tak try langsung demo. Malah tak praktis pun teks ucapan. Bukan tak cuak tapi sebab dah tak larat sangat. Paling hampeh, penyelia nak jumpa pun aku kata tak dapat jumpa sebab tak sihat. Member-member yang lain semua pakat jumpa, aku sorang je tak. Apa-apa pun lega sangat dah selesai.
Skang ni kena pulun siapkan report pulak. Errr ada sape-sape nak tolong? ;p
ps: agaknya tengok muka aku seposen je tu yang tak kena teruk... ekeke..

5 comments:
tlg wat report tak la.. tolong doa, buleh kut... ;)
selamat berjaya!!
*selepas saya sudah lepas...*
tinggal berapa sem lg achik? mendoakan semoga achik berjaya mengharunginya dgn cemerlang...
mek ~ tolong doa pun dah cukup.. makasih.. :)
kak siti ~ satu sem panjang, satu sem pendek.. 3 paper je lagi.. insya-Allah.. makasihhhh.. :)
alhamdulillah
pinjam seposen. hihhi
Post a Comment