Setelah bermacam-macam spekulasi dan andaian yang dibuat.
Akhirnya yang menjadi tanda tanya dah pun konfem.
Harapnya kali ni pun semuanya berjalan lancar.
Teruja tapi control macho. Hehehe.
2 ke 5 ek.. mana lagi berbaloi?
Thursday, 29 March 2012
Tuesday, 27 March 2012
BB1M 2
~2nd batch.. abis dah voucher..
Buku-buku hari tu dah abis khatam. Err tapi belum berkesempatan lagi mencuba menu dari buku resepi tu... nanti-nanti la!
Tak boleh start baca lagi buku-buku batch kedua ni. Busy!
Monday, 26 March 2012
CUTI-CUTI LANGKAWI PART 2
Sambung hari pertama. Oh2 sebelum tu nak cite pasal 'abang bot' [yeke abang, ntah-ntah adik??? muka muda lagi.. ahaha]. Mamat tu baik je, senyumm memanjang. Masa dah sampai jeti, tengah tunggu van nak hantar balik motel. Sekali dia cakap 'lenkali senang-senang datang la sini lagi... dah abis sekolah kan?'. Wahhhh, adakah muka kelihatan seperti budak baru abis sekolah. Matilaperasan! Ok, tu je motif sebenar cite pasal 'abang bot'. ;p
Abis je island hopping, kitorang sambung mandi kat Pantai Cenang. Mandi kat Pulau Beras Basah tak puas sangat sebab tak leh gi 'dalam' skit... ada banyak landak laut. Dah puas berendam, balik bilik mandi-mandi.. pas Maghrib gi kuar cari makan. Gi pasar malam kat Beras Terbakar. Pastu pusing-pusing kat pekan Kuah. Masa nak balik, kena tahan ngan 'abang polis ensem'. Dia suh kitorang patah balik sebab jalan yang kitorang nak lalu tu byk kerbau melintas & sedikit keras. Katanya la.
Day 2
Plan asal, nak bangun pagi-pagi mandi laut sepam dua. Tapi hampeh, lepas Subuh sambung tido balik... sedar-sedar dah kul 9 lebih. Terus siap-siap, sarap pastu check out. Destinasi seterusnya adalah nak naik kereta kebal kabel. Mula-mula cuak jugak tak nak naik sebab dengar orang cite, cable car tu menakutkan. Dah la menjunam. Sayup je tengok dari kejauhan.
Sudahnya naik jugak. I survived! Aku memang tak berani nak pandang bawah. Gayat! Pandang muka member aku je. Paling menakutkan bila lalu kat 'tiang' ngan bila dah sampai kat stesen atas. Seram giler lagi-lagi masa nak turun tu. Kecek sampai nak 'terjeluak'. Padahal sebelum tu aku rasa dia paling berani. Tak berani sempat nak gi turun kat jambatan tergantung kat atas tu.
Turun bawah, sambung amik gambar dan beli ole-ole skit. Pastu terus ke pekan Kuah. Masa ni lalu jalan jauh giler. Rupanya tu la jalan yang abang polis ensem tak bagi lalu malam tu. Baru la aktiviti membeli-belah bermula. Borong coklat je. Dan beli skit sudu&sewaktu dengannya untuk emak.
Gi bergambar kat tugu helang tu. Dah la panas terik, nak bergambar lompat2. Dah cam orang buat senamrobik tengah panas je. Seb baik masa kitorang kat situ takde orang. Hantar kete dalam kul 3pm. Beli tiket feri kul 4pm. Sempat la setengah jam makan sebelum naik feri. Dalam feri zzzzz!
Sampai stesen ketapi kul 6 lebih. Kat sana baru solat. Kakak aku ngan abg ipar aku datang hantar. Train datang lebih kurang kul 7.50pm. Sempat la jamak Maghrib & Isya' siap-siap. Ngam-ngam solat, dengar announcement ketapi akan sampai dalam masa 2 minit. Pergh, cukup2 masa je.
Balik ni dapat beli tiket katil bawah. Sakan duk borak sampai nak kat kul 3 baru tido. Sampai Sg Buloh kul 5.20am. Amik kete kat rumah kakak aku, terus balik rumah.
Balik ni dapat beli tiket katil bawah. Sakan duk borak sampai nak kat kul 3 baru tido. Sampai Sg Buloh kul 5.20am. Amik kete kat rumah kakak aku, terus balik rumah.
Memang ingat nak gi keje, sekali tertido. Tersedar kul 9 lebih. EL je la!
Cuti-cuti yang sangat best!
ps: geng 'kedai mamak', jom arrange cuti-cuti akhir tahun ni... ;)
Friday, 23 March 2012
CUTI-CUTI LANGKAWI PART 1
Baru sempat nak cite penuh pasal cuti-cuti minggu lepas...
4th Putrajaya Hot Balloon Fiesta
Dah kali keempat, ni baru kali pertama sempat gi pesta belon panas ni. Sebenarnya tak tau pun bila pest belon panas ni dibuat, aku gugel cari apa ntah tetiba nampak pasal ni. Disebabkan sabtu tu aku nak gi cuti-cuti, takut tak sempat nak bawak anak-anak buah aku jenjalan... maka Jumaat tu amik cuti semata-mata nak bawak diorang.
Mula-mula ke pesta belon ni [tapi sedih tak banyak belon pun dan tak dapat naik sebab diorang tak nak naik sekali], pastu gi OU dan akhir sekali gi Tesco Jln Klang Lama. Jalan sampai lebam!
Cuti-cuti Malaysia edisi 2012 - Langkawi
Akhirnya berjaya jugak arrange cuti-cuti malaysia yang ntah berapa kali dah tergendala. Ni last minute punya plan. Sepatutnya aku ada kelas minggu tu tapi dibatalkan. Aku pun bila tau dibatalkan je, mula la duk tanya member-member ada ke apa-apa plan... ajak gi cuti-cuti tapi cam takde respon sangat. Cuma hujung minggu sebelum tu Ajion kata dia nak gi cuti-cuti ngan adik dia pastu ajak aku. Aku pun apa lagi, ON je. Minggu lepas plak baru tanya Kecek plak dia nak join ke tak. Dah konfem, terus beli tiket train. Khamis baru cari tempat penginapan. Ingat nak gamble tapi malas la nak buang masa kat sana baru nak cari, dah la short trip je.
Kitorang naik train hari sabtu malam ahad dari Sg Buloh kul 9.45pm. Naik-naik train je dah gelak-gelak. Pestaim katakan. Jakun skit.. ahahaha! Dah la abang ktm yang check tiket tu sengal, kitorang dapat katil atas, siap pesan naik baik-baik. Haahahampeh!
Day 1
Sampai Alor Setar dalam kul 7.12am. Terus amik 'teksi sapu' ke Jeti Kuala Kedah. Tak sempat breakfast, terus dapat naik feri kul 8.15am. Sempat beli pakej island hopping kat sini. Sampai kat jeti Kuah, pun tak sempat nak makan lagi terus amik kete [yang dah termasuk sekali dalam pakej penginapan]. Pastu terus gi Makam Mahsuri.. otw nak ke sana baru singgah makan. Brunch terus!
Lepas dah pusing kat Makam Mahsuri, terus gi check-in. Masa aku gi Langkawi sehari dulu, dan masa singgah Pantai Cenang, memang dah aim nak tido kat tepi pantai. So kitorang tido kat Delta motel. Kat sebelah Underwater World. Buka pintu bilik je nampak pantai. Sukaaa!
Dah setel apa-apa patut, solat jamak semua... pastu gi island hopping. Kitorang dapat RM30/sorang. Kul 2 ada orang pick-up kat motel. Ai duduk depan sekali kat abang bot. ;p
~destinasi pertama... Pulau Dayang Bunting.
~Adeh, sakit kaki panjat tangga!
~Tasik Dayang Bunting..
~destinasi kedua... Pulau Singa Besar (eagle feeding)
~destinasi ketiga.. yeay kat sini boleh mandi!
~geram tengok ikan-ikan ni.. bestnya kalau pandai berenang!
~wiiiiiii!
TBC.. gedik eh, 2 hari je pun nak bersambung2... ;p
Wednesday, 21 March 2012
Thursday, 15 March 2012
Thursday, 8 March 2012
RAWAK
1. Minggu ni abis baca sebuah novel. The Chocolate Run. Nampaknya ada harapan nak baca lebih dari sebuah buku bulan ni. Harap-harap.
2. Kelmarin gi gym. Pergh, berkurun dah tak gi gym. Mula-mula baru kayuh basikal punya la rasa sakit kaki. Dah setengah round baru ok. Dapat la dua round. Berjaya bakar 500kal.
3. Semalam plak gi badminton. 3 game pun dah peluh sakan. Seronok.
4. Yeap, aku ni sentiasa berada dalam fasa terlalu bersemangat pastu diselang-seli dengan fasa terlalu malas. Bila dah start susah nak stop, bila dah stop susah nak start. Tu la pasalnya.
5. Sebab tu la buat apa-apa pun kena istiqamah. Kan. Baru la tak jadi lagu tu. Masalahnya nak istiqamah tu la yang susah. Haih!
2. Kelmarin gi gym. Pergh, berkurun dah tak gi gym. Mula-mula baru kayuh basikal punya la rasa sakit kaki. Dah setengah round baru ok. Dapat la dua round. Berjaya bakar 500kal.
3. Semalam plak gi badminton. 3 game pun dah peluh sakan. Seronok.
4. Yeap, aku ni sentiasa berada dalam fasa terlalu bersemangat pastu diselang-seli dengan fasa terlalu malas. Bila dah start susah nak stop, bila dah stop susah nak start. Tu la pasalnya.
5. Sebab tu la buat apa-apa pun kena istiqamah. Kan. Baru la tak jadi lagu tu. Masalahnya nak istiqamah tu la yang susah. Haih!
Thursday, 1 March 2012
BAUCAR
Ahad lepas baru amik baucar buku kat SPACE. Dan balik je dari kelas terus singgah membeli buku. Semangat giler!
Memandangkan dah tahun akhir ni, takde sangat buku rujukan yang nak dibeli [lagi pun buku yang lecturer jual takleh pakai baucar yea], maka baucar tu dihabiskan untuk membeli novel. Baru guna separuh. Dapat la 3 buah novel, satu buku resepi dan satu koleksi LAT... macam ditayang kat entri lepas. Cuma kena tambah duit skit je. Suka!
Dan dah khatam baca satu novel. My Bestfriend's Girl. Skang dah start novel kedua.
Ada separuh lagi baucar nak diabiskan. Nak beli buku apa ek?
Subscribe to:
Comments (Atom)








