Baru sempat nak cite penuh pasal cuti-cuti minggu lepas...
4th Putrajaya Hot Balloon Fiesta
Dah kali keempat, ni baru kali pertama sempat gi pesta belon panas ni. Sebenarnya tak tau pun bila pest belon panas ni dibuat, aku gugel cari apa ntah tetiba nampak pasal ni. Disebabkan sabtu tu aku nak gi cuti-cuti, takut tak sempat nak bawak anak-anak buah aku jenjalan... maka Jumaat tu amik cuti semata-mata nak bawak diorang.
Mula-mula ke pesta belon ni [tapi sedih tak banyak belon pun dan tak dapat naik sebab diorang tak nak naik sekali], pastu gi OU dan akhir sekali gi Tesco Jln Klang Lama. Jalan sampai lebam!
Cuti-cuti Malaysia edisi 2012 - Langkawi
Akhirnya berjaya jugak arrange cuti-cuti malaysia yang ntah berapa kali dah tergendala. Ni last minute punya plan. Sepatutnya aku ada kelas minggu tu tapi dibatalkan. Aku pun bila tau dibatalkan je, mula la duk tanya member-member ada ke apa-apa plan... ajak gi cuti-cuti tapi cam takde respon sangat. Cuma hujung minggu sebelum tu Ajion kata dia nak gi cuti-cuti ngan adik dia pastu ajak aku. Aku pun apa lagi, ON je. Minggu lepas plak baru tanya Kecek plak dia nak join ke tak. Dah konfem, terus beli tiket train. Khamis baru cari tempat penginapan. Ingat nak gamble tapi malas la nak buang masa kat sana baru nak cari, dah la short trip je.
Kitorang naik train hari sabtu malam ahad dari Sg Buloh kul 9.45pm. Naik-naik train je dah gelak-gelak. Pestaim katakan. Jakun skit.. ahahaha! Dah la abang ktm yang check tiket tu sengal, kitorang dapat katil atas, siap pesan naik baik-baik. Haahahampeh!
Day 1
Sampai Alor Setar dalam kul 7.12am. Terus amik 'teksi sapu' ke Jeti Kuala Kedah. Tak sempat breakfast, terus dapat naik feri kul 8.15am. Sempat beli pakej island hopping kat sini. Sampai kat jeti Kuah, pun tak sempat nak makan lagi terus amik kete [yang dah termasuk sekali dalam pakej penginapan]. Pastu terus gi Makam Mahsuri.. otw nak ke sana baru singgah makan. Brunch terus!
Lepas dah pusing kat Makam Mahsuri, terus gi check-in. Masa aku gi Langkawi sehari dulu, dan masa singgah Pantai Cenang, memang dah aim nak tido kat tepi pantai. So kitorang tido kat Delta motel. Kat sebelah Underwater World. Buka pintu bilik je nampak pantai. Sukaaa!
Dah setel apa-apa patut, solat jamak semua... pastu gi island hopping. Kitorang dapat RM30/sorang. Kul 2 ada orang pick-up kat motel. Ai duduk depan sekali kat abang bot. ;p
~destinasi pertama... Pulau Dayang Bunting.
~Adeh, sakit kaki panjat tangga!
~Tasik Dayang Bunting..
~destinasi kedua... Pulau Singa Besar (eagle feeding)
~destinasi ketiga.. yeay kat sini boleh mandi!
~geram tengok ikan-ikan ni.. bestnya kalau pandai berenang!
~wiiiiiii!
TBC.. gedik eh, 2 hari je pun nak bersambung2... ;p







8 comments:
waa seronoknye.. masih solo gini baik gi cuti2 selalu.. ;D
benci kowang semua!!!
hahaha..nicky...
:)
syoknyeee
last minute plan tu kdg2 lebih bermakna drp yg kita plan awal-awal.
hr jumaat mmg tak byk belon achik. sabtu ngan ahad byk. mlmnya siap ada pesta lampu ke mende ntah. takleh naik belon gak. tiket abis.
kak lyza ~ best bangat.. err harap2 bila dah berduet pun boleh gi cuti2 camni.. ekeke.. ;p
nick ~ opsss soriii.. ala beb, kitorg dah tau ko nak gi tgk cuci 18hb tu.. tu yg x ajak.. jom kita plan next trip.. krabi jom! :)
hasni ~ kalau lagi ramai lagi syok kot.. jom plan cuti hujung tahun.. ;)
kak siti ~ tu la.. plan awal2 tetiba je dah nak dekat tu ada hal.. terus kensel.. huhu..
tau pegi sabtu pagi tu.. kalau ada next year nak gi lagi la.. :D
sangat jelesssssss tau!!
kite selalu gather2...next time plan la cuti-cuti Msia bila aku balik Msia ;)
Tak payah jejauh dekat2 pun jadilah!
jom pi perhentian pulak...tak pun pi snorkeling kat mabul...ujung thn? yeay..insyaAllah,aku reserved date...
dila ~ idea menarik tu.. jom2.. buat ala2 family day.. :)
hasni ~ jommm.. hari tu perhentian & redang antara tempat yg disebut2 utk trip akan datang.. jom2! :D
Post a Comment