Monday, 30 April 2012

RAWAK HUJUNG APRIL

Mari merawak!

1. Ye2 je hari tu nak buat 'photo a day'. Sudahnya tak buat pun. Ada la snap untuk beberapa hari je guna henpon. Tapi disebabkan kualiti henpon skang ni lagi cap ayam dari henpon dulu, so x best. Nak snap guna kamera, malas plak. Banyak alasan, kata je la malas.

2. Masa nak buat 'assignment' tu, rasa cam nak je beli compact camera baru. Terjatuh chenta dekat kamera ni. Err sebenarnya paling suka mode selective colour tu. Ala, aku ni ye2 je jatuh chenta ngan kamera tu. Tapiiiii bila sampai kedai, dah belek-belek.. rasa tak berkenan pulak. Nanti sudahnya beli kamera lain. Pesen rambang mata.

3. Hari tu bereksperimentasi. Dah gugel cara-cara nak buat tu dah berzaaaaaman lama. Tapi baru-baru ni je datang seru nak mencuba. Balik keje terus cuba. Tapi tak tau apsal tak menjadi. Sob sob. Takpe-takpe, kena cuba lagi. Takkan sekali cuba terus jadi kan.

4. Terbaca kat mana ntah. Kita ni selalu doa mintak Tuhan murahkan rezeki. Tapi kita takde usaha extra pun untuk dapatkan extra income. Kalau kita cuma buat keje yang sama, takde side income, agak-agak celah mana la nak dapat rezeki lebih tu kan? Tu yang berkobar-kobar 'bereksperimentasi'.

5. Berjaya khatam baca sebuah buku je bulan ni. Padahal buku nipis je. Yang tebal, laju je baca. Haih! Rasanya kena repeat baca la buku ni. Tak betul2 menjiwai.


6. Balik keje tadi jem gilerrrrrr. Ada eksiden. Ingatkan kalau sampai ke depan jemnya, aku nak menyinggah je kat carrefour dulu. Baik aku cuci mata daripada mengharung jem. Tapi hampeh, nak ke carrefour tu yang tak sampai sepuluh minit dari opis pun dah sangkut hampir sejam. Bila buat 'lencongan' [yang baru aku tau boleh tembus situ rupanya], baru la lepas dari hazab. Tak, tak singgah pun carrefour.
7. Selamat hari pekerja. Welcome May. :)

5 comments:

Siti said...

Achik buat eksperimen apa tu? Nak start bisnes jual kek ke? :-)

Achik, nak gi carrefour puchong utama eh? kat situ mmg leceh sikitkan? Selalu jem. Lain kali ambik shortcut ikut bdr bkt puchong.

achik said...

kak siti ~ nanti la eksperimen dah berjaya baru war2kan..;p

a'ah.. opis saya mmg kat bukit puchong tu.. sebenarnya nak balik tp dah alang2 jem kunun baik singgah situ.. tp nak ke situ pun dah tersangkut.. huhu..

akirasuri said...

haha. saya pun ada letak target nak buat photo-a-day bulan ni.

tapi ahai. angan2 je besar, tapi malas. dah tu memang pesen tak suka bergambar, memang sahlah angan2 mat jenin gayanya. T__T

achik said...

akira ~ jom buat sama2 bulan ni.. ;)

akirasuri said...

err dah terlambat. saya buat bulan depan la. hihi. :P

ke saya stat lambat. jadi habis lambat. :P