Wednesday, 6 June 2012

CHINA ~ LAST PART

Day 4

Agenda pertama, gi BaoFeng Lake. Sebelum sampai tasik, merasa la panjat tangga bapak banyakkkkk. Tasik ni ala-ala Tasik Dayang Bunting kat Langkawi. Kena panjat tangga turun tangga baru la jumpa tasiknya. Tapi tangga dia lagi banyak dari Tasik Dayang Buting tu. Berpeluh-peluh den. Bila dah sampai tasik, naik la bot pusing-pusing keliling tasik.




~pompuan ni kejenya kena nyanyi bila bot lalu depan dia...

.
Dah turun bawah tu, sementara tunggu yang lain sempat la borong beg 'poncot2'. Kitorang mintak la tolong salah sorang tour guide tu alihbahasa tolong tawarkan. Aku rasa dia pun lebih kurang dua kali lima je tak berapa paham apa yang kitorang suh tawarkan. Dah dapat harga yang nak tu [satu RMB10], saja test lagi mintak beli 10 free 1. Sudahnya dia bagi 2 RMB15. Pastu yang harga RMB15 dapat RM10. Untung2.

Dari sini naik bas gi Ten-mile Art Gallery. Kena naik shuttle bas dulu pastu naik tram pulak. Kat sini takde apa sangat. Sekadar menghayati pemandangan semulajadi ngan batu-batuan pelbagai bentuk. Ada bentuk orang baca buku la, 3 sister yang tengah dukung anak la... Ada yang obvious ada yang cam errr tak nampak pun bentuknya... Sape kuat daya imaginasi memang nampak macam-macam la...

Tour guide dah mula pesan tak leh shopping takut tak sempat kejar masa... tapi sempat je nyelit2 beli... dah start malas amik gambar time ni... ;p


Pastu gi Tianzi Mountain... naik cable car lagi. Kali ni dah tak takut sangat. Sila percaya! ;p


Pastu naik van pulak [yea macam2 pengangkutan kitorang naik] gi DuanHun Tai plak. Kat sini ada dua option, leh guna jalan short cut [10 minit] atau long cut [1 jam]. Ramai surrender amik short cut tapi aku termasuk la beberapa orang yang kunun nak guna jalan jauh. Katanya pemandangan cantik giler kan. Memang cantik tapi batu-batuan je yuols.

~pemandangan dalam cite Avatar...
.

~guna jalan jauh ni merasa la lalu jambatan gantung ni... amik gambar kat tengah2 pastu cepat2 lari... sebab walaupun steel tapi rasa cam goyang2 je... serammmm!

Pastu turun bawah balik naik BaiLong Lift. World's highest outdoor lift. Pengalaman yang best. Tapi aku rasa kalau naik tak ramai-ramai [kitorang hari tu diorang sumbat seberapa ramai yang boleh] so tak berapa menikmati pemandangan sangat.

Hari keempat ni je pecah rekod balik hotel awal. Dalam kul 8 dah setel dinner semua. Agak geram sebab tour guide tu duk kejar-kejar masa tak bagi shopping sebab kat area ni la banyak giler souvenir. Sampai skang ralat giler tak membeli sakan.

Day 5

Pagi-pagi agenda bermula dengan melawat muzium seni. Lukisan dia diperbuat dari pasir, batu-batu, tumbuh-tumbuhan, barang-barang semulajadi je... hebat! Lukisan 3D la kiranya.Tapi takleh amik gambar kat 1st & 2nd floor so tak dapat share.




Pastu melawat Hunan Provincial Museum. Kat sini ada mumia pompuan. Tapi idak la balut cam mumia egypt. Ada snap gambar mumia tu. Seram tengok [lidah terjelir].
.

 
Abis melawat muzium, patutnya ada 2 tempat lagi patut pegi tapi kitorang semua setuju tak pegi sebab satu cuaca buruk, kedua nak extra masa untuk shopping. Yeay shopping time!

Tapi hampeh tempat shopping tak best.. takde jual souvenir. Aku target nak beli kain sutera sebab masa survey ok la tengok ada yang murah-murah. Tapi nan ado. Bukan tempat yang jual benda-benda camtu. Huhuhu. Dah la tour guide tu tinggalkan kitorang kat situ, lepas 3 jam baru dia datang amik kitorang. Punyalah 'merana' nak abiskan 3 jam sebab takde benda nak dibeli. Dengan hujan, so agak limited tempat nak pergi. Kalau tak leh la jugak gi ronda tempat2 lain dekat2 situ. Masa ni masing-masing menyesal tak membeli sebelum tu. Haih!

Day 6

Masa untuk balik.. yeay! Kul 4am dah bangun. Nak kejar domestic flight dari Changsa ke Ghuangzou kul 8am. Ada plak masalah masa nak check in luggage. Macam-macam hal.

Dah sampai Ghuangzou naik bas lagi... semata-mata nak gi lunch. Lepas makan gi airport balik. Flight kul 2.30pm. Sementara tu sempat la pusing-pusing dalam tu tengok kot-kot ada benda yang boleh dibeli last minute. Stendet la harga kat airport mahal. FM je RMB28-30.

Masa nak masuk boarding gate... boleh tak masa pemeriksaan tu tetiba diorang suh bukak jaket padahal takde pun bunyi masa scan tu. Masalahnya masa tu aku pakai baju lengan pendek dalam jaket. Tak pasal-pasal menyeksa. Malu giler masa tu tapi seb baik la tak ramai opismet yang beratur sekali sebab dah berpecah masa pusing-pusing dalam tu. Huhuhu. So moralnya, jangan la pakai baju takde lengan walaupun pakai jaket. Kalau kena bukak tak pasal2 je. Maluuuuuu!

Apa-apa pun syukur sangat dengan rezeki ni. Alhamdulillah dapat jejak satu lagi negara. Moga dimurahkan rezeki lagi.


1 comment:

MsNiniE said...

hehe..biasa la tu...mmg depa akan suh bukak jacket & tali pinggang...
and ada yg lg strict, suh bukak kasut ...and aku penah depa suh bukak tudung masa kat airport paris..tp naseb baikla depa bwk pi dlm tabir,and yg check tu pompuan...geram jugak sbb leceh nak pakai tudung blk...brooch besaq pon depa tanya buat apa? leceh2...diskrimasi jugak sbnrnye